my family |
azura family |
jambatan gantung |
rendam kaki di poring |
view desa farm |
comotnya amni |
aku tersembunyi |
Percutian ni sebenarnya untuk dua keluarga.. keluarga aku seramai 4 orang dan keluarga my bff azura 5 orang. Kami menginap di promode apartment services je.. dan menyewa sebuah kereta exora untuk pergerakkan kami. Bertolak hari jumaat.. tapi dalam jam 8.00.. terus ke KK. Check in hotel dan terus melepak kat bilik.. esok kami akan keluar untuk ke kundasang jam 7.00 pagi.
Hari kedua.. memang kami habiskan di kundasang.. lokasi pertama di jambatan tamparuli.. bukan lalu jambatan gantung tu.. tapi membeli breakfast untuk naik ke kundasang.. kami terus ke timpohon.. melihat keindahan gunung kinabalu. Perjalanan di teruskan ke kinabalu park, poring (diorang menaiki jambatan gantung yang tinggi tu).. rendam kaki di air panas poring.. makan kat ranau... alamak lupa apa nama nasi yang fadil makan tu.. aku memang suka lauk kampung.. mr. z beli paku pakis.. i like.... gi desa dairy farm.. memang best.. cantik tempatnya.. cam ala2 lembu tenusu new zealand.. time tu plak.. time diorang memerah susu.. tak sangka lembu ni ikut peraturan gak,,, teruja gak melihatnya... dan susunya sangat sedap. Malam sempat singgah di pasar philipine dan pasar malam. Makan malam.. aku apa lagi.. my fovourite le... sotong
Keesokkanya kami patah balik ke tamparuli untuk ke rumah terbalik dan terus ke pasar tamu gaya.. Lokasi terakhir makan tengahari di tanjung aru.
pemerahan susu lembu.. mulut mengunyah.. susu di perah |
kereta terbalik.. flat jb plak tu |
rumah terbalik.. pening aku masuk rumah ni |
toilet terbalik |
tanjung aru |
Walaupun percutian ni tak lama.. just 3 hari 2 malam.. tapi aku rasa my family and family zura rasa seronok.
dah tiba jb |
bye sabah.. terlepas lagi hajat aku nak ke kudat.. insyaallah aku akan ke sana.. walaupun takde apa... teringin gak nak gi cam orang rasa nak gi tanjung piai.. penghujung asia.. itu tanduk sabah.
No comments:
Post a Comment