Aduhhhh...!!! aku kena keluar lagi.. 3 hari je. Ikut hati memang taknak pegi.. dan aku dah bagitahu pihak atasan.. tapi apakan daya... tugas tetap tugas... aku telah di call n di.sms kenapa aku nak tolak... apa alasan aku.. takkan kerana malassss...????
Hari sabtu aku bekerja dari pagi hingga petang untuk mendaftaran pelajar Krew MTM. Sebelah petang anak gadis itu nak ikut.. kerana kasihan tengok dia yang beriya2 nak ikut.. akhirnya aku bawa dia ke dewan pendaftaran. Riang ria dia berlari dalam dewan sebab rumah aku maksimum kebesarannya menyukarkan dia untuk bebas berlari.
Pagi ahad aku dah dijemput oleh pemandu untuk ke Tiara Beach Resort, port dickson dengan hati yang terpaksa rela meninggalkan umairah lagi.
Disana.. aku mengambil keputusan untuk mandi-manda di kolamnya yg besar...woowwww.. best.... cam lupa soal anak... hehehe...
Kat sana kami bertindak sebagai urusetia... aku kena jaga statistik pelajar.. ramai gak yang hadir.. aku juga bertindak menguruskan budak sakit.. malam pertama setengah jam gak kat hospital PD menguruskan pelajar.. Pagi terbangun lewat sikit dan maaf ya urusetia tak beriadah pagi ni. Last2 dengar cam mimpi je budak mengira.. 1,2,3,4,5,6,7,8... tengah warm up.
Bab makan.. not bad.. dan program okey.. walau pun tak berapa lancar kerana ada 'ulat yang suka menggigit daun... kacau daun... tapi semuanya under control. Time tu aku tengah giler dengan novel cuma dia dari alaf 21.





Masalah lagi satu plak.. tempahan nama yang aku booking my group di Air Asia terdouble nama. So 2 orang nama tak masuk. Masalah!!! lagi. Nasib baik jam 4.00 pagi dia call untuk perubahan nama setelah aku berhempas pulas menelefon sana sini untuk perubahan nama. Apabila done je... baru aku rasa lega. Tiba LCCT awal gak.. dalam jam 5.15 pagi. Tapi kerana pelajar dan barangan yang agak banyak di bawa menjadikan semuanya agak lambat. Yang group aku dan beberapa orang lagi, kami guna check in by web.. so.. untuk check in barang je yang lambat sikit. Last2 barangan banyak yang kena tinggal. Tiba kat Bandara Minangkabau plak.. kami diperiksa mengikut daftar beg sedangkan masa kat LCCT aku campurkan beg untuk jimat berat. Lama gak baru terkumpul semua. 
Seterusnya kami dihantar ke Ampek Lingkuang dan Tapoz. Kira delegasi pelajar ni kena bahagi 2. Aku kena jaga kat Ampek Liangkuang iaitu kena mengecat masjid, pemeriksaan kesihatan, bersunat massal, sukaneka dan senam robik. Penginapan plak di rumah yang disewa untuk pelajar perempuan. Segalanya berjalan dengan lancar. Cuma cuaca agak panas di waktu malam menyebabkan aku selalu terbayangkan bilik tidur sendiri. Tang makan aku tak rasa masalah... cuma kat rumah tu susah sikit nak dapat air manis.. yang ada aqua je. Biasanya masuk kandang kambing kena mengembek...





Isnin pagi.. kami bersiap untuk pulang ke Malaysia... huh!!! puas di tanah minang.. perjalanan ke Malaysia berjalan lancar. Selamat tinggal.. deni, rizki, cecep, elga dan semua student Universiti Andalas yang menyertai dan membantu program 'MENITI SINAR KASIH PADANG' (MERSIK)... korang memang best...!!!! 
