Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, January 2, 2020

TAHUN 2020

semoga tahun 2020 memberikan sinar yang lebih terang dalam mengejar kejayaan hidup di dunia dan akhirat.. semoga imankan terjaga.. sembahyangku teratur dan tidak keciciran.. sembahyang sunat dilebihkan.. rezekiku bertambah.. kesihatanku lebih baik.. umur yg panjang..kejayaan untuk anak-anak.. rumahtanggaku aman damai dan bahagia.. diberi peluang masa dan rezeki untuk melihat keindahan dunia ciptaannya.. Aminn

kehidupan kami berubah dipenghujung 2019.. anis umairah menyambung persekolahan di sekolah seni.. jadi 2020 kami hidup bertiga di hari biasa.. dan bermakna tugas aku bertambah.. semoga berjaya anis umairah di tempat baru.. kawan baru.. suasana baru.. belajar berdikari.. bertambah matang.

amni naik ke darjah 2.  alhamdullilah sebab dia dapat naik juga darjah 2 di sekolah agama.  semoga amni bertambah matang, bertambah baik akhlaknya dan rajin belajar.  

Plan untuk bercuti tahun ni dimana ya..  yang dekat2 jer le.. sebabnya amni tak terjangka sakitnya.