Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, August 3, 2012

Duniaku Episod 11 Aussie... bergembira di sana

Beli tiket dah lama... biasalah konsep aku nak berjalan memang tempah awal.. nak dapat harga murah sikit dari biasa.. dengan RM1460 le aku dapat merealisasikan impian aku nak ke negara omputeh ni iaitu melbourne dan sydney... memang dah lama nak menjejak kaki ke negara2 maju dan negara omputeh dan alhamdullilah akhirnya 5 - 9 julai aku diberi peluang mengintai Benua terkecil di dunia.  Sebelum ni ada orang kata aku ni suka ke negara ke 3.. memang betul tu.. haaaa... sekali balik berbondong-bondong barang aku bawa balik... aku gi sana sambil bershopping.. bila gi negara maju ni sikit aje bershopping.. semuanya ke darab 3.3.

HARI PERTAMA:  JB - PUTRAJAYA - LCCT - AUSSIE

Khamis 5 Julai 2012 aku memandu kereta kesayangan aku ke putrajaya... dua orang penumpang merangkap rakan karib dan merangkap teman seperjalanan aku merentasi melaka, negeri sembilan dan selangor untuk menghala ke putrajaya.. Lebih kurang kul 10.30 keluar rumah.. gi jusco untuk menukar wang ke aus dollar.. dan terus masuk ke kulai untuk menghantar barang-barang anak waktu aku tak de nanti. 

dollar australia yang dibawa

anak kecil aku... AMNI QAIREEN.. tinggal ya sayang

Selesai menghantar barang ke rumah joy aku meneruskan pemanduan ke pagoh... tapi pertengahan jalan dia dah buat hal.. sang mata dah mula kuyu.. terpaksa aku berhenti jap.. dan dua rakan tadi gi menyopping buah-buahan.  Baru segar sikit mata.. Tiba pagoh berhenti rehat beb.. makan nasi.. laparnya.. beli kacang pedas dan singgah jap kat baskin robbin.. cik yah nak belanja memaniskan mulut dengan ice krim... lepas makan biasalah cik mata ni.. dia buat hal lagi.. cam tak boleh bukak.. terpaksa berhenti tidur jap kat hentian seremban.  Dapat melelapkan mata barulah okey.. segar sikit untuk meneruskan perjalanan hingga ke Putrajaya.

Tiba di Putrajaya terus menyiapkan diri untuk ke LCCT.  Makan dulu nasi arab.  Sesudah tu terus ke stesyen lrt.  Beramai-ramai (9 orang) mengheret beg yang ringan ke lrt.. alamakkkk.. penuh plak.. dan tiba salak selatan bertukar menaiki bas ke salak selatan.

LCCT

Tiba di lcct, kami terus check in sebab taknak pelbagai peristiwa malang berulang lagi.  Takut tertinggal flight.  Selepas menunaikan solat jamak kami terus ke ruang menunggu.  Penerbangan memakan masa lebih kurang 8 jam. Air asia tempat duduk bersepah.. so aku tukar tempat duduk dgn uda.. maka terduduklah aku di tengah2 antara 2 jejaka.. sorang cina.. sorang mat salleh dari queenland.. dylan james.. kalo di melayukan jadilah dahlan zainudin. Peramah orangnya.. tapi oleh kerana aku ni tak berapa reti bercakap orang puteh.... jadilah cam anjing n kucing.. last2 diam jap.. payah gak... heiii dylan @ dahlan.. lain kali belajar le cakap melayu.. rancak sikit kita berborak.. dia transit je kat kl.. perjalanan dari medan ke melbourne. 
masa nak check in

muka gembira beg dah masuk
antara 'kaki jalan' kali ni jauh sikit beb

HARI KE 2:  MELBOURNE
ruang angkasa di bumi australia.. waktu pagi

Kami tiba lebih kurang jam 8.30 pagi.. waktu sana lebih cepat 2 jam dari Malaysia.  Waktu kita dalam jam 6.30 pagi le.  Beratur untuk immegresen... sorry pn ratna tersalah type tarikh lahir.. nasib baik pn. ratna tak gi jauh untuk pembetulan visa.. kesalahan dari saya tu sebab saya yang membuat visa puan.  Mudah sungguh.. cuma perlu ada maklumat yang lengkap dan kad kredit.. aud 20.  Oleh kerana kami membawa maggie, milo kami kena ke bahagian declare.  Sebelum ni dengar nak masuk australia ni cam susah je bila bawa makanan.. tapi group kami alhamdullillah.. beg pun tak perlu buka.  Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi.  Dengan mudah je kami lepas immigresen tu.. siap boleh gelak2 lagi bila dia tanya dan dalam group plak tu.. walhal aku paling takut kacang pedas aku di rampas.. tengok pun tak...  sian cik yah yang kena pegang kacang pedas aku yang sikit tu.. dah lepas immegresen aku ambil balik kacang pedas tu.. habis sekali kunyah.

Tiba di luar airport.. kami menunggu zati.. kami keluar ke kiri.. zati tunggu kat kanan dengan sign board (kertas A4 jer)... tertulis SALLEH CREW.  Pastu kami ambil van untuk 11 orang dan terus ke hotel... check in.

Wahh bila tiba di perkarangan hotel je dah teruja dengan bangunan depan hotel.. cantik.. apalagi.. posing le.. perut jangan nampak ya...  pas check in hotel terus keluar untuk menikmati makan tengahari di nelayan restoran.  Naik tram free yang berhampiran hotel.  Dah mula rasa seronok.  Time nak ke restoran pun aku n ratna sibuk memetik gambar.  i like.

melbourne... aku datang

sepanjang perjalanan

melbourne grand hotel.. kalo tak silap le.. berdepan dengan hotel enterprize (nama lama)

baru tiba dan baru turun dari van

gembiranya pn ita




Biasalah makan kat tempat orang.. pastu plak negara yang terkenal dengan kemahalan makanan melayu.  Sekali makan kena aus10.. lebih kurang 33.. tapi aku dah bersedia dengan harga tu.  No hal asal memberikan tenaga.  Sesudah makan kami terus ke victoria market.. wahhh.. nampak kedai yang ada kat luar je.. kami terus membeli.. tanpa berfikir panjang.. last2 bila masuk ke dalam ada yang lebih murah.. alamakkk.. rezeki mat salleh kat depan le.. tapi ralat gak.. sebab tak menyabar nak menyopping.. Dapatlah gak apa yang diinginkan.. apa yang aku dapat ha???  Belilah sikit koala2 untuk teman2.. beg anak nazli dan anak aku.  Okeylah.. tapi kalo duduk 6, 7 hari kat sana mau aku round lagi.

Pas shopping kami balik bilik lagi dan berjanji keluar selepas meletak barang-barang hasil dagangan.  Kul 5 dah gelap dah.. maklumlah bila musim sejuk ni waktu siangnya pendek dan waktu malam panjang... jadi kul 4 je dah remang2.. dan kul 5 dah pasti gelap.. kami menyusuri bangunan-bangunan cantik lagi antik kat sana.




pemandu pelancong kami.. alyaa izzati

yg ni tak free


restoran indonesia.. okeylah.. 1 lauk, 1 sayur + sambal belacan = aus10

bank nab... rupanya cik nab (member aku) invest kat bumi kanggaroo


deretan hand bag

aku suka bulu-bulu... lebih murah dari ikea.. i like





kat victoria market



hasil belian


alhamdullilah terlindung sikit aku yang gedabak ni

parliment of victoria










masa tengah menggigil kesejukan menunggu tram nak balik hotel... tiba-tiba ada sebiji mpv membuka tingkap dan memberi salam... inilah orangnya memberi salam.. Datuk Seri Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.. anaknya pun tengah study kat melbourne.  Walhal masa mencari restoran nelayan pun kami terserempak dengan orang yang sama..


HARI KE 3:  SYDNEY

Jadual kami hari ke 3 akan ke Sydney.  Dengan tambahan RM 360.00 kami terbang dengan tiger airways ke Sydney.  Perjalanan lebih kurang dua jam dari melbourne ke sydney.  Pagi tu tergesa-gesa sikit sebab ketua rombongan terbangun lewat.. so takpe.. asalkan impian aku tercapai aku okey gak.. alhamdullilah plan kita terlaksana.  Jam 5 dah keluar untuk menuju ke airport.  Flight kul 7 rasanya (sorry lambat menulis n3 ni). 
kat airport low cost melbourne.. penerbangan domestik je



kat airport sydney

telah bergerak ke harbour brigde dan opera house sydney
















nak naik train ke paddy market.  Mahal gak tambang train ni.. tapi 2 tingkat.. ala2..kat korea gak ni.. train 2 tingkat ke pulau nami

comel anak mat salleh ni... dia segan2 time aku tangkap gambar

Okey dah tiba paddy market.. macam2 ada.  Mak bapak je takde.. aku memang dah takde mak



ibu zawiyah dan ibu ratna sedang membuat pemilihan.. silalah beli.. saya tolong tengok je






kat depan paddy market

kreatif.. alat muzik dari botol.. time ni kita orang nak gi restoran kasturi selepas keluar dari paddy market

cam kat singapore n ofcoz bus hop on and hop off.. konsep yang sama

tak ingat bangunan apa.. tapi ni lepas turun dari tram free.. nak menuju ke darling harbour




oeky.. dah time darling harbour







okey.. kita nak gi sini.. lebih teruja

ba.........ik bosss


abang michael jackson

confirm tak muat


hai.. saya tetamu oprah

size aku dan size dia
siti nurhaliza pun bergambar dengan dia ni



sayang awak




hard rock cafe sydney.. penuh orang.. beratur menunggu meja kosong

lobby hotel

HARI KE 4:  MOUNT BULLER, MELBOURNE

Hari ke 4 perjalanan ke Mount Buller... subuh-subuh dah keluar dan berjalan kaki sejauh 2km ke agent.  Perjalanan ke mount buller dari city selama 4 jam.  Jauh... dalam bas puas aku tidur.. tengok rumah-rumah.. memang cantiknya rumah mat salleh di perkampungan.. i like.. ada ladang lembu tenusu.. pendek kata aku memang teruja.. kalo ada rezeki memang aku nak datang lagi ke sini.  Perjalanan ke sana masa tu kejap nampak mendung.. kejap nampak cahaya matahari.. tapi aku suka suasananya.

Bila tiba je kat sana suhu -2.  Memang sejuk.. salji ada di mana2 je.. menutupi kereta.  Tak silap aku mount buller salah satu tempat yang ada salji.. dan tempat orang main ski.  Masa tiba diorang dah nampak kerusi ala2 cable car.  Aku memula tu memang takut.. tapi bila dah naik seronok plak. 

Zati dan sarah menyewa permainan toboggan.. ala-ala tarik upeh kelapa tu.. dan kat sini memang tempat pemain-pemain ski.. dan ada gak yang terpatah kaki.. turun dari gondola diorang terus meluncur.. so kalau ada pemain ski tu lambat.. orang yang belakang aku melanggar orang depan.  Ada beberapa kecederaan yang berlaku dihadapan kami.  sian.


perjalanan ke mount buller.. aku suka suasana camni




salji kat tepi jalan

kami naik ni... tapi pelik plak.. pn. ratna aishah jadi pemberani..mengambil gambar kiri dan kanan.. aku plak jadi penakut.. tapi makin lama makin okey

salji semua








Add caption




time ni kitorang naik condola.. kaki tergantung-gantung je.. kamera pun kena belit dekat tangan.. takut terjatuh.. tapi teruja tengok view kiri dan kanan.. semua diliputi salji

























Add caption






kaki teman paling rapat dengan ku.. nampak solid kaki ni..







tobogan tak silap nama permainan ni.. ala2 tarik upeh kelapa




















wahh.. puan robeeyah.. xcited membaling salji




instructor yang nak mengajar aku


















terbaring keletihan

















best naik ni.. time ni nak round tengok orang main ski



atap rumah yang diliputi salji















en. rashid dan pn . robeeyah mencuba permainan ini.
ambil ko.. silap pertaruhan dan silap permainan.. sepatutnya jangan brek-brek.. ini dia main brek-brek.. ambil ko

puas ya hati en. rashid bermain tobogan ni.. penuh salji

snow man





tempat permainan toboggan ni












selamat tinggal australia