Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Sunday, December 19, 2010

umairah 3 thn

umairah semakin besar.. masa cepat benar berlalu.. aku semakin tua...

13 november hari tu kami mengadakan majlis sambutan besday umairah secara ringkas.. yang dijemput jiran2 rapat kak cik je.. maklumlah kali ni kitorang buat kat kampung.

hari tu juga diadakan majlis sambutan besday kak cik yang menyambut hari lahirnya yang ke 43 kot...pada 3 november.. kira backlated

gambar-gambar kat kamera aku semuanya bertarai sebab corrupt.. so tumpang kamera kak cik je yang ada..

anis umairah 3 tahun..


persiapan yang sangat ringkas dan sederhana.. namun ingatan ibu dan ayah terhadap anaknya tetap ada



birthday girl menangis sebab kena gertak dengan ogy... jaga turn anak ko nanti ogy... hehe..

puhhh... terpadam semua api... moga ANIS UMAIRAH menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu dan ayah... ibu dan ayah sangat sayangkan ANIS UMAIRAH

kek.... birhday women... n the old women sidah... tiup lilin lagi yang ke 43 nampak..



Thursday, December 16, 2010

Universal studio

impian menjadi kenyataan.. akhirnya ada orang offer aku ke universal studio.. memang teringin nak ke sana.. tapi kekangan masa, rm dan tempoh perjalanan tu membuat aku belum dapat menjejakkan kaki ke situ.  member2 aku pun belum berpeluang ke sana.. so takde le aku terpengaruh dengan cerita2 diorang tentang universal studio.

offer tu menjadikan aku bersemangat nak gi.. lebih2 lagi naik kenderaan sendiri.. terima kasih tuan haji rashid mohamed salleh dan pn robeeyah mohamed yang menawarkan saya percutian yang maveles tu.

perjalanan pagi tu memang mudah dengan berkereta sendiri.. dan secara tak langsung aku pun dapat ilmu baru untuk ke singapore dengan kereta sendiri.. sebelum ni biasanya aku naik taxi, bas, keretapi... laluan plak dari gelang patah atau pun dari bandar takde masalah untuk aku.

tiket masuk $66 untuk weekdays... dan aku seronok bergambar.. tapi malangnya gambar2 tu semua corrup.. so yang tinggal gambar aku menunpang kat camera diorang...

sebelum terjah ke dalam wajib bergambar kat sini


nak tengok movie 3d.. rimas aku berkaca mata



berhadapan tempat makan.. jurasic park
anyway percutian ni buat aku enjoy n tq kerana menaja aku

Enjoy di saigon

tempah tiket dah lama... tapi terbangnya pada 30 oktober 2010.  perjalanan ke vietnam tak lama.. lebih kurang 2 jam.  Dulu masa kecik2 rasa vietnam ni jauh sangat.. tapi skrg.. rasa dekat je.. cam gi sabah.  tapi kitorang gi pun bukan ke hanoi yang banyak view yang cantik tu.. kita gi ho chi minh.  pada aku untuk shopping better gi ho chi minh daripada gi indonesia.  itu pendapat peribadi... tapi indonesia banyak pilihan... walau bagaimanapun aku puas dengan mana2 trip yang aku arrangekan samada ke vietnam mahupun ke indonesia.

29 oktober 2010
perjalanan menaiki bas ke lcct.  jam 11 bas dah bergerak.. tiba sana pun awal.. singgah ambil uda kat yong peng dan singgah makan kat pagoh.. then terus ke lcct.  check in by kiosk je.. pastu check bag kat lagguage counter.. settle.. tunggu flight.

30 oktober 2010
penerbangan memakan masa lebih kurang 2jam... bagus gak negara ni.. kita takyah sibuk tulis white card.  semuanya sistem komputer.  keluar dari airport kami di sambut oleh pak yaya.. aku ambil dia sebab kat forum ada cite pasal dia.. dan harganya tak berapa mahal dicomparekan dengan agen kat sini... tq bak yaya.  kami terus di bawa untuk lunch di saigon halal... memang perut masing2 dah berbunyi.  masa kat sana semua confuse nak sentuh ayam.. sebabnya kami dimomok dengan daging kucing oleh ahli2 trip.. semuanya cam geli2 gitu.. last2 owner dia seorang dr perubatan dari taiping mengesahkan yang itu ayam halal dan dibantu oleh seorang pemuda islam yang pandai berbahasa melayu... sari nama budak tu.. baru lega.. aku terus order coffee ais vietnam yang diorang kata sedap... memang sedapp.. tapi sikit sangat.. 2 kali sedut jer.. selesai makan makanan yang enak gak.. ditambah dengan sambal tumis bojoy, kami dibawa gi butik2 yang tak berapa best harganya.. hong ann collection, dan beberapa collection butik... langsung aku tak beli apa2... temankan diorang je le gamaknya.  sudah tu kami bergambar berhampiran pejabat pos dan gereja.. ditengah2 tu pemandangan bangunan yang berdiri teguh memang berseni dan ada cerita tersendiri.  destinasi terakhir kat ben thanh market.. hahaaa... yang ni baru giler.. terus beli sepasang baju berwarna merah untuk raya dan 5 pasang kasut.. untuk kerja n raya.. seronok sakan.  aku plak bershopping dengan joy n cik yah.. lepas makan malam aktiviti bebas kami di night market.  betul2 depan hotel ada pasar malam.. wahhh.. menjadilah le kitorang menghabiskan duit.
semangat nak terbang.. bukan main laju berjalan
dah selamat tiba ho chi minh city.. pantang nampak perkataan ho chi minh.. sibuk nak bergambar


kat airport

beg aku, joy dan maria.. pergi sorang 1 beg.. balik beg beranak.. jadi sorang 2 beg

motor memang teramat banyak kat sini.. diorang memang gunakan motor dengan pelbagai fesyen helmet.. suka aku tengok

menunggu hidangan di kedai makanan halal.. ada starter yang enak kat sini

dr yang memberi penerangan tentang ayam yang halal.. terbayang daging kucing.. dr. dari taiping.. dr shahmi tak silap nama dia

bas yang membawa kitorang seramai 17 orang

gambar je depan hardrock ... tapi beli apa2 pun


deretan barangan untuk dijual.. cantikkkk

maria sedang menawar ke bergaduh tu???

31 oktober 2010
pagi2 dah keluar dan terus bersarapan di perkampungan muslim bak yaya.. dia menyediakan makanan lebih kurang macam mee soup... tapi bukan taste aku.. so aku tak berapa nak makan.  lawatan hari ni ke mekong river.. seronoknya sebab dalam geografi ada cite pasal sungai mekong.. dari ho chi minh ke situ lebih kurang 2 jam perjalanan.  turun dari situ kami terus ke boat2 yang sedia menunggu dan disajikan dengan kisah2 mekong dan pulau2 yang terdapat di situ.  sungai tu juga boleh pergi ke thailand.. dan beberapa negara lagi.  aku rasa sangat enjoy..  kami singgah di empat buah pulau.  pulau pertama.. dihidangkan dengan honey n fruits.. pulau ke 2.. ada candy.. pulau ke 3.. kitorang dok lunch bekalan halal (kat sini memang takde makanan halal) dengan air kelapa.. puhhh sedap.. dan pulau ke4.. terus menaiki sampan untuk ke sungai yang lebih besar.. tiba di darat semula.. kita shopping apa yang ada.. aku membeli beg vietnam dan tshirt sebagai souvenir... harganya amat berpatutan sekali.  KITA ENJOYYYY..
berserabut wayar kat vietnam.. diorang masih belum mempraktikkan kekemasan

perkampung muslim di rumah tourist guide


sarapan pagi... kat hotel pun ada breakfast.. tapi disini dijamin halal

mekong river.. deretan bot untuk membawa pelancong

sebelum bertolak ke 4 pulau tu

menyusuri sungai mekong...bersama ahli2 trip yang terdiri daripada kawan2 baik dan adik beradik

tunjuk keberanian dengan ular... geli-geli juga aku.. bojoy, kak cik, nani dah lari kemana.. diorang penggeli kat ular.. aku?? penggeli kat tikus

lebah hidup.. boleh disentuh... dan rasanya manis

sampan kecil yang membawa penumpang untuk ke bot yang besar

buah longan.. tapi saiz kecil

buaya... bulan naik ke darat untuk jadi buaya darat

candy yang masih belum di potong dan dibungkus.. manis... pelbagai perasa ada

menuju ke bot yang besar

sampan diorang berjaya potong sampan aku yang berat kerana berat badan aku

untuk dijual.. pelbagai jenis ular, kala jengking.. boleh diorder untuk goreng



petang kami singgah di war muzium... hahahah mulalah saat yang melemahkan untuk diroang.. tak bermaya je.. sebab ini bukan aktiviti shopping.. diorang dah tak sabar nak menyopping ni.. nak melontar kata pak eddi di padang.  seterusnya kami ke hajah basiroh collection... disini harga okey.. dan orang islam punya bisnes

depan war muzium.. 3 tingkat.. tapi kami kat luar je.. semangat hanya kat tempat shopping




dan bila tiba je kat depan hotel kitorang pun terus menyeberang jalan untuk bergambar dutch lady punya pesta. malam aktiviti kami ke pasar malam sesudah dinner.  aku, ijah , bojoy.. bershopping bersama2.  nak dijadikan cerita.. minah kat sana minat kat broach yang aku pakai.  ijah n joy plak nak bargain untuk baju jersi.. so diorang boleh bagi harga yang ijah n joy nak.. tapi dengan syarat aku kena bagi aku punya broach.. alamakkk.. diorang nak beli.. aku yang tergadai body... aku terpaksa menyerahkan broach.. demi kakak dan kak ipar.


gambar kat pesta dutch lady.. depan bant thant market.. dekat ngan hotel.. malam ni malam last pesta ni... ramai orang.. dan kami giler bergambar dengan lukisan2.. ala2 studio






1 november 2010
Pepagi dah kena bangun untuk menuju ke chu chi tunnel.. perjalanan lebih kurang 2 jam gak.  Aduhhh.. ni mesti kena dengar sejarah vietnam dengan tentera amerika.  aku kagum dengan kebijakan orang vietnam menentang tentera america walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.  Penerangan yang detail tu buat aku seronok ke situ walaupun pada awalnya aku lemah2 sebab kena meninggalkan ben thant market.  Cuma pada aku orang tua tak sesuai ke sini.. penat berjalan.... petang kami menghabiskan masa dengan bershopping.. aku terus tempah baju kurung sebab terpengaruh dengan baju kak ratna (dia tempah hari pertama.. hari kedua malam dia dah boleh catwalk dengan baju tu) kami tempah untuk 2jam jer.. sebelum terbang aku dah dapat baju tu... macam2 aku beli untuk menghabiskan wang.. tapi mungkin sebab aku bawa duit lebih.. so aku dapat bawa balik semula duit sebanyak 1 juta dong.  xperience aku kalo nak gi vietnam better bawa dollar.. duit dollar aku habis kat sana..  yang tak best masa shopping ni.. diorang suka sangat tarik2 dan peluk2.. aku plak elergik sikit kat org peluk2 ni.. bojoy plak suka suruh aku tanya harga.. bila aku nak tanya dia bukan nak beli.. aku lagi kena tarik.. wahhh.. payah gak jalan dengan bojoy.. tapi seronok.. joy memang baik.. dia bawakan apa yang aku beli... tak berat mana pun.. keseluruhannya kami puas bershopping le dan suka melihat barangan pembelian aku.. cuma tak cukup magnet fridge je...  petang kami ke airport untuk perjalanan pulang.. tiba lcct dalam pukul 11 malam dan selamat tiba ke jb dalam lebih kurang jam 4 pagi. 
polis malaysia yang terselemat sebab bersembunyi kat lubang ni..

depan kereta kebal.. cik talib kat dalam tu..

kreatif... dari tin cola cola, pepsi.. diorang buat jet pejuang.. balik jb hancur.. tercabut sana.. tercabut sini...

patung sape tah.. aku tumpang gambar je

Hotel penginapan kami.. best sebab dekat dengan bent thant market dan pasar malam.. tak sampai 2 minit ke pasar dan 1 minit pasar malam

Jerangkap yang dibuat oleh tentara vietnam semasa peperangan dengan askar jepun.. takutnya aku