Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, November 30, 2020

MERONDA NEGARA BALKAN 2019



MERONDA NEGARA BALKAN 2019

setahun berlalu... hanya utk ingatan.  Update 30/11/2020

Aku dengar negara Balkan dari Rashid (adik aku) yang pernah ke sana.. dari situ aku google negara2 yang termasuk dalam negara Balkan iaitu Bosnia & Herzegovina, Bulgari, Croatia, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Serbia and Slovenia.  Balkan ni bermakna banjaran.

Pakej kami rm6890 tak masuk tips rm150 dan free bas dari johor bahru ke klia.  Seramai 22 orang yang join dan trip 26 november hingga 7 Disember 2019.

So.. aku gerak dari rumah dalam jam 10.30 pagi sebab bas akan gerak ke klia pada jam 11 pagi.. macam biasa uda parking kat rumah n wafiq yang akan hantar ke utm.  Kali ni aku gi dengan umairah.. bagi reward kat umairah sebab selalu tolong aku.

kami akan meronda di sini:

Trip Balkan Anpec Travel ke 8 negara:
1. Itali
2. Slovenia
3. Croatia
4. Bosnia
5. Montenegro
6. Albania
7. Macedonia
8. Bulgaria

Flight Qatar Airline KL - Doha - Milan, and otw back from Sofia - Doha - KL.  So jam 7.40 departure from KLIA to Doha.. sempat solat maghrib and isyak di ruang menunggu.  alhamdullilah.  Flight ok.. cuma biasalah gegaran sikit di teluk benggala.  Dan akibat perselisihan antara negara.. maka qatar tak boleh melalui ruang udara dubai dan negara2 arab kat situ.. dia kena pusing ke atas.. ikut ruang udara laut.. takpelah.. janji selamat.. tiba qatar tengah malam (lebih kurang 8jam penerbangan) dan transit selama 2 jam sebelum meneruskan penerbangan ke itali (milan).. aku memang teringin nak ke itali.. so merasalah gi ke itali.
transit di Doha.. menunggu next flight to milan

mood kurang semalam dah malam kat sini.. Doha airport




dalam bas dari jb ke klia 


HARI 2: 27 NOVEMBER 2019

Sesampai di Itali pagi.. oleh kerana urusan pasport agak lama.. kami terus ke venice.

Update jam 2.30pgi dari kota Venezia @ Venesia atau Venice adalah sebuah bandar di utara Itali. setelah menempuh perjalanan 8jam kl - doha.. 6.15 doha - milan.. alhamdullilah safely landed ni Milan Malpensa Airport. Beza masa malaysia itali 7 jam lewat. Means.. masa tiba Itali kam 6.15 pgi.. waktu malaysia 1.15 tengahari. Hujan yg menyambut kedatangan group Anpec Travel.. tapi no hal.. bukan kena pun.

Sepanjang perjalanan dari Milano ke Venicia memang hujan.  4 jam dari Milan ke venice.. mungkin sebab hujan.. so lambat sikit perjalannya kot. Tiba di kota venice.. kota cinta hujan renyai2 dan bekas2 banjir memang masih lagi melekat kat bandar venice.. tapi tak mematahkan semangat aku untuk menikmati keindahannya.  FM pun berlambak.. memang borang sakan.

Kat sini kami menikmati pizza sebesar dulang kenduri kahwin.. hebattt


antara peserta group
baru lepas banjir.. so takde condola


venice


Tiba kota venice hujan mula rintik2.. terus menaiki water taxi melintasi sg venice untuk ke pulau... seblum naik water taxi sempat melontar sikit.. jadilah berbagi rezeki... sempat gak masuk kedai handbag.. tpi ambil bau kulit jer.. kata nk tengok tempat org.. so tkde istilah shopping.... gambar pun ala kadar dengan hp cap ayam...

aksi lompat kena ada.. kat sini are hard rovk

aku terkedek2 jalan... temankan cik najmah juga



dalam bot

gambar pun blur lepas hujan


itulah gondola kat sana





pizza sedulang


HARI 3: 28 NOVEMBER 2019
hari ke2 di venice setelah melepak dengan selesanya di Russot Hotel. Perjalanan bermula dari venice ke sempadan slovenia. Sebelum masuk ke negara ke2 iaitu Slovenia.. sempat dibawa utk mencuci mata @ belilah yang mana berkenaan (bukan selalu nk gi sini) di palmanova outlet village. Sempat menangkap barang utk anak jer... sebb barang untuk ibunya... standardnya di Indon.

kat hotel.. segarrr nyaman... cool.. pagi hari.  


sebelum shopping di palmanova itali

gambar beramai2.. sebelum shopping

Dari sempadan amat mudah memasuki slovenia @ Slovenija... dan terus menuju Ljubljana yg merupakan ibu negara dan bandar besar di Slovenia. Disini kami dibawa city tour oleh local guide dgn info bandar yg terletak di Lembangan Ljubljana di Slovenia Tengah ini. Sempat singgah ke bazaar menjual buah2an.. anggur 1kg €2 jer...confirm rangup + manis.



cuaca ok lagi di Ljubljana..  baru 12c


local guide di slovenia

Selepas lunch & solat di bawa di Lake Bled 55km dari Lubljana... tasik ni terkenal dgn pulau bled di tengah tasik dan istana. Sayangnya bila winter season.. mlm pjg...pukul 4 ptg dah mula gelap gulita...so... gambar dr my hp pun agak malap.

nun. dibawah sana terletak tasik bled




Perjalanan di teruskan ke Croatia. Agak mudah memasuki Croatia.. cop pasport keluar Slovenia & cop sekali lagi untuk masuk ke Croatia. Kami bermalam di Zagreb mlm ni. Selamat malam semua... nak sambung zzzz.


HARI 4: 29 NOVEMBER 2019

Update jam 3.30 pg. Salam dari bosnia😍
Cerita semalam bergerak dari hotel ariston jam 8pgi menuju ke bandar Zagreb yg merupakan ibu Croatia. Disambut oleh local guide bernama Tin (bukan tin kosong.. tetapi tin yg byk info). Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di selatan, serta sempadan laut dengan Itali di barat. Nasib baik dapat gambar curi kat sempadan antara Croatia dan Bosnia. Itu cite lain.. so kita city tour zagreb.

tin.. sedang2 hensem


Kat sini guna matawang Kuna (HRK). RM1= HRK1.60... jdi group kami byk guna € kecuali bos ANPEC dia byk KUNA... Bab shopping antara bab yg aku suka.. walaupun bawa euronya paras hidung jer.. dan kecelaruan minda melihat harga buah2an yg mmg mampu milik.. anggur sekg 1€= rm4.70.. limau 1kg= rm2.30.. apple besar 1kg= rm4.70.. nasib baik tak tanya harga sayur.. segar2 semuanya.. mahu aku jdi pemborong sayur. Kemeriahan pasar buah + sayur + bunga2 mmg terbaik ler di Dolac Bazaar lebih2 lgi mnghampiri krimas.. mana2 negara eropah dah mula buka bazaar krismas.


bazar yang aku suka ni kat zagreb



posing bawa basikal





giler membeli buah kat sini



hotel malam tadi.. aristos

pokok dah warna merah




Dari zagreb kami meneruskan perjalanan sejauh 131km ke national park di plitvice lake. Tour Guide utk national park ni mr. michael yg hensem. Mmg cantik air terjunnya.. tp aku lihat dr atas...tak gi dekat2.. hantar wakil (anis umairah) utk melihat keindahan waterfall secara dekat.
michael yg hensem.. local guide untuk lawatan ke litvice lake 



cantik giler air terjun kat sini

Dari situ tak berapa jauh utk ke sempadan Bosnia dan situasi sama seperti melintasi slovenia ke croatia... begitu juga untuk melintasi border antara croatia - bosnia. Bila sebut bosnia.. automatik teringat perang dan kecantikkn orang sini serta perasaan terharu mengenangkn perjuangan mereka.. dan perasaan gembira utk diri aku sendiri kerana diberi peluang seusia begini utk melihat keindahan.. peninggalan negara ini. Kami bermalam di Bihac, Bosnia. Salam tahajjud..
Gambar dari fb geng2 lain yg join ni mmg cantik2..


HARI 5: 30 NOVEMBER 2019

Update dr Sarajevo jam 2.30pgi waktu tempatan. Org bosnia semua tgh zzz...aku menyusun kata yg lintang pukang sbg kenangan kt bumi bosnia.
BOSNIA-HERZEGOVINA ni pernah menjadi perhatian dunia akibat peperangan antara 1992 hingga 1995 yang mengorbankan ratusan ribu nyawa.. berita dunia time tu mmg kisah perang negara ni ler.. dan masa tu tengok pompuan sini mmg cntik... tu sebab klo sebut bosnia.. org cepat tahu.. popular sebb perang.. nak tahu punca perang.. google jer.. kang macam cikgu sejarah plak.. walaupun aku digelar cikgu geografi oleh my bff.

