Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Tuesday, May 17, 2011

Ho Chi Minh masih dihati

Cite Ho Chi Minh ni dah basi tapi dia masih kekal dalam kenangan.  Kali ke 2 aku menjejakkan kaki di bumi Saigon dengan Tn. Hj. Rashid (macam dah tua je) dengan crew2nya.  Terima kasih tn. hj. di atas kepercayaan yang diberikan.

Lawatan sama gak cam dulu . aku suka jer.. enjoy dan release stress.  Dari Johor aku tumpang Syafik yang baru bekerja kat opis ini.. thank shafiq... turun kat hentian Serdang ditunggu oleh boss aku tu.  Terus dinner.. dan dapat berita tentang tsunami di Jepun. 

Pagi kami berangkat dari Putrajaya dan penginapan aku di sana dengan Ana dan Pn. Halimah.  Nasib baik diorang okey dengan aku yang bermasalah waktu malam ni (dalam tido aku buat bising).  Perubahan yang berlaku...cuma makanan kat halal saigon ada perubahan.. tambahan bubur yang sedap untuk baby dan tambahan senarai panjang dalam list aku untuk membeli baju2 kat sana.
War muzium, lepak kat luar je

Bom gergasi

Hari pertama cam biasa perjalanan ke sekitar bandar Ho Chi Minh.  War Muzium, pasar Bant Thanh masih tetap di hati.  Hard Rock destinasi wajib untuk Tn. Hj. Rashid yang merupakan pengguna setia brand Hard Rock.  Aku cam tu gak.. tapi yang tak original.  Ikut kemampuan aku.

Hari kedua kami ke sungai mekong.  Barang dalam list aku tak panjang.. beg yang tercatat perkataan vietnam je. Menaiki sampan menyusuri sungai memang aku enjoy.. tapi biasalah.. aku ni muatan berat yang kena sebelah kiri untuk memberi laluan kepada orang lain memotong.  No. hal janji kita enjoy.

Ana... sporting gak budak ni.. time menyusuri sungai Mekong

Aduhh.. bot aku dipotong lagi.. maklumlah muatan berat

Hari ketiga ke Chu Chi Tunnel. Dalam masa 4 bulan aku dah ke situ semula memang tak nampak sangat perubahan.  Dan aku dah boleh hafal penerangan tourist guide tu.  Cuma jalan sekitar ho chi minh aku masih belum khatam lagi.  Berselirat lagi dalam kepala ni.
Chu Chi tunnel, Mukriz dan mizan



Malam tu kami berangkat pulang.  Barang aku pun cam terlebih sudah ni.
beg masa balik

Selasa pagi i flight ke JB.  Confirm 1 beg yang ter20kg tu aku dah kurangkan jadi 15kg dah hand laguage aku dijadikan ke 7 kg.. ada barang yang terpaksa ditinggalkan
View di udara masa balik dari kl ke jb.. waktu pagi..

No comments: