Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, August 24, 2010

Tut.. tut.. tut tut... bunyi ketapi

Ini bukan kembara mahkota johor.. tapi ini kembara keluarga Lathiam...

Akhirnya tertunai gak hajat kedua mertua aku yang teringin sangat nak naik keretapi kerana kami telah merealisasikan impian mereka dengan mengembara menaiki keretapi ke Kluang.  Selepas menonton majalah 3 'KEMBARA MAHKOTA JOHOR' semangat dia semakin meruap-ruap.  Sehari sebelum tu aku ada call ke KTM Kempas untuk mendapatkan sedikit info dari segi masa n harga.  So dengan info berguna tu kami pun wake up agak pagi di hari cuti ni.

Kul 7.30 kami dah siap untuk mengambil mertua dan terus ke Stesen KTM.  Tiba kat sana.. diorang terus ke gerai tepi tu untuk membeli kuih muih dan air sebagai kudapan di dalam perjalanan.  Aku lak terus naik ke atas untuk membeli tiket.  Jimat masa.. sorang ke sana dan sorang ke sini.  Berbaloi gak harganya ya.. Kalo naik kete pun tak semahal ni.  Ikut planningnya memang cantik-cantiklah masa kitorang... tapi apakan daya.. kita mampu merancang.. Allah menentukan.  Keretapi delay.. aku lemah sikit bab ni.. terpaksalah tunggu sampai kul 10.  Letih menunggu le ni..


Bila keretapi datang.. budak kecik tu mula menangis.. dia ni ada problem sikit dengan bunyi bising.. dia takuttttt... Puas gak le memujuk sebab dia dah mula nak balik rumah.  Belum gerak lagi dik non dah nak balik... Bapak mertua plak sibuk interview pekerja kat situ dan dapatlah pamplet perjalanan keretapi.. nampak dia xcited n teruja.  Belum lagi kami bawak dia ke sampai ke Haadyai... lagi dia teruja.

Perjalanan diteruskan bila keretapi datang.  Yang lecehnya ada minah salleh dah take over tempat kitorang dan terpaksa le tukar tempat entah2 sesape.. dan lagi satu aku ni tak suka bila aku kena dok terbalik.. orang pandang depan.. aku pandang belakang... ni boleh bikin pening kepala makcik... Masalah kami tersettle bila konduktor datang.. puhh lega den dapat tempat duduk pandang depan.. bila tiba Kulai plak.. ada geng2 india sekeluarga naik dan anak dia plak buat hal.. asyik melalak je.. aduhhh..!! bikin pening gak ni... maklumlah anak sendiri dah mula seronok.. tak nangis lagi... Mertua plak seronok menoleh kiri kanan melihat kebun-kebun sayur.  Aku biasa je sebab kami sekeluarga dah pernah pergi ke Kluang naik keretapi.... ini kali ke 3 aku naik keretapi ke Kluang

Tiba Kluang agenda pertama kami iaitu makan kat Kluang Rail Coffee.  Menu biasa aku kat sana.. telur setengah masak, nasi lemak 70 sen, roti bulat, teh ais.. tambahan mee hoon 70 sen.. kami makan hingga kenyang.  Dah lama gak tak ke sini.. ada le dalam setengah tahun kot.. cam tak cukup je telur setengah masak tu..



Sebenarnya takde apa nak dilawat kat sana.. cuma lepaskan hajat naik keretapi.. kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di little india. 


Dalam pukul 2.00 perjalanan pulang ke Kempas.  Masa pulang keretapi tak ramai orang.. so.. aku dengan gaya bebas orang keletihan..... tidur le.. 2 kerusi untuk aku sorang... umairah dengan bapanya... Syukur kerana dapat menunaikan hajat mertua yang tak pernah naik keretapi.. maklumlah ke benut mana ada jalan keretapi...

Dunia makanan

Bila sebut bab makan... aku memang selalu teruja.. Entahlah.. walaupun usia dah melebihi 35 tahun tapi aku masih belum mencatu makan yang aku telan. Dengan keadaan aku yang camni.. dengan selera yang sentiasa meruap-ruap... menjadikan aku fanatik bila sebut MAKANAN. 

Persediaan untuk ramadhan.. aku n Mr. Z melalui beberapa fasa makan.  Mula-mula kitaorang menghabiskan wang dengan membuka selera di Damai.  2 orang punya makan RM140.00.. kira puas le tu.. Kalo di kira sorang RM70.00.  Harga 2 ekor ketam hampir RM48.00.




Kisah makan lagi.. 2 hari berturut-turut aku mengikut hawa nafsu dengan makan makanan Indonesia.  My favorite juice bila kat Indonesia memang apokat.. so bila es teler memulakan operasinya aku pun mengikut kata nafsu dengan meng'order' apokat.  Puas.. nasi yang ada kat es teler.. nasi gimlet.. lontong pukang... sedappp.. i like u....
Sebelum ramadhan gak aku gi my fren dengan membawa joy sekeluarga.  Keluarga joy bukan pemakan orangnya.. so.. diorang bungkus bawa balik.  Joy n aku je yg makan.. yang lain merasa dan tukang tengok.  TQ joy kerana memenuhi undangan aku.

Monday, August 23, 2010

Isi masa lapang

Perjalanan di awal Ramadhan aku lalui dengan tekad untuk mencabut gigi.  Walaupun itu perkara yang aku takut dalam kehidupan.. tapi aku perlu buat perubahan untuk kebaikan aku gak. 

So.. masa aku jadi nenek kebayan tu.. memang aku free giler.. dan mengisi masa lapang dengan membaca novel-novel ini.

Lambaian shopping di Nilai

Habis je Minggu Transformasi Mahasiswa aku terus mengatur langkah ke Nilai. Ada niat gak nak shopping walaupun duit kat tangan tak banyak.  Jengah sana jengah sini dapatlah sehelai kain ela berwarna hijau. 

Sebenarnya aku ke Nilai hanya persinggahan sebelum ke Port Dickson untuk menghantar en. mat dan kak tie yang berpindah ke Taman Dato Samad.  Bertolak dari Taman U awal pagi.. kul 6.15 aku dah keluar.. dan tiba di Bukit Besar pukul 7.15. Diorang pun belum berkumpul.. so kenalah tunggu diorang.  Perjalanan kami berhenti breakfast kat Machap.  Aku pekena nasi goreng jer.  Perjalanan diteruskan hingga tiba Nilai dalam kul 1.00 tengahari.  Pukul 4.00 tepat kami keluar dari Nilai dan terus ke PD.  Di PD hanya lawatan ke rumah kak tie yang besar tu.  Puas hati dapat rumah camtu.  Pukul 6.00 bertolak balik dan tiba di Kulai dalam kul 10.00 malam.

Esok kerja beb...

Tuesday, August 10, 2010