Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Sunday, June 28, 2009

Afonso de Albuquerque



2 bulan kebelakangan ini aku tak boleh dipisahkan dengan bandar bersejarah tu. Weekend lepas aku gi Water City Resort. 3 hari aku kat sana. Tempat cantik tapi... Bab makanan!!! aduh menu tak berperasaan. Faham2 sendiri le. Ada kursus untuk pelajar... huh letih juga aku jadi petugas task untuk explorace... walaubagaimana pun tetap seronok dgn. kwn2. Rasa cam anak dara. Balik kul 2.30 pagi ronda2 kota Melaka. Kegilaan aku nak tengok lampu... lampu putih macam salji je kat majlis bandaraya melaka. Lampu merah cam biji saga kat Bandar Hilir. Lampu biru bawa kedamaian kat hati. Aku suka Melaka.

aku dan teater





Malam tadi aku tengok 'Teater Tari Malim Deman' kat auditorium RTM JB. Aku pergi pun sebab di paksa. Sempat juga le aku melelapkan mata 6,7 min time puteri2 tu kuar. Bukan apa... jiwa aku dan Mr Z tak sekata dalam bab tu. Aku pergi pun secara di paksa.... dan dia pun terlibat sama dalam pementasan itu. Jadi Pembantu Q Muzik. Anyway thanks Mr. Z tak memaksa aku buat yg. lain. Lain kali aku type sinopsisnya. Ramai yang puji teater tu... Tapi aku....... no. comment


Aku Masih Di Sini

Dah lama sungguh aku tak menjengah dalam dunia blog ni. Dunia blog mcm dah terpisah dalam hidup aku. Bukan apa.... kerana kepentingan kerjaya menyebabkan aku langsung takde masa nak menulis. Lagipun aku ni menulis kat opis je.



Hari ni ahad aku kat opis. Semalam dan esok camtu gak. Walaupun esok merupakan hari cuti kat selatan tanahair ni aku tetap menjalankan tugas. Musim sibuk aku time pengambilan pelajar baru. 'SELAMAT DATANG KE U.." TAHNIAH....!!!

Monday, June 15, 2009

bz yg tenang episod 2

Yess.. yess.. yess.... dia pergi lagi....
Bz yang tenang kali ni akan berakhir pada hari khamis. Jadilah utk. aku berehatkan minda dalam situasi yg bz ini dalam masa 2 hari. Kali ini dia pergi ke bumi kenyalang. Turun dari flight je dia suruh aku emailkan senarai tugasan penyelarasan. Gangguan dari kejauhan tu.. tapi takpe.. aku layannn je dia. Hopefully esok n lusa dia lupakan aku seketika dan biarkan aku tenang dan damai di selatan tanahair ini. Izinkan saya damai disini bosss.. hehehe... jgn. report kat dia tau pada sesape yang baca blog aku ni...

Makan2 dihujung minggu



Entah bila agaknya aku dpt menghabiskan cuti hujung minggu dgn berehat kat rumah je. Aku yg selalu cari xtiviti @ xtiviti sentiasa mengiringi aku dihujung minggu. Sebenarnya aku dah berkira-kira utk. menghabiskan cuti hujung minggu dengan terlentang dpn tv je. Tapi memikirkan kepala boleh jadi pening dan badan akan jadi 'longoi' dan aku ada xtiviti maka peristiwa tu tak terjadi gak.

Selepas kerja hari jumaat Mr. Z belanja aku makan kfc. TQ Mr. Z. Nak rasa yang pedas katanya... pedas lagi bubur maira... hahaha..... Time2 tengah lepak2 kat rumah ada plak yg mengajak gi Senibung.. kami ni jenis tak menolak rezeki... n dia plak tu siap menjemput dan menghantar kami hingga dpn pintu. Maira dah tak sabar2 nak kuar. Siap tunggu kat luar lagi. Biasa le bebudak kecik ... excited. Sebenarnya aku ni jd menunjuk jln utk. org. Putrajaya disamping jd tukang habiskan makanan. Tb sana kami disponsor oleh business women yang ada butik pengantin tu.. hjh izan n husband. Moga dimurahkan lg rezeki utk izan n din. Malam tu ada udang, sotong, ketam, ikan, kupang n sayur. Fuhhh... tak makan sayur aku coz lauk dah byk. Nak dijadikan cite sdg aku syok makan... maira menjerit n menangis. Rupa2nya dia termakan lada cili.. hehehe... nak rasa sangatkan.. ambil ko maira... sedapkan. Dah berkali2 aku kuarkan lada tu dari mangkuk.. dia ambil gak... yang mana aku nampak aku buang le.. tapi dia ni jenis budak yg nak mencuba.. cuba... cubalah... Pak aji n cik yah Putrajaya tu berborak le dgn hjh izan n hj. din. Aku n iim sbuk mkn ketam. Aku ni jenis peminum orangnya. Bergelen-gelen le air mengalir dalam perut aku. Air sedap plak tu. Pukul 12.30 aku tiba rumah.

Sabtu tu Mr Z bawa Maira tengok Pertandingan Sayembara Puisi kat Kotaraya. Aku plak gi Majlis Perkahwinan di hujung cuti sekolah ni. Pastu balik Bkt. Bsr le.. Lepak2 kat sana dan hantarkan Cik Yah gi Bandar Tenggara untuk beli makanan. Pas makan diorang balik Putrajaya. Iim n bila ikut aku n aku yang balik hati ni hantarkan diorang nak tengok movie Jangan Pandang Belakang Congkak. Untung tak im ko ada mak cik cam ni?? Aku nak tengok Syurga Cinta je.. tapi entah bila.

Pagi smlm billa masak nasi 3 pot utk. 3 orang makan. Banyaknya billa... Mr. Z tak ambil nasi sbb tgh berusaha utk diet. So kami 3 orang le kena habiskan. Lauk plak kari instant.. alahai.. tak selero den. Rojak ok gak n tq faizal hantar mee kari. Tak tahu nak balas apa...Semalam hantarkan iim balik Batu Pahat. Dia cite pasal asam pedas. Puhhh terbayang asam pedas arwah mak. Aku ni jenis tak boleh dengar orang cite... mulalah teringin nak merasa keenakkanya. Not bad.. kepala ikan merah pak Ali tu. Ikan pari pjg cam ular.. i like. Harga amat berpatutan. Boleh dtg lagi le...

Thursday, June 11, 2009

MagMyPic

Aku baru belajar buat benda ni... ok tak?? Berangan gak nak jadi cover girls versi saiz besar

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

bz yg tenang episod 1

Minggu ni minggu bz. Walaupun boss cuti 3 hari minggu ni tapi aku tetap banyak kerja. Bukan apa semua surat Minggu Haluan Siswa lama aku printkan untuk rujukan dia. Dan sure le dia setuju dengan draf surat2 lama tu. Dia pun jenis aku gak kot... malas nak fikir banyak. Ada banyak lagi benda lain yang penting untuk difikirkan. Walaupun aku bz... tapi situasi hati aku tenang coz takde bos yang nak mengacau. So, kerja aku semua ikut rentak aku sendiri le. Kerana ke'bz'an tersebut menyebabkan aku tak mencatatkan apa2 kat blog ni.


Semalam dan hari sebelum ni jenal sakit. Maka dapat le mc 2 hari. Aku bila jenal sakit aku ada boring skit sebab kena blik on time 5. Tapi kali ni aku ungkal skit... 2 2 hari aku gi ngeteh ngan member2. Semalam g ngeteh ngan ila dapat le 5 biji durian. Rezeki tu... Balik melantak durian le sorang2. Sian gak kat jenal... tapi takpe... dia faham aku.


Malam tadi gi rumah ibu mertuaku.. then dia ajak kuar mkn. Dia teringin nak makan roti nan... maka sang menantu ni gi le menemakan ibu mertuanya. Jenal kena jaga maira kat rumah mak dia. Hehehe. Kami g ngeteh malam ber3. Aku pekena roti telur jer, Kak Ratna roti sardin. Dap gak roti nan kat situ.. cuma ayam tandorinye pedas sikit lerrr.... Jom sesekali kita gi sana ramai2...

Monday, June 8, 2009

Sana sini kenduri kawin


Biasa le time cuti sek. ni sibuk ngan majlis perkahwinan. Dua hari cuti... dua hari le aku gi kenduri kawin. Sabtu aku gi Mutiara Rini, Pasir Gudang n Tun Aminah. Tetamu paling awal kat Mutiara Rini.. aku n kakak-kakak aku... hehehe.. Nak kejar masa coz nak gi Pasir Gudang selepas tu. Souvenir Rumah Pengantin from Indonesia. Tengahari aku dah tiba Pasir Gudang... kat sana ada menu tambahan .. lontong, tapai, cendol, kuih raya dan souvenir kuih tradisional family aku.. kuih suji dan suji keledek. Ahad kenduri kat Bukit Besar lak. Balik awal n nak hilangkan boring aku bawa le ibu mertua gi makan kat senibung.

Thursday, June 4, 2009

Exam

Huhhhh!!! lega separuh jiwa.... kertas ptk 2 umum telah aku jalani tadi. Tomorrow lagi satu paper utk khusus plak... kalo dapat aras 4 aku berehat dulu untuk beberapa ketika. Kalo tak melepasi target thun dpn cuba lagi. Tapi aku harap sgt ini kali terakhir aku duduki ptk utk. gred skrg.