Aku gi penang pada 28 -30 oktober apa bila kerajaan mengumumkan boleh rentas negeri. Sebenarnya tiket dah lama beli.. asyik le pospone apabila dapat notification dari AA. So bila dapat gi jer.. memang tak lepaskan peluang.. dah lama tak naik flight.. dah lama tak jalan2 tempat orang.. so i'm flight... tujuan kat sana gak nak gi pulau jerejak.. kira tempat target le gitu. Flight tengahari dan aku bercuti hari khamis.
Kat sana aku sewa exora.. (kereta yang aku boleh bawa).. kitorang semua 10 orang.. aku ber3, nana, sal ber4 dan 2 orang lagi kawan sal.. padat le kereta.. so.. masa gi terpaksa nana ambil grab & bawa beg bersama.. time nak check in kat bayview hotel.. makkk oiii.. punyalah lama.. takde le panjang sangat que.. tapi maybe sop yang menyebabkan lama. Dah check in kerana plak menunggu hingga bilik siap.. mak oooiii.. double stress gitu.
Hari pertama tak kemana sangat.. dapat makan nasi kandar hameediyah & pusing2.. avartar tak buka pun... gelap...
|
bosan menunggu untuk dapatkan bilik |
|
meronda2 depan hotel |
Hari kedua ingin ke P. Jerejak.. tapi close & tak tahu bila akan dibuka... so.. gi penang hill.. aku tak naik.. diorg naik.. entahlah rasa letih bawa kete.. pastu gi chowrasta.. tak turun.. sebabnya.. takde parking & jem.. dah mula stress ni.. ambil beg dari bayview hotel.. kena hantar ke batu ferringgi plak.. double stress... Ptg tu dapat gi sungai 2.. melalui jambatan lama.. balik nanti baru lalu jambatan baru.. dapatlah merasa mee udang sungai 2.. jadilah.. dari situ nak balik ke batu feringgi.. jem.. stress giler rasanya... Malam diorg gi pasar malam batu feringgi.. aku lepak dalam kete jer..
|
kaki penang hill |
|
kat atas.. yang pasti aku malas nak naik |
Esok aku dah deal dengan Azim untuk ambil beg and hantar kat airport. So pagi tu dapat sarapan kat lorong kulit... & meronda situ.. pastu hantar gi rumah p. ramlee. Dah tengahari gi chowrasta lagi sekali.. jalan jem lagi.. stress.. ptg gi airport & balik.
|
depan hard rock penang |
|
depan rumah p ramlee |
|
dalam apartment masa nak check out |
|
menunggu flight nak balik jb |
|
dalam rumah p ramlee.. macam ada tahlil arwah plak |
Agak tak puas berjalan ke penang untuk kali ni.... sebabnya stress drive and mengadap jalan jem
No comments:
Post a Comment