Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, October 1, 2009

Lambaian Kota Jakarta


Pukauan tanah jajahan Belanda tu betul2 terkena kat aku. 1 kali dalam bulan Julai dan 2 kali dalam bulan ogos aku ke sana. Buat apa??? Jalan-jalan cari barang untuk hari raya. Bulan 7 kami pergi seramai 21 orang. Shopping sakan le kak cik, joy, ara, ruby, manis dan peserta lawatan. Sempat gak ke Bandung meninjau cibaduyut, FO dan pulang semula ke Jakarta untuk bermalam. 3 hari kat sana tapi barang mcm 3 bulan punya barang. Barang lebih muatan.. so kena bayar le kat airport untuk tambahan berat. Barang siapalah yang berat tu...??

Bulan 8 aku ke Jakarta lagi khusus untuk menemankan orang-orang kaya bershopping. 8 orang yang join dan aku naik van je untuk menjelajah kota jakarta. Aturcara free n easy... shopping untuk 2 hari. Seharian di Tanah Abang. Time ni le membolehkan aku untuk memahami lane2 yang berderet tu. Seronok tapi tetap tak puas.

Awal ramadhan sekali lagi pergi tanpa bermalam. Pemergian ke sana juga khusus untuk mengiringi ruby yang bershopping. Aku pergi dari LCCT baliknya terus ke JB. Sekadar shopping di Tanah Abang, Mangga 2 dan Pasar Ular. Insyaallah aku akan ke Pasar Ular lagi dengan membawa jutaan rupiah. Moga dimurahkan rezeki. Aminn.

Indahnya Hari Lebaran



Masih lagi mood raya ditempat kerja. Masih lagi meneruskan sesi kunjung mengunjungi saudara mara dan handai taulan. Masih lagi mengumpul duit raya bagi pihak maira. Masih lagi sibuk menerima kunjungan orang sekeliling.

Last puasa berbuka kat Bandar Baru Uda. Keluar dari BBU sempat melepak jap kat Mc Donald sebelum melanjutkan perjalanan ke Bukit Besar. Tiba Bukit Besar sambung plak ke Bazar Kota Tinggi. Aku tak shopping just temankan kekanda membeli belah. Aku shopping makanan je dengan joy. Last2 dok membawa 6 tin longan. Berat gak dgn kenderaan yang diparking di hujung dunia.

Dipagi raya satu kemestian kepada anak, cucu dan cicit keluarga pak salleh.. semua nak kelihatan anggun menawan dan segak tampan. Aku cam biasa je. Paling low profile. Semuanya serba sederhana. Umairah lagi le... tak mahu bergambar plak tu. Frust le gak.. Anak dara orang lain semua posing maut.


Malam plak ada mini barbeque dan sesi pertukaran hadiah. Apa yang aku dapat??? Thanks ruby. Payah gak nak menghabiskan 1 ribu cucuk sate. Ayam bakar memang jadi rebutan. Maklum le terhad dan ayam kampung plak tu. Sedapppp u...
Raya ke 2 sesi meronda. Time ni le nak bermesra dengan saudara mara yang jarang berjumpa. Almaklum le... semuanya sibuk dengan tugasan. Rumah-rumah yang wajid dikunjungi... cik kiah karim, long jenab, pak unggal, busu milah n rumah 'my best fren' termasuk dalam agenda lawatan. Thanks kak ratna.. sedap sangat nasi goreng dan sambal tumis. Perut memang tengah lapar time tu. Desert akak memang class... pengat pisang + nangka. Lazat, manis dan berkrim. Resepi istana.. terasa cam permaisuri raja yang dihidangkan makanan. Sian joy tak dapat lagi gi rumah kak ratna. Sabar ye joy... jangan gaduh2... hiduplah rukun dan damai. Raya ke 3 still kunjung mengunjung. Arah yang berbeza... menuju ke utara. Gi rumah mak mertua kakak.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, Halalkan segala makan dan minum. Tahun ni takde open house sbab budget tak open.. budget close thun ni.

Sehangat teh tarik

Huhhhh... baru hari aku dapat melompat kembali ke dunia blog. Mesti orang kata aku ni hangat2 tahi ayam... (macam diorang pernah pegang tahi ayam).. tapi aku rasa aku sehangat teh tarik mamak. Cepat sejuknya... tapi tak beku. Hampir 3 bulan tak menjengah dunia ni.. sekali menjengah banyak le sawang, cik lipas, pak tikus nak berumah tangga. Nasib baik aku sempat halau. Baru hari ni ada mood.. sampai lupa password. Fb pun mcm tu gak... awal2 kenal dunia tu xcited.. dah lama sejuk mcm ais cendol kedai pak musa.