Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, May 18, 2012

Memayungi Dua Cahayamata

Alhamdullillah.. rezeki kurniaan Allah... 

CAHAYAMATAKU
11 Mei 2012 jam 4.30 petang aku berjaya mengendong seorang lagi cahayamata kedua... anak perempuan bernama AMNI QAIREEN.  Lahirnya dia pada 11 Mei 2012 jam 2.50 petang bersamaan 19 Jamadilakhir1433H dengan beratnya 2.85 di Hospital Sultan Ismail.  Mudahnyakan aku mendapat anak kedua nikan... hahahah.. Rezeki.. lagipun dia ni bukan orang lain..kami ada pertalian darah.  Dan tak semudah yang dibayangkan... mungkin ada hati yang terluka akibat janji yang telah dibuat dan untuk melaksanakannya mengalirlah airmata.   Maafkan aku... insyallah aku takkan putuskan pertalian yang ada

KETENANGAN KEBAIKAN
Amni Qaireen mengikut pencarian melalui google bermakna Amni-ketenangan dan Qaireen -Kebaikan.. aku nak anak aku ni seorang yang tenang dan baik dalam menangani liku-liku kehidupan kelak.  Menjadi anak yang menghormati orang tua... tenang dalam segala ujian, sopan santun, bijak, sihat dan baik didunia dan akhirat.. tinggi gak harapan seorang ibu kepada anaknya.  Nama Amni.. Umairah yang bagi.. sebelum ni dia nak namakan Amni Soffiya... tapi kerana ada insan yang lebih berhak untuk menamakan suruh aku meletakkan huruf Q.. maka dengan senang hati Mr. Z mencari huruf Q.. kalau ikut aku yang malas nak mencari ni nak namakan Qalisya atau Qaira.. tapi Mr. Z lebih nak menamakan Qaireen.. cam kurang sikit yang gunakan nama Qaireen tu... dan itu mendapat kelulusan dari aku.  Baru boleh guna.. heheh.. kalo tak ada aje bangkangan... bukan apa.. tukar pendapat je.. saya setuju nama tu Mr. Z

PERUBAHAN JADUAL
Anak kedua ni aku cuba jaga sepenuhnya.. xspecially waktu malam... anak pertama dulu.. dalam hari aku sub je kat kampung.. so lepas habis hari aku bawa balik rumah.. dia menangis.. aku pun nangis sama.. jadi yang kedua aku taknak peristiwa berulang lagi.. nampak gayanya jadual tidur aku berubah le.. aku kena tidur awal dulu.. habis isyak je.. dalam jam 9 aku dah tidur.. dalam kul 11 aku bangun... kalo baby okey.. aku sambung tidur.. jam 3 pun cam tu.. aku bersedia untuk berjaga.... 2 malam lepas aku macam bermimpi.. dengar baby nangis.. Mr. Z kejutkan aku.. rupanya anak sendiri yang menangis... Jam 4 biasanya aku sambung tidur sampai jam 6.30.. aduuhhh... kurang sikit waktu tidur.. tapi takpe.. untuk kesenangan bersama.... 

JAUNDICE
Amni Qaireen gak tak terlepas dari kena penyakit kuning.. walhal bapanya dah ingatkan untuk aku mandikan dengan serbuk kuning tu... tapi nasib dia.. so hari ke 3 kitorang bawa dia gi klinik.. tinggi gak kata nurse.. 10.6, hari ke 4 camtu gak.. 8.8 hari ke 6 baru okey 5.6.. dan alhamdullillah dah tak perlu bawa gi klinik.. dia ni memang kuat menyusu.. alamakkk.. kena ingat hari ni aku kena belikan susu... 

SUSU LACTOGEN
bab susu plak.. aku ni jenis kedekut ke.. ??? orang selalu cite guna susu bagus2.. untuk otak. tulang dan kulit.. tapi aku plak jenis suka ikut kakak-kakak aku.. (kira ambil yang baik le) dia orang kata susu ikut keserasian dan tak perlu mahal.. susu yang baik belum tentu menjadikan otak yang bagus.. kena belajar gak nanti.. cuma aku harap anak dapat tubuh dan otak yang sihat.. so aku gunakan lactogen je.. sederhana.. yang penting cara didikan aku nanti.. bukan faktor susu semata.... tapi aku tak menafikan susu ibu susu terbaik.  Susu lembu??? Lebih kurang aje bagaimana dia terhasil... cara promotion dan pengikalanan diorang yang buat ibubapa tergoda..

PENJAGA
Nasib baik billa ada time camni.. billa baru habis belajar dari Politeknik Merlimau.. Diploma in Management le kalo tak silap.. kalo salah dalam Marketing le.. So secara kebetulan dia baru habis exam final minggu lepas.. then dia bercuti ke Sarawak.. lepas tu dia terus dapat offer  menjaga anak aku... Gaji dia... hehehe.. aku bayar le sikit.. tak gak sikit.. tapi okeylah.. lepas le kot dia nak bayar viva dia.. sabtu dan ahad aku bagi cuti.. makan ditanggung (dia makan sikit sangat) aku nikan jenis majikan yang baik.. malam rehat.. tolong le basuh pinggan mangkuk tu ya.. tapi dia okey.. semua perkakasan baby dia settle.. termasuk basuh baju.. dan bawa baby round2 lagi naik kete.

HARAPANKU
Walaupun Anis Umairah dan Amni Qaireen bukan darah dagingku tapi aku berjanji akan menjaga diorang sebaik-baiknya.  Aku belum di berikan rezeki untuk memiliki anak sendiri.. tetapi aku rasa aku memang seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang sangat-sangat aku sayang.. sepertimana aku selalu bagitahu anak pertama.. dialah nyawa aku.. dan anak kedua.. dialah jiwa aku.. aku sayang anak-anak aku.. mungkin orang tengok aku ni jenis selalu tinggalkan anak.. jenis tak ambil kisah sangat.. jenis take it easy... tapi di sudut hati aku ni aku memang sayangkan diorang.. aku selalu terfikir bila aku takde anak.. sapa yang sudi menjaga aku dihari tua..?? aku pun tak tahu nanti kasih sayang diorang kepada aku.. ?? adakah diorang yang akan jaga aku dihari tua?? di waktu aku sakit?? cuma aku boleh berdoa dioranglah yang akan melindungi aku pula dihari tua diwaktu aku sakit.. berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama seperti sebuah keluarga bahagia yang lain.. moga budi yang baik di balas baik juga.. dan Ya Allah yang tuhanku...  semoga aku berjaya memayungi dua orang cahaya mata kurniaan mu ke jalanmu didunia dan diakhirat... jadikan mereka berdua anak yang sentiasa membahagiakan penjaganya.

Aminnn..

No comments: