Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, July 13, 2011

Tanah Kubur

Alhamdullillah.. hari ahad lepas sempat aku, joy n umairah menziarahi kubur arwah mak aku.. Sadiah bte Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 April 2005.  Dah 6 tahun mak meninggalkan kami semua. Alfatihah... Moga roh mak aman n tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Dah hampir 2 bulan tak menziarahi kubur mak... Kira dah lama gak le tu... Masa arwah.. ada mak memang jenis yang tak lokek dengan anak2... sayang mak...

2 minggu sebelum tu ada gak aku balik Bukit Besar,, tapi tak singgah... dan nampak dari kejauhan tanah kubur tu... time tu aku berdua dengan umairah... aku pun bercerita kat dia ... 'itu kubur mak ibu.. sedihnya mak dah takde...' (dalam nada sedih).. dan aku pun buatlah ala-ala sedu sedan...  Umairah yang kecil tu menyabarkan aku.. " sabar ya bu... janganlah nangis.. sabar bu.. sabar bu.."... terharu aku dengan kata-kata umairah yang nak masuk 4 tahun tu.. terima kasih sayang..

So... minggu lepas masa keluar dan aku bagitahu yang aku nak singgah kubur.. dia excited nak temankan ke kubur..  bila tiba kat kubur.. aku pun pergi ke kubur mak... umairah cam pelik je.. dia kata "banyaknya kubur mak ibu"... aduhhh kelakar plak.. ini kubur mak ibu.. itu kubur orang lain.... barulah dia faham.. dan skrg bila tanya.. dia kata kubur mak ibu satu.. kecik aje.. yang banyak2 tu kubur orang lain punya...

betul ke ada orang kata yang budak kecik jangan tengok sangat tanah kubur ni.. tak kiralah kubur bangsa apa... takut dia jadi pelupa.. betul ke penyataan itu?


anis umairah... moga jadi anak yang membahagiakan ibu n ayah..

sekadar hiasan tanah kubur

No comments: