Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 3, 2020

BUNGA MATAHARI DI LOPBURI

 Balik dari Balkan setahun yg lalu aku meneruskan tour ke Bangkok.. memang dah lama gak teringin nak ke Lopburi untuk melihat kembangnya matahari.  Alhamdullilah allah permudahkan urusannya.


Detailnya gini:

Hari 1:  (MM) – 19 DISEMBER 2019

JOHOR BAHRU – BANGKOK

Peserta dikehendaki berada di Lapangan Terbang Senai pada jam 3.00 petang untuk penerbangan ke Bangkok pada jam 5.05 petang.  Dijangka tiba di Lapangan Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 6.25 petang (Waktu Bangkok lambat 1 jam dari waktu Malaysia).  Setiba disana akan dibawa ke Pasar Malam.  Setelah itu dibawa untuk menikmati ‘light dinner’ dan check in hotel.

Dapat le ke pasar malam 

 







HARI 2: (S/MT/MM) – 20 DISEMBER 2019

BANGKOK – LOPBURI - KHAN NA YAO

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lopburi untuk melihat keindahan ladang bunga matahari yang sedang mekar dan dibuka dari bulan November sehingga Januari sahaja setiap tahun.  Perjalanan ke Lopburi lebih kurang 3 jam (Diminta untuk keluar awal pagi).  Setelah itu akan dibawa ke Chocolate Ville restoran terbuka dengan konsep bangunan dan landskap yang seperti ala-ala di perkampungan Eropah 

 

























Hari 3 : (S/MT) – 21 DISEMBER 2019

BANGKOK – CHATUCHAK MARKET - MAEKLONG RAILWAY - FLOATING MARKET

Selepas sarapan pagi, peserta di bawa ke Pasar Hujung Minggu Chatuchak yang dibuka hanya pada hari sabtu dan ahad.  Pasar Chatuchak merupakan pasar terbesar di Thailand yang mempunyai lebih daripada 8,000 gerai, dibahagikan kepada 27 bahagian.  Peserta boleh membeli pelbagai barangan disitu.  Selepas itu dibawa ke Maeklong Railway Market dan ke Amphawa floating market iaitu antara pasar terapung yang popular dan menjual pelbagai cenderamata dan buah-buahan didalam sampan.  Jam 4.00 petang akan dihantar ke airport untuk perjalanan pulang.  Penerbangan adalah pada jam 6.55 petang (waktu Thailand) dan dijangka tiba di Johor Bahru pada jam 10.15 malam (Waktu Malaysia)













Wednesday, December 2, 2020

KEMBARA EUROPE


UPDATE 2 TAHUN SELEPAS PROGRAM 
2/12/2020
Inilah trip yang paling jauh saya handle.. customize sendiri tentatif.. gi tempat yang saya teringin nak pergi.  Sebelum ni dah pernah ke London & Paris.. tapi ada beberapa tempat yang saya tak sempat nak cover.. so kali ni alhamdullillah dapat tengok dan dapat melalui liku2 perjalanannya.



6 DISEMBER 2020
HARI 1:  JB - KLIA
Kami bertolak pagi dari Johor Bahru ke KLIA.  Seperti biasa urusan untuk check in yg smooth dan kali ni memang nak merasai menaiki flight emirates.  Boleh tahan juga harga time tu.. hampir 3k.  Penerbangan dari KLIA ke Dubai pada jam 19.10 petang dan dijangka tiba di Dubai pada jam 10.30 malam waktu tempatan.  Sampai Dubai sempat sembahyang maghrib dan isyak.. tapi ada seorang peserta sembahyang subuh... tengah mamai sebab dok tidur dalam flight le tu.  Seterusnya meneruskan penerbangan dari Dubai ke London pada jam 2.50 pagi dan tiba di  Garwick Airport London pada subuh hari iaitu 6.30 pagi.  





