Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 23, 2021

CUTI-CUTI MALAYSIA - GENTING HIGHLAND1

12 - 13 November 2021 aku ke Kuala Lumpur dan Genting Highland. Kami pergi 2 family.. family aku 4 orang & famili adik husband 5 orang. Kat sini terpaksalah meminjam kereta adik aku untuk memudahkan perjalanan. Flight pagi.. jam 6 pagi dah terbang ke kl... so means.. kul 4.45 dah ada kt airport le untuk urusan check in. Adik Mr.Z plak lagi awal dah ada depan rumah.. belum jam 4 dah ada. Tiba kl adik ipar dah tunggu untuk ambil di KLIA2.. dibawa untuk breakfast dan kitorang meneruskan perjalanan ke Genting Highland. Sejukk.. & diorg nak lepak2 jer.. tak mahu naik cable car ke atas. Ptg lunch kat kampung baru... & check in hotel. Temankan amni & anis swimming. Malam kuar jalan2 and kampung baru jemm.. aduhh... tak dapatlah merasa nasi lemak antarabangsa & menu dari warjo... next time. Esoknya.. ke putrajaya and ronda2 sana jer.. tq adik ipar sebab prepare utk celebrate besday umairah.. flight jam 3.35.. Tiba jb.. kitorang makan beramai2 and malam.. hantar umairah balik asrama.. esok sekolah u..

CUTI-CUTI MALAYSIA 2021 - SABAH

Tiket pun dah lama beli.. bila gomen umumkan border negeri2 dah buka.. maka... terhasillah program CUTI-CUTI MALAYSIA 2021

Aku ke sabah pada 5-7 November.  Bawa trip seramai 27 orang. Bawa pakcik2 & makcik2 felda Lok Heng, Bkt Easter & Simpang Waha. 3 felda 1 gugusan.  Sebenarnya trip ni sambungan dari trip tahun lepas yang bawa dalam 13 orang.. ini lebihan yang nak gi juga selepas tak dapat pergi tahun lepas sebab kes Covid meninggi masa pilihanraya sabah.  So, masa nak gi kena sweb test rtk... korek le hidung.. aku buat kat tmn sri orked... aduhhh.. terasa gak masa di joloknya lubang hidung.

HARI 1

Dari JB flight jam 10.10.. jadi pukul 7.30 pagi dah tiba airport.. (tq EO romli) tolong hantar ke airport.. dah settle check in bag... baru gi breakfast.. penerbangan macam biasa on time and time di KK kitorang gi lunch.  Pakej ni include lunch bagai.. so after lunch.. terus ke rumah terbalik.. habis progam rumah terbalik.. hujan turun mencurah2.. jadi tak dapat pengalaman melintasi jambatan tamparuli... lintas pakai bas jer.. tanpa turun.. dah dalam hujan juga terus ke masjid menunaikan solat jamak.. hujan terus turun.. sampai ke Kundasang.. terus check in Ayana Holidays dan menikmati makan malam


bas yang selesa membawa kami meneroka keindahan sabah

penampakkan aku disitu.. dah macam staf AA gak.. tolong tunjukkan detail peserta (report rtk & enter to sabah)

antara peserta yang join trip ni

 
bos besar

lunch

antara yang join

next destination

rumah terbalik

Kat situ plak takde bilik lagi.. ngam2.. so aku terpaksa bermalam di JR resident.. curam betul masa nak turun resort tu.. menapak 1 persatu ler... penganjur kenalah berkorban. Tiba bilik plak.. dalam bilik ada ada plak batu besar dalam bilik air... & bilik airnya cukup luas.

                    

                   HARI 2

Esok pagi alhamdullilah cuaca cukup cerah dan terang.. diorg keluar check out jer terus dapat tengok gunung kinabalu yang tersergam... tanpa awan.. tanpa kabus.. program bermula dengan sarapan, meronda pasar tamu kundasang.. terus ke sabah tea.. kat sini plak aku sibuk bokingkan breakfast untuk diorg masa otw back.. takut lapar... spa fish luanti.. diorg rasa seronok disini.. poring (diorg dah taknak turun).. terus lunch di Ranau, pekan Nabalu... yayasan sabah.. solat di masjid bandaraya.. terus ke pasar filipine & dinner (pembiayaan sendiri) di Todak.

 

HARI 3   

Pasar tamu gaya pagi tu dan terus pulang ke airport.. flight tengahari jam 12.35 dan tiba di JB dalam jam 03.05 petang.


 



CUTI-CUTI MALAYSIA 2021 - PENANG

Aku gi penang pada 28 -30 oktober apa bila kerajaan mengumumkan boleh rentas negeri.  Sebenarnya tiket dah lama beli.. asyik le pospone apabila dapat notification dari AA. So bila dapat gi jer.. memang tak lepaskan peluang.. dah lama tak naik flight.. dah lama tak jalan2 tempat orang.. so i'm flight... tujuan kat sana gak nak gi pulau jerejak.. kira tempat target le gitu.  Flight tengahari dan aku bercuti hari khamis.

Kat sana aku sewa exora.. (kereta yang aku boleh bawa).. kitorang semua 10 orang.. aku ber3, nana, sal ber4 dan 2 orang lagi kawan sal.. padat le kereta.. so.. masa gi terpaksa nana ambil grab & bawa beg bersama.. time nak check in kat bayview hotel.. makkk oiii.. punyalah lama.. takde le panjang sangat que.. tapi maybe sop yang menyebabkan lama.  Dah check in kerana plak menunggu hingga bilik siap.. mak oooiii.. double stress gitu.

Hari pertama tak kemana sangat.. dapat makan nasi kandar hameediyah & pusing2.. avartar tak buka pun... gelap...  

bosan menunggu untuk dapatkan bilik

meronda2 depan hotel

Hari kedua ingin ke P. Jerejak.. tapi close & tak tahu bila akan dibuka... so.. gi penang hill.. aku tak naik.. diorg naik.. entahlah rasa letih bawa kete.. pastu gi chowrasta.. tak turun.. sebabnya.. takde parking & jem.. dah mula stress ni.. ambil beg dari bayview hotel.. kena hantar ke batu ferringgi plak.. double stress... Ptg tu dapat gi sungai 2.. melalui jambatan lama.. balik nanti baru lalu jambatan baru.. dapatlah merasa mee udang sungai 2.. jadilah.. dari situ nak balik ke batu feringgi.. jem.. stress giler rasanya... Malam diorg gi pasar malam batu feringgi.. aku lepak dalam kete jer.. 


kaki penang hill

kat atas.. yang pasti aku malas nak naik


Esok aku dah deal dengan Azim untuk ambil beg and hantar kat airport.  So pagi tu dapat sarapan kat lorong kulit... & meronda situ.. pastu hantar gi rumah p. ramlee.  Dah tengahari gi chowrasta lagi sekali.. jalan jem lagi.. stress.. ptg gi airport & balik.  


depan hard rock penang

depan rumah p ramlee

dalam apartment masa nak check out

menunggu flight nak balik jb

dalam rumah p ramlee.. macam ada tahlil arwah plak

Agak tak puas berjalan ke penang untuk kali ni.... sebabnya stress drive and mengadap jalan jem