Diriku ini..
Thursday, December 23, 2021
CUTI-CUTI MALAYSIA - GENTING HIGHLAND1
CUTI-CUTI MALAYSIA 2021 - SABAH
Tiket pun dah lama beli.. bila gomen umumkan border negeri2 dah buka.. maka... terhasillah program CUTI-CUTI MALAYSIA 2021
Aku ke sabah pada 5-7 November. Bawa trip seramai 27 orang. Bawa pakcik2 & makcik2 felda Lok Heng, Bkt Easter & Simpang Waha. 3 felda 1 gugusan. Sebenarnya trip ni sambungan dari trip tahun lepas yang bawa dalam 13 orang.. ini lebihan yang nak gi juga selepas tak dapat pergi tahun lepas sebab kes Covid meninggi masa pilihanraya sabah. So, masa nak gi kena sweb test rtk... korek le hidung.. aku buat kat tmn sri orked... aduhhh.. terasa gak masa di joloknya lubang hidung.
HARI 1
Dari JB flight jam 10.10.. jadi pukul 7.30 pagi dah tiba airport.. (tq EO romli) tolong hantar ke airport.. dah settle check in bag... baru gi breakfast.. penerbangan macam biasa on time and time di KK kitorang gi lunch. Pakej ni include lunch bagai.. so after lunch.. terus ke rumah terbalik.. habis progam rumah terbalik.. hujan turun mencurah2.. jadi tak dapat pengalaman melintasi jambatan tamparuli... lintas pakai bas jer.. tanpa turun.. dah dalam hujan juga terus ke masjid menunaikan solat jamak.. hujan terus turun.. sampai ke Kundasang.. terus check in Ayana Holidays dan menikmati makan malam
bas yang selesa membawa kami meneroka keindahan sabah |
penampakkan aku disitu.. dah macam staf AA gak.. tolong tunjukkan detail peserta (report rtk & enter to sabah) |
antara peserta yang join trip ni |
bos besar |
lunch |
antara yang join |
next destination |
rumah terbalik |
Kat situ plak takde bilik lagi.. ngam2.. so aku terpaksa bermalam di JR resident.. curam betul masa nak turun resort tu.. menapak 1 persatu ler... penganjur kenalah berkorban. Tiba bilik plak.. dalam bilik ada ada plak batu besar dalam bilik air... & bilik airnya cukup luas.
HARI 2
Esok pagi alhamdullilah cuaca cukup cerah dan terang.. diorg keluar check out jer terus dapat tengok gunung kinabalu yang tersergam... tanpa awan.. tanpa kabus.. program bermula dengan sarapan, meronda pasar tamu kundasang.. terus ke sabah tea.. kat sini plak aku sibuk bokingkan breakfast untuk diorg masa otw back.. takut lapar... spa fish luanti.. diorg rasa seronok disini.. poring (diorg dah taknak turun).. terus lunch di Ranau, pekan Nabalu... yayasan sabah.. solat di masjid bandaraya.. terus ke pasar filipine & dinner (pembiayaan sendiri) di Todak.
HARI 3
Pasar tamu gaya pagi tu dan terus pulang ke airport.. flight tengahari jam 12.35 dan tiba di JB dalam jam 03.05 petang.
CUTI-CUTI MALAYSIA 2021 - PENANG
Aku gi penang pada 28 -30 oktober apa bila kerajaan mengumumkan boleh rentas negeri. Sebenarnya tiket dah lama beli.. asyik le pospone apabila dapat notification dari AA. So bila dapat gi jer.. memang tak lepaskan peluang.. dah lama tak naik flight.. dah lama tak jalan2 tempat orang.. so i'm flight... tujuan kat sana gak nak gi pulau jerejak.. kira tempat target le gitu. Flight tengahari dan aku bercuti hari khamis.
Kat sana aku sewa exora.. (kereta yang aku boleh bawa).. kitorang semua 10 orang.. aku ber3, nana, sal ber4 dan 2 orang lagi kawan sal.. padat le kereta.. so.. masa gi terpaksa nana ambil grab & bawa beg bersama.. time nak check in kat bayview hotel.. makkk oiii.. punyalah lama.. takde le panjang sangat que.. tapi maybe sop yang menyebabkan lama. Dah check in kerana plak menunggu hingga bilik siap.. mak oooiii.. double stress gitu.
Hari pertama tak kemana sangat.. dapat makan nasi kandar hameediyah & pusing2.. avartar tak buka pun... gelap...
bosan menunggu untuk dapatkan bilik |
meronda2 depan hotel |
Hari kedua ingin ke P. Jerejak.. tapi close & tak tahu bila akan dibuka... so.. gi penang hill.. aku tak naik.. diorg naik.. entahlah rasa letih bawa kete.. pastu gi chowrasta.. tak turun.. sebabnya.. takde parking & jem.. dah mula stress ni.. ambil beg dari bayview hotel.. kena hantar ke batu ferringgi plak.. double stress... Ptg tu dapat gi sungai 2.. melalui jambatan lama.. balik nanti baru lalu jambatan baru.. dapatlah merasa mee udang sungai 2.. jadilah.. dari situ nak balik ke batu feringgi.. jem.. stress giler rasanya... Malam diorg gi pasar malam batu feringgi.. aku lepak dalam kete jer..
kaki penang hill |
kat atas.. yang pasti aku malas nak naik |
Esok aku dah deal dengan Azim untuk ambil beg and hantar kat airport. So pagi tu dapat sarapan kat lorong kulit... & meronda situ.. pastu hantar gi rumah p. ramlee. Dah tengahari gi chowrasta lagi sekali.. jalan jem lagi.. stress.. ptg gi airport & balik.
depan hard rock penang |
depan rumah p ramlee |
dalam apartment masa nak check out |
menunggu flight nak balik jb |
dalam rumah p ramlee.. macam ada tahlil arwah plak |
Agak tak puas berjalan ke penang untuk kali ni.... sebabnya stress drive and mengadap jalan jem