Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, August 11, 2016

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI

Sesi bercanda di pasiran pantai krabi pada 22-23 Mac 2016.

Macam biasa aku beli tiket dah lama... harga tiket agak murah.. dan aku pun jual dengan harga yang murah.  Setelah di tolak di campur di darab dan dibahagi.. aku jual tiket tu dengan harga rm150 untuk perjalanan beli dan balik.  Return tiket rm150.. kira gi rm75 dan balik rm75. Yang beli tiket ada 14 orang.. tapi 3 tarik diri.. 1 mungkin sebab sekolah.. walaupun cuti sehari jer.. sorang lagi nak kawin.. nak jaga kewangan.. nak jaga kulit.. sorang lagi.. faktor kewangan sebab nak gi korea 7-12 april ni... so total yang gi 11 orang.. 4 pasang suami isteri.. aku dengan umairah.. dan tambahan mirul.

PRA PENGEMBARAAN

So sebelum pergi aku dah start collect duit ground.. ground rm310.. untuk everythings.. camna.. murah tak?? Kami naik dari KL.. so sape yg join tu tunggu di KLIA2.  Aku kuar awal sikit dari ofis.. jam 3.00 petang aku kuar.. bukan nak gi kl petang tu.. tapi.. cara aku bila nak tinggalkan umah.. segalanya must be perfect.. camne tu... ?? aku kena tinggalkan rumah dalam keadaan rumah berstatus kemas, licin dan clear.. baru hati aku puas. So balik rumah tu aku clear le mana2 yang patut terutama bab baju.  Basuh sidai lipat memang keutamaan aku sebelum blah.  Kerja-kerja tu aku buat sampai malam.

PENGEMBARAANKU

Pagi tu aku kena flight ke kl.. so aku nak book awal en fadil untuk hantarkan ke airport.. that means.. aku kena bangun awal pagi.. kul 5.30 dah gerak.. tiba aku lambat sikit.. so.. 5.45 dari rumah.. dalam puku. 6.10 aku dah tiba tempat menunggu.. alhamdullillah rumah aku ni menang tak jauh sangat dari airport.. penerbangan ke kl macam biasa.. goyang2 lenggong mak limah sebab cuaca hari tu berawan.  Tiba kl pun berawan.. flight ke krabi jam 1.30.. so aku gi Putrajaya dulu.. gi breakfast dan borak2 jap kat sana.  Dari KLIA aku naik klia transit.. dalam 20++ dah selamat tiba putrajaya.  Tambang dalam 9.40 dan umairah kena 4.70 camtu.  Tiba En. Rashid ambil dan terus ke rumah dia kat presint 15.  Dalam pukul 11.45 dia dengan bmw dan mrs ruby dengan vellfire menghantar kami semua ke airport.  Tiba airport kena tunggu pn. dar plak.. nasib baik dia yang drive dari jb tiba on time di KLIA2.  Selamat urusan check in.. kami ke gate L11.. aku agak bosan kalau naik dari klia2 ni.. penat berjalan ke gate.  Tapi nak buat camna.. flight delay dalam 20minit camtu.. no hal..agak faham dengan cuaca yg agak kelam2 ni memang kejadian camni berlaku.

Penerbangan agak bergoyang sikit kerana faktor cuaca.. tapi alhamdulllillah selamat tiba di Krabi Airport.. urusan daftar masuk takde masalah.  Dari airport ke aonang aku telah membooking awal krabi shuttle.  Turun dari imegresen aje terus nampak RUZITA MOHAMED SALLEH.  Mudahnya rasa.. syukur alhamdullilah.. Dari airport kami terus ke Aonang.. dalam van yang amat selesa tu semua senyap dan semua melayari internet percuma yang tanpa sempadan.. wifi plak laju dalam van tu.. .. check in sini check in sana.. update status.. membalas whatsap.. kenderaan tu terus menghantar kami ke aonang.. aku dah menempah awal eazy room hotel awal.  Van betul2 hantarkan depan pintu.  Aku memang tak sangka yang eazy room tu betul2 kat deretan kedai depan jalan raya besar.. memula aku ingat macam masuk dalam sikit.. gembira.. buka tingkap.. nampak mcd.. nampak 7eleven.. kenderaan lalu lalang.. dalam 200m ke laut.. sangat dekat.. kalo gi lagi aku rasa senang le aku book eazy room hotel.

Aku bagi masa 45 minit je untuk diorang solat dan berehat sekejap.. sebab selepas tu aku nak bawa diorang pergi krabi town.. tengok apa yang ada disana.  So selepas turun tu.. kami terus mengambil tuk tuk dengan harga tb1200 dalam rm130 untuk ke bandar dan menunggu kami selesai beraktiviti.  Turun dari tuk tuk.. kami terus menuju ke pasar.. banyak buah2an.. dan makanan.  Yang paling best.. dapat teh ais kawww yang sedap.. puasnya hati.. lepas jenjalan.. beli gajus.. beli air yogurt strawberi plak hanya thb25.  Sedap gilerrrr le.. memang aku akan krabi untuk jjcm.  Selepas melintas dari pasar tu.. kami ke pasar malam.. wahhhh.. diorang dah beli mabuk tshirt krabi.. aku plak cuma beli beg,... bukan beg krabi.. tapi beg london.. suka suka suka.. sebelum tu membeli gaun frozen untuk anak dara yang tinggal kat rumah tu.. bagi dia semangat sikit.  Selesai segala urusan.. gi cari kedai souvenir jap.. shopping souvenir le.

Kemudian pusing balik ke aonang dengan tuk tuk yang sama.  Turun tuk tuk.. aku akan cari agent untuk program esok.. gi 4 buah pulau.  alhamdullillah kami dapat private long tail dan every cos dengan harga thb6800 untuk 10 dewasa dan 1 budak 9 tahun.. mungkin boleh dapat lagi murah.. tapi malas le nak survey.. plak tu kami nak gi awal pagi.. jam 6.30 waktu thai.. bersamaan 7.30 waktu malaysia.  biasa aku tengok gerak dalam jam 8.30.. sebab kami nak balik awal.. so.. tu yang nak gi pagi.

Selesai book untuk xtvt esok aku terus gi order untuk dinner.. dinner nak ya sedap2 sikit.. sebelum dinner aku dah berjaya menghabishkan teh ais yang super sedap dan nescafe yang sangat2 sedap... menu kami untuk dinner.. ikan 3 rasa, kangkong, kerabu mangga, sotong goreng dan tomyam seafood.. rugi gi thai tak merasa tomyam.  Air plak.. tembikai.. woowwww.. mabelesss... harga lebih kurang thb 4000.  Ok le.. aku makan kat bamboo.. tak jauh dari hotel.  Masakan satu2 dah terletak atas meja.. tapi diorang ni tak kunjung tiba.. sian zul tolong carikan diorang untuk suruh makan.. lepas tu boleh sambung shopping lagi..

Lepas makan diorang masih menyambung xtvt... dan aku n dar nak cari pancake yang paling popular pancake rotee yaminlah.  Ambil tuk tuk thb300.. nak suruh dia hantarkan.. tapi dia plak hantar ke pantai.. dan bila kat pantai tu tengok ombak yang kuat.. dia orang dah mula cuak nak gi pagi esok.. ombak kuat.. perkara2 negatif dah mula bermain di otak... doa le agar esok pagi air laut tenang.. dan nasib baik gak kami ambil awak pagi.  Pastu diorang ni terus le berjalan meronda kedai dengan niat nak cari pancake yaminlah.. aku plak dok menunggu kat depan 1 kedai souvenir. 



