Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Showing posts with label KUCHING. Show all posts
Showing posts with label KUCHING. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Duniaku Episod 9 Terbang ke Kuching

Bertandang ke kuching pada 5 Mei.. 

rasanya macam dah malas.. tapi kerana ni macam gathering kita adik beradik.. terpaksalah aku join.. tak syok plak aku tak join... gi ramai2 ni best gak..

just trip singkat.. tiba malam, esok gi serikin dan pasar satok...  malamnya balik... flight delay.. ada masalah teknikal.. tapi alhamdullilah akhirnya tiba rumah dengan selamatnya lebih kurang jam 11.00 malam.



Wednesday, May 16, 2012

Duniaku Episod 3 Miaww

kali ni gi kuching lagi sekali iaiti pada 15 hingga 16 Februari.. membawa sekali keluarga belah mertua dan ipar duia.. nasib baik ipar duai sepasang je... (adik Mr. Z ada sorang)... diaorang first time ke kuching.

setiba di sana disambut oleh bujang yang tersangat baik dan mudah memberikan kerjasama.  kami menikmati makan tengahari dan terus ke muzium kuching sebelum ke kampung budaya.  tapi aku terlupa plak nak bawa camera.  tak masuk pun.. cuma gambar kat burung kenyalang je.  pastu check in harbour view.. mudah hotel ni.. bila2 masa boleh gi main bazar.  Malam kami keluar lagi untuk menikmati makan malam dan bawa round keliling kuching.

Keesokkan harinya kami membeli kek lapis untuk di bawa pulang dan terubuk masuk abang jeff.  Selepas makan tengahari kami gi rumah cik li di kem berhampiran airport.. itulah percutian ringkas aku n keluarga mr. z.  Lebih kurang jam 9.00 kami tiba ke rumah.  Alhamdullilah.. tercapai sudah impian keluarga Mr. Z ke sarawak.

Dewan undangan negeri di astana

melintasi sungai serawak m
main bazaar

Friday, May 4, 2012

Duniaku Episod 1 Bumi kenyalang

melihat pertunjukkan

semenggoh orang hutan

peneman setiaku.. puan ratna aisah.. terima kasih puan


kak apa ya..??? lupanya le namanya.. tapi dialah tourist kami masa di kampung budaya


peserta trip mendengar penerangan

posing bodoh2 dalam dewan
Setiap orang ada hobi.. cuma lain2 citarasanya... tajuk aku menggambarkan hobi aku yang satu iaitu berjalan2...  dan jalan2 itu adalah duniaku.. azam akukan mengelilingi dunia.. lihat negara orang... sepanjang perjalanan menimba pengalaman motto hobi aku.. hehehe..

Perjalanan aku dimulai dengan melangkah ke kuching pada 8 hingga 10 Januari 2012.. membawa bersama 62 orang termasuk aku yang terdiri daripada 60 orang kaum adam dan cuma kami berdua iaitu aku dan Ratna Aisah kaum hawanya.  Alhamdullillah membawa kaum adam memang tak rumit.. cuma sikit rumit ada yang nak ngeteh je..

Perjalanan berjalan lancar dan terus mendarat ke kuching international airport dalam jam 2.00 petang.  Terus di bawa untuk menikmati makan tengahari, membeli kek lapis dan berjalan-jalan di water front city.  Keesokkan harinya lawatan di teruskan ke kampung budaya.  Wahhhh!!! gembira aku melihat diorang yg sporting turut menari bersama artis kampung budaya.  Sesudah bersembahyang kami melawat ke orang hutan di semenggoh dan sebelum ke hotel kami menikmati seafood yang enak dan lazat.  Hari ketiga masa untuk pulang.

Terkenang-kenang cerita2 kat sana.. di mana ramai yang tertanya siapa kami kaun hawa yang berdua ini.  Ada yang menyangka kami ni orang sarawak.. setelah diterangkan kami ni menguruskan lawatan tersebut ada juga yang meminta bisnes kad... maaf belum cetak.  Perjalanan di sana menggunakan 2 bas dan didalam bas penuh dengan cerita lucu bersama orang2 felda.. terutama datuk penghulu air tawar 2.. kelakar orangnya.  Mesra di samping ratna aisah.. mungkin sebab dah takde pilihan kot.. heheh..

Alhamdullilah.. dan harap peserta yang aku bawa berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberi.

Tuesday, May 17, 2011

Enjoy dengan Family Mertua

Perjalanan ni pun dah basi, tapi saja menulis untuk ingatan aku.  Tiket dah berbulan beli dan time dah terbang salah sorang iaitu Mr. Z terpaksa cancel sebab takde cuti (simpan cuti untuk penerbangan lain).  So aku n anis dan keluarga sana je pergi.

Aku tolong uruskan semua dan pembayaran??? hehehe.. aku ambil part bayar apartment je dan belanja makan2 sikit je.  5 april pagi diorang dah ada kat airport.. aku tengah terhegeh drive.. diorang dah call bagitahu dah ada kat airport.  Xcited nampaknya diorang,  Perjalanan semuanya okey.. bapak mertua yang fisrt time naik flight pun nampak confident je.  Tiba sana jam 9.30 pagi dan terus ambil kenderaan untuk meronda 1 pulau dan tanah besar.  Nampaknya diorang happy dan oleh kerana kami menyewa kenderaan so puas meronda 1 pulau.  Aku memang puas hati sebab sebelum ni aku memang teringin nak round 1 pulau.. ke balik pulau dan ke town semula.. jalan yang berbengokok-bengkong tu kami lalu dan naik bukit turun bukit.  Tapi aku masih frust sebab Bukit Bendera belum boleh naik.. ahhh.. terkempunan lagi.. nak buat camna.. belum rezeki.  So terpaksa le aku beli lagi tiket ke Penang.
Adik ipar (azura) anaknya kimi

Dihadapan rumah P.Ramlee

Aku memang suka mee udang.  Best dapat gi tempat ni kali ke 2

Mentari terbenam.. memukau pandangan

View dari Apartment yang aku sewa.  Puas hati kat sini

Banglo sebelah apartment.  Belum mampu nak beli


Pool .. tak sempat nak berenang (hehehe tak pandai pun)

Model yang sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaik tanpa bayaran




Apartment yang aku ambil tingkat berapa ya?? lupa.. yang pasti tinggi

Aduhhh.. tutup lagi... tengok dari bawah je... cam best je.. thn 1998 dulu aku naik.

Monday, May 10, 2010

Kuching.. aku datang lagi...





Tahun ni bermula dengan perjalanan ke Kuching pada 16 - 17 Januari 2010 dengan membawa seramai 37 orang ke Negeri Bumi Kenyalang...

Aku ambil 5 buah van iaitu Pak Rahman dan kuncu-kuncunya. Naik van ni memudahkan untuk suruh diorang berhenti bila ada yang menarik pandangan. Lagipun Pak Rahman tu dah macam sedara sendiri.
Perjalanan dimulai dengan Sarapan pagi di bandar kuching. Sarapan pagi tapi cam makan tengahari... aku makan nasi beriani... Tak sesedap beriani kat johor.. tapi bolehlah.. lain tempat lain rasa.

Perjalanan di teruskan ke Serikin. Semasa perjalanan singgah membeli buah rambutan... merah kulitnya dan manis sungguh isinya. Rm1 untuk sekilo... beli 2 kilo beb.. makan sorang. Kat Serikin... diorang shopping sakan hingga ada yang memborong 4 buah tilam yang boleh dilipat2 tu. Target aku memang nak beli tilam tu tapi 1 aje le... anak pun sorang. Aku jumpa staf UTM KL.. mana2 ada orang UTM. Balik singgah di gerai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pastu kitorang gi ke Muzium Kuching, Ramai plak bergambar berbadankan kuching. Seronok gak dapat tengok kuching2 miang ni. Main Bazaar destinasi seterusnya... cari souvenir ke. gambir sarawak ke... kain pua ke.. semua ada... dan bolehlah bergambar2 kat Waterfront. .. lintas jalan je. Malam kuar makan malam kat tepi sungai sarawak. Tido di Harbour View 1 malam.

Esok pagi... lawatan ke Pasar Satok.. diorang memborong ikan terubuk le. Aku dok tengok je. Dan jumpa pakcik yang bagi aku no phone van ke Brunei. Cantikkkk... TQ Hj. Salleh. Pastu gi Kampung Budaya.. tapi tak boleh nak buat apa sebab hujan turun dengan lebatnya.. tak nampak pun puncak gunung santubung.. sejinjing pun dok tido... Balik singgah beli jeruk kedondong dan gula nira kat tepi jalan.

Pastu gi kek lapis dayang... aku beli 2 je.. buat syarat.. diorang memborong le...sebelum gi kilang pasu.. kita orang dapat gak di dewan suarah... tinggi tempat tu.. best angin bertiup dan bolehlah nampak sebahagian besar bandar kuching. Malam terbang ke Senai.



Kira perjalanan yang singkat ni dapat kita habiskan dengan menjelajah banyak tempat... rugi tau tak ikut.. lain kali join tau