Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, September 13, 2017

RINDU PADA DIA

Lately ni aku rasa rindu sangat kat dia... dah 12 tahun dia meninggalkan aku.  Dia pergi meninggalkan segalanya.. yang dibawa hanya iman.

Pemergian dia pada 20 April 2005.  Selepas solat subuh.. sebelum solat subuh.. kami adik beradik disuruh solat secara bergilir sebab melihatkan keadaannya yang agak kritikal.  Masa tu kat rumah.. dia dah seminggu terlantar.. masih terbayang dia terbaring di ruang tamu tengah (rumah felda agak besar.. ada ruang tamu depan.. ada ruang tamu tengah).  

Dia memang ada sakit.. ada kencing manis.  Tapi kadang2 dia berkeinginan untuk minum air manis.. dia selalu sembunyi2 beli air gas.  Hahaha.. dan selalu kantoi.. dia kata teringin.. sian dia.. takkan nak minum air masak jer.  Dia kena makan ubat.. biasalah orang tua.. kadang2 makan.. kadang2 miss

Dia memang seorang yang pemurah.. suka ketawa.. paling tak tahan dia selalu bercakap sambil ketawa bila dia nak bercerita yang kelakar @ ada peristiwa yang kelakar yang hendak diceritakan.. jadi sambil cerita sambil dia ketawa.. rindunya suara ketawa tu..

Sekarang semua tu dah takde.. aku hilang tempat untuk aku bercerita semuanya.. aku hilang manusia yang paling aku sayang.. aku hilang dia (time aku menaip ni.. sambil aku mengalirkan air mata).. dia pergi selepas 9 bulan aku berkahwin.   Diawal dia pergi.. aku selalu menaip mesej dalam hp dan aku post kat no. yang sama.. aku type perasaan rindu dan aduan (lebih2 lagi bila aku bergaduh dengan sleeping partner aku).  Seolah2 aku mengadu kat dia. 

Alhamdullilah dia sempat melihat aku kawin.. memang impian dia taknak aku keseorangan bila dia takde.. dia terlalu banyak berusaha untuk mendapatkan aku jodoh.  Cuba rekomenkan dan pelbagai usaha.  Jodoh!!! alhamdullilah aku bertemu jodoh akhirnya.. diusia 30tahun.. berkenalan, bertunang, berkawin.. tak sempat nak kawan.. kawan sehari.. jumpa pukul 3petang.. pukul 10malam family dia call untuk hantaran rombongan merisik hari lusanya.  Esoknya aku jumpa jam 5 untuk beli cincin.. jam 5.30 aku dah balik (sebab jodoh aku tu kerja part time pukul 5.30ptg). Time aku bagitahu ada orang nak merisik.. dia mengalirkan airmata.. airmata gembira sebab anak bongsu pompuan ni ada yang sudi.. sedihnya rasa.. tapi bersyukur dapat menggembirakan hati dia.  Sebelum ni jiran tetangga ada yang mengejek2 aku untuk disuruh kawin dengan orang ni.. dengan orang tu.. dikhabarkan melalui dia.. aku tahu dia simpati kat aku.. tapi soal jodoh susah nak kata.. aku pompuan.. aku boleh menunggu.. kalo aku lelaki dah lama aku kawin.. aku pergi meminang orang.

Alamakkk.. dah tak tahan.. hati aku pedih ni.. 
Dia insan yang aku sayang... SADIAH ABD RAHMAN...
Makkkkk.. ketahuilah makkk.. yang orang sangattt sayangkan mak.. 
Semoga mak ditempat dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana..
Insyallah nanti kita berjumpa di alam lain.
Manja sayang kat mak.




REZEKI DARI ALLAH



Alhamdullillah.. sangat2 bersyukur dengan rezeki yang diberikan.  Nampaknya trip untuk ogos dan september berterusan.. trip perth, kuching, langkawi, kuching dan kota kinabalu.  Alhamdullillah juga trip Istanbul yang membuka hati 34 orang peserta.. targetnya hanya 25 orang sahaja.  Alhamdullilah juga kerana ada yang sudi join untuk trip cameron.. syukur Ya Allah.

