Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, July 25, 2013

2 keluarga enjoy di negeri dibawah bayu

Percutian kami sekeluarga untuk tahun ni ke sabah.  Sebenarnya aku beli tiket ikut lokasi yang umairah belum pergi.. ke sarawak sudah.. so kami ke sabah kali ini.  Aku takde le teruja sangat sbb ini kali ke ... lebih kot 5 kali ke sana.. selalunya bawa group... kali ni bawa family
my family

azura family

jambatan gantung

rendam kaki di poring


view desa farm


comotnya amni

aku tersembunyi

Percutian ni sebenarnya untuk dua keluarga.. keluarga aku seramai 4 orang dan keluarga my bff azura 5 orang.  Kami menginap di promode apartment services je.. dan menyewa sebuah kereta exora untuk pergerakkan kami.  Bertolak hari jumaat.. tapi dalam jam 8.00.. terus ke KK.  Check in hotel dan terus melepak kat bilik.. esok kami akan keluar untuk ke kundasang jam 7.00 pagi.

Hari kedua.. memang kami habiskan di kundasang.. lokasi pertama di jambatan tamparuli.. bukan lalu jambatan gantung tu.. tapi membeli breakfast untuk naik ke kundasang.. kami terus ke timpohon.. melihat keindahan gunung kinabalu.  Perjalanan di teruskan ke kinabalu park, poring (diorang menaiki jambatan gantung yang tinggi tu).. rendam kaki di air panas poring.. makan kat ranau... alamak lupa apa nama nasi yang fadil makan tu.. aku memang suka lauk kampung.. mr. z beli paku pakis.. i like.... gi desa dairy farm.. memang best.. cantik tempatnya.. cam ala2 lembu tenusu new zealand.. time tu plak.. time diorang memerah susu.. tak sangka lembu ni ikut peraturan gak,,, teruja gak melihatnya... dan susunya sangat sedap.  Malam sempat singgah di pasar philipine dan pasar malam.  Makan malam.. aku apa lagi.. my fovourite le... sotong

Keesokkanya kami patah balik ke tamparuli untuk ke rumah terbalik dan terus ke pasar tamu gaya.. Lokasi terakhir makan tengahari di tanjung aru.

pemerahan susu lembu.. mulut mengunyah.. susu di perah


kereta terbalik.. flat jb plak tu


rumah terbalik.. pening aku masuk rumah ni


toilet terbalik


tanjung aru


Walaupun percutian ni tak lama.. just 3 hari 2 malam.. tapi aku rasa my family and family zura rasa seronok.
dah tiba jb


bye sabah.. terlepas lagi hajat aku nak ke kudat.. insyaallah aku akan ke sana.. walaupun takde apa... teringin gak nak gi cam orang rasa nak gi tanjung piai.. penghujung asia.. itu tanduk sabah.

Utara vietnam.. hanoi

Memang takde dalam perancangan aku untuk ke hanoi tahun ni.. tapi aku bercita-cita gak nak melihat keindahan halong bay.. maklumlah bila ke hanoi.. salah satu tempat lawatannya ke halong bay.
old quarter... memang happening kat sini


kalo kat vietnam.. tak kiralah hanoi atau ho chi minh memang terkenal dgn kelapa n air tebu.. bersepah.. termasuklah kopi ais.. i like




So alhamdullilah aku mendapat rezeki untuk menjejakkan kaki ke hanoi pada cuti sekolah hari tu.. bermula 25 mei hingga 29 mei.. wahh.. 5 hari aku ke sana.. dan meninggalkan dua cahayamata yang sangat aku sayang tu. 

Perjalanan macam biasa.. flight dari jb ke kl.. tukar ke klia kerana kami akan menaiki flight malaysia airlines.. tiba di hanoi pun dah petang.. perjalanan dari airport ke bandar ambil masa 1 jam.. urusan check in semua dan berehat kejap.. amanda hotel sangat okey kerana terletak di old quater.. restoran halalnya memang kat situ.. tak berapa jauh dari hotel.. restaurant nisa.
menginap kat hotel amanda hanoi

Keesokkan harinya kami pun berangkat ke halong bay.. wahhh.. berjalanan agak jauh lebih kurang 4 jam ke sana.. halong bay ni ada lebih kurang 5k batu kapur.. dan pakej ke sana agak mahal.. cruise dan makan lebih kurang usd 50 sorang.. wahhh.. x 3.. lebih kurang 150 sorang.  Perjalanan ke halong penuh dengan pemandangan sawah padi.. cam nak gi mekong lak.  Tiba kat sana memang ramai orang dan ada beberapa portnya.. kira nak naik cruise apa kenderaan akan hantar ke port cruise tu.  Kami menaiki cruise dan disediakan lunch.. ada floating market.. ada gua.. kira memang setengah hari di halong dan setengah hari dalam perjalanan.. 

ni le lambang halong bay

kat dalam cruise

naik bot untuk gi floating market

bersepah batu kapur kat sini



dalam perjalanan balik.. menguning sawah padi

Hari ketiga kita orang ke muzium ho chi minh.. tapi terletak di hanoi.. maklumlah ho chi minh nama orang.. muzium dia terletak kat utara vietnam ni... pastu kami gi ke pasar... kira diorang jual borong le kat sini.. petang aku ronda sekitar hotel.. happening..
ni basikal ho chi minh dulu.. cam basikal tua atok2 kita dulu

inilah ho chi minh

Hari keempat kitorang ke tempat baju silk vietnam.. just round.. dan aku memang terpikat dengan curtain kat ... terpaksalah aku suruh drive yang sepatah haram cakap omputeh tu pusing.. aku suruh dia datang lagi 30 minute.. tapi dia dok tunggu.. takpe.. lagi bagus.. yesss.. puas hati gak dapat curtain n segala macam untuk langsir raya dengan harga hanya 100 usd..
pembuatan sutera vietnam.. cara lama

gambar terbalik perkampungan sutera tu

Hari ke lima perjalanan pulang.. segalanya lancar.. alhamdullilah.. malam aku tiba di rumahku syurga dunia ku.

ronda-ronda waktu petang.. ada plak tugu ni

kat area lake


memang dia offer sesape nak naik




tiket balik

bye hanoi