Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, January 24, 2011

pulau mutiara trip 3

semalam last trip aku ke pulau pinang setelah 2 minggu berturut2 ke sana... wahhh lega semuanya berjalan lancar.. tapi setiap hujung minggu takde kat rumah.. aduhhh.. seraknya rumah.. minggu ni kira best sikit sebab gi ngan family.. so takdelah resah n gelisah.. yang paling best sebab aku bawa anis umairah.. heheh.. budak kecik tu dah teruja nak gi asyik cakap nak gi penang jer.. dah balik dia nak gi sarawak plak... no hal sayang... dalam filight pun dia teruja dengan dania.. pengaruh awan dania...

hari sabtu kitorang bertolak.. pepagi aku dah bangun sebab kena menyiapkan diri aku n anak.  naik taxi dari rumah n terus check in.  anis umairah happy.. lebih2 lagi jumpa kak ayu, abang hariz, abang mirul, abang nazli, mak n ayah dia... dan paling dia sayang nana dia le... aduhhh ibu ruzita dia pun dia tak berapa pandang... masa flight nak terbang je dia dah mula menyelabah sikit.. tapi under control.. steadylah anak ibu. tiba sana kul 9.30am.. terus sarapan.. kali ni aku pekena char kuew tiaw di astaka dan sempat membeli papadom besar untuk kawan2.

seterusnya kitorang gi lorong kulit.. aku terus tunjuk kedai rm1.. si ara terus membeli 20 item.. kak cik dengan pisau untuk rewang, kira semua membelile kat kedai tu.. aku just ronda2 je.. tak tahu nak beli apa. last2 aku cuma membasahkan tekak je n beli limau kesukaan umairah.  dah settle shopping kitorang gi rumah p. ramlee.  yang tua2 tu bukan minat pun.. just lepak ngan aku je... aku dah memang masak dengan taste kakak2 aku.. bawalah dia ke tempat camtu... memang dia jadi lemah.. cuma bawa dia ke bazaar atau pasar malam.. cergas n kesetanan memasing. pastu kami melepak kat padang kota.. berhampiran fort conwalis.. dok beli air n berehat2 sementara tunggu show di tokong ular yang start kul 3.30pm. pertunjukkan cam minggu lepas jugak.. apa yang aku cite itu yang tauke tu cakap.. ular ni macam perempuan.. tak boleh diusik.. dan king cobra ni bahaya.. time di kiss.. kalo kena patuk hantar dia kat gh atau 45 hantar dia kat heaven.. si penakut2 tu tak masuk langsung.. menghabiskan masa kat luar je.. dok shopping.. sebelum tu time kitorang tiba show dah habis.. dia cepatkan sebab ada trip 1 bas.. tapi aku nak gak.. ramai orang baru dia buat. selesai tu kitorang gi juru.. dia orang nak mee udang ketam.. hahaha.. tauke kedai ambil kesempatan.. dia letak ketam 2 ekor n udang 5 ekor.. dia cas rm23.00.. sebelum ni aku bagitahu diorang rm16.. kitorang pun tak tahu harga ketam 2 ekor lain.. dia tak bagitahu n kitorang tak request untuk ketam 2 ekor.. tapi okeylah.. dah masuk perut.. balik dari situ ikut feri.. just snap gambar je.. n pulang ke hotel.. hari pun dah hampir kul 7.




Dalam feri ke pulau pinang selepas makan mee udang ketam dari juru.. umairah n cousin (iim, joy, kak cik n bila di barisan belakang zul, maria n hariz)

anak sedara n cucu sedara.. umairah, nazri, hariz, mirul dan ayuni

kakak sulung.. aminah n abang din

dalam flight, iim.. joy... kak nora.. semacam je senyuman joy.. senyum tak jadi nama senyuman tu
dalam feri.. aku tukang ambil gambar... keluarga aku n teman baik.. kak ratna dan teman sekerja kat cik... kak nora
malam acara cam biasa batu ferringgi... hotel yang sama je aku ambil sebab senanglah hotel tu dan bersih. hotel baru. lepas bersiap kitorang keluar meronda stall tu.. umairah aku pas kat cik talib.. dia okey je.. sure dia letih kalo gi dan mulalah nak berdukong. makcik tak larat nak.. awak dah 3 thun lebih..

