Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, June 11, 2013

Jerung dan Buaya (SURABAYA) dan Pulau DEWATA (Bali)

Trip ni telah lama di rancang dan tiketnya pun telah lama di beli.. cuma dari surabaya ke bali je beberapa bulan yang lalu aku beli sebb semuanya ahli trip taknak membazir masa naik kenderaan darat dari surabaya ke bali yang mengambil masa agak panjang iaitu kira-kira hampir 12 jam.  Actually aku pun xcited nak ke bali.. dulu pun aku gi sepuluh tahun dulu.. dah tu gi kuta je.. walhal hati aku melonjak2 nak tengok keindahan tanah lot.. dinner kat jimbaran.. so harap2 kali ni aku dapat merealisasikan impian aku sekali.

Trip ni aku ambil untuk harga ground 660 kecuali tiket.. tiket pergi balik bali dan airport keseluruhan 330.. jb - surabaya masa tu dalam rm200++ kot.. 4 kali naik flight.. 3 kali airport tax.. hotel 3 star, makan sepanjang di sana dan tiket masuk ke semua tempat... harap berpatutan dan tiket 

So perjalanan kami yang dianggotai oleh 16 orang ahli trip bergerak dari johor ke surabaya.. bermalam di the square hotel, surabaya (sempat ke tanggul angin) .. the square hotel ni memang berbaloi2.. selesa, bersih dan besar biliknya.  Masa dalam bas kami dihiburkan oleh lagu2 irama jaipung.. wahhh... ibu2 dalam bas semua panasaran.. tak suka lagi tu.. pastu panas plak.. Sebelum ke hotel kami sempat makan malam di Bamboo Restaurant. Not bad cuma aku tersalah ambil pakej.. ada belut.. so tak makan le belut tu.  Subuh esoknya kami terus bergerak ke airport surabaya untuk ke pulau dewata. Tiba di bali pun awal so trip ni rasanya trip ke bali bukan ke surabaya.

bamboo restaurant

menunggu makanan

minum air dulu ya puan
So tiba di bali kami disambut oleh pak ketut dan bu ashri.. (mbak kot) tak sesuai bu ashri sebab masih muda. Mula2 kami di bawa ke batu bulan untuk menyaksikan pementasan barong.  tiket rp100.. mahal gak.. aku pun mulakan aktiviti aku.. aktiviti tertidur.. walhal sesape yang menghayati kesenian bagus tarian tu.. ramai pelancong xspecially mat salleh yang menonton.. walhal sepatah haram diorang tak tahu apa yang dituturkan.. pastu kami di bawa ke kintanami di mana valcona di sini masih aktif.. tempatnya tinggi dan dingin.. kira kami makan tengahari mengadap gunung.. makanannya buffet dan halal.. seterusnya perjalanan kami diteruskan ke tanah lot.. (tempat ni le yang aku teringin nak gi).. kat sini just tangkap gambar dan sempatlah menyopping sikit,.. (pak ketut tak kasi beli kat sini.. dia suruh kami beli kat krisna.. dia dapat komisen kat krisna).. kami ni plak insan2 yang degil.. time dia sibuk melayan orang ambil gambar.. kami pun melarikan diri gi shopping jap.. bosan aku ambil tourist guide yang camni.. kepentingan diri sendiri.. dapatlah gak aku gapai beg i love bali... selepas ke tanah lot kami ke jimbaran.. lupa nak bagitahu.. masuk ke kintanami.. tanah lot tu semua berbayar..  Oleh kerana jalan yang macet jadi kami tak dapat menghayati terbenamnya matahari di jimbaran.. yang dapat dilihat hanya sinaran bulan.. ada tarian api dan tarian barong .. dijimbaran kami di jamu dengan seafood acara malam tu diakhiri dengan shopping time di krisna.. wahhh.. ratus2 rm gak.. bukan selalu kami ke bali.  Waktu bali sama dengan waktu malaysia..
ada cerita di sebalik patung2 ini


pemuzik tarian barong

itu dia dah keluar



suka aku tengok kreatifnya diorang.. tomato jadi bunga

berlatar belakangkan kintanami




Keesokkan harinya pagi2 lagi aku dah ke pantai kuta.. niat dihati nak temankan diorang ke hard rock.. tapi hard rock tak buka lagi.. so gambar2 aje dan sempatlah singgah ditempat pengeboman tragedi sedih di bali.  sebelum dihantar ke airport kami di bawa ke uluwatu iaitu penghujung bali di mana terdapat temple yang dibina dihujung tanah.. dan kat sini le ada tarian kecak.. cakkk.. cakkk... cakkk.. kami sempat menikmati nasi padang sebelum dihantar ke airport


kebaliannya terserlah



tanah lot

teringat nak shopping je dua orang ni


akhirnya aku ke tanah lot juga



menikmati makan malam di jimbaran



pantai kuta.. kenapa aku nampak benyek ya.. salah jurufoto ni



inilah dia laut pantai kuta


hard rock bali



diabadikan nama2 yang terkorban semasa letupan bom di bali

bye bali

ini dia bu astri

Selesai check in untuk ke surabaya kami dimaklumkan bahawa flight ke surabaya delay.. aduhhh buuuu.. hati ni dah tak sabar nak bershopping di surabaya.. so lambat sikitlah kami tiba.. tiba disurabaya aje kami di bawa ke sulam indah.. wahhh.. diorang shopping sakan.. nak gi jambatan merah plaza dah tutup.. pgs lagilah.. aduhhh frust aku kerana flight delay.. selepas bershopping dan makan malam di restaurant yang sedap gak kami dibawa ke jambatan suramadu iaitu jambatan yang menghubungkan surabaya dan pulau madura.. wahhh.. baju tshirt kami dah jadi suramadu.. surabaya madura..
hotel di surabaya

lambang surabaya.. jerung dan buaya bergelut

kepunyaan ku bas ini.. ita

itu gunung bromo.. sepuluh tahun lalu aku pernah daki gunung tu

Malam kami bermalam di surabaya dan keesokkannya hari hujan.. tak boleh buat apa2.. nak shopping pun tak sempat so sempat berfoto kat lambang surabaya je (sura - jerung dan baya - buaya) nama surabaya ni diambil sempena pergaduhan antara jerung dan buaya yang takde pemenang.

Tiba diairport sempatlah kami membeli beg (tak berapa mahal), fridge magnet dan souvenir surabaya.. masuk aje ke dalam pengumuman untuk penerbangan.. rupanya flight diawalkan.. kami jadi antara orang yang terakhir masuk ke dalam flight.. dalam jam 2.00 petang kami selepas tiba di senai..

Seronok tripnya sebab peserta orang-orang yang biasa join.. cuma ada 6 orang muka baru.. hopefully diorang berpuas hati dengan layanan dari aku.. dan join lagi ya..



Wednesday, June 5, 2013

kesibukan di bulan mei - HO CHI MINH

Saja tajuk melambangkan kesibukan.. agak ketat jadual bulan mei.. trip yang agak banyak... alhamdullillah rezeki allah beri.. jakarta bandung 1 trip.. surabaya bali 1 trip.. bandung 1 trip.. dan last jakarta bandung 1 trip.. maklumlah hujung bln cuti sekolah.

LUAR NEGARA DI AWAL BULAN

Bulan mei aku mulakan dengan menyusun langkah ke ho chi minh.. trip sendiri.. ambil barang.. gi 2 hari from singapore.. alhamdullillah.. dari rachor ke changi airport dapat pemandu taxi yang baik hati.. sibuk bercerita dan bila nak turun dihadiahkan plak kami bertiga (aku, iim dan kak ratna) mentos sorang 1 batang.. terima kasih dan dia doakan kami bergembira.. alhamdullilah.. flight dari singapore ke ho chi minh dengan lion air.. first time naik lion.. lebih panjang.. dan bila dia membelok tu.. makkk oooiii.. cam corner baring kita.. 

Tiba Ho Chi Minh terus jumpa sedara.. amin.  Kita makan dulu... hotel amin dah tolong bookedkan. Pastu apa lagi sesi menyopping sampai malam hari.  Kali ni bestnya sampai pergi ke rumah aishah.  Mencari baju.. Banyaklah juga dapat aku beli.  Malam tu dengar penuh kealpaan aku terbuang tshirt, tudung dan beberapa benda yang aku beli.. aku mengemas dan ingatkan itu plastik kosong.. syok aje aku buang.. dan bila dah siap mengemas tu aku baru perasan.. dan lintang pukang aku ke pasar malam.. time tu banyak plak kedai dah tutup.. alaaaa.. ruginya.. rupanya bila iim tolong cekkan aku terbuang.. nasib baik dapat ambil balik.. dah rezeki aku..

Esok paginya sempat aku ke bint thay.. naik bas dari bant thant.. sempatlah membeli kain cotton.. Tengahari time balik dari ho chi minh ke singapore.. baju terbanyak beli so terpaksa di pos.  Tiba di changi.. naik taxi ke rachor dan lagi sekali diketemukan dengan sorang pemandu taxi yang baik.. dia membantu mendapatkan taxi malaysia kerana lebih murah.

Dari Rachor ke johor plak diketemukan gak dengan pemandu taxi yang baik hati.. ajak kami berbual.. dan okeylah walau barang kami seolah2 nak memendakkan keretanya.

Alhamdullillah succesful trip.

April di ho chi minh

LAGI SEKALI AKU KE HO CHI MINH.. KIRA CAM SEBULAN SEKALI AKU KE SANA.. MULA NAK BERJINAK DALAM BISNES.. MENGIKUT ORANG GAK.

AMBIL BAJU.. AMBIL TUDUNG.. AMBIL TELEKUNG.. AMBIL SEPIT.. GETAH IKAT RAMBUT.. APA2 AJE YANG ORANG NAK.. SAJA TRY.. HARAP OKEY..

Penerbangan air asia... pergi hari ni esok balik.. naik bas dari airport ke bandar dan pergi ke binh tay gak... try2 ambil baju.. Gi hari ahad.. balik hari isnin.. rupanya orang berniaga memang camtu.. ramai gak yang gi untuk ambil barang berniaga.. 

Jumpa lagi Amin dan Ayub.. baik bebudak tu.. membantu aku.. 

Gi dari sini naik kete iim sampai kl.. sbelum tu melepak dulu kat putrajaya.. tumpang bersiap.. paking kete kat lcct.. aduhh mahal sehhh.. tiba ho chi pagi.. ambil flight pagi dan baliknya flight pagi.. rasa cam ho chi minh tu dekat je..


Cerita tentang apa??

Satu ketika dulu aku pernah bercite2 menjadi seorang penulis.. penulis novel.. sbb aku suka baca novel.. pernah mencuba menulis cerpen tapi setengah jalan dan masa form six pernah tulis cerpen.. itulah satunya2 cerpen aku yang dapat aku tamatkan citenya.. tapi rasanya cerpen tu.. plotnya longgar.. setakat bolehlah kot.. 

Bab nak bercerita plak.. aku takde sehebat mana... cite aku dalam blog ni banyak tentang perjalanan/trip yang aku ikuti dan anjurkan.. memang hobi aku melancong... bila tengok negara orang tu macam ada satu kepuasan dalam diri aku.. aku suka berjalan... tapi buat semuanya kebanyakkan tempat yang aku lawati semuanya negara ke 3.. yang maju cuma australia dan korea... dan tempat wajib pada aku sebagai seorang muslim.. mekah almukaramah.. semasa menunaikan umrah.

Tentang luahan perasan.. ketidakpuasan jarang aku pamerkan.. alhamdullilah hidup secara sederhana.. kurang stressnya.. jadi tak banyak yang bermain di fikiran... semuanya terkawal.

Tentang kewangan.. terus terang aku bukan orang yang berwang.. wang yang ada cuma cukup2 aje.. ada gak kalanya kurang wangnya.. hati dah mula risau.. tapi alhamdullilah.. bila aku dongak ke atas.. ramai orang berwang di sana.. bila aku toleh di bawah pun ramai lagi orang yang lebih tidak berwang dari aku.. syukur aku di sini.. dan bersyukur apa yang ada

Tentang orang yang aku sayang.. anak2 aku.. itulah nyawa aku.. aku rasa gembira bila umairah dah boleh membaca.. cuma skrg. aku risau bab agamanya.. dia baru iqra 2.. kenapa pemantauan aku tentang itu kurang.. aku kena lebihkan sikit membantu dia dalam bab2 agama.. dia amanah dari allah untuk aku.. amni kecil lagi... baru masuk 1 tahun.

apa aku tulis ni.. saja suka-suka.. hahahaha.. 

Trip lagi.. ho chi minh

  • Kalo aku bagitahu hal sebenarnya mesti orang kata aku riak.. tapi kadang2 aku rasa camtu.. dah bosan gi ho chi minh.. hehehe.. tapi mengenangkan rezeki yang masuk aku gi gak.. kali ni aku bawa 16 orang pelancong.. pakej 4h3m.
  • Penerbangan dari kl petang so tiba sana malam dan biasalah yaya sedia berkhidmat.. check in hotel dan terus ke pasar malam. 
  • Rutin biasa hari ke2 kami ke mekong.  Bestnya trip kali ni cam keluarga.. kak timah yang ramah.. en. mat suami angkat kak timah.. dan kami ni cam anak2 dia.. bila tiba kedai dia bagitau (dia dah ada pengalaman pergi ho chi minh).. jangan beli kat sini.. beli kat bent thant.. tapi bila turun dialah orang pertama yang membeli.. kelakar melihat gelagat kak timah.. kat mekong pergi beberapa pulau.. diorang taknak menghabiskan 4 pulau.. maybe dah tak larat.. kak azah plak (peserta dari pahang) sibuk melihat kuburan di tengah sawah.. buka pintu nampak kubur mak.. lebih kurang camtu le.
  • Hari berikutnya ke chu chi tunnel.. penatlah diorang berjalan.. tapi pengalaman untuk diorang.. aku seronok kalo diorang semua gembira.. dan iim plak sambil menyelam minum air.. sambil melancong dari cari barang bisnes.. wahhh masyukkk.. 
  • sebenarnya tak tahu nak cite apa lagi tentang trip ni.. diorang enjoy.. aku plak lambat update cite ni.. gi bulan 3.. menulis bulan 6.. hehehe.. takde mood hampir 4 bulan

Bumi serambi mekah.. Acheh


penerbangan ke banda acheh
 Pencarian sedikit info dan ilmu tentang tsunami membawa aku ke bumi acheh untuk melihat kesan dan peninggalan ombak besar yang membaham bumi aceh hingga menyebabkan hampir 230000 nyawa yang meninggal dunia.  Dah 6 tahun berlalu.. tapi masyarakat sana masih trauma dan fobia.  Almaklumlah sejarah tsunami ini merupakan korban terbesar yang telah melanda bumi indonesia.

Ikut pada tronologi.. tahun 2011 hujung bulan april aku dah gi ke sana.. dah beli tiket.. tapi takde rezeki sebab tarikh pemergian aku tu selepas aku balik dari umrah.. takkan nak sambung cuti lagi.. so aku cancel.. takut plak asyik cuti je.. almaklumlah makan gaji.. lain le ada syarikat sendiri.

So pada malam 28 Februari kami berempat menaiki kereta buruk aku menuju ke Putra jaya... sebelum tu aku terpaksa menguruskan dua puteri menumpangkan tidur di rumah bff aku (Thanks a lot azura abu bakar n fadil amat) kerana sudi menjaga Anis Umairah dan Amni Qaireen).  Dalam jam 11.00 kami memulakan perjalanan.  Borak punya borak dah tiba ke machap.. berhenti untuk makan tengah malam.  Aku pekena soto.. ratna aishah pekena laksa penang.. abang nan pekena mee rebus dan Mr. Z pekena nasi goreng.  Dah kenyang perut dan dah buang apa yang patut kami meneruskan lagi perjalanan.  Aku biasalah mudah terlelap dan Mr. Z tak berhenti bercakap.  Dalam jam 2.30 kami tiba perhentian seremban plak.. turun lagi sekali.. Bila turun tu ada plak lemang dan ketupat daun palas .. aduhhh terliurnya.. tapi si penjualnya takde plak tu.. prob.  Mr. z plak tolong call no. yang ada.. itu no taukenya kalau kita nak buat tempahan.. 4 -5 kali aku dok ronda.. tapi tetap tak de orang.. last2 aku ambil keputusan nak ambil dan nak letak duit.. aku dah ambil lemang dan ketupat daun palas baru dan nak menyeduk rendang.. barulah si penjaga kedai tu datang.. aku pun maklum time jam dua tiga pagi time orang tengah sedap tidur.. alhamdullillah rezeki aku datang gak aku merasa dengan tenang.

Dan cukup lengkap kami meneruskan perjalanan ke putrajaya.. lagi satu hal sebab nak cari rumah orang.. dengan berpandukan alamat akhirnya tiba juga ke alamat yang hendak dituju.. rumah tu dekat dengan taman rimba alam.. dan kami betul-betul masuk ke dalam taman tu.. Mr. Z dengan mulut takde insuran menyatakan ini tempat hantu.. heeyyyyy belum jam 6 pagi.. baru masuk kul 4 pagi.. tiba rumah en. rashid call2 tak berangkat.. nak menjerit beri salam nanti jiran2 dia plak bangun.. aku try call ruby alhamdullilah berangan.. lepak2 dan borak2 kejap.. baru kami bersiap untuk pergi ke lcct..

Jam 7.00 kami keluar.. gi opis ruby jap.. sempat lak posing.. pastu terus breakfast n dihantar oleh en. rashid ke lcct.. (terima kasih banyak en. rashid).. tiba sana check in.. wahhh.. tempat duduk semua dapat tepi tingkap.. 4a, 5a, 5f, 6f.. agaknya duduk sorang2.. dan aku mula membayangkan yang penerbangan ke banda aceh tak ramai orang.. tapi bila masuk ke dalam kapal.. memang ramai.. penuh 1 kapal..

Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam 30 minit.. bila hampir tiba aku dapat melihat kejernihan airnya.. rupanya itulah pulau tu.. pulau sabang kalau tak silap.. memang tempat snorkling.. biru sangat. cantik pulau tu.. dan muka bumi banda aceh memang rata.. penuh dengan sawah padi.. di kejauhannya nampak le bukit. Dan menurut info bangunan kat sini memang di bina rendah agar tidak melebihi ketinggian masjid.. negeri islam.

Setiba di sana hanya satu imegresen untuk foreigner.. dan mujurlah kami orang yang terawal turun flight.. jadi dapatlah depan.. dan tak penat berbaris.. ikutnya kami akan dijemput oleh pak agus dan aku tak jumpa plak manusia yang menulis nama aku.. aku call tak dapat.. masa kat kl tadi aku ada gak sms.. tapi tak reply.. aku mula rimas sebab ramai dah pak sopir yang menawarkan harga... lemas dan rimas.. aku mula call companynya.. dan diorang beri no. baru (no. lama dah hilang)... bila call dia rupanya dia ada kat situ.. so naiklah innova untuk berjalan2 

setibanya di acheh
Tempat pertama selepas makan tengahari yang terkenal dengan lauknya yang bermacam2 jenis.. yang lelaki nak gi solat.. aku plak di turunkan di pasar aceh.. so agenda pertama kitorang bershopping.. aku dah mula membeli blause dan 2 helai baju amni.  Abang nan dah mula mencari fridge magnet.. macam kak cik juga dia ni.  Pastu kami dihantar ke pusat cenderamata.. adalah gak fridge magnetnya.. tapi takde le macam negara lain.. tak berapa le cantik..aku belilah gak walau tak berapa cantik.

airport banda acheh

kita shopping dulu
Pastu kami di hantar ke kapal yang ada di atas bumbung.. ada cerita disebalik kapal tu yang telah menyelamatkan beberapa puluh orang yang dapat berpaut di atas kapal tu. ada seorang hamba allah (orang tua) pada masa tu dia berasa di anjung rumah bersama anaknya.. dia telah  memanggil kapal tu dekat padanya (kapal tanpa pengemudi).. dan apabila kapal tu hampir padanya dia terus melompat atas kapal tu.. alhamdullilah dia terselamat dari musibah itu..

kapal atas rumah orang
Perjalanan di teruskan dengan menziarahi makam syaikh... makamnya pun terselamat dari ombak besar.. aku n kak ratna pakai seluar.. kat situ plak kena pakai kain jadi kenalah menyarung kain pelekat.. lalu kawasan pantai terasa keseramannya lautan hindi memang luas.. tapi cantik ditepian pantai dan kawasan rumah nelayan.

Cuaca kat sana panas sangat.. jadi nampak sangat keletihannya so kami ambil keputusan untuk check in.. rehat2 kat bilik dulu dan dijemput lagi untuk makan malam.  Jam 7.30 (waktu tempatan) kami dijemput oleh agus untuk menikmati makan malam.. kali ni makan makanan orang sana.. rasalah mee aceh.. sedap kena dgn selera aku.  Sesudah makan kami round di kawasan kedai pasar aceh lama.

my taste... sedap sangat mee acheh ni.. i like
Hari kedua.. jam 7.30 pagi waktu tempatan kami dah ready kat luar untuk roadtour.  Lawatan hari ni ke rumah aceh.. Rumah tradisionalnya memang cantik dan tak silap aku rumahnya dibina akan mengadap ke timur kerana kiblat disebelah barat.  Jadinya bila ada orang datang.. kita nak sembahyang takdelah mengadap ke sana.. dan dapurnya dibina mengikut arah angin. Jadi bila memasak angin tak masuk ke dalam rumah. Muzium aceh pada aku bercantum je dengan rumah aceh cuma lain bangunan.. haaa.. nak bagitahu tiket masuk dia memang tak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.. memang aku terperanjat.. dalam duit malaysia.. rasanya rm0.25 sen.. aku siap suruh dia naikkan sikit harga tiket... rasa kalo rm1 atau rm2 pun masih okey sangat
masjid baiturahman

muzium tsunami.. banyak info.. tak pernah aku suka muzium sebelum ni.. tapi muzium ni memang aku suka dan berpuas hati sangat
rumah acheh






Seterusnya kami ke gunongan iaitu sebuah taman yang dibina oleh sultan iskandar muda kepada isterinya.  taman ini untuk membolehkan isterinya puteri phang (puteri pahang) berehat2 semasa ketiadaan beliau.

Selepas ke sana kami ke kapal apung.. tersama plak lawatan dengan budak bola indonesia.. tapi sorang pun tak kenal.. aku tahu pun sebab ada orang sebelah bercerita sesama dia.  Keluar dari tu aku terus ke tempat souvenir... banyak tshirt 1 love aceh.. harga lebih murah dari kedai souvenir tapi tak semurah hong kong, vietnam, jakarta n bandung.

