Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, February 28, 2013

cinta ohhh cinta...

Kisah bermula malam tadi selepas sembahyang maghrib.

Menuju ke ruang tamu yang sekangkang kera tu... terdengar orang menjerit-jerit.. pelik gak... mr. z dah sibuk membuat andaian yang orang sebelah mengamuk kot..

Jeritan masih dengar lagi... 'na.. jangan tinggalkan aku na..' na.. bukak pintu na..'.. na jangan buat aku camni..'.. ayat rayuan.. entahlah macam2 lagi le.. na dia..

Menurut reporter tak bertauliah tu.. cinta sang lelaki tu ditolak.. diorang taknak si lelaki dia.. dan dengar anak daranya pun taknak.. lelaki tu yang ala2 tergiler2kan sang pompuan tu.

Lama gak dia menjerit2.. goncang gate.. pecahkan pasu.. pecahkan cermin kereta.. pecah possbox orang..  Hampir kul 10 Mr. z suruh aku kuar tengok orang dah macam pesta.. sempatlah gak aku melihat orangnya.. agak cerah.. maybe orang sabah kot.. dan terbaring kat depan rumah jiran sebelah.. dengar gak cite dia mabuk.. satu mabuk cinta.. dua mabuk todi.. hehehe.. dalam 10 - 15 minit bila sang polis tiba dengan keretanya terlerai sudah.. sang lelaki mabuk tu di bawa ke balai..

Camtulah agaknya penangan cinta.. dan cinta di tolak.. sakit.. tapi kena redha.. pasrah dan banyak bersabar.. ingat ada orang yang kita kena sayang lebih dari segalanya iaitu allah.. 


Wednesday, February 27, 2013

Masih menyusun langkah

Trip.. trip.. trip... hehehe.. i sangat like berjalan2 mencari pengalaman..

langkah kaki untuk 2013 ni diteruskan lagi.. tapi insyallah aku kurangkan langkah ke negara yang dah berkali-kali aku gi seperti ho chi minh dan jakarta/bandung.. lebih lagi kalo sabah n sarawak.. Macam dah malas nak bawa orang ke sana.. tapi bukan beerti aku taknak terima.. sangat nak menerima.. tapi aku sub kat orang suruh bawa le.  Itu satu langkah nak menjimatkan cuti.  Cuti harus di jaga beb.. boss marah nanti.. almaklumlah.. kita ni makan gaji.. makan nasi.. bukan makan besi.. besi pun kena beli... hehehe..

gedung sate, bandung

tugu monas, jakarta
bangunan ke ho chi minh

 Alhamdullillah berkat kepercayaan kawan-kawan aku meneruskan langkah di tahun 2013 ini.  Awal bulan januari aku dah dimestikan terbang ke Pulau Langkawi.. membawa seramai 16 orang peserta yang ingin bergembira di sana.  Flight dari jb awal pagi.. so terpaksa berjimba dulu di jalan TAR kuala lumpur.. pastu baru sambung ke tumpahnya darah mahsuri.  Hujung minggu tu gak ada trip ke kuching.. tahun ni ada trip ke sana.. minggu ke 2, ke 3 dan ke 4.

burung helang, langkawi

statue kuching depan grand continental kuching

 Hujung bulan januari plak.. trip ke selatan china... guangzhou dan shenzen dan aku meneruskan langkah panjang ke hong kong jugak.. memang tak berapa puas kat hong kong.. tapi okeylah.. dah dua kali gi.. tapi masih tak puas.. kali ke 3 insyaallah aku nak bawa anak kot... kalo ada rezeki.

kota hong kong
guangzhou
splendid of china, shenzen

Bulan Februari aku buat trip dalam negara je.. bawa satu bas ke bukit gambang.. alhamdullillah masih ada sambutan.. Syukur perjalanan kami selamat pergi dan balik dan langsung tak tersekat di dalam kesesakan.  Almaklumlah pergi pun time cuti raya china.. aku takut gak kalo jem.. lari perancangan.. tapi semua berjalan dengan lancar.

bukit gambang

Bulan Mac.. langkah aku diteruskan lagi... awal bulan.. untuk acara santai.. aku cuba mengikut taste mr. z untuk ke acheh... bukan membawa trip yang ramai tapi lebih kepada untuk merehatkan minda n memunasabahkan diri.  Pertengahan bulan trip ke ho chi minh seramai 16 orang.. sebenarnya bukan banyak untung pun ke ho chi minh ni (cakap jujur lagi... sebab dah terberi diorang dengan harga yg amat murah.. sbb beserta bas..).. tapi takpe.. dah bukan rezeki aku.. hujung bulan gi penang.. ini bukan trip.. bercuti bersama rakan taulan.. just for fun..

penang
masjid baitulrrahman acheh

Bulan april time rest.. tak kemana kot.. oooppsss lupa.. kalo ada rezeki buat trip untuk kelab bawah opis aku.. gi bukit tinggi, genting highland n ict.

colmar tropical bukit tinggi

bandar keriangan, genting

bandar cahaya, ict, shah alam

Bulan mei.. ada satu trip.. senang sikit sbb yg ni dari senai terus ke surabaya.. dari surabaya ke bali lak.. dan return.. yg ni aku bawa gak org yang tak pernah join trip aku. Sebenarnya aku teringin gak nak ke malang.. kotanya sejuk.. berdepan plak dengan gunung bromo..  Tahun 2002 aku ke sini dan mendaki gunung bromo.. dah 11 tahun berlalu.  Dalam bulan mei gak.. ada trip ke indonesia.. jakarta n bandung.. tapi yg ni aku uruskan.. diorang bayar... tapi aku takyah gi.. cantikkkk.. i like yang camni.. ada 2 trip..

tanah lot bali
gunung bromo, kota malang

surabaya

Bulan 6 maybe masa untuk free.. buat masa ni belum ada permintaan.  Aku akan bercuti ke sabah membawa dua orang anak gadisku untuk ke gunung kinabalu.  Moga2 ada yang berminat menggunakan khidmat aku.

 gunung kinabalu.. kota kinabalu, sabah

  Yang telah masuk jadual trip untuk bulan september ke bandung dan bulan november dah ready ke phnom penh.

angkor watt siam reap

phnom penh

 Sebenarnya aku baru lepas dari fasa kekecewaan.. dah tercanang gak le kat 2 orang kakak aku tu.. ingat dihati bulan mei ni nak round europe.. (macam betul2 je).. dak tengok tiket.. dah survey gak sikit-sikit dan semangat dah tebal untuk dari johor -kl - netherland.. tiket mh amat berbaloi-baloi.. cuti pun dah nak apply dari 23 hingga 7 mei.. pastu ambil tambang murah ke london - paris - london.. and ambil negara yang ke timur sikit dan ke barat sikit.  Penginapan bagi token je kat kawan atas kawan yang duduk di situ...  tapi kita hanya mampu merancang allah yang menentukan.. member tu dah ke london pada bulan februari.. (skrg. masih di sana..) dia dapat tiket free.. so takkan bulan mei.. musim bunga ni dia nak gi ke sana lagi.. cam gi jb lak.. dia kata bulan november... semuanya masih di peringkat planning.. kalo dah booking tiket tu kira sebelah kaki dah ke sana.. doakan aku dapat merealisasikan impian aku untuk ke sana. 

holland

aku memang teringin sangat nak ke sini

kota london.. london bridge

kota paris.. eiffel tower.. betul ke spellnya..



Tuesday, February 26, 2013

Dia demam

Doa ketika sakit demam

Doa ketika menghadapi sakit atau demam :
بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah Yang Maha Besar, Aku berrlindung daripada kejahatan setiap peluh yang meruap-ruap dan daripada kejahatan setiap kepanasan api.”
(Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya)

Minggu lepas amni demam.. allllaaaa... kesiannya anak ibu.. berhari2 gak le.. dia kena hari selasa... aku rasa panas badannya dan aku bekalkan ubat yang ada dalam peti ais.. hari rabu masih tak kebah.. hati mula risau gak.. aku bawa dia ke klinik maimunah.. puas hati aku kalo gi klinik maimunah sebab dapat menerangkan yang jelas.. panas dia normal.. tak terlalu panas.. malam kak cik bawakan air tangkal (saja2 buat cuci muka)

Keesokkannya harinya iaitu khamis, Mr. Z ambil keputusan untuk cuti dan menjaga Amni.. terima kasihlah Mr. Z... itu pengorbanan daripada ayah kepada anak.  Tapi petang tu Mr. Z dah bawa amni ke jusco.. addduhhhh siannya amni.. 

Bila balik petang tu aku rasa amni cam tak okey lagi.. so.. hari khamis malam jumaat tu aku mencari tukang urut.. (terima kasih kak ani yang sudi mengurut amni).. macam kurang sikit.. 

Hari sabtu lagi sekali aku mencari tukang urut.. kali ni kat bandar putra plak.. depan rumah joy.. alhamdullillah amni bertambah baik.. dan hari ahad dia sihat seperti sediakala.. syukur kepada allah.. Lega hati aku bila amni dah sihat.. dia pun mula menakal.. dah cuba nak lepas tangan dan akhirnya jatuh.    

amni qaireen

Malam Perdana HEMA

Office aku baru je melaksanakan satu program gilang gemilang iaitu anugerah perdana hema pada 30 januari 2013.  tema malam tu warna merah dan hitam.  wah bergemerlapan sekali malam tu (kecuali aku) yang low profile bab2 bergaya ni.  dan malam tu ada pertukaran hadiah. harga hadiah lebih kurang rm20. 

malam tu alhamdullillah aku menerima gak sijil premium bsn bernilai rm100 je.. bermakna markah skt aku maintain 85 ke atas selama 3 tahun berturut-turut.  syukur ke hadrat ilahi.

malam ni bab makan (i like) chinese food.. berbaloi-baloi gitu.. dalam bab gambar aku memang kurang menyerlah.. tak pernah pun dapat gambarnya..

terungkap satu rahsia

Malam jumaat hari tu aku menonton rancangan PRIMADONA.  Kisahnya tentang anak angkat.. aku tertarik dan membuat keputusan untuk memberitahu cahayamata sulung aku yang dia adalah anak angkat aku.   Memang payah nak bagitahu.. tapi kena bagitahu gak sebab taknak dia terperanjat... taknak dia dapat tahu dari orang lain.  Sebelum ni memang dia ada bagitahu yang dia ni anak angkat.. tapi kami cepat-cepat menafikan.. 'Umairah ada ibu lain ke??' dia kat 'Tak'.. so inilah ibu dan ayah umairah..

Rancangan Primadona.. aku ambil pendekatan dari rancangan ini

Tapi selepas rancangan tu kami bagitahu dia slow-slow.. dia budak lagi mungkin tak berapa tahu tentang istilah anak angkat.. kami bagitahu yang dia anak angkat kami.. budak mana faham sangat.. dan kami menerangkan yang aku tak melahirkan dia.. cuma akulah yang membela dan membesarkannya dari hari pertama hingga sekarang.. terasa cam besar je pengorbanan aku.. yang kat sana hanya mengandungkan dia 9 bulan 10hari.. aku plak melayani kerenah dia selama 6 tahun (hingga kini).. bukan nak mengungkit atau nak cakap apa (aku memang sendiri nak korbankan jiwa raga, kasih sayang dan segalanya kepada anak yang aku bela).. tapi aku pun tahu gak pengorbanan ibu kandungnya yang mengandungkannya 9 bulan 10 hari.. serta melahirkannya seorang anak yang ibarat nyawa di hujung tanduk.



Anis Umairah masa dalam hari.. tak ingat hari keberapa.. tapi ini dia intan payung aku
 Anis Umairah terus tanya kat aku tanya mana ibu dia.. dan mana ayahnya.. tentang ibu kami ada jawapannya....  selepas melahirkan dan dia menyerahkan Anis Umairah kami terus menghantar dia kat rumah flat di Taman Gaya dan sekarang memang tak tahu dimana dia berada .. tentang ayah.. takde jawapan.. jawapan dari mulut si ibu kandung anis umairah.. suami dia tinggalkan dia dalam satu pergaduhan dan dia bawa sekali dokumen pernikahan semua.. time tu dia sedang mengandung anak ke 5nya iaitu anis umairah.  So aku bagitahu Umairah yang bapa dia takde.. skrg dia ada ayah iaitu ayah jenal.   Bila umairah tahu ayah dia takde.. dia buat andaian yang ayahnya dah meninggal.. dia siap tanya 'ayah anis meninggal sakit apa'??  Maklumlah orang meninggal ni kadang2 bersebab dari sakit.. Kami tak tahu samada hidup lagi atau tidak.. dan memang tak tahu dia kat mana.. Anis ada ayah dan ibu yang sangat menyayangi awak 'ANIS UMAIRAH'....

Sayangnya anak ibu.. mula cerahkan.. tanda lahir tetap ada hingga skrg

Penerangan kami diteruskan lagi bila kawan aku datang dan aku ceritakan kat dia yang aku dah bagitahu.. kawan aku tanya umairah adakah dia faham apa tu anak angkat.. cepat aje dia kata.. mak bapak dia dah meninggal.. so kami menerangkan lagi yang mak yang melahirkan dia orang lain.. dan yang membesarkannya orang lain iaitu aku.. dia ada ibu dan ayah.., macam orang lain.. cuma ibu ni tak melahirkan.. dan aku tak tahu beza kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat kerana aku hanya ada anak angkat yang TERAMAT AKU SAYANG.  Aku hanya memberikan kasih sayang yang ada dalam diri aku ini dan sebagai ibu kepada anak-anak angkat yang aku sayang.  Dengan rezeki yang aku ada.. itulah yang boleh aku beri.. dengan perasaan dan naluri seorang ibu.. itulah yang aku beri.. dengan semangat untuk membesarkan anak-anak angkat.. itulah yang dapat aku hulurkan.

Anis Umairah n Amni Qaireen
Anis Umairah sekarang.. comel lote je orangnya..
 Aku bagitahu yang aku ada dua orang anak angkat iaitu Anis Umairah dan Amni Qaireen.. cuma beza kami kenal keluarga Amni Qaireen.  Anak elly dan wazi.. anak ke 5.. lahir di sini dan mamanya menangis bila menyerahkan amni kepada kami.  Umairah pun tahu amni anak angkat aku.... mereka senasib..  tapi dia tetap adik umairah..  aku tak mahu umairah sebatang kara dalam dunia ni...

Amni Qaireen.. alhamdullillah ibu dapat awak pada 11 Mei 2012

Aku n Mr. Z satu ketika dulu.. moga berkekalan dan dirahmati allah.. terima kasih kerana menerima aku seadanya.. walaupun aku belum dapat memberikan zuriat sebagai penyambung titisan darah kita dan untuk rumah tangga kita.. namun Mr. Z tak pernah merungut dan tidak menyalahkan aku.  Terima kasih sangat menerima aku seadanya.. dan moga kita berbahagia dengan anak angkat yang dianugerahkan untuk kita dan kita bersama melimpahkan kasih sayang yang kita ada ini kepada mereka berdua.  


Makin besar anak ibu ni.. dah 9 bulan skrg.. ibu sayang amni qaireen.. anak manja ni

Doa akan semoga dua orang anak yang aku bela ini membesar sebagai insan yang dirahmati dan berjaya di dunia dan diakhirat.  Moga Umairah akan memberikan kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.. Kasih dan sayang aku sebagai ibu akan aku curahkan dan limpahkan kepada untuk dua orang anak yang teramat aku sayang.  Syukur kehadrat allah kerana memberi pinjam kepada aku dua orang anak angkat untuk aku limpahkan perasaan ini.
masa kami bertiga.. tahun 2011.. tahun ni kita beraya berempat untuk kali ke2

Mandi manda di Bukit Gambang

Cuti raya cina hari tu aku ada buat trip ke Bukit Gambang.  Trip santai untuk merehatkan badan sempena raya cina.  Alhamdulillah trip mendapat sambutan.  Aku suka.. secara ikhlasnya trip aku ni bukan banyak sangat untung.. tapi aku minat.. pastu aku dapat gi free jadi le..

Kalo nak bawa kete ke bukit gambang memang aku malas.. dah le aku ni cepat mengantuk.. dengan jalam jem raya cina lagi.. memang tak kuasa nak melayan.. tapi dengan trip ni dan aku join sekali.. dapat gak aku melihat keindahan bukit gambang.  dulu opis aku ada buat gak family day kat sini.. tapi aku tak dapat join sebab terlibat dengan program pelajar kat rompin beach resort.. tiket masuk 23.90.. tapi aku dah berurusan dengan sales kerana kitaorang dari group yg besar.. so.. dapatlah rm22. 

Gi dari sini malam.. terus ke bukit besar ambil ahli.. tiba kuantan awal pagi untuk solat dan breakfast.  pastu terus ke bukit gambang.. ingatkan 8.30 tu kita paling awal.. rupanya orang dah ramai.. dan alhamdullilah sepanjang perjalanan tiada langsung kesesakan lalu lintas.. semuanya lancar.  kat sini semuanya kena sewa.. cabana aku tu rm45 termasuk deposit.

kat sini aku suka le coco beach tu.. yg seronoknya ombak buatan dia.. i like memukul2 diri aku.. bab-bab gelongsor tu memang aku penakut sikit.. pengalaman mendewasakan aku dan membuatkan aku beringat selalu.

Jam 4 petang kitorang dah mula bersiap-siap untuk pulang. Perjalanan balik pun berjalan lancar dan alhamdullillah jam 11.00 malam dah tiba bukit besar.. syukur.  Terima kasih le faisal (pemandu sepakat arah yang super tip top).  Senang hati aku bila dapat pemandu yang baik dan bertolak ansur sangat.

wakaf yang kena sewa

syok gak sesekali berendam

kemeriahan di Bukit Gambang Resort

laluan berliku penuh dugaan

berenang di gigi air

nak ambil tiket

lambang bukit gambang





Monday, February 25, 2013

Guangzhou, Shenzen dan Hong Kong

Alhamdullillah.. aku dah kembali ke Bumi Malaysia selepas 5 hari berjalan2 di Negara China dan di Kota Hong Kong.. Ni kali kedua aku  aku ke sana.. dan rugi plak bila aku tak meneruskan perjalanan ke Macau.. sedikit ada rugi le.. Tapi takpe.. takde rezeki ke macau.. insyallah kalo ada rezeki macau akan ke tawau... maklumlah aku pun ada bercita-cita nak ke hong kong lagi

Aku bertolak dari sini jam 12.30 hari khamis 24 januari.. singgah terminal bas kulai ambil ahli trip lagi.. sebelum tu aku buat lawat dengan menyatakan aku akan tiba petang ke terminal kulai.. ada sms pukul 4.300 bukan 12.30.. dah cuak gak diorang.. hehehe... kat lcct yang akan menunggu 4 orang.. kami seramai 16 orang.  Yang paling best trip ni seolah2 merealisasikan impian abang ipar aku untuk ke china dan hong kong.. biasanya kalo kita tanya dia.. dia akan kata dari hong kong (Nada bergurau) so sekarang impian menjadi kenyataan.

Flight aku jam 8.45 malam dan akan tiba di guanzhou jam 12.35 malam.. Perjalanan dalam flight pun lancar.. i like.. tiba di sana kami di sambut oleh seorang jejaka tak kurang tampan dan balik hati.. dia dah bagitahu kita berolahraga (berjalan agak jauh ke tempat bas)... jadi dalam jam 1.00 itu kami merentasi pintu2 airport menuju ke bas.  Dari situ mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba di hotel, so tiba hotel terus merehatkan diri dan berborak2 dengan adik ipar hingga jam 4 pagi.  Jam 8.00 jadual dah bermula trip berjalan hari kedua
shawn @ T



Satu perkara yang paling aku tak suka gi ke negara china dan bila ambil agent.. kita kena gi tempat wajib... bosaannnnnnn... tempat pertama biasalah perubatan tradisionalnya.. mula2.. rendam2 kaki.. then masuk bilik doktornya.. dalam bilik tu dia goda hingga kita beli ubat-ubatnya yang beribu2 yuan tu.. ada gak le yang membeli.. moga ubat tu buat diorang lagi sihat.  Tempat ke dua gi jade.. taktiknya sebiji macam aku gi beijing.. gi birdness stadium (betul ke spellnya ya.. ).. cam aku dah dapat baca ayat kesiannya kat dia.. mengaku kononnya takyah beli dan tak suka kena jaga perniagaan jade tu.. pastu tunjukkan yang mahal2.. pastu mulalah keluar yang kita mampu.. harga rm2k.. pastu dia bagi less sampai rm100.. maka berebut2 diorang beli.. selain dari penjualannya yang kena paksa jaga syarikat jade yang juta2.. dan kebaikkan penjual tu sebab nak lingkupkan bisnes jade tu dengan menjual harga yang ribu2 tu jadi ratus2 je,.. walhal harga bendalah tu memang harga yang ko beli...pastu kami ke world leader.. kepala ting tong tengok 4000 kedai yang menjual handbag leader.. tahun 2008 aku gi depannya.. yg tu banyak pvc.. so harganya murah.. yg ni memang klass sikit.. dan kalo yang klass tu untuk diri sendiri je le.. gi tempat fabric pun okey.. tapi pada aku tak hebat, tak berapa best.. plaza one link aku tak sempat gi.. malam meronda beijing lu.. shopping gak le sikit.. satu tabiat orang china ni., diorang suka letak harga giler.. kita kena tawar sampai harga rendah.. naik giler gak le menawar.


penerangan akan dimulakan.. dia edar chinese tea dulu


lakonan bermula.. saya tak suka kat sini.. ini pun jual batu je.. pastu apa lagi.. diaorang mula membeli


melepak kat luar kedai jade


bukan barang kami



tempat makan tengahari


daerah kasut


borong kain ela


kedai makan abdullah


beijing lu


kedai2 di beijing lu

Hari ketiga plak.. perjalanan diteruskan ke shenzen.. banyak pertambahan.. bangunan makin banyak.. lawatan wajib kemana ya...oohh... kita ke tempat sutera.. seperti biasa aku hanya meronda.. selepas itu kita shopping ke dong men.. alamakkkk aku tersasar di sini.. almaklumlah time tu aku jumpa tempat murah.. mula meroyan dan mula lupa daratan sekejap.  Terlambat hampir 30 minit.. sorry ya.. selepas makan kami ke splendid china.. ada show.. not bad shownya.. dulu aku tengok dua show.. satu tentang kebudayaan dan satu lagi tentang aerobatik.  Diorang dah mula puas hati sebab dapat fridge magnet dengan harga yang dikehendaki.


Tiba Kota shenzen






splendid of china




dongdamen




splendid of china






menunggu untuk masuk tengok show




cantik-cantik.. orang dari china utara



Hari keempat kitorang kena keluar awal dan cuaca agak sejuk.. maybe dalam 14c... perjalanan hari ini ke Hong Kong.. kami melintasi shenzen dan terus masuk ke kowloon.  Dari kowloon naik train ke Hong Ham sebelum melintasi pulau Hong Kong.. maklumat ni memang aku ingat di mana hong kong terbagi kepada 3.. satu kawloon.. iaitu tanah besar.. pulau hong kong dan pulau lantau.. dulu memang kitorang ke lantau kerana menuju ke disneyland tapi kali ini meronda hong kong.. first gi tempat convention (kat tempat bungabulivia).. di kawasan harbour.. then selepas tu kitorang Bauhinia Square... tangkap2 gambar tepi laut.  Perjalanan diteruskan lagi ke Aberdeen fishing village... wahhh.. ada tempat jacky chan shooting.. cantik tempatnya.. 
selepas tu terpaksa gi jade lagi.. lagi sekali le kita nak melarikan diri.  paling best kat hong kong ni aku dapat gi victoria peak.. memang aku nak ke sini akhirnya sampai gak.. masa nak naik tu gayat gak le tengok bawah.. nak naik plak ke puncak.. tiba atas tu memang rasa sejuk.. maklumlah di atas.. cantiknya hong kong.. lebih cantik bila waktu malam.. insyaallah.. ada rezeki aku ke sini lagi.. dan nak naik victoria peak waktu malam.. nak tengok keindahan cahayanya.  Last kita gi ladies street.. lagi dulu aku dengar ceritanya.. dan akhirnya dapat gak bershopping di ladies market.. hahaha.. dapat tshirt dengan harga yang sangat berpatutan.. materialnya cantik.. kira aku puas hati sangat... balik ke shenzen.. aku confius tentang visa.. call 
shaon.. akhirnya settle masalah kami.. tapi time tu dengar gak suara2 sumbang yang tak nak jadi pendatang le.. haiii.. ingat aku ni nak jadi pendatang ke.. aku pun tahu takut ya bapak2 ibu2..
gambar sekitar disneyland hong kong.. gambar tahun 2008.. beza ya
gambar lama


