Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, April 20, 2022

CUTI-CUTI KEDAH, PERLIS & PENANG

Sesi teroka semenanjung tak habis lagi.. minggu berikutnya.. aku meneruskan plak percutian ke Alor Setar.  1st naik flight dari JB - Alor Setar dan teruja gak bila keluar jer airport nampak sawah padi.. suka suka suka.  Dari Jitra (Airport).. kitorang terus ke bandar alor setar.. tak berapa jauh sgt pun.. terus pergi ke menara alor setar..

Kota Alor Setar.. keliling sawah padi di sini

airport AS

Bersama amni qaireen... anak bongsu ibu

Amni Qaireen bersama Datin @ Orang Tua sidah

Peserta yang join.. muat 1 Van besar

Frame Menara AS

Agak mahal sikit tiket untuk deck ni

Ala-ala berani.. jangan pandang bawah

Selepas ke sini.. kami meround2 untuk mencari makan malam.. dah tentu le kena cari tomyam.. ikan bakar... woww.. terasa le kesedapannya...


Program hari ke2 kami menyeberang plak ke Padang Besar Perlis.. target utama Wang Klian Point dan shopping le di Padang Besar by komuter utara.  Terujanya bila komuter tu lalu ditengah sawah.. mmg suka le..


menunggu komuter tiba

stesen komuter alor setar

laluan di tengah sawah padi

tiba ke perlis.. utara malaysia




mesti sedap makan kat sini... laksa penang dia mabeless





















habis menyopping terus pulang ke alor setar.. sebelum balik ke hotel.. sempat gak singgah ke pekan rabu





ni program hari ke2.. malam makan kat tepi sungai plak.. sedap gak

Hari hari last kat sini.. dan perancangannya akan ke kampung agong penang.. bersebelahan dengan sungai petani jer... nama tempat tu penaga..













Dah bergambar sampai letih.. perjalanan diteruskan ke tanjung dawai plak... wowww... makanan kat tepi laut tanjung dawai tu memang membuka selera le.. 



selepas makan meneruskan perjalanan untuk ke hotel (ambil beg) dan terus menuju ke airport utk perjalanan pulang.. bye perlis, kedah & penang.. next time boleh dtg lagi

Sunday, April 10, 2022

CUTI-CUTI MALAYSIA - PERAK

 Jom jalan lagi.. seminggu aku balik dari langkawi.. 3-5/12.. aku terbang pula ke Ipoh.. target ke pangkor.. ke kuala kangsar dan ke bandar ipoh.


jom jalan lagi minggu ni

so.. tengahari tu kitorg dah kumpul kat airport untuk penerbangan ke ipoh... 1st time nak ke airport ipoh.. 

penerbangan seperti biasa.. alhmadullilah lancar... airpot ipoh kecil aje... setingkat jer...takyah daki tangga macam airport jb








setiba kat situ.. van yang disewa belum ada lagi.. so lepak2 jap.  bila van tiba.. kami terus ke kellie's castle... teruja gak bergambar kat situ












dari kellie's castle.. kami terus ke Lumut untuk bermalam di sana.. sebelum tu menikmati makan malam di ikan bakar.. ok & agak murah makan disitu.  Dah kenyang.. menyambung perjalanan ke home stay.. ada 9 bilik (rumah kedai dijadikan homestay) sgat selesa..  ada 2 bilik takde aircon.. yang lain semua berecon.. puas hati gak..

pagi esoknya sesudah sarapan.. terus menuju ke water front pangkor.. sesi ootd.. bukan aku ya.. diorg yang berootd..

layannn














sesampai di pangkor

















kat masjid kat pulau gak.. selain masjid terapung

panas terik panas lit lit kat pulau pangkor.. bertabah jer le.. dah kesini.. meround plak (round je.. tak larat nak turun kat teluk nipah.. dan last kat pekan pangkor

dari pulau pangkor.. kitorg ke karai pulak... 1st time ke sana.. layan gambar jer le.. gayat gak dok atas jambatan tu








ptg tu gak kami balik ke ipoh dan menginap di bandar ipoh.  keesokkan harinya kami ke rumah uda untuk menikmati sarapan pagi.. laksa sarawak dan beberapa menu lagi.. yang pasti sedappp.. kenyang.  Pastu ke tasik lang plak.. 









Dari sini... kitorg gi menikmati makan tengahari.. pastu ke tempat limau barli.

Settle perjalanan.. pulang ke airport untuk perjalanan pulang.. bye ipoh