old quarter... memang happening kat sini |
kalo kat vietnam.. tak kiralah hanoi atau ho chi minh memang terkenal dgn kelapa n air tebu.. bersepah.. termasuklah kopi ais.. i like |
So alhamdullilah aku mendapat rezeki untuk menjejakkan kaki ke hanoi pada cuti sekolah hari tu.. bermula 25 mei hingga 29 mei.. wahh.. 5 hari aku ke sana.. dan meninggalkan dua cahayamata yang sangat aku sayang tu.
Perjalanan macam biasa.. flight dari jb ke kl.. tukar ke klia kerana kami akan menaiki flight malaysia airlines.. tiba di hanoi pun dah petang.. perjalanan dari airport ke bandar ambil masa 1 jam.. urusan check in semua dan berehat kejap.. amanda hotel sangat okey kerana terletak di old quater.. restoran halalnya memang kat situ.. tak berapa jauh dari hotel.. restaurant nisa.
menginap kat hotel amanda hanoi |
Keesokkan harinya kami pun berangkat ke halong bay.. wahhh.. berjalanan agak jauh lebih kurang 4 jam ke sana.. halong bay ni ada lebih kurang 5k batu kapur.. dan pakej ke sana agak mahal.. cruise dan makan lebih kurang usd 50 sorang.. wahhh.. x 3.. lebih kurang 150 sorang. Perjalanan ke halong penuh dengan pemandangan sawah padi.. cam nak gi mekong lak. Tiba kat sana memang ramai orang dan ada beberapa portnya.. kira nak naik cruise apa kenderaan akan hantar ke port cruise tu. Kami menaiki cruise dan disediakan lunch.. ada floating market.. ada gua.. kira memang setengah hari di halong dan setengah hari dalam perjalanan..
ni le lambang halong bay |
kat dalam cruise |
naik bot untuk gi floating market |
bersepah batu kapur kat sini |
dalam perjalanan balik.. menguning sawah padi |
Hari ketiga kita orang ke muzium ho chi minh.. tapi terletak di hanoi.. maklumlah ho chi minh nama orang.. muzium dia terletak kat utara vietnam ni... pastu kami gi ke pasar... kira diorang jual borong le kat sini.. petang aku ronda sekitar hotel.. happening..
ni basikal ho chi minh dulu.. cam basikal tua atok2 kita dulu |
inilah ho chi minh |
Hari keempat kitorang ke tempat baju silk vietnam.. just round.. dan aku memang terpikat dengan curtain kat ... terpaksalah aku suruh drive yang sepatah haram cakap omputeh tu pusing.. aku suruh dia datang lagi 30 minute.. tapi dia dok tunggu.. takpe.. lagi bagus.. yesss.. puas hati gak dapat curtain n segala macam untuk langsir raya dengan harga hanya 100 usd..
pembuatan sutera vietnam.. cara lama |
gambar terbalik perkampungan sutera tu |
Hari ke lima perjalanan pulang.. segalanya lancar.. alhamdullilah.. malam aku tiba di rumahku syurga dunia ku.
ronda-ronda waktu petang.. ada plak tugu ni |
kat area lake |
memang dia offer sesape nak naik |
tiket balik |
bye hanoi |
No comments:
Post a Comment