Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, July 17, 2019

FAMILY BONDING KE SUMATERA UTARA

Aku memang target untuk bawa anak2 n suami bercuti setahun sekali.  So tahun 2018 kami ke medan.. gi le bawa tengok danau toba yang indah tu.. sebelum tukan ke sumatera selatan.. gi palembang.. kira target habiskan kepulauan sumatera..  perjalanan kali ke 3 untuk aku.. dan dah habis pulau sumatera aku jelajah.. sumatera barat.. sumatera utara.. sumatera selatan dan banda acheh.. alhmdullillah 

so next ya misi untuk anak2 dan suami menghabiskan jelajah sumatera.. kena bawa diorang ke sumatera barat.. jadi settle sumatera utara.. sumatera barat dan sumetera selatan.

gambar-gambar lain kali aku topup lagi




OSAKA, KYOTO DAN TOKYO

Apa yang aku ingat aku coretkan..

kisah lama.. bulan 3 tahun 2018

aku ke jepun.. my dreaming country

hari 1:
flight dari jb - kl.. kl terus ke osaka.. tiba osaka dah malam.. tapi rasa seronok melihat keindahan dan hotel memang best.. di tengah bandar.. dekat sgt dengan osaka tower


hari 2:
dari osaka ke kyoto naik shinkasen.. alhamdullah dah dapat rasa.. lebih kurang bullet train kat beijing.. memang target aku nak gi bamboo forest di kyoto.. giler tak gembira... happy tempat yang aku ingin lihat.

hari 3:
ke nara.. tengok rusa2.. mudah sangat dari osaka ke kyoto.. dan tempat rusa tu tak jauh dari train..

hari 4:
round osaka
dah mesti le gi glico man.. dan beberapa tempat attraction.. tapi penat.  guna 1day pass.. sampai tak larat jalan ler

malam tu otw dari osaka ke tokyo.. dalam 9 jam perjalanan menggunakan bas

hari 5:
tiba tokyo pagi tu.. terus ke mount fuji dan kawaguchi lake.. tempat idaman aku.. tapi sayang.. sebab.. hari hujan.. so tak nampak le mount fuji.. insyallah ke return semula satu hari nanti.. gotemba outlet pun best.  Hotel memang kat tengah2 bandar.. lagi sekali kat tokyo tower

hari 6:
tokyo lagi.. pagi2 gi ichiko statue... rupanya ichiko ni kat area shibuya.. pastu kami ke nakamise street.. shopping sikit2 jer.. yen mahal..

malam tu flight dari tokyo ke kl.. sayonara

hari 7:
pagi tu sambung dari kl ke jb..



BOJOY DALAM KENANGAN

Cerita sedih di tahun 2018...
Last kita outing joy hujung bulan januari.. aku stay kat Lotus desaru dengan family Mr. Z.. pastu kita set time untuk picnic kat batu layar.. so dari desaru aku ke batu layar... time tu memang ko dah mengadu sakit-sakit

Selepas balik program tu.. ko check in kat hsa selepas ko pengsan kat tempat kerja.
aku doakan ko sihat joy.. aku suruh kalo boleh org lain yg sakit gantikan tempat ko
bila ko keluar hsa.. ko kena lagi.. dan ko pindah ke kpj puteri.. time ni memacam adegan berlaku termasuk kereta aku kena towing.. parking ditempat harammm.. so.. nak kuarkan kete kena bayar rm300+++.. demi ko joy.. aku rela

selepas operate ko keluar dari puteri.. dan time tu aku nak merambu ke jepun (tokyo, osaka, kyoto)..aku harap ko sembuh joy.. aku macam dah takde kawan time ko sakit.. aku rindu time ko sihat joy..

masa kat jepun.. aku dapat berita ko positif cancer.. aduhhh joy.. rabaknya hati aku... aku doakan ko sembuh joy

selepas tu.. lagi sekali ko ke puteri.. untuk check up.. tapi memang ko lemak time tu.. ko kena check in.. takpe joy.. mudah2an kot sembuh...

tapi.. tarikh 19/4... ko memang dah lemah.. ko dimasukkan ke hospital kulai.. aku datang malam tu.. aku sayang ko joy

20/4/2018.. ko menghembuskan nafas terakhir... tarikh ko pergi dari dunia ni.. sama dengan tarikh mak meninggalkan kita.. ko tinggalkan segalanya.. ko tinggalkan adik ko ni joy... joy.. ko tahukan aku sangat2 sayangkan ko... 

joy.. masa ko pergi.. aku rasa aku kehilangan kakak.. kawan berborak waktu malam.. kawan bercerita.. kawan membawang.. kawan yang memahami aku.. ko kakak aku yang aku sayangggggg joy.. aku rindukan ko joy

masa type catatan ni.. air mata aku mengalir joy.. aku sedih.. aku rindu.. aku sebak.. sebab aku sayangggggkan ko..

moga ko tenang disana.. ditempatkan di kalangan org beriman.. aku pun aku menyusul joy ke sana..

2 TAHUN BERLALU

Setelah 2 tahun berlalu.. aku buka semula blog ni.. sebab rasa macam ok gak.. ala2 diary.. boleh baca sampai tua... 

walau penuh sawang.. penuh habuk.. nasib baik takde cikti.. jadi aku berani buka.. post turki pun tak habis.. tapi aku publish jer.. malas nak edit.. nasib ko le labu.. kenangan kat otak masih ada lagi ni.. 

TURKI AKU DATANG

Dah lama tak menaip.. mencoret isi hati.. untuk tatapan hari depan.

Dah lama tak menaip.. cerita tentang pengalaman perjalanan.. melihat negara orang

Dah lama tak menaip... sebab mood menaip blog dah tercicir entah kat mana..

Dah lama tak menaip.. tapi aku harus menaip diari kehidupan aku ni... sooooooo


bukan jari aku.. semua tahu jari i montok.. pendek.. gebas.. kuku i.. hitam... tak berapa bersinar... 


Turki termasuk dalam wishlist aku.. dan ramai menceritakan tentang keindahan Turki.. bila tengok neelofa punya progam.. neelofa hijab punya shooting.. dan neelofa sendiri menyatakan pergilah ke turki untuk lihat keindahannya.. makin teruja.. makin bersemangat.. makin tak sabar... makin tinggi keinginan.. makin hati melonjak2.. untuk menjejaki bumi Turki ni... so plan pun bermula.. buat trip ke Turki... program "JELAJAH 10 HARI KE TURKI"

bayangan turki di kaca mata aku... belon panas yang memenuhi ruang angkasa

selat bosporus.. yang memusahkan 2 benua.. asia dan erupah..

INTRO JELAJAH BUMI TURKI


Tugasan untuk trip Jelajah Bumi Turki.. takut gak kurang sambutan. Harga rm4250 dengan bas dari johor return dan insuran dan all in package turki.. bawa badan dan duit belanja jer.. yang lain dah include... mudahkan mendaftar dengan anpec travel and tours sdn. bhd. takyah sibuk2 fikir yang lain.. dah bayar dok rehat.. tunggu hari program dan goooo..... alhamdullilah trip yang aku target hanya 25 orang jadi 38 orang peserta. dan 2 orang yang terakhir aku tolak.. sebab harga dah agak tinggi.. dan malas nak uruskan benda yang dah diurus sebelum ni.


Perjalanannya bermula awal cuti sekolah.. 25hb. Nov. malam...
aku yang memayungi dua anak kecil tu dengan paksa rela meninggalkan seorang anak dibumi malaysia... seorang lagi aku bawa (sebab dah besar dan boleh diharap ke sana ke mari dan dia pun memang taknak tinggal). malam tu aku ada trip menghantar orang untuk trip ke jakarta - bandung 4h3m.. so terpaksa rush le.. uruskan trip dan terus ke utm untuk perjalanan ke KLIA. My best frend Ratna Aishah ofcoz le ikut menghantar ke KLIA dengan asbennya.

 
antara yang join trip Jelajah Turki


 ASTANA AIRLINE- KHAZASTAN
Bas bergerak dengan kelajuan ditetapkan dan flight yang membawa aku ke bumi turki pada 26 Nov. 2017 jam 10.10 pagi dengan penerbangan milik Negara Khazastan 'Astana Airline'.  Macam jarang dengar sebelum ni.. mungkin baru masuk pasaran Malaysia. Saje nak mengepoh... aku dah rasa naik Gulf Air - Bahrain, KLM - Amsterdam, Franch Air - Paris, Vietnam Air- Vietnam, Malaysia Airline - Malaysia, Lion Air, Tiger Air, Garuda Air, Eazy Airline.. dan beberapa lagi masa tour Europe 2015. kapal terbang tambang murah... dan yang biasa aku naik ofcoz le Air Asia.. everyone can fly... so i fly le bawa anak beranak n kawan2. Pada aku astana airline ni.. Flightnya tak sebesar kapal terbang besar yang canggih manggih tu.. tapi.. gift n meal sungguh menimbulkan perasaan seronok di hati aku yang jarang terbang menggunakan flight lain selain AA.ok.. makanan mengenyangkan.. air pun banyak.. gift pun ada.. oklah tu