Aku rasa puas dapat gi muzium tsunami.. semua handbag atau apa2 beg kena tinggal kat tempat yang dikhaskan.. jalan nak masuk tu dalam lorong yang kiri kanannya ada air turun.. seram sebenarnya dan terasa renjisan air.. memang seram le.. pastu kami masuk kat dalam bilik yang ada tembok2.. rupanya ada komputer yang kita boleh tengok gambar masa tsunami.  Selepas keluar bilik tu kita masuk ke dalam satu bilik lagi yang ada senarai nama mangsa tsunami.. dalam bilik tu terdengar ayat alquran.  Pastu barulah ke tingkat 2 yang ada video semasa tsunami.  Tragis... keluar dari bilik tu dapatlah lihat gambar2 semasa tsunami dari sudut sains dan geografi.  Bilik lukisan, buku tentang tsunami.. kira memang berbaloi2 datang ke aceh untuk tengok kesan atau mendapatkan info tentang tsunami.  Masuk muzium free.. memang tak berbaloi.. dia kenakan rm 2-4 pun okey sangat.  Memang aku pujilah muzium ni yang boleh memberikan 1001 info.



Aku juga melalui jalan dimana terdapatnya sebuah padang dan pada masa berlakunya bencana tersebut ramai manusia yang berada di padang.. so habis manusia tersebut di kaut oleh ombak... allahhh.. seram rasa.  Kuasa allah semuanya dah yang pasti masjid baiturrahman langsung tak apa2 dan alangkah bertuah manusia yang  terpilih untuk menyelamatkan diri di masjid itu.. umurnya masih panjang.. kelilingnya dah dipenuhi dgn mayat tapi yang menyelamatkan diri kat sini... ombak tak lalu pun kat situ.

Kami menikmati makan tengahari dalam jam 1.00 tengahari.  Menu hari ni makanan khas aceh iaitu ayam tangkap dan dendeng aceh.,, selain dari makanan padang.  Sedap dan menyelerakan hingga kekenyangan harga pun hampir rp600k.. lebih kurang rm200.  haaa... amik kaww.. tapi puas
ayam tangkap

Lepas makan kami ambil keputusan untuk berehat sebentar kat hotel.. maklumlah cuaca panas.. jadi balik hotel berehat dalam jam 3.00 waktu tempatan nak keluar semula.. balik hotel terlelap..kul 3 mr. z kejutkan.. terus basuh muka siap2 dan keluar semula.. rupanya orang kat bilik sebelah pun camtu.. sama le kita terlambat. 

Petang ni kita nak gi pantai... lebih kurang dalam 30 minit.  sebelum tiba pantai kami ke kawasan perumahan yang dibuat oleh masyarakat turki.  rumah bantuan ni nampak lebih teratur dan kami sempat singgah di sebuah masjid yang tak rosak semasa tsunami... cuma terdapat keretakan dan 1 tiang jatuh semasa gempa.  Sebelum tsunami berlaku gempa bumi.. tapi tak berapa dasyat.. masa tu le tiang tu runtuh.. dan masih ada di situ lagi..

Bila tiba pantainya.. tengok ombak pun jadi nyeri.  Ombaknya kuat.. tapi pantai tu cantik sekali.. Selepas berlakunya tsunami laut di kawasan tu lebih dalam lagi.

Balik dari pantai kami ke pasar aceh lama.. sempatlah rembat sepasang kasut sport.  shopping time bermula.. terus ke matahari.. aku suka kat sini sebab baju anak ada dari umur 1 tahun hingga 8 tahun.. jadi aku boleh beli baju yang sama untuk anis umairah dan amni qaireen.

Seterusnya singgah di pusat cenderamata lagi sebelum makan malam semangkuk bakso.

Hari ketiga

Pagi ni kami singgah lagi ke Souvenir putra aceh.. ada orang kirim pisang sale celup tepung.. sesudah itu ke kapal apung untuk beli tshirt.. jumpa lagi haji mahmud.. dia terselamat dari tsunami.. masa cerita meremang bulu romanya.  Last sekali kami singgah ke perkuburan mashal dimana perkuburan beramai-ramai mangsa tsunami. 

Penerbangan balik dari acheh pun penuh.. ramai juga yang mahu ke sana..