Dari hotel KLJUC di Bihac, group akan meneruskan perjalanan sejauh 311km untuk sampai ke destinasi terakhir di dalam tentatif program hari ni. Tapi akan banyak persinggahan tempat2 yang menarik2 disini.


Dalam perjalanan kami dibawa singgah di Jajce yg terkenal dengan Jajce water mill. Memang negara ni terkenal dengan air terjun yg sangat cantik. Apalagi.. gambar ler.. tp takde ler gambar aku melompat.. mauttt... gegarrr.


rumah untuk laluan air.. memang cantik





Diteruskan perjalanan ke Plivsko Jezero (Tasik Plivsko). Tasik ni dikelilingi gunung ganang. Satu lagi waterfall yg kita singgah iaitu pliva waterfall. Di pliva waterfall ni ramai ahli group yg membeli rusa salai dengan harga lebih kurang rm40/kg.. balik ni memasing masak lemak cili padi... yg pasti aku tak beli.. sebab memasak bukan hobiku.

cantik gak view kat sini... singgah gi toilet jer



Makan tengahari di bandar Travnik. Sebelum makan dibawa ke Suleimanije mosque, Madrasah Ibrahim Pasha.. time ni melingas mata Romli terpegun melihat kejelitaan wanita2 anggun Bosnia.
Gadis2 bosnia.. yang penuh melepak... yg gelap gulita tu aku... 






Masih belum tiba di Sarajevo... singgah plak diperkampungan Ahmeci untuk solat dan mengunjungi muzium/galeri kecil dimana 116 penduduk kampung dibunuh ketika peperangan pada tahun 1993.

masjid



Agak awal tiba di Sarajevo.. suasana masih terang... so shopping time di old town. Barang agak mahal dengan nilai tukaran 2mark (BAM) = €1 = rm4.70.. pendek cite rm2.40 sama dengan Seringgit duit dia & barang paling murah Fm BAM2... dan dah semestinya air cola bam1.50.

Harap peserta group tido lena di hotel 5* ni walaupun kuli anpec travel yg sorang ni tk berapa lena.


sebelum ni tengok kat dalam drama

sarajevo



HARI 6: 1 DISEMBER 2019
Update jam 4 pagi dari pekan Blagaj pinggir Bandar Mostar. Perjalanan semalam dari Sarajevo ke Mostar sejauh 120km ditemani pemandangan ysng sangat indah.. yang pasti takde kat malaysia... bumi ciptaan allah ni berbeza2 indahnya.

selesa hotel2 disini




Keluar jam 9pg dari Hotel Hill dan terus mengimbas sejarah perang dengan menuju ke Tunnel Hope. Dibina pd tahun 1993 sepanjang 800m menuju ke airport yg pd time itu yang di kawal oleh PBB. Diorang merasai pengalaman ala2 tentera bosnia melalui terowong yg lebih besar dari chu chi tunnel vietnam.. tapi mcm biasa aku ambil langkah berjaga2 dengan lepak2 kt atas jer.. tak masuk dalam terowong... kira dengar pengalaman.. bukan merasai pengalaman..
depan terowong




Seterusnya singgah Muzium Perang di Jablanica yg menurut ceritanya Jambatan Jablanica hancur dalam pertempuran Neretva semasa Perang Dunia II dan pada ketika itu keretapi sedang melalui jambatan tersebut. Jambatan tersebut dibiarkan begitu sahaja sebagai memperingati pengorbanan dan penderitaan ketika perang. Aku tak gi tempat kepala ketapi.. jambatan hancur.. tengok dari kejauhan jer.. tak rugi ke??? takkkk... sebab aku tak minat perang dan tak minat sejarah.. minat tengok2 jer... tapi aku hantar wakil.. agak2 aku nk tahu.. aku tanyalah dia.. dia yg kena belajar sejarah.. aku dah pencen belajar. So aku mengambil kesempatan shopping coklat. Kat bosnia ni coklat agak murah compare dgn langkawi.