Ok.. berbalik trip Turki.. kami dapat 20kg untuk laguage.. so dah settle check in dan terus menuju ke gate.  Semuanya smooth.. i like...  tak terkejar-kejar... selepas kitorang boarding.. nana terus ke kl... selamat menyopping Nana.. nana ni memang kaki shopping.. kalo aku suka pasar baru bandung.. nana suka GM chow kit.

So... selepas duduk di seat.. kapal terbang pun bergerak elok di landasan.. tapi awal2 ni dah mula rasa lain sebab agak panas.. rupanya aircon rosak.. so terpaksa berpatah balik di pengkalan dan duduk diam dalam flight untuk diperbaiki... bertabah le menunggu... tak pe.. itu belum menurunkan lagi darjah teruja aku untuk ke Turki walaupun flight kami delay.. flight ni akan ke Almaty dan memberikan impact kepada perjalanan kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Istanbul.. dari dijangka tiba petang.. jadilah tiba malam.. tapi dengan delay ini.. adakah mengikut schedule yang awal.. rasanya tidak.



tiba almaty Khazatan
tunggu jap ya... akak uruskan untuk penginapan kerana kita delay

hotel masa transit kerana delay


... cont after transit

Penerbangan dari KLIA ke Khazastan (Almaty) memakan masa selama 8 jam.. tabah le dalam flight lama2.. nasib baik duduk sebelah Anis Umairah yang kecik tu.. so.. takde ler takde @ kurang selesa.. cuma mamat khazastan yang dok kat tepi tingkap tu 2 @ 3 kali menuju toilet.. aku ni plak memang bukan kaki toilet kalau dalam flight. 

Kerana delay.. so tiba Almaty dah tak dapat kejar flight ke Istanbul.. jadi kena plak tidur semalam di situ.. nasib baik ada Farid from 1 travel agent to guide me.. i just follow him untuk menyettlekan prob ni.. dapat tiket baru ke Istanbul dan dapat penginapan n dinner. So kami keluar dari terminal, shuttle van dah tunggu dan terus ke penginapan.

Wah.. awal2 lagi dah ke khazastan.. ikut jadual hari last baru di sini... so.. malam tu bermalam di almaty.. tak berapa ingat hotel apa.. tapi hotel tu pun tak mengecewakan.  Dinner... kurang masuk le sebab almaklumlah... aku ni bawa tekak melayu. Suhu.. ofcoz le sejuk.. sejuk.. dan sejuk...pakaian plak.. memang aku ada spare sikit pakaian.. tukar yang patut aje.

Keesokkan paginya..  bas yang ambil kami dah ready untuk menerbangan jam 5 pagi.. terus jalan untuk boarding... pagi tu sejuk dan hujan... tiba di airport almaty.. flight yang patut kami naik berada di tengah.. dan kena naik shuttle.. turun dari shuttle.. kena plak berlari dalam hujan untuk naik dalam flight.. yang gilernya boleh plak check ticket kat tangga dalam keadaan hujan dan sejuk giler.. bala.. bala... nasib lagi malang.. dah nak flight.. last2 di bawa ke terminal.. kapal terbang ada masalah teknikal.. kena turun kat terminal.. aduuh.... payahnya nak ke turki.. lebih kurang sejam baru ada penerbangan ke turki.. so.. delay lagi.. perjalanan dari khazastan ke istanbul mengambil masa 6 jam.. bertabahlah 6 jam dalam penerbangan.



JEJALAH TURKI BERMULA

Hari 1: ISTANBUL - BURSA
Hampir jam 1 tengahari kami tiba di Antartuk International Airport.  Rasa gembira.. sebab impian aku yang 1 ni dah tercapai.. memang dah lama nak gi turki.. lebih2 lagi bila tengok artis ke sini... paling latest aku tengok Tiara Jaqualine.. bergambar dalam Haiya sofia.. pakai singlet.. netizen kecam kata dalam masjid.. haiya sofia bukan masjid... dulu masjid.. sekarang muzium dik nonnn oooiiii... 

Bila dapat laguage memasing... 1 lagi problem timbul.. beg Cik Yah and beg En. Mudzakir pecah.. so.. urusan untuk settlekan lagguage diorang.. alhamdullilah settle.. cik yah dan en. mudzakir dapat beg baru... yahooo... kalo tak masuk dalam plastik hitam le baju cik yah.

Akhirnya keluar dari airport dan melihat keindahan di bumi Antartuk.

Setiba aje terus gi lunch ke Restaurant milik orang Indonesia.. so takde hal le tekak melayu aku ni.. 1 selera walau lain bangsa.  Ada wifi.. buat apa yang patut.. whatsap Mr. Z.. dan zura.. untuk mengetahui perkembangan my kid... Amni Qaireen.  Selepas lunch terus dibawa ke Grand Bazaar.. wahhh.. shopping time.. borong.. borong.. aku borong FM dan beg sikit2.  
 
warung nusantara.,. bukan di bandung.. tapi di turki
lapar sudah.. aku.. adik ipar ku.. sahabat ku.. dan peserta trip kami dari putra jaya



grand bazaar.. shopping time
Selepas itu kami dibawa menaiki cruise.. menyusuri selat Brosporus.. yang memisahkan antara benua asia dan eropah.. inilah selat yang diorang selalu sebut tu... suka.. suka.. suka.. melihat keindahan rekabentuk bangunannya.. nampak prestij... nampak kesenian.. nampak idea dan intelektualnya pemikiran diorang.  









suka moment2 ini.. bila di tunjuk jambatan al fateh.. teringat cucu sedara...

Seterusnya kami melanjutkan perjalanan ke Bursa.. tidur di sana malam ini... trafik agak lembab time tu.. dan aku terus zzz dalam bas.. bas sangat selesa.. 50 seat untuk 40 orang.. dilengkapi dengan monitor dan wifi.. classss u.. Tiba di Bursa dan kami dihantar untuk menginap di Baie Bursa Hotel.  4*** hotel for tonight.


Hari 2: KUSADASI - BURSA
Di Bursa kami dibawa untuk lawatan ke Green Mosque, Green Mausoleum, Silk Bazaar and Ottoman House.  Masa ni hujan turun.. berdouble sejuk.. dan lunch kami ala2 Iskandar Kebab.. memang i selera u dan tak jumpa le kat jb kebab camtu.. i miss u kebab bursa.


bandar bursa

Green Mausoleum




green mosque


dah masuk restauran kebab yang i like tu
 Selesai meronda kami meneruskan perjalanan ke  Kusadasi.  kami tidur di  Royal Hotel.. Kusadasi... kalo tak silap le nama hotelnya.. hotelnya sederhana.. tapi amat selesa


Hari 3: PAMUKKALE

Perjalanan pagi  terus dibawa ke Leader Shop.. shopping shopping.. untuk yang berduit.. harga giler.... dengan pertunjukkan cat walk model yang memperagakan leader.. memang takde sape yang beli.. harga USD.. kalo RM pun belum tentu aku beli.. cantik memang cantik rekaannya... rasa paling murah dalam rm5k.. cantik untuk bergambar sahaja.. 

model turki untuk jacket2 yang mahal.. mampu tersenyum jer tengok model ni.. tak mampu beli




yang kiri tu model sambilan (peserta trip) yang dipanggil untuk memperagakan pakaian.. aku sure le tak terpilih sebab badan kecik sangat nak pakai baju tu...

dari situ kami meneruskan perjalanan ke Ancient City of Hierapolis.. yang ni tempatnya memang cantik . kota peninggalan yang penuh sejarah.  
aku suka bergambar jer... dengar penerangan sikit jer dan terus melepak.. lupa nak cite.. guide kami di turki ni Mr. Mohamad... superhero.. bagus orangnya.. pandai control keadaan.. bila dia bagi penerangan.. dan bila dia tengok peserta dah mula nak boring.. dia akan pandai tackle (samada pendekkan penerangan - @ do something like teka2 bagi hadiah coklat)







che tie.. glamour.. ibu beranak 4




sesi melepak... aku paling suka dok melepak camni





tekun mendengar


sudah tiba lunch time.. sooo... zrupppppp

lunch time


 seterusnya kami ke Catton Castle.. tempat yg memang aku teringin nak gi..  beberapa org antara kami termasuk aku yang pemalas ni menaiki shuttle.. bayar le.. sebab malas nak berjalan.. bila tiba tu.. oohh..  cantik tempat tu..

aku naik shuttle di belakang









anak sedara.. Rania Mirza (RM)

 HARI KE 4: KONYA


Menyopping sikit.. karpet n towel2 kecil untuk souvenir.. bila balik sini rasa rugi sangat sebab tak membeli lebih.. insyallah kalo ada next time.. confirm aku beli lebih. 
     










