Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, June 20, 2011

Healty Living

Enam bulan telah aku ikuti kursus cara hidup sihat.. tapi rasanya yang aku praktikkan adalah untuk 1 bulan pertama saja.. hahaha.. biasalah aku nikan jenis hangat2 air suam.. mula2 beriya-iya dan sangat bersemangat... memang nak jauhkan nasi putih dan minum air manis.. pastu bertarai... aku yang memang ketagih dengan teh ais ibarat tak boleh dipisah langsung dengan minuman kegemaran aku.  Paling aku tak mengikuti selepas balik dari umrah.. mana taknya... kat madinah n mekah takde menu sihat untuk aku.. so aku taram je semua makanan yang diservekan... itu sebenarnya bukan alasan untuk aku tak menjalani healthy living .. memang semangat aku dah mula turun....


buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik untuk berdiet
Berat aku pada mulanya memang turun cantik.. 9kg turun.. tapi bila konvo program ni.. berat aku hanya turun 7kg... orang macam aku ni 7kg tak nampak apa.. kena turun 57kg.. baru semua orang perasan...

makluman.. ini bukan kaki penulis..
Majlis konvo kitorang dibuat kat Pelangi Balau Resort 17 Jun 2011.  Aku bersemangat gak untuk hadir.  Bukan apa...  saja nak ambil kata-kata semangat untuk aku meneruskan program tu walaupun dah takde Dr. yang nak monitor.. dan nak tahu gak tentang gula dalam darah.. sebab masa aku join program ni..  glukosa dalam darah 6.5.. itu dah kira kencing manis.. Memang aku takut.. maklumlah aku ni ada keturunan yang kencing manis.. tapi bila pemeriksaan darah untuk kali ke 2.. kencing manis aku memang dah turun.. 5... dan sekarang aku memang takde kencing manis.. tapi kenalah kontrol.. sejak mengikuti program ni aku rasa hidup aku dah mula kenal  air putih (sebelum ni memang aku minum air bergas dan yang manis-manis je.. sekarang dah boleh kontrol sikit). 

selamat datang ke pelangi balau resort

jalan baru ke desaru... cepat dan mudah.. takde jem.. lebih kurang 45 minit dari senai dah tiba


Bot-bot nelayan di tepi jeti


Kampung Linting... kampung aku....

Walaupun program tu dah habis tapi aku bertekad untuk meneruskan healthy living dalam hidup aku.  Aku dianugerahkan 'PESERTA PALING BERPOTENSI' .. kata datin aku ni mudah untuk turun berat badan sebab aku ni berat air.. cuma aku malas dah bersenam.. tepat skali... dan tepat sekali kata datin yang kalau upah orang rm1juta untuk senam pun tak dapat mengubah diri kita.

TERIMA KASIH PROGAM HEALTHY LIVING YANG DIHARAP DAPAT MENGUBAH HIDUP AKU

Wednesday, June 8, 2011

CUTI...!!!!

Seronoknya gi kerja minggu lepas dan minggu ni... bukan apa... almaklumlah sekarang cuti sekolah.. so ramailah ibubapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti.  Itu yang seronoknya... bila ramai yang becuti terasa opis aku lengang sikit.. dan yang paling cantik mahasiswa pun bercuti.. wahhh.. berganda seronok.. ditambah plak dengan bos aku yang bercuti.. triple seronoknya. Yahooo...!!!!

So.... minggu lepas dan 2 hari ni.. bolehlah meluruskan tangan aku di tempat kerja.. dan membesarkan mulut aku dengan sangap.. waaaa... dan sesekali mengeliat meluruskan tangan... (bila mengeliat ni... tangan aku keluar dari patisyen.. dan ada sorang yang tak sayang mulut boleh kata tangan aku tu macam paha).. buta apa... ? tapi itulah kenyataan kot.. tangan aku macam paha dia.. 

berbalik semula pada cuti.. actually bos aku ada ke takde ke.. lebih kurang sama (tapi lebih suka dia bercuti).. dan esok dia mula naik kerja.. jadi hari ini dengan penuh dedikasi aku betul2 meluangkan masa, tenaga dan sepenuh perhatian untuk membereskan kerja-kerja.  Alhamdullillah.. 15 minit sebelum pulang kerja settle... itulah aku.. suka buat kerja last minute.. aku tak rasa aku sorang macam ni.. 

Cuti??? Aku memang tak cuti.. tak gi mana2.. anak pun belum sekolah lagi.. so takde problem nak berjalan bila2 masa.. dan time cuti ni aku rasa cam sibuk sikit kat luar tu...  lepas raya nanti aku baru bercuti..

selamat bekerja untuk semua.. gunakan masa yang terluang dengan sebaiknya.

Thursday, June 2, 2011

Kasih Yang Suci

Aku memang peminat novel... kira kat rumah tu penuh le almari buku aku dengan novel.. melimpah ruah gak le... biasa dalam sebulan memang aku spent duit gaji untuk beli bahan bacaan.. maklumlah hobi.. dan aku boleh jadi bosan giler kerana tiada novel.

Akhir-akhir ni aku memang agresif mencari novel kasih yang suci... semua dah sold out.. actually novel ni  novel lama.. sebab tu dah sold out.. Bukan apa.. akukan kemaruk ngan cite nora elena.. aku rasa memang pernah baca buku ni.. tapi dah ingat-ingat lupa.. dan hari ni.. terjawap sudah yang aku memang dah baca novel ni.. rasa legaa.. kenapa ya.. sebab aku dah tahu ending cite tu.. dan hari ni aku review novel tu aje... alhamdullillah selesai sudah...

2 novel yang giler dan telah diadaptasikan... bakal diadaptasikan ialah bunga-bunga kemboja..

sedih.. mesti tengok drama ni.. promo dari aku


best..,. aku suka cite ni... jatuh hati kat firas.. ditayangkan kat rtm 2


bakal diadapatasi... dah lama baca.. heroinya cantik