Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, November 15, 2013

Selamat Tinggal Tadika Indah Ria

Hari ini (Jumaat) 15 November 2013 merupakan hari terakhir Anis Umairah di Tadika Indah Ria.  Tadika yang rasanya sederhana dari segi bayarannya (tapi tetap mahal gak bagi aku.. tapi untuk kemajuan anak).. kira setahun untuk yuran lebih kurang rm1k... cuma bulanan lebih murah sikit.. RM140.00.  Bagi aku gak tadika ni agak bagus dari segi pembelajarannya.. (stail cina).. setiap hari ada homeworks.. biasanya 4 mata pelajaran yang homeworksnya setiap hari.. paling kurang 3 matapelajaran dan berhelai-helai.. Berkat menuntut ilmu di sana alhamdullillah anis umairah telah berjaya membaca buku dengan agak lancar.. tak berani plak nak kata 'dengan lancarnya'.. tapi so far so good.. setakat nak ambil order makanan.. nak reply sms.. dan suruh tulis atau bacakan apa-apa maklumat mmg takde masalah.

Minggu lepas aku gi ambil buku rekod.. menurut cikgu dia seorang yang bijak dan berani.. kalau nak gi office kat situ memang cikgu tu suruh dia.. dan kadang2 dia ambil kesempatan untuk meround2 plak tu.. yg tu tak berapa elok.. dia ramah n mesra. kelakar plak bila dia yg bertubuh kecil dan rendah itu dilantik menjadi penolong kelas.

Bab pelajaran.. aku tumpang seronok bila tengok dia sentiasa mengekalkan tempat terbaik.. sem. ni dia dapat tempat ke2.. markah penuh keseluruhan matapelajaran 498/500... satu salah iaitu matapelajaran matematik... itu pun aku rasa dia careless.. dia tak cek 2 kali.. yang lain semua 100/100.. kira yang tempat pertama 500/500.  Teruskan usaha ya umairah.  Untuk semester 1 pun alhamdullilah tetap dapat piala bawa balik.. masa umur 5 tahun pun camtu gak... kira 4 semester.. 4 hadiah gak le.. itu tak berapa penting.. yang penting.. dia boleh bawa dan memahami apa yang diajar... jadilah.. budak-budak.. pada aku dunia persekolahan untuk tadika.. dunia berkawan.. dunia mengenal ilmu asas.. abc.. dunia main-main secara berkumpulan.. bukan dunia kena belajar bersungguh-sungguh...

Dan pada aku gak... dia ni masih kecil untuk mengukur kebijaksanaannya.. dia kena terus belajar.. dan belajar.. tapi budak kecil.. bukan boleh dipaksa.. ada waktu dia nak tengok tv.. aku layan.. dia nak main-main aku layan.. tapi alhamdullillah.. dia memang rajin baca buku.. novel aku pun dia nak baca.. skrg. ni setiap bulan kena spent untuk dia beli bahan bacaan.. 'kembara ustaz', 'anis' 'upin ipin', 'poyonya syaitan'.. dan mcm2 lagi komik.. dah tu sekejap je dah habis baca.. balik rumah atau dalam kete dia start membaca.. 

Moga anak ibu bernama ANIS UMAIRAH MENJADI ANAK YANG MEMBAHAGIAKAN DAN MEMBANGGAKAN IBU DAN AYAH SERTA HIDUP BAHAGIA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT. AMIN.