



Terdengar-dengar tangisan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 6 bulan tepat detik jam 12.25 minit malam waktu aku pulang dari mengambil Mr. Z di Sri Skudai. Aku hayati tangisan yang makin lama makin jelas dirongga pendengaran. Bukan bunyi salakan anjing yang menyebabkan aku terus berlari meluru menuju pintu.. tapi tanggisan anak dara aku yang telah aku tinggalkan 20 minit yang lalu. Aduhhh... kesiannya umairah menangis di dalam kegelapan bilik yang telah aku padamkan lampu untuk dia terus terlena... tetapi sebaliknya.
Mr. Z terus menangkap anaknya yang seperti fobia kerana ditinggalkan sendiri. Aku juga tak mahu dia terus fobia sendirian. Aku pujuk dia dari tanggisan dengan mengacaukan air susu untuknya. Aku peluk dan paut dirinya di pangkuan dan berjanji akan memeluknya hingga dia terlelap.
Itulah yang berlaku malam tadi kerana meninggalkan umairah yang pada mulanya tidur tetapi terjaga waktu aku mengambil Mr. Z yang pulang dari latihan Imam Al-Bukhori. Semua kerana teater al-bukhari... kalau tidak kerana teater tidaklah Mr. Z pergi latihan.. Kalau tidak kerana teater tidaklah aku tinggalkan umairah sendirian.. tapi jangan salahkan teater terjadinya sedemikian.. salah siapa??
No comments:
Post a Comment