night market batu feringgi.. muka penat tu n ngantuk
pagi after breakfast yang mahal tu.. kitorang kita meneruskan perjalanan ke penang road.. aku memang tak beli apa2.. cuma menghabiskan duit dengan naik beca dan minum cendol.  beli ceruk pun skit je sebab beli untuk kawan kirim.. yang lain2 aku tak beli... lepas membeli belah kat penang road.. kitorang naik feri ke bagan plak... time ni camera kat ratna terjatuh.. dijatuhkan oleh aku.. aduhhh.. mati le aku.. kat bagan anak dara tu nak basikal mainan.. macam2... kat bagan tu panasss.. lepas meronda bagan sesi patah balik ke pulau mutiara dan terusss sapdek kat nasi kandar kayu.. aku belikan untuk mr z.. dia makan hampir pukul 12 tapi masih sedap... class le nasi kandar kayu...


kalo suruh gambar.. ini fesyen umairah... gaya dottie.. cam sakit pinggang jer

aduhh.. umairah hilang kalo dok sebelah ibu dia.. si besar n si kecil.. beca yang membawa aku meronda komtar, perangin mall dan celah2 jalan kat situ dengan bayaran rm10.00.  Letih gak tukang pengayuh beca

jejaka menaiki beca.. selepas aku diorang plak.


bye-bye awan dania... inilah hasil menonton tv.. nak tengok dania.. nak tengok dania... semua fa dia kata dania.. tq cik....

petang pukul 4.50 flight kami.. tiba ke senai hampir jam 6.00.  A\lhamdullilah trip 3 okey.. so jumpa lagi insyaallah bulan 4... bln 3 diorang urus sendiri... thanks muzir jadi driver aku.  kali ini aku ambil 1 van 1 kete...

Pulau Mutiara episod 2

Pulau Pinang episod 2.. 2nd trip aku bawa orang seramai 13 orang.  Naik van tapi bertukar pemandu.  Kali ni lebih happening sebab aku gi dengan orang2 yang lebih kurang sebaya ngan aku.  Cuma diorang lebih muda.. aku lebih tua dan my best friend nani.

Perjalanan semua under control.. cuma ada tempat yang berbeza.. dan orang war muzium, tokong ular dan jeruk pak nasir dah mula mengenali diri aku.  TQ encik2 n mak cik2 yang sudi melayani aku.

Kali ni aturcara lebih menyenangkan aku dan semua orang.  First aku breakfast di astaka.. pekena nasi lemuni... first time merasa dan mendengar nama tu.  Not bad.. ada char kuew tiaw.. ada serabai.. ada sandwich special.. dan macam2 lagi.  Singgah kat pasar jap mencari papadom size besar..  then terus bawa diorang menyopping kat lorong kulit.. aduhhh.. nani dah teruja.. aku beli pisau rm1 je. diorang nampak seronok.. diteruskan dengan rumah p. ramlee.. cucu cicit p ramlee mula meneliti. membelek apa yang patut di rumah dan di geleri p. ramlee..  Diorang nampak xcited. Stereng van sterusnya ke war muzium.. bagi bahang sikit pada diorang... naik tangga turun tangga... letih... aku melepak je kat luar.  Sesudah melihat tugu peninggalan british... diorang di bawa melihat sejenis reptilia.. ular sudah menunggu.. disambut oleh ular sawa emas di tokong ular.. cantik sebab penjaga tiket kat tokong ular pun dah mengenali diri aku.. masuk free... wowww.. ada show.. ular ni mcam perempuan.. kalo kita ganggu dia marah.. kalo tak diusik.. ular tak buat apa2 pun.. dan ular ni oku... takde kaki tangan dan pekak... king cobra plak... 45 minit kalo tak bawa gi general hospital.. kena bawa dia gi kubur.. kasi tanam sama orang yang kena patuk tu.  Sebelum dihantar ke hotel... peserta di bawa menikmati mee udang di Juru.  RM16.00 mee udang ketam 1 mangkuk.. tapi marveless. Perjalanan pergi di bawa menaiki van melintasi jambatan pulau pinang.. dan perjalanan pulang menaiki feri.. hampir maghrib kami dah tiba hotel berhampiran batu feringgi


rumah dan geleri p. ramlee di jalan p ramlee... diorang teruja melihat jiran2 p. ramlee

war muzium.. lepak kat luar je.. yang kat dalam pasti tak berubah dalam tempoh 1 minggu


pekena mee udang + ketam. rasa okey... sesuai dengan selera. muzir pekena nasi goreng udang
Malam di batu feringgi semua orang tahu tentang ke'happenning'nya.  Sampai lenguh le kaki berjalan menyusuri deretan kedai. Sampai bilik semua aku siap mandi manda.. panas bagi orang macam aku ni.. xxxl size.  Malam ni aku jumpa orang silver di situ.. teruja...

sekitar batu feringgi.. aku dan my best fren.. orang silver
Esok 9.30 muzir dengan janji cinanya dah tiba kat hotel... tq muzir.. akak boleh bagi cemerlang untuk awak... diteruskan dengan ke penang road.. sesi diorang menyopping jeruk.. n tq pak nasir sebab memberi sepeket jeruk pada tour leader.  Aku tak sempat nak breakfast kat hotel.. so aku pekena char kuew tiaw.. besst... Last lawatan ke puncak di balik pulau.. di tanjung bunga sesi lawatan dalam van je.. sebab panas.. di puncak just snap2 gambar n lepak2 sambil minum.. okey gak sebab nampak penang hingga ke laut. Kata muzir kalo cerah dari bukit bendera boleh nampak medan.. tapi masih under contruction... kitorang singgah makan sebelum balik ke airport.. nasi kandar kayu le...


jeruk pak nasir.. orang melayu ada sijil halal.. dan yang penting boleh rasa2 dulu sebelum membeli

di puncak balik pulau.  view cantik
kira trip ke2 ni ada penambahbaikan dari trip pertama.. aku tolak butterfly farm.. tapi aku tukar dengan juru n balik pulau.. hopefully diorang puas hati.. tq muzir n nani dan peserta yang menyertai penang trip 2
Dalam feri.. alunan air.. dan peserta trip 2

Wednesday, January 19, 2011

pulau mutiara episod 1

Bermula tahun baru maka bermulalah kerja part time aku... berjalan-jalan dan meronda-ronda.. tahun ni aku mulakan dengan meronda 1 pulau pinang untuk 3 minggu berturut2.  Seronok.. tapi terpaksa tinggalkan umairah yang semakin membesar dan meninggalkan mengajar iqra' untuk dia.  Nasib baik setiap minggu hanya 1 malam aku tinggalkan dia sebab pakej kali ni 2 hari 1 malam

1ST TRIP

Aku bawa 13 orang,  Sarat gak van tu.  Amin (student phd usm merangkap driver).  Baik orangnya... (amin.. kak ita promote awak ni).  Pepagi seawal jam 7 aku dah tunggu customer.. nasib baik kali ni aku datang lebih awal dari diorang.. pastu terus collect ic.. senang takde nak check in beg.. semuanya berjalan lancar.. n flight pun datang awal.. so kami fly on time.. cuaca pun okey.. so kurang gegaran.. i likeee...

Tiba sana kami terus breakfast.. cari tenaga untuk berjalan... then ke tokong ular.. besar-besar gak ularnya.. tapi takdelah banyak sangat.. kira sesuailah dengan harga masuk untuk rakyat malaysia semahal rm3.00.  Trip diteruskan dengan lawatan ke muzium perang.. bila pergi war muzium teringat kat vietnam.. lebih kurang.. tapi vietnam punya lagi teruja.. tapi not badlah.. tiket masuk mahal bagi aku.. rm20.00 seorang.  Lupa plak.. masa kitorang tiba.. ada satu lawatan dari kerajaan negeri perlis.. raja muda perlis melawat.. so kerusi2 kat situ tak boleh sandar.. sebab diorang tengah varnis n kitorang terpaksa menunggu diorang kehadapan baru kita boleh follow dari belakang.  Aduhh.. berpeluh aku kat sana.. terpaksa turun naik tangga... keluar dari sana.. lawatan diteruskan ke damar laut.. just perkampungan nelayan.. takde yang menarik. Masuk semula ke van.. kami dibawa ronda2 pulau pinang.. ke queenbay yang besar tu.. (just ronda dari luar), cari tempat makan menarik, solat ke masjid usm, dan rumah p. ramli.. mengembalikan nostalgia anak wayang kepada aku.  Toleh kiri kanan.. ohhh.. inilah jiran2 p. ramlee.  Aku tengok macam diorang dah lemah.. maklumlah sesi lawatan.. aku naikkan sikit semangat diorang dengan membeli belah di Penang Road.. pasar chowrasta.. wahhh.. diorang segar je. Aku cuma beli tudung dan jeruk pak nasir.  boleh merasa2... tapi janganlah ambil keputusan untuk melantak plak.  Hari pun beransur petang dan kami terus ke batu feringgi untuk ke teluk bahang... butterfly farm.. harga mahal.. tapi okey gak sebab banyak rama2nya.

Pelbagai spesis ular.. snake tample

Snake Tample dan war muzium rombongan dari kerabat perlis

Rumah P. Ramlee.. jejaka tinggi lampai lagi berjerawat.. aduh detailnya bab muka.. best.. at least aku tahu P. Ramlee memang suka melawa.. tengok cermin antara 30 - 45 minit.. aku boleh bersiap dalam 30 minit je.. bukan tengok cermin 30 minit..

Butterfly farm... mahal.. RM18.00.. cam tak berapa berbaloi jer

Jalan Penang
Pintu masuk dan masjid USM.. tumpang sembahyang..

Malam... aktiviti di Batu Feringgi.. happenning.. aku makan laksa. aduhh.. tak kenyang.. tambah dengan pasembor sambil menonton ajl.. last2.. ajl kemana.. aku hanyut di buai mimpi...zzzzzzzzzzz

Kemeriahan di Batu Feringgi... tak beli apa2.. just wash my eyes
Esok.. kul 9.30 amin ambil.. kami di bawa ke lorong kulit.. ada barang seringgit.. aku beli pisau.. get ready untuk memasak.. cehhh.. cam rajin je.. selepas tu sambung ke pasar chowrasta dan lebuh cambel.. (jalan Kuala Kangsar).. aku ronda2 je dan beli RM38.00 jeruk pak nasir.. untuk teman2.. puas berjalan aku ambil kesempatan makan2.. cucur udang. cendol dan teh ais... sedappppp... pastu kitorang melintasi laut dengan feri ke tanah besar. Tiba seberang perai.. aktiviti lunch.. dan pusing balik menggunakan jambatan.. teringat kenangan kat hong kong.. dimana aku melintasi dari szenzhen ke hong kong..  tiba terus ke masjid sebelum ke airport

Lorong Kulit.  Pelbagai barangan lama dijual

melintasi antara pulau pinang dan main land

Ahhhhhh!!! ada peristiva menyayat hati.. yang tu biar aku dan ahli rombongan serta orang terdekat yang tahu... tiba kat senai dah jam 6.00 penat.. thanks dar kerana sudi mengambilkan makcik ko yang baik hati ni..

jumpa next trip... 2nd. trip ke pulau pinang..
ada sedikit perubahan dari segi tentetif...


INFO PULAU PINANG...

Pulau Pinang juga dikenali sebagai Mutiara Timur merupakan salah sebuah pulau yang terindah dan paling romantis di Asia. Pulau tropika ini terletak di Lautan Hindi di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang mendapat namanya dari pokok pinang yang tumbuh melata di pulau tersebut pada suatu masa dahulu. Pulau ini diasaskan sebagai pusat dagang British yang pertama di Timur pada tahun 1776 dan kini merupakan kotaraya yang mencerminkan gabungan unik timur dan barat.

Pulau Pinang terdiri dari dua kawasan utama iaitu pulau dan sebidang tanah di tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Prai. Jambatan Pulau Pinang merupakan sebuah jambatan terpanjang di Asia yang berukuran 13.5 km menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung. Pulau Pinang juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan feri terus ke tanah besar.

Bandar Georgetown merupakan ibunegeri Pulau Pinang yang dipenuhi dengan sejarah dan warisan tetap menyerlahkan kemajuan dan pembangunan. Terdapat beberapa tempat yang menggambarkan suasana zaman silam di bandar ini seperti jalan yang sempit, beca, kuil-kuil Hindu serta para penjaja yang menjual barangan mereka - pemandangan yang seolah-olah tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Pulau Pinang merupakan destinasi sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah mencari barangan lama mahupun yang baru, kesemuanya pada harga yang amat murah.

Di sini juga para pelancong berkesempatan mencuba sajian-sajian makanan yang paling lazat di rantau ini yang merangkumi masakan Cina, Melayu, Nyonya dan pelbagai makanan gerai seperti nasi kandar, char kway teow dan laksa Penang yang kesemuanya dimasak dengan gaya yang unik.

Selain itu, bandaraya George Town, Pulau Pinang, turut disenaraikan dalam tarikan Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai, 2008. Sebagai usaha promosi, Forum Pelancongan ASEAN (ATF) telah memperkenalkan pakej Warisan Dunia UNESCO 1-2-3 yang merangkumi tapak Warisan Dunia di George Town (Pulau Pinang), Melaka dan Borobudur (Indonesia).

Monday, January 3, 2011

2011.. penuh keazaman

selamat tahun baru 2011

2011 aku mulakan dengan sambungan azam tahun lepas untuk mengenakan kebarung hujung raya nanti.. kira ada 8 bulan dari sekarang... azam yang lain kebanyakkannya aku buat untuk thun hijrah

azam lain biasalah untuk menyempurnakan amal ibadat dan khatam alquran.. insyaallah.dan semoga tahun ini dimurahkan rezeki, dapat apa yang aku hajati dan moga tahun ini umairah boleh mengenal huruf rumi dan jawi dan seterusnya pandai membaca.. aminnnn