Bab ni aku suka... ofcoz kena join awal.. so turun awal dari bas... lunch time.. makan tengahari agak istimewa dengan hidangan kambing golek dan dijamu juga dengan pemandangan yg superb... air sungai yg mengalir bersih dan gunung ganang yang bersalji... habis kambing yg bergolek dipinggan.

lunch



kiri kanan kakak



Pemandangan dari sarajevo ke mostar ni memang cantik... tak puas memandang.. mcm gak memandang wanita bosnia yg muda... dengan hidung mancung.. kulit putih melepak..
Tiba di mostar agak awal.. dan mostar ni memang terkenal dengan jambatan lamanya, Stari Most. Memang teruja nak tengok. Jambatan lama itu dibina pada 1566 iaitu Sultan ke-10 Kerajaan Turki Uthmaniyah dan beberapa kali dibina semula kerana musnah dibom. Jambatan yg sekarang dibina semula pada tahun 2004 dengan mengikut struktur dan seni bina asalnya. Kat sini mmg shopping lebih sikit sebab nak menghabiskan duit Mark.. tapi harga barang2 boleh tahan mahal... dan warning kat sini kena berhati2.. penyeluk saku wanita dan dikenalpasti 3 orang +seorang lelaki (nasib baik tk hensem) berkeliaran mencari mangsa .






Mlm pun masih ada xtvt lgi utk yg berminat.. tengok sungai kat blagaj...berhampiran hotel
Gambar jambatan masuk jp lgi... Belum dapat dari cameraman.




Esok kita gerak ke negara lain plak.


HARI 7: 2 DISEMBER 2019
update untuk hari ke 8 jam 4.30pgi.. makin lama makin hilang jetleg.. dan update untuk cerita hari ke7.. (cerita yg hampir basi - cite semalam)
Pagi hari dah start ambil peluh @ senaman pagi dengan berjalan kaki ke blagaj tekke.. tak berapa jauh dari hotel blagaj tp sedikit berbukit. Blagaj Tekke ni di kelilingi pergunungan yg indah. Sebenarnya bosnia ni.. bandar2nya seperti berada dalam mangkuk ukiran turki.. kerana dikelilingi gunung ganang yang sangat indah.











Blagaj Tekke inj dibangun sekitar tahun 1520 & monumen penting dari zmn Ottoman awal Bosnia & Herzegovina. 100meter sblum tiba blagaj tekke terdapat deretan kedai.. ni yg best ni. harga barang lebih murah dari kedai2 sauvenir yang lain.
Semalam perjalanan merentasi negara... dari bosnia masuk semula ke croatia.. keluar ke bosnia.. dan masuk semula ke croatia.. tapi yang mudahnya kami tak turun.. santai2 aje dalam bas.. tak mcm singapore.. mahu bersepai kaki beratur... Dah settle merentasi border.. kami berhenti tarik nafas di neum iaitu bandar yang terletak di tepi pantai.. masih di bosnia. Coklat kat kedai di neum ni lebih murah dari kat bandar.
Perjalanan diteruskan lagi dengan disajikan pemandangan yang indah terus menuju ke jambatan di Dubrovnik.. kena berhenti tu.. photo photo. Akibat perperangan Dubrovnik bandar di selatan Croatia terpecah dari seluruh negara berkenaan. Bandar ini terletak di Laut Adriatik. So dari neum bosnia masuk je Dubrovnik croatia.
Dubrovnik terkenal akan kota lamanya - benteng lama dengan tembok batu yang besar, yang membantu penduduk Dubrovnik mempertahankan kemerdekaannya selama bertahun2. Local guide kami perempuan croatia yang tinggi lampai.. lupa nama.. tapi si bujang 12 hari tu (romli) terpaksa mengaku merendahkn diri.. takdelah ayat ulat naik daun.. kat sini mmg byk kedai dan menggunakan mata wang kuna.. tapi euro tetap diterima.












Lunch hari ni menyelerakan...comfirm balik ni antara menu di rumah nanti ada pasta.. mcm balik dari spain.. sibuk nak cari spageti arabiata



Mcm biasa musim sejuk.. mlm yg panjang.. so bila masuk negara Montenegro dah beransur malam.. singgah ke Kotor plak hujan tengah turun dan kami singgah di Budva... tapi sayang... Hardrock cafe tutup... selamat euro.. klo tak... teringin gak rembat sehelai tshirt hardrock utk yg tinggal.







Salam subuh dari montenegro.


HARI 8: 3 DISEMBER 2019
Update jam 3.30pgi dari bandar Tirana Ibu Negara Albania yg terletak bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Macedonia di timur. Orang kat sini lbih kurang mlysia.. tkde le tinggi sgt.. yg berbeza warna kulit & hidungnya yg mancung. Perjalanan dari montonegro ke albania lebih kurang 250km ditemani hujan sepanjang jalan. View memang menarik.. tapi dirakamkan lewat pandangan mata aje.. bukan diabadikan didalam camera/hp.
Melepasi border yang mudah.. takde turun2 bas.. pasport dikumpul oleh TG n diuruskan hingga selesai... i mmg like situasi santai2 mcm ni.
Setiba di Albania dibawa melalui pekan Shkoder untuk lawatan ke old town kruja yg terletak di atas bukit. Bila melintasi pekan shkoder tu semua mata tertumpu kat buah2an segar. Kruja dikenali sebagai kota kelahiran George Kastriota Skanderbeg, pahlawan Albania yang paling hebat sepanjang masa. Kota lama Kruja tu terletak tinggi 608m dr aras laut.. nmpk kabus dibawah dan terdapat istana dan muzium skanderbag.. tapi tujuan kami lebih nk lunch kat puncak ni. Sepanjang jln ke atas ni banyak kedai souvenir. Guna euro.









Selepas solat... jam 3++..hari dah hampir gelap.. dan terus ke Tirana. Di Tirana.. lawatan ke Skanderbeg Square iaitu dataran utama dan terbesar yang ada di Tirana. Di sekeling dataran terdapat bangunan rekabentuk rome.. turki.. dan terdapat statue pahlawan albania George Kastrioti menaiki kuda. Dan yang bestnya hotel Rogner tempat kami bermalam terletak hampir kawasan ni. Malam2 boleh ronda.






HARI 9: 4 DISEMBER 2019
update makin lama makin lambat. jam 4.45pagi & tersedar apabila Mr z call.. hari ke 10 dan negara yg ke 7.. republik macedonia
Perjalanan dari Albania ke Macedonia mengambil masa dalam 4 jam dengan mendaki gunung.. tapi aku bantai membuta. Melepasi border dgn mudah apabila pegawai custom yg naik ke dalam bas... alhamdullilah urusan untuk melepasi border dipermudahkan allah. ok masa kt hotel rogner semua teruja dengan pokok pisang kaki yg bersepah dgn buah yg lebat...siap ada yg panjat ala2 pnjt pokok rambutan.. aku pun tak lepaskn peluang utk bergmbr n memetik buahnya.. dan sepanjang perjlnn dipenuhi pokok buah tu.. hilang teruja bila dah berlambak pokok tu.








Negara2 balkan ni...bandarnya seperti di dalam mangkuk.. di kelilingi gunung ganang n bandarnya ditengah2.
Lebih kurang jam 12 tiba di bandar Ohrid iaitu bandar ke 3 terbesar di macedonia terletak di bahagian utara. kami di sambut oleh local guide Dania... di beri penerangan tentang cuaca, bentuk muka bumi.. landskap pergunungan & tasik.. kota lama.. pokok tertua.. dan dibawa solat. Selepas makan tengahari berterumba mencari souvenir walaupun selepas mengelilingi tasik masih ada waktu untuk sesi melontar.
Dibawa mengelilingi tasik ohrid dengan bayaran €10 yg merupakan tasik paling dalam n tertua dieropah pd abad ke 2 serta digelar 'pearl of balkan'. Tasik ni gak bersempadan dengan albania dan greece (mmg teringin nk ke Greece..nk tengok acropolis di athens & keindahan santorini)















Perjalanan diteruskan ke ibu kota macedonia iaitu skopje... jam 4 bergerak terasa mcm jam 8mlm...masih mlm yang panjang. Rasanya semua perserta tertidur setelah kepenatan mengelilingi tasik dan bila bas berhenti utk take5.. huhhh....berhenti di kawasan yang dah dipenuhi bersalji... so tak lepaskan peluang.. kita gambar dulu. Alhmdullilah 3 tahun berturut2 aku dapat merasai salji - 2017 - bolu & khazastan (salji sedang turun dengan lebat)....2018 - switzeland... 2019 - macedonia.



lebih kurang jam 7 lebih kami sampai ke hotel panorama di skopje.. so hari ni ronda skopje sebelum ke negara ke 8 dalam list.