abirdeen fishing




kawan merangkap adik ipar


misi melarikan diri di luar jewelley hong kong


victoria peak


victoria peak


masjid ammar ada kat hong kong




ladies street.. i like.. thirst yg berbaloi harganya


gi pemborong.. 18 helai sekali borong


kereta pembunuh


di ladies street.. banyak gak untuk lelaki


map lrt dari tanah besar






gambar lama


kat splendid of china



tugu lambang guagzhou


mickey n minney (betul ke ejaannya


Hari terakhir.. lambat sikit keluar hotel yang amat selesa itu.. kul 9 pagi baru keluar.. driver ambil lambat sikit.. dalam kul 10.. ke tempat wajib iaitu jade gak.. ada gak le yang membeli jade rm50 3 utas gelang.. pastu lagi satu tempat wajib ke bamboo.. shopping sikit le.. sebab bersesuaian untuk kegunaan harian.  Pastu kami meronda dengan train untuk ke tiga taman iaitu splendid, window of china dan satu lagi taman (lupa ya apa nama taman tu).  Pastu baru le ke Louhu Mall.. shopping beg.. senang hati gak dapat beg yang sedikit besar untuk kegunaan trip yang tak berapa nak shopping.  Selepas makan petang kami diantar ke airport.. untuk pulang.

 Trip kali ini aku suka dengan tourist guidenya.. Dia akan relatekan tempat kita nak gi dgn cite-cite yang berkaitan herba.. ginsing dll.. saya akan cerita yg aku ingat2 lupa tentang ratu yang.. dikisahkan ratu tu sangat suka sangat makan buah laici dan laici sangat sedap kat (tak ingat nama lokasi tu).. so setiap kali musim laici (stahun sekali) ratu akan menyuruh orang suruhannya mengambil laici dan orang tu akan balik ke istana dengan membawa laici yang menjadi kesukaan ratu.  Buah laici ni jangka hayat keenakkan hanya 4 - 5hari.. jadi ratu mesti dapat buah tu sebelum tempoh tu.. kalo tak dah tak sedap.  Lokasi ambil laici tu jauh di orang suruhannya ni akan menghantar buah tu dari satu port ke satu port dengan menaiki kuda.  Dipendekkan cerita pada satu tahun tu orang suruhannya pergi membuat kerja macam biasa untuk ambil laici.. tapi dalam perjalanannya dia ditimpa bala.. jadi dia nak hantar ke port yang dengan segera dan orang suruhan tu tak dapat melaksanakan penghantaran dalam waktu segera.  Jadi laici tu makin lama makin kering dan ratu tak dapat merasa laici untuk tahun tu.  Jadi orang-orang suruhan ni dapat idea.  Dia akan buat teh laici (laici gak) dan dihantar ke ratu.  Ratu plak bila dapat rasa teh dia dia kata teh tu sedap dan sejak dari tu timbul le teh laici yang menjadi kesukaan orang cina.. lebih kurang le ceritanya.  

Lagi satu tentang guide kami tu dah le hensem pastu jenis lelaki baik.. masih single.. menurutnya nak kawin di negara china susah.. perlu ada kereta dan rumah.. kereta gampang (mudah) tetapi rumah susah kerana harga tanahnya mahal.. tapi belum jodohnya.. bintang untuk shawn.. berbintang-bintang aku beri 

Alhamdullilah jam 1.40 selamat mendarat.. perjalanan yang lancar dan diteruskan dengan menaiki bas ke Johor bahru. Lebih kurang jam 7.45 pagi selamat sampai ke quarters utm.. Home sweet home