Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, September 13, 2017

RINDU PADA DIA

Lately ni aku rasa rindu sangat kat dia... dah 12 tahun dia meninggalkan aku.  Dia pergi meninggalkan segalanya.. yang dibawa hanya iman.

Pemergian dia pada 20 April 2005.  Selepas solat subuh.. sebelum solat subuh.. kami adik beradik disuruh solat secara bergilir sebab melihatkan keadaannya yang agak kritikal.  Masa tu kat rumah.. dia dah seminggu terlantar.. masih terbayang dia terbaring di ruang tamu tengah (rumah felda agak besar.. ada ruang tamu depan.. ada ruang tamu tengah).  

Dia memang ada sakit.. ada kencing manis.  Tapi kadang2 dia berkeinginan untuk minum air manis.. dia selalu sembunyi2 beli air gas.  Hahaha.. dan selalu kantoi.. dia kata teringin.. sian dia.. takkan nak minum air masak jer.  Dia kena makan ubat.. biasalah orang tua.. kadang2 makan.. kadang2 miss

Dia memang seorang yang pemurah.. suka ketawa.. paling tak tahan dia selalu bercakap sambil ketawa bila dia nak bercerita yang kelakar @ ada peristiwa yang kelakar yang hendak diceritakan.. jadi sambil cerita sambil dia ketawa.. rindunya suara ketawa tu..

Sekarang semua tu dah takde.. aku hilang tempat untuk aku bercerita semuanya.. aku hilang manusia yang paling aku sayang.. aku hilang dia (time aku menaip ni.. sambil aku mengalirkan air mata).. dia pergi selepas 9 bulan aku berkahwin.   Diawal dia pergi.. aku selalu menaip mesej dalam hp dan aku post kat no. yang sama.. aku type perasaan rindu dan aduan (lebih2 lagi bila aku bergaduh dengan sleeping partner aku).  Seolah2 aku mengadu kat dia. 

Alhamdullilah dia sempat melihat aku kawin.. memang impian dia taknak aku keseorangan bila dia takde.. dia terlalu banyak berusaha untuk mendapatkan aku jodoh.  Cuba rekomenkan dan pelbagai usaha.  Jodoh!!! alhamdullilah aku bertemu jodoh akhirnya.. diusia 30tahun.. berkenalan, bertunang, berkawin.. tak sempat nak kawan.. kawan sehari.. jumpa pukul 3petang.. pukul 10malam family dia call untuk hantaran rombongan merisik hari lusanya.  Esoknya aku jumpa jam 5 untuk beli cincin.. jam 5.30 aku dah balik (sebab jodoh aku tu kerja part time pukul 5.30ptg). Time aku bagitahu ada orang nak merisik.. dia mengalirkan airmata.. airmata gembira sebab anak bongsu pompuan ni ada yang sudi.. sedihnya rasa.. tapi bersyukur dapat menggembirakan hati dia.  Sebelum ni jiran tetangga ada yang mengejek2 aku untuk disuruh kawin dengan orang ni.. dengan orang tu.. dikhabarkan melalui dia.. aku tahu dia simpati kat aku.. tapi soal jodoh susah nak kata.. aku pompuan.. aku boleh menunggu.. kalo aku lelaki dah lama aku kawin.. aku pergi meminang orang.

Alamakkk.. dah tak tahan.. hati aku pedih ni.. 
Dia insan yang aku sayang... SADIAH ABD RAHMAN...
Makkkkk.. ketahuilah makkk.. yang orang sangattt sayangkan mak.. 
Semoga mak ditempat dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana..
Insyallah nanti kita berjumpa di alam lain.
Manja sayang kat mak.




No comments: