Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, June 30, 2010

Kursus Krew MTM

Aduhhhh...!!! aku kena keluar lagi.. 3 hari je.  Ikut hati memang taknak pegi.. dan aku dah bagitahu pihak atasan.. tapi apakan daya... tugas tetap tugas... aku telah di call n di.sms kenapa aku nak tolak... apa alasan aku.. takkan kerana malassss...????

Hari sabtu aku bekerja dari pagi hingga petang untuk mendaftaran pelajar Krew MTM.  Sebelah petang anak gadis itu nak ikut.. kerana kasihan tengok dia yang beriya2 nak ikut.. akhirnya aku bawa dia ke dewan pendaftaran.  Riang ria dia berlari dalam dewan sebab rumah aku maksimum kebesarannya menyukarkan dia untuk bebas berlari.

Pagi ahad aku dah dijemput oleh pemandu untuk ke Tiara Beach Resort, port dickson dengan hati yang terpaksa rela meninggalkan umairah lagi.

Disana.. aku mengambil keputusan untuk mandi-manda di kolamnya yg besar...woowwww.. best.... cam lupa soal anak... hehehe...

Kat sana kami bertindak sebagai urusetia... aku kena jaga statistik pelajar.. ramai gak yang hadir.. aku juga bertindak menguruskan budak sakit.. malam pertama setengah jam gak kat hospital PD menguruskan pelajar.. Pagi terbangun lewat sikit dan maaf ya urusetia tak beriadah pagi ni.  Last2 dengar cam mimpi je budak mengira.. 1,2,3,4,5,6,7,8... tengah warm up.

Bab makan.. not bad..  dan program okey.. walau pun tak berapa lancar kerana ada 'ulat yang suka menggigit daun... kacau daun...  tapi semuanya under control.  Time tu aku tengah giler dengan novel cuma dia dari alaf 21.

No comments: