Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Sunday, January 31, 2016

MT15 EPISOD 11 - LONDON

Hari ni keluar awal dan terus ke kings cross station.  letak beg.. bila convert agak giler bayaran penyimpanan beg kat sini.  

Dari situ kami terus ke jalan Oxford.. shopping time.. aku cuci2 mata jer.. jadilah..
humaira.. ala2 nama anak kesayangan aku

suasana pagi di london.. sejuk.. baru lepas hujan




tunggu diorang letak beg dan petang nanti meneruskan perjalanan ke paris



kat station metro.. nak krismas

tinggi tu






selepas settle.. kita makan cup cake dulu

pelbagai jenis cupcake

macam orang malaysia yang sorang tu

minah salleh tu suka bila aku cakap nak bawa gambar dia ke malaysia





jom shopping kat situ












bila cite bab shopping ni.. memula aku pun bukan nak menyopping sangat.. sekadar nak cuci mata.. tapi bila masuk kat clark jer.. wahhh.. dah mula teruja.. masuk primark lagi le.. buat aku pitam.. confirm aku datang lagi... aku tahu kenapa che ta suka shopping kat london... aku yg pn ta ni pun macam boleh meroyan gak kat sini..  teringat2 baju sejuk kat sana.

Selesai shopping semua kitorang ke king cross semula untuk menaiki euro trains ke paris.  selamat tinggal london.  Tapi euro trains ni ada delay gak.. lambat dalam 30 minit kot hari tu
eurostar.. ke paris kita... jam 6.31.. suasana dah gulita gelapnya..


sebelum ke paris.. minum petang kat sushi.. harga mak oooiii.. kalo aku gi confirm tak makan.. untuk minum petang ni aje aku kira.. hampir rm500.00 boleh buat kenduri tu




kelajuan euro star

oke.. masuk dalam tunnel sudah..

bawah dasar laut.. sotong dah kat atas


gambar aku dalam eurostar ni ada pantulan.. i remove u

MT15 EPISOD 10 - LONDON

KOTA LONDON.. PUAS AKU BERANGAN NAK KE SINI

Sebenarnya memang aku teringin sangat nak ke sini.  Alhamdullillah.. rezeki aku akhirnya dapat gak aku menjejakkan kaki di bumi England ni.  Dari Servilla kami menaiki flight ke sini.  Tiba London dah gelap.. almaklumlah kalau musim sejuk.. waktu siangnya agak pendek.. pukul 5 dah mula nak gelap.. jam 8 lagi le gelap gulita.  Kami mendarat di Gatwick Airport... maklumlah penerbangan dari Servilla menggunakan kapal terbang low cost.. ala2 airasia jer.. tak rasa le gi heathrow airport.  Dari airport naik bas terus menuju berhenti di Kings Cross Station dan dari sana kami menuju ke hotel.  Sebelum tu mesti gi dinner.. dah lapar sangat.. masuk shopping compleks yang berhadapan dengan kings cross tu.. tak ingat apa nama.  Dah tu menyambung perjalanan ke hotel.

Dah lepas mandi manda.. bammmm terus membuta sampai pagi dan bangun pagi meneruskan perjalanan menjelajah kota london.  Dari hotel sangat dekat dengan stesen rusell square.  Pastu banyak plak tu deretan kedai.. wahhh.. ada fm.. dah mula teruja.  

gambar dekat dengan hotel


perjalanan menuju rusell square






tiba sudah



sederet dalam metro.. pilih yang mana satu.. semua ada kelebihan
 Tempat pertama yang kami tuju di London Tower.. dari Rusell Square Metro.  Tak ingat le turun naik metro.. yang pasti kuar jer.. dah mula nampak sign board ni..



terus aku nak gambar... dah tak sabar
keluar dari metro tu.. jalan sikit dah mula nampak bangunan2 omputeh yang penuh kesenian tu..



yeyeye... dapat gak gambar kat sini

london tower

 Masa kat london tower ni aku dah mula menyoping fm.  Tapi biasalah bila convert duit.. agak tersentap gak.. pound sterling,, berbanding dengan auro.

Dari London tower.. kitorang menyambung lagi perjalanan menaiki metro ke Big Ben dah Eye Of London.. 

berlatar belakang big ben
berlatar belakangkan eye of london
 Dari sini kami meneruskan lagi perjalanan dengan berjalan kaki.   Aku memang tak melepaskan peluang bergambar kat telefon.. wajib gambar u...
 
lokasi yang kena ambil gambar masa kat london.. telephone merah


bas 2 tingkat london.. mesti ambil gambar bas




Dalam perjalanan tu aku jumpa sebuah kedai yang memang murah baju2-baju,... tapi ruginya aku dah terbelikan ratna aisah baju london kat kedai souvenir.. jadi kat sini beli beg le.. dah takde rezeki.. pastu peniaganya plak sangat baik.. siap bagi free 1 beg lagi.. maklumlah.. aku ni kira memborong..

Akhirnya tiba di Buckingham Palace.. memang ramai orang tengah ambil gambar.. aku pun biasalah.. kan bawa jurukamera.. diri aje le.. tapi masa kami tiba takde perbarisan.. tengok2 dan teruskan perjalanan nak ke old park lane.. mana lagi hardrock le.. boss nak beli baju untuk anak buah.. dan aku ni tumpang sekaki le
depan istana
belah depan plak


 perjalanan menuju ke oldlane... nampak cantik pokok ni.. jom gambar


tenang aje lalu kat kawasan ni.. plak tu tengah sejuk

hasil tangkapan.. yeye je aku ni
 
hard rock london di old park lane.. yang pasti hard rock kat sini boleh buat nama kita terus

nak naik bas 2 tingkat
 dah penat jalan kaki.. kitorang nak naik bas plak menuju ke tralfalgar square.  Masa tu hari dah mula petang... dah nak gelap dah







nasib baik ada gambar aku.. ada bukti




Dari sini kami naik bas.. menuju Harrod.. ini pun tempat yang aku memang nak gi.. ya allah ramainya orang... ingatkan nak beli beg kertas ke.. tapi sekali ucu masuk.. makkk ooiii dia kata ramai orang..  takde rezeki nak beli beg harrods yang murah.. tapi rm100++.. kira paling murah.. tapi bagi aku boleh dapat handbag cantik dengan harga tu..







okey.. nak balik hotel.. nak dinner n rehat..  esok sambung shopping