Heret beg menuju ke bas

antara yg join









7 DISEMBER 2018
HARI 2:   DUBAI - LONDON
Hujan yang menyambut kehadiran kami di Kota London.  Dari situ kami menaiki bas ke Bicester Village.  Time tu dah rasa sejuk masa kat airport... dengan cuaca yang sejuk dan bertambah dengan hujan yang turun.   Dari airport terus ke Bicester Village.. pepagi dah nak menyopping.. ok jer.. saya temankan org shopping jer.. yang pasti saya gi makan noodle kat kiosk halal di situ.. cuma macam biasa sesi bergambar jer.  Dah puas menyopping kami meneruskan perjalanan ke Arsenal Stadium.. hujan pun masih turun... sejuk.. sama gak sesi bergambar.. (sayalah.. diorg menyopping gak).  Puas gak dapat tengok depan mata arsenal stadium.  Suasana dah mula nak gelap sebab time winter memang malamnya panjang dari siang..  kul 4 @ 5 dah mula gelap macam malam.  Sebelum ke hotel kami sempat ke London Tower.  Dari situ terus ke hotel iaitu euro hotel wembley.. berhampiran stadium wembley








HARI 3:  LONDON
8 DISEMBER 2018
Dah selesa dah dapat tidur yang sedikit lena.. tapi jetleg.. tengah malam kat sana terasa lapar.. badan dah segar.. kami pun meneruskan untuk meneroka kotaraya London.  Pagi2 lagi kami dah bergambar di hadapan Harrod.. gambar jer.. tak masuk pun.  Seterusnya menikmati breakfast di Malaysia Hall.. seronok ni.. baru 3 hari tinggalkan Malaysia dah rindu nasi lemak dan teh tarik.. bertenaga untuk shopping di Bayswater... antara kedai souvenir yang murah kat london ni.  Singgah di bigben.. tapi sayangnya big ben tengah renovate.. tengok sungai jer.. jadilah. Dari sini dihantar ke Burmingham palace.. dok le gambar2 depan istana.. tempat yang saya dah gi.. jadi kurang le excitednya.  Penutup program london.. kami dihantar ke Oxford Street untuk menyopping.. Primax le jadi sasaran.  Time tu buka langkah le sikit.. capai apa yang nak.   Malam kami menginap di The Carlton Hotel, Folkestone iaitu bandar yang berhampiran dengan Dover (mudah nak melalui selat English) untuk ke meneruskan tour Europe.
 
Note:  Driver sgt baik.. orang poland.. tinggi.. takde komen apa.. cuma dia tahu org malaysia ni.. shopping shopping shopping











HARI 4: LONDON - BELGIUM
9 DISEMBER 2018
Pagi tu semua dah bersedia untuk meneruskan perjalanan menjelajah beberapa bandar di europe.  Perjalanan menaiki feri dari Dover agak mudah.. feri sangat selesa dan boleh membeli belah lagi didalamnya.... tiba di Belgium kami meneruskan perjalanan ke Brusel.  Suasana di Brusel yang penuh dengan kincir angin sepanjang jalan untuk penjanaan tenaga solar.  Di Brusel kami terus ke Old Town.  Time tu memang berlambak ler coklat yang sedap2 tu.. di situ juga terletaknya Hard Rock Brusel.  Kira kat situ semua ada.. minyak wangi.. souvenir.. makanan halal pun ada.  Kami bermalam di Companile Brussels Airport Zaventem Hotel.























HARI 5: BELGIUM - AMSTERDAM
10 DISEMBER 2018
Pagi tu kami dibawa ke mercu tanda Belgium iaitu Atomium.. besi2 tu ler.  suasana masih gelap lagi kami dah melawat ke sini.. gambar pun kabur2 gitu.  Seterusnya perjalanan di lanjutkan menuju Amsterdam.  Lawatan sehari di bandar amsterdam.  Perkataan IAMSTERDAM dah takde plak tu.. sedihnya... yg ada kat airport jer.  Kami dibawa ke Dam Square ni untuk membeli souvenir dan disini juga terletaknya Hard Rock Amsterdam.  Selepas makan tengahari di bawa ke Volendam iaitu sebuah perkampungan atas air yang sangat indah.  Aduhnya... cantiknya view kat amsterdam ni.. jatuh cinta.. macam duduk di atas air jer rasanya.  Kami bermalam di Stayokay Arnhem































HARI 6:  AMSTERDAM - GERMAN
11 DISEMBER 2018
Dari Arnhern kami dibawa menuju ke Heidelberg yang terkenal sebagai bandar universiti.  Disini kami dibawa menuju ke Old Town.  Ditepinya old town ni, sungai Neckar River mengalir dan jambatan yang terkenal di daerah ini.  Diatas puncak bukit ada istana.. tapi memang tak gi le ke situ... dapat window shopping kat sini dah oke sangat... dan time tu ler plak turunnya hujan batu.. seketul2 ais kecil gugur.  Penginapan kami Hotel Maurer Karlsruhe





