Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, September 21, 2010

kesederhanaan dalam berhari raya

hari raya tahun ni aku menyambutnya secara sederhana.  bermula malam hari raya aku selepas berbuka keadaan cam biasa je.  aku n umairah boleh kuar bersiar2. then balik kami tidur.  pagi terbangun lewat lagi.  setelah hampir sebulan aku bangun kul 4.45 hari tu aku terbangun kul 8.00.  sungguh tak patut.  dalam kul 11.00 baru tiba di rumah ibu mertua.  nasib baik mak mertua jenis tak kisah n yang paling penting tak pernah mengharapkan menantu dia memasak.  tiba sana aku terus ngaappp.. perut memang minta di belai.  makan sampai kenyang.  pas makan aku bawa le diorang gi benut ambil hati diorang hingga ke malam.  puas le diorang beraya di rumah sanak sedaranya dan menikmati kelazatan makanan bugis seperti burasak, lepat loi, ikan parang.  aku lebih gemarkan ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng aku tu.  malam tu kami memanjakan diri dengan berehat di rumah sendiri.

raya ke 2.. pepagi aku dah bangun untuk gi kampung.  bukan pulang ke bukit besar tapi pergi ke Kampung Linting.  sesekali pegi n pegi ramai2 memang seronok.  kampung kami ni pulau so biasalah kena menyeberang dengan bot.  yg confirmnya kami tak berbaju kurung tapi berseluar sebab biasanya kena naik tangga jeti.  tapi bila tiba situ.. satu pembaharuan dan inovasi yang dibuat.. digunakan cam rumah rakit... bila air naik jambatan tu akan ternaik dan sebaliknya.. yess.. so takdelah episod panjat-panjat.  beraya kat sana memang seronok sebab makanan memang best.  ikan mengelitik2,, ingat ungar masak asam pedas, bakar n goreng.. puhhhh... mavaless... semua menyedut otak, sirip, kepala, ekor ungar... sedappp... time balik plak kami terpaksa naik lori sebab van sangat lambat mengambil passanger.  naik lori biasalah..ibarat naik bmw tak berbumbung.. nampak je orang... woooooooooiiii.... balik singgah kledang melawat orang sakit n takziah kepada keluarga abang cik talib diatas pemergian isteri (kakak ipar cik talib) ke rahmatullah.  kami mengakhirnya perjalanan hari ni dengan menziarahi cu lamah dengan lawak 'carottnya'.

raya ke 3... ke rumah yang rutin kami pergi.. cik kiah karim... menu raya kali ni ikan masak asam pedas, sayur kobis dan telur.. puhhh.. dah rasa terangkat. kemudian singgah rumah izan makan nasi beriani kot berserta lauk pauk yang sedap lagi lazat.  destinasi seterusnya ke rumah busu milah..  penuh le dengan cite dia masa kat indonesia dan kesakitan dia semasa bulan pose.

raya ke 4.. gi imegresen utk. buat posport.. orang kat sana macam kat angsana time raya.  ramai sgt n number pun dah habis time kitorang tiba.  then g rumah ibu mertuaku dan petang menguruskan joy walau tak berjaya.

raya ke 5.. aku dah bekerja walaupun takde rese n gi opis.  then dalam kul 10 balik n berehat di rumah

raya ke 6.. bekerja walaupun mood masih di perantauan

raya ke 7.. kami berangkat ke muar n melaka.  aku drive.. terasalah lenguh2nya. 

WALAUPUN RAYA TAHUN INI DISAMBUT SEDERHANA TAPI KAMI TETAP RAYA ENJOY N MERIAH BERSAMA SALLEH CREWS...

Wednesday, September 1, 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Aku sebenarnya tertarik membaca artikel ni.  Yelah... ibunda aku 'SADIAH BINTI HJ. ABD. RAHMAN'  telah ke rahmatullah pada 20 april 2005..  Semoga allahyarham tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..  dan sebagai seorang anak aku perlu/mesti/wajid dan selalu sedekahkan Alfatihah untuk arwah... AL-FATIHAH...

-  Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan

apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akanmengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.