Semoga aku dilimpahkan dan dimurahkan lagi rezeki, ditetapkan iman, diberi petunjuk dan menurut perintah dan larangan mu Ya Allah.  Kurniaan dan terbukakanlah hati untuk memuji, menunaikan dan takwa yang lebih kepada mu Ya Allah.  Terima kasih di atas rezeki dari mu. Amin

ENJOY DI LANGKAWI

BILA AYAH DIORG TAKDE... KITORANG PUN APA LAGI.. BERJIMBA LE

ACTUALLY TIKET KE LANGKAWI NI DAH LAMA BELI.. PERCUTIAN 3 KELUARGA... KELUARGA AKU, KELUARGA DAR N KELUARGA AKMAL... TAPI KERANA AKU DAH POST MY HUSBAND GI BAWA TRIP AUSSIE.. TINGGALLAH KAMI BER3 YANG GI..

trip perth bulan ogos

HARI 1:
BERSIAP2 PAGI UNTUK PENERBANGAN KE PENANG.
AMBIL TAXI UNTUK KE AIRPORT.. RM60.00
PENERBANGAN KE PENANG.. TRANSIT SAMPAI PUKUL 12.30
MELEPAK LE KAT PENANG

SAMBUNG FLIGHT KE LANGKAWI
MAK MERTUA DARR JOIN
PEKENA LAKSA POWER
TERUS KE PEKAN KUAH
MENJENGAH IDAMAN SURI.. ADUHHH HATI TAK KERUAN... PEGANG NI BERKENAN.. PEGANG TU BERKENAN.. DUIT AKU PROBLEMNYA
MENJENGAH KE HIG PLAK.. ADUHHH.. LAGI SEKALI..
KALO BOLEH SEMUA STESEN COKLAT AKU NAK CAPAI.. MENGUCAPPP

CHECK IN APARTMENT LAGENDA
KALI KE3 DOK SINI.. SELESA
MALAM GI PASAR MALAM.. WAHHH DAPAT GULAI ITIK
holiday

HARI 2:
BREAKFAST KAT BERAS TERBAKAR
CABLE CAR - AKHIRNYA AMNI MERASA NAIK CABLE CAR N MENONTON 4D
KOTA MAHSURI
IDAMAN SURI LAGI SEKALI... SAMBAR BARANG LAGI
GI RUMAH SEDARA ZUL
DATARAN HELANG
DINNER KAT KEDAI AREA BARON LAMA.. MURAH DAN SEDAP... MEWAH SOTONG

HARI 3:
BREAKFAST KAT KUAH
SAMBUNG SHOPPING DI RAMS
PANTAI CENANG GI AWANA PORTO MALAI
GI RUMAH ALONG KAT AREA BERAS TERBAKAR
HANTAR MAK ZUL KAT AIRPORT
PASIR HITAM
TELAGA AIR HANGAT
PASAR MALAM PADANG LALANG
PASAR MALAM BAYAS (AREA KILANG GAMAT BOTOL BESAR)
CHECK IN MALIBEST PANTAI CENANG
teh ais ikat tepi... menyerappp
HARI 4:
UNDERWATER WORLD
AIRPORT LANGKAWI
TRANSIT KE AIRPORT PENANG
FLY TO SENAI
TIBA DALAM PUKUL 7.35 DARI PENANG

santai-santai di sini

HATI MASIH MELEKAT DI PERTH

OLEH SEBAB AKU DAH JATUH CINTA DENGAN PERTH.. MAKA AKU KE SANA LAGI PADA BULAN MAC HARI TU... DENGAN 57 ORANG YANG LAIN...

KETENANGAN KAT PERTH NI BUAT AKU RASA DI NYAMAN JER.. MACAM NAK PINDAH KE SINI.. TAPI PROSES UNTUK MIGRASI BUKANNYA SENANG... AKU PUN BUKAN JENIS NAK JADI PELARIAN.. POLIS DAN IMEGRESEN DATANG.. AKU LARI SELAMATKAN DIRI.. KALO CAMTU RUPANYA.. 1OOO KALI LEBIH BAIK AKU DOK RUMAH SENDIRI KAT SKUDAI NI.. 

TRIP KALI NI AKU PERGI DIKELILINGI DENGAN ORANG YANG AKU KENAL DAN DAH BERKALI2 IKUT TRIP AKU.. DAH KENAL.. DAH SENANG LE.. 

 TENTATIF PROGRAM KAMI:
HARI 1:
LAWATAN KE FARM... MACAM2 BUAH.. RUPANYA BUAH BERANGAN TU ADA POKOKNYA
MASJID PUTIH
CITY TOUR
KINGS PARK
CHECK IN CITY STAY
WATER TOWN

HARI 2:
CAVERSHAM
COKLAT FACTORY
SWAN RIVER
HONEY BEE
BIG W

HARI 3: 
FREMANTLE
MURRAY

HARI 4:
MALAYSIA HALL

ALL IN RM2789

JOM LAYAN GAMBAR

PILIH JOY... JANGAN TAK PILIH

YANG LATEST TU

2ND TIME JUMPA MR DAVID

WAJIB AMBIL GAMBAR DEPAN NI BILA TIBA PERTH

PESERTA TRIP.. TQ SEMUA

MAMAT TEPI JOY TU PANDAI CAKAP INDONESIA