HARI 7: GERMAN – SWITZERLAND
12 DISEMBER  2018
Perjalanan hari ke 7 dari German ke Switzerland.. memang aku suka melihat keindahan pemandangan di sini.  Dari German kami meneruskan perjalanan ke Lucerne.  Aduhhhh seronoknya dberi peluang ke Puncak Mt Titlis yang dipenuhi salji dan keindahan gunungnya.  Inilah switzerland.. bila berada di Titlis.. sejuk dan nyaman.  Untuk ke puncak dapatlah merasa menaki cable car yang rotate tu.. cable car tu akan berpusing untuk melihat keindahan.  Di atas gunung tu plak ada gua salji.. aduhhhh aku kandas disitu.. rasa sejak nafas plak didalam gua salji.. terus keluar le mencari heater dan menikmati makan tengahari.. kawan baik aku memang tak lupa kisah ni... Malam tu kami bermalam di Lucerne iaitu Roesli Guest House.. selesa dan di tengah bandar.. malam tu semua mengambil peluang untuk meronda... ronda2 nak tengok pisau dan terjumpa kedai vietnam.. serai pun ada.. 






HARI 8: LUCERNE - INTERLAKEN
13 DISEMBER 2018
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Interlaken. View dari Lucerne ke Interlaken sangat superb.. giler cantik.. inilah tempat yang aku ingin sangat nak gi iaitu Interlaken.  Mengenali Interlaken masa drama tiz zaqyah n Remy ishak.. masa tu memang pasang niat nak tengok bumi allah di interlaken.. setibanya di situ awal pagi.. kami ke supermarket dulu.. shopping coklat ler.. kelilingnya gunUng ganang.. wowwww cantiknya.. ramai yang membeli jam. kat sini. saya macam biasa menyopping FM jer.. kat sini toiletnya memang berbeza dengan tempat lain.. sesuai dengan harga nak masuk tailet.. Alhamdullilah dapat ke sini.. tapi sayangnya kat sini kedai halal semua tutup plak tu.. yg buka pun belum ready apa2.. so meneruskan perjalanan ke Basel.  Di basel kami ke bazaar krismas.. tak dapat gi masa di Lucerne.. dapat gak singgah bazaar krismas di Basel.  Disini kami bermalam di Ibis Budget sangatlah selesa dan ditengah bandar.  















HARI 9: INTERLAKEN –PARIS
14 DISEMBER 2018
Kami melanjutnya perjalanan ke Paris dan melewati Banjaran Alps dengan tasik yang indah dan terus menuju ke Paris.  Biasalah disini kami dibawa ke Outlet dan terus ke Primax... giler lagi le menyopping.. memang menarik bakul lerr.. sampai petang le menyopping.  Kami bermalam di Premiera Classe Marne La Vallee










HARI 10: PARIS - DUBAI
15 DISEMBER 2018
Hari last di Europe.. di kota Paris.. hari ni plak ada demonstrasi.  So banyak gak tempat tutup.. lelagi jalan ke Hard Rock.. Kami dapat menyinggah beberapa tempat attraction jer Eiffel Tower dan Musee Du Louvre Pyramid.. di Eiffel tower boleh ler menyopping sikit dengan org kulit hitam..  jadilah.. kat luar musee pun bnyk kedai menjual souvenir.. shoppinglah hingga lebam.  Awal kami dihantar ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle. Penerbangan dari Paris pada jam 21.35pm  dan dijangka tiba di Dubai pada jam 07.20am










HARI 11: DUBAI
16 DISEMBER 2018
Awal pagi kami tiba di Dubai iaitu pada jam 7.20 pagi.  Selesai urusan keluar kami dibawa menaiki bas untuk melihat keindahan Kota Dubai.  Awal pagi dah menyopping kat kedai abaya.. kedai souvenir.. menaiki bot ke old town.. sambung shopping.. pastu makan tengahari.. sedap nasi arabnya... sebelum balik dibawa ke pantai dan last sekali Burj Khalifa.  Kira sehari tour.. tapi agak puas hati.  Malam flight kami dari Dubai ke KLIA pada jam 9.35 malam dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.







HARI 12: DUBAI - KLIA - JB
17 Disember 2018
Alhamdullilah kami selamat tiba di KLIA lebih kurang pada jam 8.30 pagi meneruskan perjalanan ke JB.  Biasalah mesti mengisi tangki perut dulu di R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke JB.
 
 
HOME SWEET HOME