Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 23, 2021

CUTI-CUTI MALAYSIA 2021 - SABAH

Tiket pun dah lama beli.. bila gomen umumkan border negeri2 dah buka.. maka... terhasillah program CUTI-CUTI MALAYSIA 2021

Aku ke sabah pada 5-7 November.  Bawa trip seramai 27 orang. Bawa pakcik2 & makcik2 felda Lok Heng, Bkt Easter & Simpang Waha. 3 felda 1 gugusan.  Sebenarnya trip ni sambungan dari trip tahun lepas yang bawa dalam 13 orang.. ini lebihan yang nak gi juga selepas tak dapat pergi tahun lepas sebab kes Covid meninggi masa pilihanraya sabah.  So, masa nak gi kena sweb test rtk... korek le hidung.. aku buat kat tmn sri orked... aduhhh.. terasa gak masa di joloknya lubang hidung.

HARI 1

Dari JB flight jam 10.10.. jadi pukul 7.30 pagi dah tiba airport.. (tq EO romli) tolong hantar ke airport.. dah settle check in bag... baru gi breakfast.. penerbangan macam biasa on time and time di KK kitorang gi lunch.  Pakej ni include lunch bagai.. so after lunch.. terus ke rumah terbalik.. habis progam rumah terbalik.. hujan turun mencurah2.. jadi tak dapat pengalaman melintasi jambatan tamparuli... lintas pakai bas jer.. tanpa turun.. dah dalam hujan juga terus ke masjid menunaikan solat jamak.. hujan terus turun.. sampai ke Kundasang.. terus check in Ayana Holidays dan menikmati makan malam


bas yang selesa membawa kami meneroka keindahan sabah

penampakkan aku disitu.. dah macam staf AA gak.. tolong tunjukkan detail peserta (report rtk & enter to sabah)

antara peserta yang join trip ni

 
bos besar

lunch

antara yang join

next destination

rumah terbalik

Kat situ plak takde bilik lagi.. ngam2.. so aku terpaksa bermalam di JR resident.. curam betul masa nak turun resort tu.. menapak 1 persatu ler... penganjur kenalah berkorban. Tiba bilik plak.. dalam bilik ada ada plak batu besar dalam bilik air... & bilik airnya cukup luas.

                    

                   HARI 2

Esok pagi alhamdullilah cuaca cukup cerah dan terang.. diorg keluar check out jer terus dapat tengok gunung kinabalu yang tersergam... tanpa awan.. tanpa kabus.. program bermula dengan sarapan, meronda pasar tamu kundasang.. terus ke sabah tea.. kat sini plak aku sibuk bokingkan breakfast untuk diorg masa otw back.. takut lapar... spa fish luanti.. diorg rasa seronok disini.. poring (diorg dah taknak turun).. terus lunch di Ranau, pekan Nabalu... yayasan sabah.. solat di masjid bandaraya.. terus ke pasar filipine & dinner (pembiayaan sendiri) di Todak.

 

HARI 3   

Pasar tamu gaya pagi tu dan terus pulang ke airport.. flight tengahari jam 12.35 dan tiba di JB dalam jam 03.05 petang.


 



No comments: