Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, June 30, 2010

Kursus Krew MTM

Aduhhhh...!!! aku kena keluar lagi.. 3 hari je.  Ikut hati memang taknak pegi.. dan aku dah bagitahu pihak atasan.. tapi apakan daya... tugas tetap tugas... aku telah di call n di.sms kenapa aku nak tolak... apa alasan aku.. takkan kerana malassss...????

Hari sabtu aku bekerja dari pagi hingga petang untuk mendaftaran pelajar Krew MTM.  Sebelah petang anak gadis itu nak ikut.. kerana kasihan tengok dia yang beriya2 nak ikut.. akhirnya aku bawa dia ke dewan pendaftaran.  Riang ria dia berlari dalam dewan sebab rumah aku maksimum kebesarannya menyukarkan dia untuk bebas berlari.

Pagi ahad aku dah dijemput oleh pemandu untuk ke Tiara Beach Resort, port dickson dengan hati yang terpaksa rela meninggalkan umairah lagi.

Disana.. aku mengambil keputusan untuk mandi-manda di kolamnya yg besar...woowwww.. best.... cam lupa soal anak... hehehe...

Kat sana kami bertindak sebagai urusetia... aku kena jaga statistik pelajar.. ramai gak yang hadir.. aku juga bertindak menguruskan budak sakit.. malam pertama setengah jam gak kat hospital PD menguruskan pelajar.. Pagi terbangun lewat sikit dan maaf ya urusetia tak beriadah pagi ni.  Last2 dengar cam mimpi je budak mengira.. 1,2,3,4,5,6,7,8... tengah warm up.

Bab makan.. not bad..  dan program okey.. walau pun tak berapa lancar kerana ada 'ulat yang suka menggigit daun... kacau daun...  tapi semuanya under control.  Time tu aku tengah giler dengan novel cuma dia dari alaf 21.

Thursday, June 17, 2010

Meniti Sinar Kasih.. di Padang Indonesia


Yess.. aku terpilih ke Padang Indonesia. TQ boss !!!! 31 Mei 2010.. 5.30 petang aku dah berangkat ke UTMKL. Tiba sana dah malam dan terus menginap di asrama... time ni terbayang cite tahun 1998 masa program Alumni dimana kami menginap di sini. Kira ni mengembalikan nostalgia lama.. 4 orang sahabat bergayut di 4 public phone yang sederet dengan buku telefon terkandung senarai telefon kawan2 chatting di 'kampung aman' dan di irc. Seronok time tu... skrg ni kena call Mr. Z le untuk report.

1 Jun 2010... pagi membeli belah di masjid india.. saja curi masa sebelum masa sibuk. 3 helai gak tudung jangan pandang belakang dan sepasang kain cotton aku beli. Ikut hati mahu lebih dari tu. Tapi kena kawal hafsu. Masa kat masjid india banyak sangat dapat call tentang kerja. Tak tenang dibuatnya. Last2 terpaksa pulang ke UTMKL untuk mensettlekan kerja. Petang terpaksa gi ke KL Central sebab ada dua orang pelajar dari USM yang datang on the spot tanpa menyemak nama dia terlebih dahulu. Tiket ke Padang untuk seorang je kena RM 950.00. Tiba kat sana aku dan kak nab kena tunggu 3 jam untuk dapatkan tiket 2 orang pelajar tu. Penat sehhh...
Masalah lagi satu plak.. tempahan nama yang aku booking my group di Air Asia terdouble nama. So 2 orang nama tak masuk. Masalah!!! lagi. Nasib baik jam 4.00 pagi dia call untuk perubahan nama setelah aku berhempas pulas menelefon sana sini untuk perubahan nama. Apabila done je... baru aku rasa lega. Tiba LCCT awal gak.. dalam jam 5.15 pagi. Tapi kerana pelajar dan barangan yang agak banyak di bawa menjadikan semuanya agak lambat. Yang group aku dan beberapa orang lagi, kami guna check in by web.. so.. untuk check in barang je yang lambat sikit. Last2 barangan banyak yang kena tinggal. Tiba kat Bandara Minangkabau plak.. kami diperiksa mengikut daftar beg sedangkan masa kat LCCT aku campurkan beg untuk jimat berat. Lama gak baru terkumpul semua.

Perjalanan di teruskan ke Rumah Makan Lamun Ombak dengan menggunakan bas Universiti Andalas (UNAND). Perjalanan yang macet melaparkan lagi perut aku disebabkan ada perlumbaan basikal. Setelah kenyang dan aku dapat menikmati apokat juice kami di bawa ke Universiti Andalas. Sambutan di sana boleh diberi pujian. Ada tarian dan nyanyian. Bagus persediaan diorang. Selesai tu ada majlis diskusi antara pelajar Malaysia dan UNAND. Malam aku menginap di Wisma Mayang Sari. Bilik deluxe.. wahhh.. best gak ni.


Majlis perasmian program ni diadakan pada 3 Jun 2010. Kira persediaan kaw2 gak. Selepas perasmian kami bertolak ke Parit Malintang . Ada masjid khatam dan pertandingan azan. Diorang memang sangat bersedia menyambut kami dengan menghidangkan pelbagai menu.
Seterusnya kami dihantar ke Ampek Lingkuang dan Tapoz. Kira delegasi pelajar ni kena bahagi 2. Aku kena jaga kat Ampek Liangkuang iaitu kena mengecat masjid, pemeriksaan kesihatan, bersunat massal, sukaneka dan senam robik. Penginapan plak di rumah yang disewa untuk pelajar perempuan. Segalanya berjalan dengan lancar. Cuma cuaca agak panas di waktu malam menyebabkan aku selalu terbayangkan bilik tidur sendiri. Tang makan aku tak rasa masalah... cuma kat rumah tu susah sikit nak dapat air manis.. yang ada aqua je. Biasanya masuk kandang kambing kena mengembek...
Jumaat.. waktu pagi aku ke masjid untuk memantau tugasan pelajar.. first time gak aku tengok orang bersunat... seram gak... dan student medic buat pemeriksaan kesihatan... (cayalah sama lu... bob, zarif, ridzuan n helmi) petang aku, kak nab ke kampung di Kota Pariaman untuk membeli telekung yang fresh di rumah adik kepada pak supir. Wahh... telekung baru dijahit waktu kami ambil. Kira nak yang mana.. dia jahitkan kainnya.. sebelum tu aku singgah membeli juice apokat dan lepak2 kat pantai cermin. Aku betul2 teruja tengok mbak tu menjahit, menyulam di rumah dan harganya amat istimewa. Mukena (telekung) sebenarnya dijahit dan dihantar ke Bukit Tinggi... untuk jualan... wah.. ini lubang bisnes sebenarnya... Sabtu.. sekali lagi kitorang ke masjid pada pagi tu.. ada senam robik n sukaneka. Time ni aku memang tak boleh di pisahkan dengan novel sweet sour. Mana ada aku adalah buku tu. petang tu kitaorang ke Tapoz meninjau lokasi di sana. OOohh tapoz di tepi pantai. Rasanya sejuk sikit dibandingkan di Ampek Lingkuang.

Program kemasyarakat dah habis.. pagi Ahad tu kami dikumpulkan untuk di bawa ke Padang Panjang, Pandai Sikek dan Bukit Tinggi dan Lubang Jepang. Yess.. tempat2 yang aku suka... tak puas ke Bukit Tinggi walaupun ini merupakan kali ke3 aku ke sana.

Kami berhenti di Lembah Anai... masih seperti yang dulu.. kemudian kami diberi taklimat khas kebudayaan oleh Ibu Ita semasa di Rumah Minang Padang Panjang. Ada klasss le cara dia menyampaikan taklimat.. i like... ramai le pelajar yang jadi pengantin masa kat situ. Setelah tu kami ke Pandai Sikek.. tempat kitorang gi dulu.. tempat tu camtu gak... second last tempat yang aku suka... Bukit Tinggi... Aku beli tambahan telekung 1 helai, kain langsir.. handbeg dan kasut dan tak ketinggalan my fovered juice apokat. Last kami ke Lubang Jepang. .. aku tak turun.. just jalan2 kat kedai dan jumpa kawan lama.. diorang ingat lagi le.. anak2 didik pak rosli ini. Isnin pagi.. kami bersiap untuk pulang ke Malaysia... huh!!! puas di tanah minang.. perjalanan ke Malaysia berjalan lancar. Selamat tinggal.. deni, rizki, cecep, elga dan semua student Universiti Andalas yang menyertai dan membantu program 'MENITI SINAR KASIH PADANG' (MERSIK)... korang memang best...!!!!