Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, October 26, 2015

Akukah itu??

Aku memang dah berubah.
Semua orang yang jarang jumpa.. semua kata aku dah berubah
Bukan le dulu aku kurus kering sekarang dan terlebih sado
Tapi aku tak seperti dulu
Inilah aku satu ketika dulu
tahun 1999.. ada tarikh kat gambar

tahun 1998.. masa ni klia baru buka.. skrg dah ada klia2

tak ingat sangat tahun berapa.. sukanya pakai baju steng.. steng.. skrg dah outttt

yang ni trans jawa.. puas hati ikut trip trans jawa ni.. puas tengok 1 pulau jawa

BESDAY AKU DAH BERLALU

Alhamdullillah bertemu aku pada tarikh 21 oktober 2015.  Genap usia aku 41 tahun.  Syukur sangat ke hadrat ilahi kerana aku dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga berpanjangan, ditemani oleh Mr. Z dan anak2 gadis tersayang Anis Umairah dan Amni Qaireen.. korang insan yang aku sayang.  Aku masih dapat menjalani hidup yang sederhana segalanya.  Ada rumah walaupun kecil... selesa untuk kami berempat sahaja.. berkereta walaupun bukan kereta import.. kami dapat bergerak dengan mudah dengan kenderaan yang ada.... dapat melihat negara orang walaupun belum tiba ke london, paris, rusia.. tapi alhamdullillah diberi rezeki untuk melihat tanah haram dan madinah mukarramah... takde harta yang lain.. tapi aku bahagia.  Aku ada adik beradik yang baik, memahami dan aku sayang,.. dioranglah pengganti mak dan bak yang dah pergi.. aku juga ada mak dan bapa mertua yang baik hati dan tak cerewet dan ada sahabat yang sentiasa di sisi.  Syukur ya Allah

VISA TO MOROCCO


Saje nak tepek tentang permohonan visa untuk ke morocco.. ada benda tersirat dan tersurat ke?? tunggu...


Malaysian Passport Holders visiting Morocco require a Visa.  Requirements for the Visa Application as as follows:-
1. 2 Passport Size Color Photos
2. Original Passport Valid for at Least 6 months 
3. Photocopy of Passport - 1st. Page
4. Photocopy of Identity Card
5. Employer's Letter ( Stating Reason Travelling to Morocco )
6. Invitation Letter from Morocco for Official or Business Purpose
7. Flight Itinerary or Flight Ticket ( Showing Date of Arrival into Morocco )
8. 1 Copy Visa Form 
9. All unemployed applicants are requested to write formal letter stating reason and duration of stay in Morocco.
10. Applicants must go personally to apply for a visa
11. Visa Fees are to be paid in Cash Only
12. Visa Procee take 5 working days.

i tak pernah u ke morocco.. insyaallah kalo ada rezeki ke sana jua aku pergi
syoknya kalo ada org nak sponsor


harap2 aku tak minat shopping kat sini

cantik.. lain dari malaysia

casablanca.. pernah tengok cite yg shottingnya dilakukan di casablanca
gambar visa.. saje insert kat sini untuk kenangan sebab dah takde gambar ni

Tuesday, October 20, 2015

KECUNDANG DI PERCUBAAN YANG PERTAMA

Dah lama aku beli tiket untuk lela (sepupu mr z)
almaklumlah airasia.. beli berbulan2 le nak dapat harga murah
lela teringin nak naik kapal terbang
nak merasa katanya
so aku belikan tiket masa offer
tiket murah
 
aku tak bagitahu dia
dah nak gi baru aku bagi tahu
so malam sebelum tu dia datang rumah
xcited gak nak merasa naik flight

tarikh awal muharram 
kitorang gi setakat kl je
saje taknak bawak yang jauh
tengok situasi dia

kami selamat mendarat kat klia 15 minit lebih awal
masa bangun jer nak kuar
kak ratna dah bagitahu
lela pening

masa kuar tu dia dah muntah2
tapi mungkin masih bertahan
kami plan nak gi mitsui
so lepak dulu le sebab masih awal

lela masih macam tu
hampir 10 kali muntah
tak sangka plak kalo mabuk dia macam tu

bila tiba mitsui
lela masih tak berubah
turun dari bas terus muntah lagi dan lagi

kerana kami awal terpaksalah kami menunggu mitsui buka
lela dengan aktiviti muntahnya
bila masuk.. aku suruh dia relax kat situ
aku cari foodcourt
dan bila jumpa foodcourt.. aku call dia dah kat luar
dan memang taknak makan
rupanya dia menumpang menyandar kat dalam taxi
nasib baik pemandu taxi tu baik pada lela

tengahari kitorang nak gerak semula ke klia
nasib baik aku ambil tiket yang paling awal untuk balik semula ke jb
lela masih macam tu
tak berubah
siap tidur2

turun semula ke jb
keadaan dia masih kekal
aku balik ambil mr z dan terus hantar dia ke kampung
keadaan macam tu
tak banyak cakap
dan terus muntah2
rasanya lebih 30 kali dia muntah2 kerana mabuk udara

dan dia kata ini mungkin kali terakhir dia naik flight buat masa ni
lagi sekali dia naik untuk menunaikan haji aje
kira dah takdelah lela nak tengok negeri orang
takde negeri bumi kenyalang.. takde negeri dibawah bayu
apatah lagi takde bumi kpop.. takde potret monalisa

ini bukan lela.. dan dibelakang tu bukan aku

lembik.. ala2 kain buruk kalau mabuk

MOOD HOLIDAY


Mood holiday hujung tahun aku dah mula datang dalam diri
aku dah mula baca blog negara yang belum aku kunjungi tu
tengok2 kelengkapan nak bercuti
tengok2 kewangan nak bercuti.. aduhhhh.... payah tu.. asyik takde

Tapi bila ingat kena tinggalkan anak2 kesayangan hamba
rasa sedih sangat
pakkal aje aku takde duit yang cukup untuk bawa diorang
kalo tak sure aku bawa anis umairah

Lagi satu bila mengenangkan perjalanan ke sana
yang mengambil masa yang agak panjang
aduh bosannya dalam flight
paling panjang setakat ini gi umrah dan gi melbourne
dalam flight 8 jam
yang ni hampir 12 jam kot

Semoga aku selamat pergi dan selamat kembali
kena kumpul duit ni
mata wang sana beza sangat dengan sini
kalo setakat vietnam, indon, thailand 
senang sikit nak atur kewangannya

final exam

alhamdullilah hampir ke akhir tahun
cepat masa berlalu
2015 hampir ke penghujung
dan minggu peperiksaan pun menjelma

lately ni aku selalu ingatkan umairah untuk buat ulangkaji terutamanya matapelajaran matematik
subject yang paling dia lemah
tujuan aku.. ofcoz le taknak di ketinggalan
dan pindah kelas

2 hari ni memang kerja untuk aku menanda kertas ulangkaji
aku ni pun 1 selalu buat last minute
bila aku cek.. dia tersangatlah careless
benda yang kacang untuk aku yang dah tua ni
dia salah buat
hantu marah aku pun datang

haaaa... ambil ko.. 
malam tadi tido kul 11.30
aku cuba fahamkan dia
banyak buat latihan
dan biasalah ada marah-marah

tapi kenapa ekkk 
kalo aku yang mengajar
selalu macam nak marah je

dan hari ni exam mate
aku tak kisah berapa markah yang dia dapat
tapi aku puas bila banyak benda yang dia faham tentang +-x/
harap dia peroleh kejayaan
rezeki dia tangan allah

kalo dia tak dapat markah yang baik pun
pada aku dia dah cuba
lagipun dia baru darjah 2
aku taknak dia stress

panjang lagi perjalanan hidup dia
cuma aku nak dia jadi 
anak yang berguna
dan menghormati ibubapa
aku tak boleh beri dia harta
sekarang ni aku boleh bagi dia pelajaran 
dengan belajar dia sekolah

semalam juga amni kena tempiasnya
baru le dia nak mengira


SEMOGA ANIS UMAIRAH DAN AMNI QAIREEN BERJAYA DALAM HIDUP YA... SAYANG

Akhirnya terlerai jua

Judul tak agak.. bikin suspen.

akhirnya gigi aku yang longgar.. yang kalo dijentik tercabut.. akhirnya tertanggal jua..

aku ni ada satu penyakit

penyakit takut.. paling takut bila berkaitan dengan gigi

daripada kecik sampailah dah tua macam ni..

dulu time kat sekolah.. time nurse datang je aku dah tatap gigil.. pernah ponteng kerana gigi.. sanggup menipu.... ingat lagi aku menipu bagitahu bapak saya nak bawa gi klinik swasta untuk cabut gigi.. kalau tahu bak aku.. mahu aku kena marah

memang lately ni aku macam tak selesa sebab gigi ni dah longgar.. dah nak tercabut.. tapi takut nak gi klinik

puas juga le aku tarik2.. tapi taknak tanggal

pernah gak sekali aku gigit makanan dan kena gigi yg reput tu.. aduuhhhhh sakittt...

tapi semalam memang aku tekad akan cabut sebelum aku gi holiday bulan 12 nanti

dok termenung kat opis ni.. dengan lidah asyik main kat gigi yang dah longgar tu.. tekan sana tekan sini.. alhamdullilah tertanggal..

alhamdullillah selepas dia tertanggal@tercabut.. pastu aku rasa selesa

panjang gak gigi tu.

aku harap anak2 aku tak ikut perangai aku dan menjaga gigi agar kelihatan cantik menawan bila tersenyum