Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, March 3, 2011

kerja.. kerja.. kerja.. untuk hidup

selepas pulang dari Tiara Beach Resort untuk Kursus Induksi dan Pengukuhan Jatidiri MPM 2010/2011, pihak pengurusan unit kami mengadakan mesyuarat tergempar. alamakkk... ada complen dari mahasiswa.. untuk sape agaknya.. yesss... bukan untuk aku.. legaaa....

dukacita aku kena tukar bos.  berita pertukaran bos aku dengar kat rumah bos aku... sedih.. aku serasi dengan dia.. tapi dia ditukarkan ke unit lain.. boss aku belum naik kerja lagi.. masih mc..

lepas mesyuarat dan pertukaran macam2 bermain didalam fikiran aku tentang kerja, aku dan orang disekeliling.  positif dan negatif bercampur selepas luahan perasaan, cadangan penambahbaikan dan pandangan staf unit ni semasa mesyuarat tergempar tu. bercakap.. puhhh.. lidah tak bertulang....

secara ikhlas aku memang sayangkan unit aku sekarang ni walaupun kerja sentiasa penuh 1 meja dan aku gembira bila aku dapat clearkan meja... itu satu kemenangan dan satu kepuasan aku.  satu lagi kepuasan aku bila mahasiswa yang datang ke sini balik dengan senang hati.. dapat apa yang dia nak.  aku kesian bila diaorang datang.. kena marah... kena balik.. pastu esok datang lagi.. kena marah.. sian.. janganlah nanti anak aku.. dan cucu cicit salleh crew kena camtu. aku rasa orang2 ni macam ada hobi marah bila nampak mahasiswa... sian kat diorang.. pada aku nak marah boleh.. tapi depent pada mahasiswa tu.. kalo memang dah degil, marah2.. memang tak salah sangat kalo kita ambil tindakan 'boleh blah' walau sepatutnya jangan kita naikkan kemarahan orang yang marah.. tapi bila setakat..."pn... nak tanya.. surat kelulusan dah adaa???" jawapan kita kenalah juga baik.  marah selalu boleh penat and cepat tua.. aku tetap nak muda.. walaupun menghampiri 40.  satu lagi sikap suka merungut2.. cam tak suka kerja je... bebanan dan tanggungjawab aku macam lebih banyak dari diorang.. setakat jaga 2 persatuan.. aduuhh.. yang jaga banyak persatuan memang aku kesianlah... tapi kalo kosentret je kat kerja okey... aku pun pernah buat kerja tu sebelum ni... topic apa ni aku tulis... tentang marah kot..

topic kedua aku.. tentang tahap kecintaan kat bidang tugas... pada aku tak kenal maka tak cinta.. aku memang jatuh cinta habis kat kerja aku sekarang... (mungkin aku bertahan lama kat sesuatu bidang tugas yang aku buat.. kerja masuk 15 tahun... tapi baru 2 bidang aku expert.. orang taknak pindahkan aku dan sudah pasti aku pun memang takkan mohon nak tukar.. kalo tak suka boleh tukarkan aku?.). heran gak aku bila seseorang tu merungut2 aje pasal kerja.. penatlah merungut2 ni.. dah bila keluarkan pendapat ... puhhh.. pandai bercakap... siap ada diskripsi tugas sendiri.... ada tambah yang personal plak.. aduhhh... camna tu??? 

pertukaran bos... aku bertukar bos???? alamakk... bos skrg. ni AMAT detail.. satu huruf salah pun mahasiswa kena buat surat baru.  aku kena jaga kualiti.... lain orang lain ragam. bos lama memang baik... orang baru.... boss skrg orang lama.. senior lagi... untuk bos lama.. jasamu dikenang bos.. bos memang best.... senang nak berurusan, amat bertimbang rasa.  walaubagaimana pun .. aku tak kisahlah dengan bos skrg... janji aku dapat rezeki yang halal. aku cuma yang terbaik untuk memuaskan hati bos

walau macanana dingin dan panas dunia pekerjaan di sini.. aku tetap aku terus bekerja.. untuk hidup.  Terima kasih UTM.
dan syukur alhamdullilah bulan ni rezeki overtime aku.  bolehlah lepas buat bayar topup.. aduhhh.. bayar topup je??? jadilah.. lepas gak untuk berjalan ke melaka... dah rezeki segitu.
buat yang terbaik untuk segala tugas yang diberi