HARI 10: 5 DISEMBER 2019
Hari ke11.. update jam 4.30pagi dari Kota sofia, Bulgaria. Kota yang aku pernah survey via google last year utk group ke turki & 1 negara eropah di sblh turki.. so time tu aku survey greece n bulgaria.. so dari situ aku kenal sofia & athens
Kisah semalam dari Panaroma hotel di Bandar Skopje ibu negara macedonia. Sementara menunggu Dania.. local guide Macedonia...si bujang 12 hari tu tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan gadis ayu macedonia. So.. selepas kehadiran Dania dengan 2 kotak coklat sempena birthdaynya.. lupa plak nk tanya yg ke berapa.. (BF dania @Romli.. berapa umur dania ekkk??) membawa kami melihat keindahan.. mengenali sejarah.. dan melontar habis2an( atas pilihan sendiri) di sini.







Skopje.. bandar yg masih lagi dalam pembangunan untuk menunjukkan identiti kebangsaan macedonia bentuk muzium, air pancut, jambatan, dan patung-patung di seluruh bandar. Sejarah masih terdapat di tempat-tempat seperti Kameni Most (Stone Bridge), Gereja Sveti Spas, Kubu Tvrdina Kale, dan Caršija bazar Turki lama (yg bazaar ni yg paling best). Patung berkuda Alexander the Great yg merupakan raja Empayar Macedonia Greek yang amat berjaya dalam sejarah dunia berdiri gagah di Square of Macedonia.


tour guide kami dari itali hingga ke bulgaria








Dah lepas diberi info ttg skopje...diberi masa yg agak panjang utk melontar.. i like this slot.. mehh kita melontar €.. harap beg tak beranak pinak.


Selesai solat di makan tengahari.. perjalanan diteruskan ke Bulgaria. Seperti biasa urusan di sempadan agak mudah dan bulgaria dipenuhi salji. Macam sebelum ni...view gunung ganang menemani perjalanan dari Macedonia ke Bulgaria.
Di bulgaria ni dah mula salji dan malam tadi suhu -7...tp tak melemahkan semangat Boss anpec... Mr. Romli n umairah utk tawaf bandar sofia.



Jommmm kemass beg... dah mula rindu si koyin n asam pedas.


HARI 11: 6 DISEMBER 2019

Pagi ni hanya sesi gambar2 sebelum dihantar ke airport untuk perjalanan pulang.  So tour sikit di Sofea..  semua kawasan dah memutih.. kami dapat bergambar tempat shooting film hindustan gak.. kat dapan gereja tu.. jadilah.. 












Penerbangan dari Sofea, Bulgaria ke Doha, Qatar.  Sebelum penerbangan bolehlah window shopping kat airport.. ala2 menghabiskan duit.  Trip lain cari ler duit lain.. 

Penerbangan agak lewat dalam 20 minit kerana kerja-kerja pembersihan salji dilandasan.  So agak lewat tiba di Doha untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.  Namun begitu.. semuanya dipermudahkan.

HARI 12: 7 DISEMBER 2019

Alhamdullah pagi tu kami selamat tiba di KLIA.  Seterusnya meneruskan perjalanan ke Johor Bahru dengan bas.  Sempat singgah makan tengahari di gerobok salai pedas.  Memang pedas le masak cili apinya.


RINGKASAN PERJALANAN

BALKAN PLUS 2 TRIP
TAMATLAH 12 HARI 9 MALAM TRAVEL KAMI KE
👉 ITALY 🇮🇹
👉 SLOVENIA 🇸🇮
👉 CROATIA 🇭🇷
👉 BOSNIA 🇧🇦
👉 MONTENEGRO 🇲🇪
👉 ALBANIA 🇦🇱
👉 MACEDONIA 🇲🇰
👉 BULGARIA 🇧🇬
Masuk di Milan Italy dan Keluar dari Sofia Bulgaria
total perjalanan 3000km++ ,
9 hotel bintang 4-5.
10 restaurants terbaik di Balkan
8 masjid untuk solat jamak
dengan ini, trip Balkan kami sampai ke penghujungnya.
I had tremendous life experience throughout the whole 2 weeks 💕 together. Words can’t describe how amazing this journey Balkan trip 2019 with you.
Thank you so much kepada anda yang join #Anpectravel
Harap kita akan berjumpa dan berjimba di trip2 yang akan datang.
ANPEC TRAVEL AND TOURS SDN BHD
LICENSED TRAVEL AGENCY NO KPPL 8597










HARI 11: 6 DISEMBER 2019