KONYA:
Antara tempat best.. dengan kelahiran Melvana.. ala2 maulana.. bertopi tinggi merah dan berskirt labuh putih.. shownya agak memukau.. serius aku tak mengantuk time tu.. dah bayar beribu.. rugilah kalo aku tertidur.. aku ada baca blog.. ada yang tak masuk package untuk show ni.. rasa tak rugi gi jauh2 tengok show melvana ni.



CAPPADOCIA:
Memang dah lama giler memasang impian untuk melihat belon panas.. 2 malam di hotel yang sama.. hari pertama.. teruja di tingkap bilik dapat tengok belon panas.. terus klik gambar.. bila keluar.. makkk oiii bersepah dah belon panas..  perjalanan di terus ke pigeon.. banyak rumah2 burung... keadaan muka bumi di Cappadocia ni memang berbeza di tempat lain.  Mana2 tempat aku gi.. yang jadi hasil tangkapan hanya FM jer.

























ANKARA:

Pernah baca pemerintah Antartuk.. yang diagung2kan oleh orang turki.. dengar aje.. walaupun bukan semua faham.  Time tiba tu masa untuk pertukaran syif askar2 so dapat tengok dengan dekat dan jelas perbarisannya.. masa gi london tak dapat tengok pertukran shif.. sebab malas nak menunggu.. time is gold.. masa kat situ.. seperti biasa klik2 le.. masa klik2 tu ada segerombolan budak2 dari Ezmir lawatan ke Ankara.. so.. diorang pun bergambar gak dengan orang2 luar.. nak dijadikan cite masa tangkap2 gambar tu.. alih2 rasa plak nak bergambar dengan anak aku yang hitam manis.. mungkin diorang jarang nampak berkulit hitam.. itu yang menyebabkan diorang nak selfi.. agaknya kalo aku bawa anak berkulit putih.. diorang tak heran pun.. so.. jadi tumpuan le cik anis umairah.. siap aku panggil mimi n aishah untuk selfi2 juga.. biar anak2 turki tu tak tertumpu pada anis sorang.. 


ni masih di cappodocia.. lunch di dalam gua
























BOLU:  
Tak singgah.. hanya lalu jer kawasan ni dah masa singgah untuk solat.. kawasan ni di penuhi salji.. wahhh.. diorg teruja bermain salji.. aku pun tumpang gak.. cikgu yati.. cikgu sara seronok sebab memang impian diorang nak kepal2 dan baling2 salji tu.




Hari last kami ke Grond Mosque.  Selepas tu sambung shopping di Spice Bazaar.. dan terus ke Haiya sopia.. kalo orang minat sejarah memang suka tempat ni.. last ke blue mosque.  Rupanya beg paling murah kat area blue mosque.. 1lira 1pcs.. yang lain rasanya tak dapat.. gambar pun cantik2.. memang puas hati.. dan siap semua.. apa lagi.. dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Almaty.












Dari Istanbul jam 10 malam dan tiba di Almaty jam 6.30 pagi.. kedatangan kami kali ke 2 di bumi khazastan disambut dengan salji yang turun dan memutih di bumi.. suka sangat.. masa gi beijing salji.. tapi hanya salji.. time tiba tak turun.. masa gi melbourne pun salji.. itupun salji yang ada.. bukan time ianya turun.. rasa puas hati dalam bermain dengan salji... bas yang membawa kami ke hotel telah menunggu.. dan setiba di Kazzhol hotel terus menikmati sarapan pagi.. hotelnya cantik dan selesa.. memang puas hati.. tapi tugas aku mencarikan diorang pakej untuk meronda Almaty.

Lepas breakfast pun salji memang masih turun membasahi bumi.. mana le cikgu2 ni.. dah tercapai impian main salji di Bolu kot.. yg ni le best untuk dikepal dan di baling... lembut sangat
Tepat jam 10 pagi.. kami dibawa ke beberapa tempat di Almaty... yang paling syok gi Toh Kobe.. di kawasan tanah tinggi dan turun dengan menggunakan kable car, kilang coklat, hard rock dan 2 kawasan lagi.. jam 4.30 rehat dan jam 7.00 malam kami telah menunggu kedatangan bas untuk dihantar ke airport.  Penerbangan malam dari Almaty ke Kuala Lumpur.

Selamat mendarat di KLIA.. alhamdullilah.. perjalanan yang lancar.. dan meneruskan perjalanan menaiki bas ke Johor Bahru.     

                                                                               






































BURSA
4*/5* Tiara Termal or similar
KUSADASI
4*/5* Grand Belish or similar
PAMUKKALE
4*/5* Palm Thermal or similar
CAPPADOCIA
4*/5* Ramada Capadocia or similar
BOLU
4*/5* Soylu or similar
ISTANDBUL
4*/5* Qua or similar



·       After breakfast visit Green Mosque, Green Mausoleum, Silk Bazaar and Ottoman House.

·       After lunch, proceed by overland for transfer to Pamukkale.

·       You will tour to the Ancient City of Hierapolis, today called Pamukkale where Calcareous hot springs descending over cliffs have created fascinating travertine in the form of white terrace and basins.

·       Dinner and overnight in Pamukkale.


------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------
27 NOVEMBER 2018
DAY 05   CAPPADOCIA                                  (B, L, D) 
·       Breakfast at hotel, Today we will visit the incredible Ozkonak Underground City, it's one of several ancient settlements which were carved out of solid rock in late antiquity to provide shelter and defence in times of trouble.
·       Picture stops at the Valley of the Birds and at the foot of the Uchisar Castle.
·       Afterwards proceed to the rock carved churches hollowed out of volcanic ash.
·       Then visit Goreme Open Air Museum unique with its volcanic formations.
·       Then visit Pigeons Valley.
·       Lunch will be at Avanos Village followed by ample time for shopping in the afternoon at            the famous local pottery and carpet shows.
·       Dinner and overnight in Cappadocia.

-----------------------------------------------------------
28 NOVEMBER 2018
DAY 06   CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU      (B, L, D) 
·           Depart to Ankara, the capital of Turkey and visit Bilkent University Ankara
·           Visit the Ataturk Mausoleum – the final resting place of Mustafa Kemal Ataturk – Father of modern Turkey.
·           Have some photos at the architecture of the mausoleum of Anatolian civilizations.
·           Proceed to Bolu.
·           Dinner and overnight in Bolu.

-----------------------------------------------------------
29 NOVEMBER 2018
DAY 07   BOLU – ISTANBUL                                (B, L, D)
·           After breakfast,
·           Check out and proceed to Istanbul (286 Km).
·           Upon arrival in Istanbul, we will visit Ayyub Al Ansari Mosque - also known as Eyup Sultan Mosque that situated in the district of Eyup on the European side of Istanbul. Built in the year 1458, it was the first mosque constructed by the Ottoman Turks following the Conquest of Constantinople in 1453.
·           Visit Suleymaniye Mosque - is an Ottoman imperial mosque located on the Third Hill of Istanbul, Turkey. It is the largest mosque in the city, and one of the best-known sights of Istanbul.
·           Free time for shopping at Spice Bazaar. One of the largest bazaars in the city. Located in the Fatih district, it is the second largest covered shopping complex after the Grand Bazaar.
·           In between the visit, lunch will be at local restaurant.
·           Dinner at restaurant, proceed to hotel for check in and overnight.

30 NOVEMBER 2018
DAY 08   ISTANBUL – ALMATY                               (B, L)
·           After breakfast,
·           We will start our tour today with Bosphorus Cruise - on the 32 km (20-mile)-long strait which joins the Sea Marmara to the south with the Black Sea to the north of Istanbul.
·           Shopping at the 500 year old Grand Bazaar – a maze of more than 4,000 stalls. 
·           Lunch at restaurant. 
·           Transfer to airport for flight to Almaty.
-----------------------------------------------------------
1 DISEMBER 2018
DAY 09   ALMATY – KUALA LUMPUR                           
·           Arrive Almaty airport,
·           Proceed to hotel check in for day-use hotel/STPC.
·           Free at your own leisure until board flight back to Kuala Lumpur.





·           After breakfast proceed to Green Mosque, .