Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Wednesday, July 17, 2019

BOJOY DALAM KENANGAN

Cerita sedih di tahun 2018...
Last kita outing joy hujung bulan januari.. aku stay kat Lotus desaru dengan family Mr. Z.. pastu kita set time untuk picnic kat batu layar.. so dari desaru aku ke batu layar... time tu memang ko dah mengadu sakit-sakit

Selepas balik program tu.. ko check in kat hsa selepas ko pengsan kat tempat kerja.
aku doakan ko sihat joy.. aku suruh kalo boleh org lain yg sakit gantikan tempat ko
bila ko keluar hsa.. ko kena lagi.. dan ko pindah ke kpj puteri.. time ni memacam adegan berlaku termasuk kereta aku kena towing.. parking ditempat harammm.. so.. nak kuarkan kete kena bayar rm300+++.. demi ko joy.. aku rela

selepas operate ko keluar dari puteri.. dan time tu aku nak merambu ke jepun (tokyo, osaka, kyoto)..aku harap ko sembuh joy.. aku macam dah takde kawan time ko sakit.. aku rindu time ko sihat joy..

masa kat jepun.. aku dapat berita ko positif cancer.. aduhhh joy.. rabaknya hati aku... aku doakan ko sembuh joy

selepas tu.. lagi sekali ko ke puteri.. untuk check up.. tapi memang ko lemak time tu.. ko kena check in.. takpe joy.. mudah2an kot sembuh...

tapi.. tarikh 19/4... ko memang dah lemah.. ko dimasukkan ke hospital kulai.. aku datang malam tu.. aku sayang ko joy

20/4/2018.. ko menghembuskan nafas terakhir... tarikh ko pergi dari dunia ni.. sama dengan tarikh mak meninggalkan kita.. ko tinggalkan segalanya.. ko tinggalkan adik ko ni joy... joy.. ko tahukan aku sangat2 sayangkan ko... 

joy.. masa ko pergi.. aku rasa aku kehilangan kakak.. kawan berborak waktu malam.. kawan bercerita.. kawan membawang.. kawan yang memahami aku.. ko kakak aku yang aku sayangggggg joy.. aku rindukan ko joy

masa type catatan ni.. air mata aku mengalir joy.. aku sedih.. aku rindu.. aku sebak.. sebab aku sayangggggkan ko..

moga ko tenang disana.. ditempatkan di kalangan org beriman.. aku pun aku menyusul joy ke sana..

No comments: