Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Showing posts with label SEPANYOL. Show all posts
Showing posts with label SEPANYOL. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

MT15 EPISOD 9 - SERVILLE

SEVILLA

Dah puas menjelajah Granada petangnya kami berangkat menuju ke Serville.  Tapi kat sana dipanggil Servilla.  Ada bahasa sepanyol yang aku ingat.. SALIDA.. MAKSUDNYA KELUAR.. kalau kat Malaysia... itu nama orang.  Kami tiba Servilla dalam lepas maghrib.. check in hotel dan malam tu meronda Serville.. kedai2 kat sekitar hotel.. masuk shopping mall.. beli makanan jer.. dan dinner Curos.. dari Granada aku menikmati makanan tu.. ala2 Chakue cicah coklat.. kat sini cicah sambal lada yang cair2 tu.

jom dinner






haaaa... lada dia.. lada gergasi

demi nak tunjukkan kebesaran lada tu.. suruh budak 2 orang ni jadi model lada


corus... sedap.. makan tengah lapo
Dan esoknya keluar awal selepas breakfast menuju ke airport Serville untuk flight to london.. wahhhhh.. nak tiba London.. antara tempat yang aku teringin sangat nak pergi


selamat tinggal sepanyol... london aku datang





Thursday, January 28, 2016

MT15 EPISOD 8 - GRANADA


ALHAMBRA DI GRANADA


Setelah puas merondo cordoba kami meneruskan perjalanan ke Granada.  Tak pernah dengar pun negeri tu sebelum ni.. aku tahu sepanyol.. madrid.. bila nak gi baru le google2.. dibawah empayar andalusia gak.

Dari Cordoba ke Granada kami melalui jalan kampung aje.. tak ikut highway.. wahhh.. pemandangan di kiri kanan penuh dengan pokok zaitun. Kalau kat malaysia dah tentu penuh dengan ladang sawit.  Jalannya sangat okey dah sangat tak sibuk.  Cuma kalau aku yg drive.. alamatttnya lambat le sampai.. berbukit gak.. dah le drive blah kiri.. confirm kekok.

Yang bestnya tengok perkampungan tu kat atas bukit.. nampak cantik.. dah akhirnya kami lalu juga kat tepi kampung tu.. dan dah pasti le cantik.  Sesekali menjelajah tempat orang.

lalu tepi bukit bukau.. jalannya cantik dan pemandangannya indah.. tapi kerana hp aku kurang mahal.. kurang le mutu gambarnya

luruh sudah.. winter timbul

agak jauh gak ikut jalan lama dari cordoba ke granada

pekan koboi ala2 pekan layang-layang jer.. kulai pun lebih besar

laluan ke granada
laluan keretapi diatas tu



mula masuk ke granada

Alhamdullillah sebelum malam menjelma kami dah masuk ke Granada. Cantik.. memang macam negara omputeh walaupun satu ketika dulu dibawah taklukan islam.  Mencari-cari hotel yang telah dibooking.. memang bebetul di tengah bandar.. tengok dari tingkat.. indahnya minah n mat salleh melepak minum coffee.


hadapan hotel


borak-borak

bangunan di granada

Malam tu ronda2 melihat keindahan Granada dan esok pagi kami akan ke alhmabra.  
demi perkataan granada



KISAH ALHAMBRA

Sebelum berkunjung ke Alhambra, aku ada gak baca2 tentang istana yang hilang ini.  Yang aku risaukan dia terletak di atas bukit.. kena mendaki tu.. tapi takpe.. cuaca yang sejuk membolehkan aku untuk naik bukit tu... insyallah




mendaki bukit dipagi hari





laluan yang masih berkabus
pendaki-pendaki menuju ke alhambra


peta


syoknya kalo dapat naik ni.. tapi kami naik yang lagi satu

Alhambra, sering juga dijuluki "Istana yang Hilang" atau "Kejayaan yang Sirna". Alhambra yang terletak di Andalusia (nama yang diberikan umat Islam untuk Spanyol) menyimpan rekaman sejarah kehebatan ilmu pengetahuan, karya sastra, seni dan arsitektur umat Islam. Bahkan Cordova, wilayah dimana Alhambra berdiri disebut sebagai puncak kecemerlangan ilmu pengetahuan Islam, di saat Barat sedang dalam Abad Kegelapan.

mula menuju ke istana


dah mula teruja




tak ingat dah ruangan apa.. banyak no ruangan kat sni










ni le singanya.. ada 12 ekor.. dan mengeluarkan air pancut




taman kat bawah.. sejuk mata memandang


kota granada dilihat dari istana






SEJARAH ALHAMBRA

Kedatangan islam di Sepanyol bermula apabila seorang Gabenor yang memohon kepada raja muda Afrika untuk merdekakan andalusia kerana kekacauan.  Raja Muda itu memerintahkan Thariz bin Ziyad seorang panglima untuk mengunjungi tanah Andalusia.  Tariq pun datang pada tahun 711 dan bala tenteranya telah mengalahkan kaum kristen.  Oleh itu berdiranya kerajaan islam di Sepanyo. dari tahun 711 hinga 756 iaitu dibawa Bani Umayyah. 

Istana Alhambra ini didirkan oleh Bani Ahmar iaitu bangsa yang berasal dari Afrika Utara iaitu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia pada tahun 1238 secara bertahap-tahap.  Memang istana ni besar giler.. naik lenguh kaki berjalan.

Selama 260 tahun kerajaan islam bertahta, dan akhirnya terjadi perselisihan dan sengketa hingga akhirnya kerajaan islam ini mula lemah ditangan 2 kerajaan kristen dari utara.  Granada ini telah dikepung selama 7 bulan dan merupakan negeri yang terakhir diserahkan oleh Bani Ahmar kepada Raja Ferdinand V dihalaman Istana Alhambra.  Sebelum ini Raja Ferdinand V (kristen) telah dapat menguasai kota lain seperti Malaga.


KEINDAHAN ALHAMBRA

Istana di lengkap dengan bunga yang harum semerbak dan suasana yang nyaman.  Ada 128 tiang yang diperbuat dari marmar.  Ada plak taman singa dimana 12 patung singa yang berbaris melingkar dan air keluar dari mulut singa tersebut.  Macam2 ruang ada di dalam istana.. almaklum le.. dah namanya istana..  kalau rumah 3 bilik.. ada ruang makan, ruang dapur, ruang tamu dan masih banyak hiasan kaligrafi arab didalam istana ni. Kira penat gak setengah hari menjelajah Alhambra.  Sebenarnya banyak lagi nak digambarkan keindahan alhambra ni.. tapi dah lebih sebulan baru nak mengarang.. memang sure le banyak yang lupa.. bukan aje termakan semut.. kerengge pun aku telan




laluan masuk tadi yang depan

cantik ruangan ni..


Tuesday, January 26, 2016

MT15 EPISOD 7 - CORDOBA

CORDOBA

Huh.. menyambung hari berikutnya.
Pagi ni dah mula keluar.. berjalan kaki sahaja
Jumpa kedai makan yang tak berapa mencurigakan..  kami breakfast dulu
Menyimpan tenaga untuk perjalanan ke lokasi
biskut pintal.. agak keras.. last2 aku buang jer
makan dulu cari tenaga sebelum lawatan.. baru cergas biji mata n minda


ada daun yang kuning.. dan ada yang dah luruh.. musim winter
ala2 nasi.. tapi not bad.. tengah lapar
daun-daun luruh di tepi jalan.. berhampiran hotel

breakfast kita 
 


tiba sudah dihadapan masjid/gereja.. tunggu bos beli tiket masuk


lorong menuju ke tempat lawatan.. kecil jer lorongnya


tetap dengan pokok limau

disebalik tiang sebatang
 
lihat senibinanya





akhirnya aku disini... tak pernah berangan nak ke sini..

ita di cordoba


kat luar dengan mizan




bukan rumah aku






menuju ke pintu masuk













sekadar hiasan rupanya






pemandangan didalam perjalanan



taxi

zara.. jom shopping











ayat suci












pintu gerbang

sila order.. en. rashid bayar

cantik2 gambar ni

poscard untuk anis umairah




i like sendok2 ni..

Dalam perjalanan banyak betul pokok limau.. tapi dah tak heran dah
Dan dalam perjalanan berjumpa plak pelajar malaysia dari uk
Dan akhirnya aku mengejar fridge magnet dulu le kat cordoba ni.. cantik2.. tapi bila dah beli.. tengok kedai souvenir yang lain ada yang lebih murah.. aduhhh.. ruginya makcik... 

Salah satu daya tarikan di Cordoba ialah Masjid Cordoba atau kini digelar Mezquita-Catedral de Cordoba. Terpegun gak aku bila masuk.  Tiket nak masuk ni auro34.. kira dalam lebih kurang rm160.. mahal giler ekkk.. tapi bukan selalu.. mungkin ini pertama dan terakhir aku ke sini. 

Masjid Cordoba terletak di ibu kota Sepanyol iaitu Cordoba semasa pemerintahan dinasti Umayyah Khalifah Abdurrahman III pada tahun 787. Pada 1994, Masjid Cordoba telah ditetapkan oleh Unesco sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 850 tiang yang tersusun rapi yang menopang kemegahan masjid tersebut. Setelah Reconquista atau Penaklukkan Kembali Spanyol oleh kaum Kristen, masjid ini diubah fungsi menjadi sebuah gereja dengan katedral gotik yang dimasukkan ke tengah gedung berarsitektur Moor ini. Sekarang keseluruhan gedung dipakai sebagai gedung katedral diosese Córdoba di Spanyol. Tapi masih terdapat ayat-ayat suci al-quran yang diukir didinding-dinding.  Pada saat pemerintahan Umayyah, Cordoba menjadi ibukota Spanyol di bawah pemerintahan khalifah Islam dan terkenal di Eropa. Cordoba pada saat itu juga dikenal sebagai pusat ilmu pengetahuan, di mana volume kunjungan ke perpustakaannya mencapai 400.000 kunjungan.  (curi dari google.. boleh gitu)
Penat dah meneliti senibina kat Mezquita yang bermaksud masjid dalam bahasa sepanyol.. kita orang melepak jap sampai menjeling-jeling souvenir.. terpikat plak kat senduk yang dilukis dengan keindahan cordoba.. apalagi.. sambar gak le 5 senduk.  Perkataan sepanyol selain senorita ialah salida yang bermaksud keluar..

Keluar dari gereja dan jalan ke belakang terdapat jambatan dalam cerita suria di cordoba tu
Bergambar2 di sekitar jambatan.  Menurut citenya... jambatan bersejarah ini telah dibina oleh kerajaan Islam pada 14 abad yang lalu... ianya menjadi kebanggaan Islam ketika itu ...

Perjalanan pulang kami menikmati makan tengahari.  Kelaparan u.. aku makan pizza.. i like.. dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke Granada.. yang pasti ikut jalan kampung.. tak ikut highway.. camna ha...