Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, February 10, 2016

CUTI CHINESS NEW YEAR

Time cuti panjang-panjang ni semua plan berjalan.  Aku pernah plan gak tahun lepas.. ingin ke Perth.. tapi harammm tak book apa2.. so.. cuti ni kami anak beranak dok rumah aje.. cuma hari ahad tu.. aku balik Bukit Besar.. lari dari perang dunia yang akan berlaku malam raya.  Tembak sana tembak sini.. jantung aku pocot.. sesilap.. tak dapat tidur.. pastu Mr. Z plak takde.. dia gi KL.. so memang peluang aku ke Bukit Besar le.

Kat Bukit Besar plak ada BBQ suka suki.. saje2 makan2.. syok gak.. dan ada majlis sambutan besday firas

Dan dipendekkan cite selepas majlis tu.. confirm aku tak tido.. sebabnya.. aku layan novel Isteri vs Tunang.  Habis khatam sudah novel tu.. senang hati aku dapat habiskan.

KILLING FIELD DAN ANGKOR WAT

Aduh... lagi satu cerita basi.  Kalo rajin nanti aku tepekkan gambar.. ni tengah malas nak mencari.


Aku gi ke Phnom Penh dan Siam Riep ni pada 22 hingga 25 November 2013.  Kira balik dari sini aku memang dah tak tulis apa2 kat blog aku hingga tahun 2015.  Lama aku berehat dari dunia blog.. kenapa ekkk aku jadi pemalas nak tulis semua ni yg macam ala2 dari hidup aku.

Kami bertolak malam dari Johor.. aku sewa van sebab tak berapa ramai sangat trip ni.. dari sini 11 orang dan tambah 5 orang yang tunggu terus di KLIA.  

Hari 1
Flight kami awal pagi.. so tiba ke Phnom Penh pun bagi.. dari airport kami terus di bawa ke National Museum.  Wahh.. mana2 pun banyak kisah seram kat Phnom Penh ni.  Macam kat Killing Field.. aduh.. penuh dengan tengkorak.. macam bandar hantu plak.. dan penuh dengan sejarah dukanya.  

Bab makan.. memang aku suka dengan makanan kat sini.. sedappp kat tekak melayu macam aku.. walaupun itu bukan negara islam 100%.. tapi guide bawa ke depan sedap.  Dan shopping.. alhmadullillah.. kat central market memang aku suka.. banyak tshirt2 besar khas untuk aku.  Sebelah petang dibawa kami menaiki cruise.. dan cerita sedih untuk masyarakat islam.. hidup dalam kesusahan.. daging pun sesekali jer dapat.. sian.

Malam tu alhamdullilah.. aku dapat tidur.. walaupun bunyi bising.. macam orang alihkan kedudukan kerusi kat tingkat atas.  

Hari 1                    -               22 NOVEMBER 2013
KUALA LUMPUR – PHNOM PENH (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa bandar Wat Phnom, National Museum dan Killing field.  Sesudah makan tengah hari di restaurant halal berdekatan dibawa untuk check in hotel dan selepas itu membeli belah di Central Market. Makan malam di restoran dan berehat di hotel.

Hari 2
Pagi selepas sarapan nasi lemak yang sedap tu kami berangkat ke Siem Riep.  Masa perjalanan lebih kkurang 8 jam.  Dalam perjalanan dapat tengok keindahan pemandangan dan rupa bentuk rumah orang Kemboja ni.. rumahnya tinggi.. mungkin menggelakkand ari banjir kot.. dan persinggahan kami di ala2 R&R yang penuh dengan jualan ulat dan serangga.. ala2 lipas, belalang.. mmg confirm tak makan.  Yang kami makan buah delima yang sangat sedap.    Setibanya di sana.. kami dibawa menyusuri Tasik Tonel Sap.,, yang merupakan tasik terbesar di Asia.  Siannya orang kat sini.. anak macam amni.. dah di kalungkan dengan ular.. dan disuruh tunjukkan kat pelancong (agar pelancong diberi duit kepadanya).. yang sedih bila beri pisang n gula2.. diorang terus lari nak bawa balik rumah.. sian.. macam kurang makan. 

Malam kami membeli belah di siam riep.. lebih kurang aje barang2 dijual.. lebih kurang bangkok gak.  Malam kami menginap di hotel milik orang malaysia.. bunga raya hotel kot.. sangat selesa.. dengan kolam renang lagi.

Hari 2                    -               23 NOVEMBER 2013
PHNOM PENH – SIEM REAP ( B/L/D )
Selepas sarapan pagi kita akan meneruskan perjalanan ke Siem Riep yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Sesampainya di Siem Riep,  sepenuh hari di Angkor – The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant and Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia dan melawat Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap, merupakan tasik terbesar di Asia untuk merasai kehidupan nelayan. Makan malam buffet di local restaurant dengan menyaksikan persembahan Tradisional Kemboja dan berehat di hotel.

Hari 3
Pepagi nak mula start nak menjelajah Angkor Watt.. intenari di ubah.  Memang ini antara tempat yang aku nak gi.. penat gak le berjalan dan bergambar.. tapi aku puas.  Cite basi.. so.. dah mula ingat2 lupa... kerana faktor usia. Yang pasti selepas menikmati makan tengahari kami menempuh perjalanan ke Phnom Penh semula.  

Malam tu yang pasti aku dengar bunyi kerusi yang agak kuat dalam bilik kami (aku dan dara sebilik).  Kerusi tu bergerak.. memang ngeri... dan aku terus baca yasin untuk hilangkan takut.. dara plak boleh tidur lena.  Hotel tu hotel yang sama masa aku dengar bunyi bising.  Ya Allah selamatkan hamba mu ini.


Hari 3                    -               24 NOVEMBER 2013
SIEM REAP- PHNOM PENH ( B/L/D )
Sarapan di hotel akan di bawa untuk tour Siem Reap dan pulang ke semula ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam dan di dalam perjalanan singgah di daerah Kampung Thom untuk melihat penduduk menjual kriket, labah-labah dan banyak lagi yang boleh dinikmati dan membeli. Selepas tiba di Phnom Penh, Makan malam di local restaurant dan berehat di hotel.

Hari 4
Shooping time.. tapi sebelum tu bergambar dulu kat istana... gambar tu masih aku gunakan kat hp.. bab shopping  memula gi Russian Market.. macam kurang best.. kitorang naik kenderaan sana untuk gi ke Central market semula.  

Dari KL Ke Jb pun naik flight.. dan tiba di Senai.. aku sewa van abang man.. alhmadullillah semua settle.. 

Hari 4                    -               25 NOVEMBER 2013
PHNOM PENH – KUALA LUMPUR-JB ( B/L/- )
Sarapan pagi di hotel dan selepas itu bebas untuk membeli belah di Russian Market. Makan tengah hari dan selepas itu berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Acara selesai).  Peserta dari Johor Bahru akan menaiki kapal terbang jam 10.05 malam dan dijangka tiba pada jam 10.55 malam.


SOLO

Senasib gak solo dan Yogyakarta punya post.. benda dah berkulat baru nak masuk sebab nak list perjalanan.

Hari kedua kami ke Solo.. perjalanan lebih kurang 2 jam dari Yogyakarta.  Sebenarnya aku dah gi kesemua tempat di Pulau Jawa ni.. masa program Trans Jawa.  Tapi masa tu 2001 kot.. ucu masih tunang.. aku masih single.  So.. memang aku ingat dengan pasar klewer dan akhirnya alhmadullilah aku dapat menjejaki lagi Pasar klewer.  Dapat beg solo sebagai cenderamata untuk kengkawan.  Kat solo gak kami singgah di Pasar Grosir Solo (PGS). Dapat beli kain lycra dengan harga murah untuk buat jubah.  

Perjalanan pulang kami singgah di Taman Sari, Merapi dan beberapa tempat persinggahan.

YOGYA

Yogja.. kali ke2 aku disini bersama suami dan anak.  Sesekali bercuti bersama.  

Kami ke KL dengan flight dan tumpang lepak kat rumah ucu.  Pastu baru flight ke Yogya.  Tiba Yogya petang dan round sekeliling yogja. Malam ronda Yogya gak dan beli makanan tradisi yogya iaitu bakpia

Menginap di Malioboro Palace hanya 10 langkah ke Malioboro Street.  Best giler.. untuk shopping.
Pagi.. jalan2 dengan kereta kuda sementara nak tunggu kenderaan untuk ke Merapi dan Solo.

p/s.. benda lama baru update..

HADYAI



Aku pernah ke Hadyai.. kerana aku dah melabelkan perjalanan aku.. maka aku tambah post tentang hadyai.  Pada aku hadyai okey.. ada floating market yang penuh dengan makanan.

Aku buat trip dari Johor ke Hadyai.  Tarikh.. percutian deepavali.. 2 tahun yang lalu kot.. saje2 buat sebab aku pun tak pernah ke Hadyai dan Danok.  Sambutan amat menggalakkan.  Tapi aku update cite ni dah lambat.. maka ingatan pun dah tak banyak le yang ingat.. nak insert gambar pun ala-ala malas.

Sunday, February 7, 2016

PEMBUKA LANGKAH 2016 - BANDUNG

Destinasi pertama di bulan januari 2016.. aku melangkah ke Bandung.  Dan kali ni pergi dengan anak dara aku.. Anis Umairah.. sebagai upah sebab selalu membantu aku kat rumah..

Dan kali ni gak aku pergi ke tempat yang baru.. Dusun Bambu, Sapu Lidi, Rumah Sulam dan Garut.. selalu gi tempat2 yang biasa di pergi.. Pasar Baru, Kampung Daun..

Sebenarnya dah lama gak berhajat nak ke sapu lidi, garut dan dusun bambu.. akhirnya tercapai gak tahun 2016.  Alhamdullillah

confirm badan aku tak masuk dalam gambar ni

hari 3.. abadikan potret di asia afrika

tiba jb.. hasil tangkapan

dusun bambu

tour ke dusun bambu


Hari 1: sebelum masuk dalam untuk dinner

Hari 1: makan kat kampung daun

Hari 3: depan masjid.. area alun-alun bandung

ladies trip to bandung

hari 1: tengah kaya.. hari 3.. langsai semua duit

hari 1: makan kat sapu lidi

MT15 EPISOD 14- KUALA LUMPUR - JOHOR BAHRU

Selesai urusan claim tax.. diorang menyopping.. baru check in bag.. alhmadullillah semua berjalan lancar.  Cuma ramainya manusia.  Flight dari sana tengahari dengan menaiki airfrance dan dijangka tiba di ho chi minh city esok pagi.. dalam jam 8.30.. dan terus ke kuala lumpur dan dijangka tiba di kuala lumpur dalam jam 11.30.  Tapi delay lebih kurang sejam di paris.. confrim lambat sikit. Dalam perjalanan yang 13 jam tu aku memang tak tido... memacam movie aku tengok  memang tak boring.. 

 Alhamdullillah paginya tiba di Ho Chi Minh dan kami menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur.  Tiba di Kuala Lumpur.. aku berlari2 gak.. nak mengejar flight AA ke Johor Bahru dari dari KLIA ke KLIA2.  Beratur.. tapi malangnya beg aku tak boleh masuk kerana dah lebih 5 minit masa dari 45 minit.. so.. aku cari alternatif.. naik bas dari KLIA2 ke Johor Bahru.  

Membuat aje dalam bas... dan alhamdullillah dalam lebih kurang jam 8.00 malam aku selamat tiba rumah.. home sweet home











MT15 EPISOD 13 - PARIS

naik ajer.. dia suruh makan ni.. i like airfrance

airfrance

jap lagi nak menonton

sila makan

aku suka suasana ni.. sana terang.. sini gelap


MT15 EPISOD 12- PARIS

Antara hari-hari terakhir di kota eropah.  Tiba Paris malam gak.. semasa otw ke hotel ternampak kedai halal.. jual kebab.. biasalah keluar negara ni makanan halal yang paling banyak aku rasa yang jual kebab le.. dah macam selera orang arab... dan selain spagetti halal.  Ucu singgah untuk beli kebab.. untuk makan sebelum tidur.


rasa macam berbaloi le tido kat sini.. depan tu dah metro

pemandangan berdepan dengan generator


kita makan sarapan pagi dulu
breakfast di sini

Pagi ni akan gi tempat yang memang aku teringin.. dan semua orang kenal.. apa lagi.. Eiffel Tower.  Memang dah lama aku nak gi ke mercu tanda ni.. akhirnya.. kita pasti,.. aku depan eiffel tower.  

Dari hotel amat dekat untuk gi ke Metro.  Memang aku suka kat paris ni. Kitorang turun kat station Bir Hakiem.. dari situ memang dah nampak Mercu Kerajaan Perancis ni.  Tapi sebelum tu kena isi perut.. so berhenti breakfast.. sebelah kedai breakfast tu.. kedai souvenir.. apa lagi.. borong dulu sikit-sikit.

Memang kat bawah ni banyak orang kulit hitam jual keychain dengan harga yang sangat murah.  Tapi aku dah manyabo nak beli tadi.. maka aku beli lagi.. buat tambah2.. haaa.. bila balik malaysia.. confirm tak cukup. Dah puas bergambar.. kitorang melintas jalan.. dan bergambar plak dari belah atas.. kira puas le gak bergambar.. 


akhirnya aku didepan eiffel tower









 Dari situ.. kitorang gi plak kat yang ala2 pintu gerbang tu.. apa ya... namanya.. haaaa.. Arch de Triomphe Tempat ni dikatakan sebagai tugu negara bagi Perancis.  Dari situ.. kitorang berjalan ke bawah... untuk sesi shopping.. i like.. tak aku tak menyopping sangat pun.. bebalik souvenir jer.. maklumlah baru pertama kali menjejak kaki ke eropah ni.. kali kedua dah takde souvenir untuk org.. beribu habis untuk souvenir ni..




 Sambil diorang menyopping.. sambil aku dok kat luar.. tapi gilerrrr sejuk le..

Sampai tempat wajib gi kalau ikut ucu ni.. apa lagi.. hard rock le.. semangat aku dah pudar.. dah lemah.. aku kehilangan sesuatu.. dah tak rezeki.. dah balik hotel.. nak sedih2.. tapi ucu ajak gak gi Lourve Muzium.. bila lagi nak gi.. aku gagahkan diri juga gi.. aku hilang semangat sudahhhh..

Malam balik.. kemas2 beg semua.. hasilnya.. beg aku beranak 2..