Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, July 2, 2012

sekolah, pelajaran, exam dan result

Sekolah tadika sekarang banyak memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak.  Bukan sekolah makan dan minum je.  Pada aku bagus gak... bukan apa.. budak2 sekarang ni advance.. so.. dengan teknik-teknik yang sebegitu.. membuatkan budak2 tak rasa gentar apabila melalui sesuatu perkara dalam menjalani kehidupan di sekolah yang lebih tinggi. 

Contoh paling jelas sekolah Tadika Indah Ria... anak aku sekolah murah je.. walaupun camtu pada aku yang tak berapa berduit ni.. sekolah ni pun dah kira okey.. rabak gak hampir rm200.00 dengan van setiap bulan.  Mungkin konsep aku ada beza sikit dengan konsep orang lain.. bukan tak mahu hantar ke tadika bagus2.. mahu tapi banyak faktor aku kena kira.. 1. ofcz le kewangan.. 2. just nak kenal2 dunia persekolahan (nak xpose anak je).. 3. permulaan sekolah dan mula nak mengetahui ilmu2 asas je.. 4.pembelajaran sek. murah ke.. sek mahal.. cikgu ajar ramai2.. bukan dia ajar anak kita sorang dan memberi penekanan untuk anak kita je..... so memadai le dengan sekolah tu.. (ibubapa pun kena pantau anak tak kira sek. mahal atau murah.. aku ni pandai cakap. je.. aku sendiri tak berapa memantau anak)..  5. aku tak mahu sek. tu hanya suruh anak aku main dan makan je..  (that y le aku tak pilih sekolah free).. dipendekkan kata kita bebas memilih berdasarkan kewangan, pemikiran dan kesanggupan

3 minggu sebelum exam aku dapat jadual periksa.. tersenggih aku.. cam nak ambil periksa besar je.. so time exam aku ingatkan gak.. alah.. bukan nak periksa besar pun... tapi kena buat gak betul2.. sekolah dia ni memang setiap hari ada homework..  biasanya 3 homework so setiap hari kena check buku dia.. check ajerrr... bukan mengajo sangat.. sebab aku ni jenis cepat gak naik anginnya.. 

dan 2 minggu lepas.. time ambil report card...aku gi le...saja nak dengar respon teacher.. sebab kalo menurut si anak semua dia okey... cam setiap hari dapat chop good.. tak espect pun dia dapat tempat 2nd. Dan menurut kata teachernya.. dia okey.. antara yang okey.. cuma dia cepat boring.. kalo dia dah tahu dia jenis malas nak baca lagi.. taknak ulang2.. walhal dia kena baca dengan kuat supaya kawan2 boleh ikut.. Bahasa melayu 100%, math 98%, sains 98%, bahasa inggeris 98%, apa lagi yang dikira.. dan yang tak dikira.. lukisan, agama, moral.. tak silap semuanya salah satu.. dia cuai le tu  dan markahnya sama dengan tempat ketiga.. cuma lukisan dia lebih baik untuk menentukan dia ditempat kedua..dan dia ni ketua group.
ini baru penilaian pertama.. tapi aku doakan dia sentiasa teratas dalam pelajarannya. 

hari isnin dia bawa balik piala.. rupanya ada majlis penyerahan hadiah.. bawalah balik piala.  dia kata emak kawan dia yang dapat no. 1.. menangis.. mesti menangis gembira.. dan ibu pun tumpang bangga dengan kejayaan pertama anis umairah.. teruskan usaha yang sayang... dan hari berikutnya dia membaca pulang pemadam, pensil dan pengorek.. dia dapat sebab dia dapat jawap banyak untuk spelling.. 

piala tempat kedua
bertubuh kecil dan sangar rendah anis umairah



No comments: