Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, May 31, 2011

Penyucian jiwa

Telah sebulan aku meninggalkan Tanah Haram Mekah Al-Mukarrammah dan kedamaian di Bumi Madinah Al-Munawwarah, namun memori-memori kat sana masih bermain lagi kat layar mata aku lebih-lebih bila ada orang bertanyakan tentang keadaan aku di sana.  Catatan aku ni takde apa-apa niat selain dari untuk ingatan aku di masa akan datang dan aku sedia maklum yang ada pembaca blog ni (ada ke?) dah berkali-kali melakukan ibadah umrah dan menunaikan fardu haji.  Pada aku yang tak punya apa-apa ini... alhamdullillah dan syukur tidak terhingga kerana dikurniakan rezeki dan kesihatan seterusnya dipermudahkan untuk aku menjadi tetamu Allah di tanah suci ini.

Perjalanan aku bermula dengan niat untuk melakukan ibadah dan moga dipermudahkan segala urusan.  Alhamdullillah kerana tiada dugaan yang sukar untuk aku tempuhi.  Hari Rabu 9.00 pagi 13 April 2011 aku tinggalkan bumi Skudai dengan perasaan sedih kerana terpaksa meninggalkan anak kesayangan aku 'ANIS UMAIRAH' seorang diri dan menumpang kasih kepada seorang sahabat setia ibunya 'Azura Abu Bakar'.  Terima kasih tak terhingga kepada azura sefamily yang sudi menjaga anak aku, jasamu ku kenang.  Memang sedih detik tu kerana aku just drop dia kat taska dan petangnya zura akan bawa balik ke kediamannya selama 12 hari.  Perjalanan diteruskan ke Muar kerana perjalanan ini bersama uda dan suaminya (abang ipar).  Tiba di Muar dalam jam 12.30 tengahari.  Alamak...!!!! diorang takde.. call diorang suruh datang kedai makan berhampiran rumahnya.  Lebih kurang pukul 2.00 petang kami berangkat ke KLIA dan terus terbang bersama GULF AIR ke Bahrain.  Jam 4.30 pagi waktu Malaysia bersamaan 11.30 malam waktu United Bahrain, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Bahrain.  Yahoo!!! aku melalui malam yang panjang hari ini.  Sambung tidur lagi le.  Nampaklah bangunan tinggi dengan cahaya bergemerlapan tapi camera Pn. Maria (camera pinjam) memantulkan objek dari tingkap.  So tiada gambar malam yang dipetik.  Check in di Safir Tower Hotel dan alhamdullillah biliknya cantik dan selesa.

Bye bye umairah.. ibu n ayah gi ya.. jaga diri

Muka nak gi.. xcited

Beg aku n Mr. Z

Tiba sudah di Bahrain.. bangunan tinggi gak kat sini

Muka letih tiba kat Bahrain.. kul 4.30 waktu malaysia..


tag nama

Hiasan meja kat Hotel Al-Safir

Depan hotel.. waktu pagi


Lambang apa ni.. kat tengah bandar ni... Lambang bandar Manama kot..

Selepas mengambil breakfast, kami meninjau-ninjau diluar dan merakamkan kenangan di sini.  Alamakkk!!! kali ini aku berpergian dengan orang-orang yang bukan kami gambar... so cameraman aku yang tak berapa pakar mengambil gambar tu terpaksa gak merakamkan kenangan-kenagan aku di Bumi Bahrain.  Jam 8.00 pagi kami berangkat ke Bahrain International Airport.  Dapatlah melihat keindahan Bahrain... dan dari kejauhan nampaklah jambatan yang menghubungkan antara Bahrain dan Tanah Arab.  Sementara menunggu penerbangaan, masa kami dihabiskan dengan tazkirah oleh Ustaz Mohamad Kassuri bin James Baven menyebabkan aku lebih berhati-hati dan menjaga tatasusila diri.  Penerbangan dari Bahrain ke Jeddah mengambil masa 2 jam lebih dengan GULF AIR juga.  Satu pijian tentang penerbangan aku ni kami mewah dengan hidangan yang lazat dan kenyang (menunjukkan kuantiti makanan tu banyak).  Penerbangan dari KL - Jeddah dihidangkan dengan dua kali hidangan dan kami terbang dengan penerbangan yang amat selesa.

Bye Bahrain

Indahnya alam

Selamat datang ke Jeddah

Dah tiba bumi arab

Riyal

Dalam perjalanan ke Madinah
Hampir di Jeddah aku dapat melihat bongkah-bongkah batu di tengah kawasan kering yang luas yang perjalanan masih jauh untuk ke Madinah Al-Munawwarah iaitu lebih kurang enam hingga tujuh jam lagi dengan menaiki bas yang aku duduk dua kerusi untuk aku sorang.  Kelihatan tanah kosong yang luas, unta-unta sedang berrehat (mungkin waktu petang waktu rehat dan santai) di tepi highway.  First things barangan yang aku beli ialah simcard (penting gak) walaupun hand phone aku memang roaming (takut bil melambung), senang untuk call anak dan family.  Lebih kurang jam 8.30 malam aku dapat menjejak kaki ke bumi nabi, Madinah Al-Munawwarah dalam keadaan yang suci, sihat tubuh badan rasa riang gembira.  Mutawif kami iaitu ustaz Nidul Nasution, mutawif yang masih muda belia, hensem dan manis berketurunan Batak dari Medan mengajak 'tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah Sekalian' mengangkat tangan membaca doa masuk ke Kota Madinah.  Bercahayanya Kota Madinah sesuai dengan gelarannya 'Munawwarah'.  Lampu oren cerah dari kedai menyambut para tetamu Rasullullah dan aku terasa semakin dekat dengannya.  Selepas check in aku lebih teruja dan sayu dengan kebesaran Allah memberi kami rezeki iaitu bilik yang amat selesa untuk aku dan Mr. Z.  Mr. Z dah excited tengok keindahan malam dekat hotel dan sekitarnya lantas mengambil keputusan untuk meronda-ronda.  Balik bilik dia bawa sehelai jubah.  Kira dia berhutang... hantar baju baru dia ambil duit.
Jam 3.30 pagi aku dah bangun dan menunggu uda di lobby untuk ke Masjid Nabawi menunaikan solat subuh.  Indahnya Masjid Nabawi.  Orang kat sini macam tak tidur.  Selepas sarapan kami dah berkumpul untuk ziarah dalam iaitu di sekitar Masjid Nabawi iaitu di Makam Nabi dan Raudhah (diantara makam Rasullullah dan mimbar dalam masjid yang dikenali dengan tiang-tiang berwarna putih).  Tapi untuk perempuan masuk ke Raudhah ada time dan hari Jumaat tutup awal.  Jadi time tu tak dapat melawat Raudhah.  Ya Allah betapa teringinnya dan tidak sabarnya aku untuk melihat Raudhah tu iaitu salah satu dariapda taman-taman syurga.  Di Masjid Nabawi ini juga terletaknya Perkuburan Baqi dimana bersemadinya isteri-isteri nabi dan Putera-puteri Rasullullah serta sebahagian besar para sahabat.  Pukul 11.00 sekali lagi kami ke masjid untuk solat jumaat.  Gi awal untuk dapat tempat hadapan dan dapat menunaikan solat-solat sunat.  Selesai solat Jumaat kami terus buat solat Jama' Taqdim.  Alamak terbanyak plak masa petang ni, so aku mengambil sedikit masa untuk meronda-ronda di bawah hotel (shopping time.. takdelah... jalan-jalan aje mengambil kesempatan dari sedikit masa yang diberikan).  Kat sini tak bolehlah nak minta tawar giler macam kat Bandung dan Jakarta kerana munurut Mutawif pekedai-pekedai di sekitar masjid nabi ini adalah 'Jiran Rasullullah' so tawar menawar yang melampau ditakuti akan melukakan hati jiran rasullullah dan melukakan hati jiran rasullullah seperti melukakan hati rasullullah.  Tawarlah sekali dua sahaja.  Pulul 5.30 aku dah keluar untuk menunaikan solat maghrib dan terus ke isyak.  Alhamdullillah malam tu dengan mudahnya kami dapat masuk ke Raudhah dan mengerjakan solat sunat 'mutlaq' dua rakaat di sana.  Mengalir air mata aku kerana dapat menjejakkan kaki di Raudhah dan kami pula antara orang yang terawal dalam beribu orang yang nak ke situ, siap boleh pilih karpet hijau yang mana nak solat. 


Tiket RUZITA MOHAMED SALLEH

Simcard.. lupa plak no.nya

Dah tiba Madinah

Kedai bawah hotel

Depan hotel

Mr. Z dengan gaya arabnya


Masjid Nabawi dari Hotel Hilton

Masjid Nabawi.. langit tertutup

Depan masjid.. posing sebelum balik hotel

Kedai bawah hotel Durrat Al-Fayroz... hotel ni memang selesa

Selepas mengerjakan solat subuh aku bersiap untuk mengikuti Ziarah Luar dimana kami akan dibawa melawat Masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasullullah bersama sahabatnya ketika baru tiba di Madinah pada awal Hijrah.  Masjid ini dibina atas dasar Taqwa dan sebagai masjid keempat termasyur selepas Masjidilharam, Masjdi Nabawi dan Masjid Aqsa.  Aku terus menunaikan solat sunat tahyatul masjid.  Masjid Quba aku tinggalkan dan perjalanan kami terarah ke Bukit Uhud iaitu terdapat makam Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib.  Menurut mutawif, bukit di sebelah kiri menuju ke Bukit Uhud seperti kapal yang terbalik.  Otak aku terus teringatkan Tangkupan perahu di Bandung.  Cerita Sang Kuriang dan Dayang Sumbi terdengar-dengar kat telinga.  Terbayang-bayang sang kuriang versi moden depan mata (penjual-penjual yang mengejar pelanggan).  Perjalanan dilanjutkan ke ladang kurma dan setibanya di sana semua sibuk memborang kurma dan pelbagai lagi.  Termasuk aku le tu.  Seterusnya kami di bawa ke Masjid Qiblatan.  Tak berapa ingat sejarah masjid ini.  Cuma kalau tak silap majid ini ada 2 kiblat hingga turunnya wahyu yang menyatakan kiblat telah ditukar ke Kaabah.  kami mengakhiri ziarah hari ini dengan  lawatan ke Pasar Kurma.  Lebih murah dari Ladang Kurma tapi mungkin kualiti berbeza.




Penjual-penjual di Bukit Uhud

Pemandangan dari atas Bukit Uhud


Pilih yang mana suka.. selamat membeli-belah

Ustaz Nidul.. muda lagi.. tapi bahasa sedap didengar.. ayat2nya tersusun.. i respect sama ustaz nidul


uda dikedai kurma.. beli lebih2 ya uda.. aku tumpang makan


Masjid Qiblatan
Pasar Kurma

Berhenti rehat jap... sebenarnya cite ni aku tak berapa ingat sangat sebab dah sebulan tinggalkan Tanah haram... tapi masih ada hati nak menulis lagi.. so apa cite yang aku ingat je aku tulis sebagai ingatan di hari mendatang.  Kebanyakkannya berdasarkan gambar le.

Petang tu kami meninggalkan bumi Madinah selepas ziarah wida' menuju ke Mekah dengan pakaian ihram.. Kami berhenti di Bir Ali dan menunaikan solat tahyatul masjid dan solat ihram.. Berniat di atas bas kerana sunah nabi membaca niat di dalam kenderaan memandangkan Rasullullah menunaikan solat ihram dibawah pohon di Bir Ali dan berniat di atas unta.  Perjalanan lebih kurang 5 hingga 6 jam lagi iaitu 405 km meredah tanah lapang dan gurun kering.  Dalam perjalanan kami bertalbiah dan afdalnya 33 kali dan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci dan berehat.  Kami singgah di Wadi Qudaid untuk dinner.  makan dalam dulang ... tapi kami pindahkan ke dalam pinggan polisterin yang diberi.

Di bir Ali selepas solat ihram


Perjalanan diteruskan ke Mekah Al-Mukarrammah




Mengisi masa terluang didalam bas

Dalam perjalanan ternampak Fayyad Hospital (ada ke kat perjalanan antara Madinah ke Mekah??) Teringat sangat kat Fayyad (cucu saudara).  Mudah-mudahan Fayyad jadi Dr. Fayyad satu hari nanti.  Teringat anak sendiri... insyallah ada rezeki aku bawa umairah ke sini.

Mohd. Fayyad Hamka... cucu sedara yang kecil buat masa ni.. ada lagi anak sedara yang menunggu time..

Malam setibanya ke Mekah, kami semua bersolat jamak taqhir dan membuat persiapan terakhir.  Aku yang pertama kali melakukan ibadah ini terasa teruja, takut, terharu, gembira dan bermacam rasa dalam hati.  Kami berjalan menuju ke Masjidil Haram yang jauhnya lebih kurang 200 meter menuju ke Masjidil Haram.  Tak rasa letih sebab memang niat aku menunaikan umrah dan aku makin teruja apabila terpandangkan kaabah di depan mata.  Aku jadi ingat yang pada kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat kaabah dan aku tertarik dengan sebuah buku sejarah Muhammad bin Abdullah 570 msh hingga 611 msh.  Kisah Nabi Ibrahim membina kaabah, dimana pada masa itu kaabah terbina di sebuah kawasan yang kering kotang, dan semasa anak Siti Hajar menangis kehausan.. Siti Hajar berlari mencari air dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah dengan penuh cemas.  Berkat rintihan hati Siti Hajar yang berserah kepada Allah, Allah telah menghantar malaikat bernama Jibril.  Dengan sayapnya, Jibril menyingkap telaga zamzam yang airnya terpancar keluar apabila Nabi Ismail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.  Itulah sejarah telaga zamzam yang masih mengeluarkan airnya sehingga ke hari ini.  Telaga itu terletak berdekatan bangunan Kaabah.  Panduan minum air zamzam semasa di mekah... minum berdiri dan mengadap Kaabah, baca doa.. dan hendaklah meneguk air tersebut dalam tegukan ganjil.

Masjidilharam


Gambar tengah malam untuk membuat umrah kali pertama


Kami mulakan dengan tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah setelah bermiqat di Bir Ali tadi.  Walaupun tengah malam nanum tetap ramai umat Muhammad melaksanakan ibadah sunat tersebut.  Setelah selesai tawaf aku terus meluru kat tong-tong air zamzam.  Aduhh!! sedapnya air zamzam ini.. Lebih-lebih lagi yang sejuk. Kami meneruskan rukun umrah ini dengan bersaie iaitu berjalan kaki antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.  Buku panduan umrah berserta doa memang menjadi rujukan aku selain mengikut rentak mutawif kami.. Selepas itu kami yang perempuan ni memotong sedikit dihujung rambut.  Alhamdullillah dalam jam 2.30 pagi kami selesai menunaikan umrah kali pertama.  Pengalaman paling manis dalam hidup aku

Pagi aku dan Mr. Z meronda kedai sekitar hotel, macam-macam ada.  Aku survey dulu.  Petang kami ke Tanaim untuk ambil miqat.  Alhamdullillah kerana Ustaz Mohamad yang memberi ceramah semasa kursus di Johor dan dia yang fasih berbahasa arab mempelawa kami untuk turut serta membuat umrah tambahan (dengan mutawif 3 kali).  Aku join sekali... balik dari Tanaim kami membuat tawaf dan solat maghrib dan selepas tu kami membuat saie.  Kira selepas isyak alhamdullillah siap.


Depan hotel.. nak gi ronda-ronda





Deretan abaya.. pilih saya mana satu


nak gi solat zuhur..

Map untuk kawasan Kaabah

Sangat berguna untuk orang macam aku

Keesokannya kami mengunjungi ke sebuah bukit.. tak ingat bukit apa.. dekat dengan Gua Hiraq.  Ada sejarahnya.  Seterusnya berkunjung ke Jabal Rahmah.  Jabal Rahmah iaitu sebuh bukit kecil yang terbentuk daripada batu keras dan besar di mana Nabi Adam ditemukan dengan isterinya Hawa.  Pendakian sebanyak 168 anak tangga membawa aku sampai ke puncaknya dan terdapat batu untuk tulis nama si dara dan si teruna.  Semoga diorang bertemu jodoh.. tapi itu semua bidaah.. tak boleh percaya.  jodoh ditangan Allah.. itu kerja dia.. kita kena berusaha.. Allah tentukan.  Aku suka tengok unta yang dihias.. boleh naik.  Orang macam aku takyah le naik.  Bukan tak boleh dan tak digalakkan tapi 'Lu Fikir Sendiri' menjerit unta tu nanti.  haaa... ada info.. orang kata kalau nak tahu macamana mata perempuan arab.. tengoklah mata unta.  Betul ke?? Selepas ziarah ni.. biasanya kami akan mengambil miqat iaitu di Dzulhudaibiah., Tanaim, Bir Ali dan Ja'aranah.



Langit waktu pagi.. tanpa awan


Unta yang bersedia untuk membawa penumpang

Batu di atas bukit Jabal Rahmah

Khemah untuk musim haji

Ziarrah diteruskan ke Ladang Unta.  Diorang kata sedap susu unta tapi aku memang tak minum susu putih camtu je.   Dan ada plak buih susu unta baik untuk kulit.


Mr. Z dan unta

Aku pun sama... unta

Seterusnaya kami menuju Dzulhudaifah utnuk ambil miqat.  Tempat yang seronok juga dilawati ialah muzium.. Banyak ilmu yang aku dapat.  Aku selalu tertanya-tanya apa yang ada di dalam Kaabah.  Terjawap soalannya apabila aku melawat muzium tu.  Dengarnya bukan mudah untuk ke muzium ni.  Kena ada surat permohonan dan surat kelulusan.  Aduhh cam kerja aku plak.. membaca surat permohonan dan mengeluarkan surat kelulusan.  Dan aku puas hati kerana dapat melihat padang arafah. 


Batu hajar aswad di dalam muzium




Kayu yang ada didalam Kaabah



Sebenarnya banyak benda yang aku tak berapa ingat.  Antara yang aku masih ingat aku meneruskan ibadah umrah hingga kali ke 5 (tak sempat tujuh kerana CRB).  Dan antara yang manis juga kerana dapat melihat Tapak Rumah Nabi dan melalui pintu Babussalam.

Masjid Tanaim





Tapak rumah nabi muhammad

pemandangan zamzam dari dataran berhampiran pintu babussalam


Kenangan ni dirakamkan selepas selesai menunaikan umrah dan kami melepak jap kat masjid untuk tunggu waktu zohor.  Duduk kat tepi tempat saie.  Melepaskan penat jalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. 
Tempat saie


Dari bukit safa ke marwah


Kami juga sempat menikmati makanan malaysia kat Dsaji.  Pekena karipap 3 biji 5 riyal, teh ais (my favourite), roti telur.  kedai 2riyal pun banyak.  Boleh beli souvenir tapi made in China.  Kedai-kedai favourite Mr. Z.. kedai makan Pakistan dan Turki.  Aku plak suka minum air coklat mocha kat sana... sedap... hingga ke titisan terakhir.  Selepas asar dia selalu membeli roti arab dan kari.. memang sedappp.. Kat sana.. aku teruja dengan bekas perfume.  Cantik-cantik sangat.  So sape nak beli perfume better beli kat Mekah berbanding Madinah.




ais coklat.. sedap..

Novel menghilang boring

menu-menu pilihan aku




roti telur kat dsaji dengan teh air..

Botol perfume.. memang cantik-cantik



Safwah tower.. sejuk kat dalam ni

Cantikkan botel perfume ni..


Ini aje untuk aku



Hotel kami.. burjal sultan hotel

Pagi sebelum pulang aku dan uda buat ziarah wida' kat belah saie dan marwah.  Ikhlas dalam hati memang rasa terharu tinggalkan Tanah haram.  Insyaallah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki aku pasti akan datang lagi...




selamat tinggal mekah



balik dengan gulf air

Perjalanan pulang kami transit di Bahrain.  Selama lebih kurang 5 jam.  Wahh!! mata wang dia sepuluh kali ganda. 1 dinar Bahrain bersamaan 10 riyal.  So aku beli fridge magnet sahaja.

dah tiba bahrain




fridge magnet

uda punya mahal sikit dari aku
Pagi isnin jam 10.00 pagi 25 April 2011 kami selamat tiba ke KLIA.  Alhamdullillah selesai sudah perjalanan pengucian jiwa di tanah suci.  Terima kasih tak terhingga kepada Mr. Z.  kalau ikut nafsu jalan-jalan aku.. aku nak ke London tapi alhamdullullah hati aku terbuka dan Allah membukakan hati aku untuk menjadi tetamuNYA.
dari gelap ke terang

cahaya matahari yang menyinar

selamat kembali ke malaysia

tiket penerbangan