Agak lama gak menunggu.. baru nampak kelibat.. tak jumpa kedai pancake.. sian diorang.. patah balik.. dan jumpa semula tauke tuk tuk.. dia dok ketawa.. dah le aku geram dengan anak dia.. tak kasi dok depan.. dia yang nak duduk.. abang tuk tuk.. lain kali kalo keje jangan bawa anak.. aku memang kurang kalo bekerja bawa anak ni.. last2 dia hantar gak kat kedai yaminlah.. hujung kampung kedainya... beli pancake banana nutella.. tapi aku lagi suka pancake nutella ori... sedapppp.... garing..

Dah selesai dapat.. kami balik bilik n tido.. esok nak kuar jam 6.30 pagi.  

Pagi ni.. kami meneruskan xtvt di pulau.. (hahaha.. update 11/8.. dah lupa)... 1 pulau tu untuk snorkling.. yg snokling plak tu sorang jer.. yang lain tunggu dalam bot.. pulau kedua tu.. tengok ikan.. boleh snorkling gak.. tiba poda island.. aku turun.. wahhh.. kitorang mula mandi laut... syokkk.. dah lama tak mandi laut..

poda island





dah selesai... kitorang dibawa gi pulau yg boleh kayak.. ada massage.. cik li n zul berkayak.. mak dara 5 orang ni bermassage di tepi pantai.. tak pernah lagi aku bermassage macam ni.. first time di krabi. Selepas lunch di pulau.. kami dihantar balik..


Setiba di aonang.. diorang ni masih dengan xtvt menyopping.. aku jer balik n berehat... dalam jam 3.30 waktu thailand.. van datang untuk hantar ke airport.. 



settle le lawatan di krabi.. tiba kl... tumpang kereta dar.. terus balik jb... dalam jam 2.30 tiba rumah.. esok kojerrrrr...

UTARA THAILAND.. CHIANG MAI DAN CHIANG RAI

Terima kasih ya ALLAH.. memberikan aku rezeki, kesihatan yang baik untuk aku mengembara ke tempat orang.  


Kali ni bukan untuk bershopping sangat kerana aku merasakan yang Bangkok lebih advance dari segi pakaian dibandingkan dengan utara Thailand.  Matlamat utama aku dapat tengok golden triangle dan tengok tempat orang.  Lagi satu nak gak bergambar dengan orang leher panjang.. sebelum ni org cite golden triangle.. tiga segi emas.. gabungan antara myammar, Laos dan Thailand.

petunjuk 3 negara.. di pisahkan oleh sungai jer kalo kat sini.. sebenarnya boleh jer masuk dari pintu.. contoh untuk ke myammar ada laluannya.. dan orang burma pun ramai yang kerja balik hari kat thailand

utara thailand.. Doi Ithanon.. taman negara.. 2 jam perjalanan dari chiang mai.. akan datang teringin nak ke sana

28 Julai 2016

Perjalanan dari Johor ke KLIA2.  Jam 10.30.. puan azura menjemput aku dirumah untuk tolong hantarkan di UTM.  Tq so much puan azura.  Van datang jam 11.00 malam.. so kami meneruskan perjalanan ke kuala lumpur dengan 12 orang penumpang.. 4 orang dibawa oleh fadil dengan menaiki kete aku dan 2 orang lagi bergerak secara sendiri ke klia sbb dari seremban.. harga diorang pun lain.. kurang sikit le.  Driver india yang baik dan tak banyak songeh tu pun agak smooth pemanduannya.  Aku selesa dan tak rasa ngeri.. sebenarnya aku ni jenis takut gak kalo orang memandu laju.. kalo diri sendiri takde masalah.  So tiba di KLIA dalam pukul 3.45-4.00 pagi.  Urusan check in.. dan alhamdullillah sangat lancar.  Cuma aku dan dar menunggu uda n kawan dari Negeri Sembilan.



29 Julai 2016

Penerbangan kami dipandu oleh Kapten Nadira n Co pilot Herlina.. Agak goyang masa penerbangan pagi.. tapi cara dia mendarat smooth jer.. bangga gak dapat naik dengan pilot pompuan. Setibanya di Chiang Mai disambut oleh New (guide).. sangat membantu New ni.. aku puji le.. walaupun sepatah diharam tak pandai cakap melayu.. terpaksa le kita ni pura2 pandai bahasa inggeris. Tempat pertama yang dibawa ialah hotel.. hantar beg.. aku ambil Pornping Tower Hotel.. hotel 4**** yang sangat selesa.. berdekatan dengan halal street dan paling penting dengan dengan night market kalare. High recommand le hotel ni.  Antara tempat lawatan.. tempat pembuatan sutera, silver dan madu.  Cara promosi ala2 negara china.. tapi takde paksaan.  Memang tak membeli le aku. Aku lebih senang gi pasar. Selepas lawatan kat tempat tu.. kitorang gi ngappp... tak tahu area mana.. tapi aku agak cuak gak.. tak nampak any perkataan melambangkan islamic.. dan cuma kami aje 2 meja kat situ.. tapi bila dah siap makan.. (aku kurangkan le makan.. sbb cuak).. baru nampak surau kat ruang restoran tu.. keyakinan naik semula.. kat tepi tu plak berderet kedai.  Paling popular beg gambar buruung hantu.. dapat rembat 2.. dgan harga tb100 untuk 1 beg .. lebih kurang rm12 duit kita.. beli 2... kalo tahu beli lebih sbb kat tempat lain semua lebih mahal dari harga kat situ.  Selepas makan kitorang meneruskan perjalanan menaiki van ke maesa elephant camp.  Setibanya kat sini.. dapat tengok gajah bermandi manda.. syoknya dia.. pastu terus ke tempat show.. show sama macam yang pernah aku tengok masa kat bangkok.. gajah melukis.. gajah main bola, gajah angkat kayu.. telah dilatih.. jadilah pandai.. paling kelakar aku boleh terlelap kat situ.. dan lagi 1 orang tua sidah ingat durian.. rupanya tahi gajah. Malam aku uruskan makan.. nasi goreng, telur dadar dan tomyam di restoran saffia di area halal street.. lepas makan meronda di pasar malam... tengah meronda hujan turun dengan lebatnya... barangan kat pasar malam.. lebih kurang sama jer.. yang lain.. sabun bentuk2 buah dan bau berdasarkan bentuk buah tu.. ok gak tu

depan Pornping Hotel.. hotel yang selesa.. sgt dekat dengan halal street.. dekat dgn masjid.. dan paling dekat dengan kalare night market
ulat untuk pembuatan kain sutera

penearangan dari pihak kilang

dipintu masuk.. kakak2, nana, abang nan, kak wie.. n darr

honey bee.. lebih kurang sama jer kat negara china

lunch time

silver

sabun pelbagai bentuk.. menarik

gajah2 berarak untuk membuat pertunjukkan

selepas elephant show

yang gambar tu membesar macam gajah

30 Julai 2016

Sarapan pagi disediakan... tapi biasalah.. tak semua halal.. kena pilih2.. aku macam biasa.. ambil roti, n buah.. n air.. air sedap.  Jam 8.00 pagi semua dah selesai breakfast sebab nak meneruskan perjalanan ke Chiang Rai. Perjalanan agak jauh dengan 4 jam perjalanan.  Jalannya plak agak bahaya.. ada bengkang bengkongnya. Hujan turun dalam perjalanan dan tempat pertama yang kami singgah ialah di Hot Springs, Bukan tengok sangat air panas.. lebih tengok kedai.  Aku pun menambah beg burung hantu.. untuk ibu mertua ku.  Selepas tu meneruskan perjalanan ke White Temple.  Cantik binaannya.. menurut new.. temple dibina oleh seorang pelukis diraja.. dia kumpul duit dan bina temple ni.. sgt cantik.. bukan temple je cantik.. toiletnya lagi le.. cantik dan bersih.. kat situ aku beli air teh ais.. woowww manis n berkrim.  Sekarang ni plak musim buah longan kat sana.. harga longan ada yg sekg rm2.. yang gred baik.. besar2 rm5. sedap.. diaorang plak kemaruk dengan buah nenasnya.. kecik je.. tapi manis.. tak lidas n sedap.  Kami meneruskan perjalanan ke kampung suku kaum karen n Ahka. suku kaum karen yang berleher panjang.. yg pakai gelung kat leher.. dan Ahka yang bertopi.. diorg ni duduk dikampung dan hanya mendapat hasil dengan lawatan tetamu.. tak dibenarkan sekolah n lain2.. sbb diorg ni pendatang dari myammar.  (tak silap le). Alamak.. dah banyak lawatan tu... perut pun dah kelaparan.. kita lunch dulu.  Bila tenaga dah ada kami menyambung sesi shopping di sempadan myammar (burma).. nama tempat tu mae sai.  Harga agak berpatutan.. katanya bedak thakara dari burma bagus.. ramai yang membeli termasuk aku dan boxer untuk anak gadis aku pun agak berpatutan harganya.. sambar le dengan baju tido i sekali.  Seterusnya perjalanan di lanjutkan ke golden triangle.. aku pernah terbaca yang tiga segi emas kat thailand, laos n burma ni tempat pengedaran dadah.. rupanya ada sebuah pulau kat situ yang tidak diiktiraf oleh 3 negara tu kepunyaan mereka.. jadi bukan thailand punya, bukan burma punya dan bukan laos punya.. so takde polis yang berkuasa.. jadi pengedaran dadah dibuat disitu.. 1 gram dadah bersamaan dgn 1 gram emas.. gitu le harga.  So tiba di sana.. kami dibawa menyusuri ke burma.. tapi tak dapat masuk ke negara tu sebab kena bayar visa tb1500..  kami dibawa ke laos.. kena bayar main land tag tb30.  kat situ plak banyak jualan handbag copy.. kira gred aaa.. aku sambar 2.. jadilah.. ikut hati mahu 3.. tapi aku beristigfar.. duit pun tak banyak. Selesai shopping.. pulang semula ke thailand.. dan otw balik ke chiang mai.. singgah makan.. kedai makan halal ni memang menyakinkan.. makanan sedap.. restoran santai2.. yang selesa.. setiba dichiang mai dah hampir jam 12 waktu malaysia.. penat... tapi seronok dapat tengok tempat orang

white temple


tengok atap

peserta yang join trip chiangmai n chiang rai

rebus telur di hot spring

30 Julai 2016
Hari last... tentatif program sendiri.. so kumpulkan orang selepas breakfast.. naik red taxi (ala2 lori).. dgn bayaran tb20.. kami ke pasar warorot.. memacam ada kat sini.. aku kemaruk beli beg kecik.. lebih kurang rm2.. berbaloi.. dan beli buah2an.. giler tengok anggur tb50.. longan tb50.. shopping buah le.. 2kg aku bawa balik longan.  Selepas menyopping menikmati makan tengahari (nasi ayam, spring roll) sedappp.. pastu tunggu van ambil untuk transfer ke airport.. 2 jam menunggu.. akhirnya penerbangan ke kuala lumpur. Tiba klia2 dalam jam 9.00 malam.. selesai urusan dalam jam 10 malam dan menaiki bas ke JB.

Selesai sudah.. misi kembara jelajah golden triangle

HARGA RM1200

29 Julai 2016  (Jumaat) AK854
0655     Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2)
0840     Lapangan Terbang Chiang Mai

31 Julai 2016 (Ahad) AK857                            
            1655     Lapangan Terbang Chiang Mai
2045     Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2)


Hari 1: (Khamis)
Berkumpul di FAB, UTM pada jam 10.00 malam dan van akan tiba pada jam 10.30 malam.  Dijangka tiba di KLIA2 pada jam 4.00 pagi.

Hari 2: (Jumaat) (MT/MM)
Sarapan pagi didalam kapal terbang.  Penerbangan ke Chiang Mai pada jam 6.55 minit pagi dan jangka masa penerbangan adalah selama 2.45 minit.  Setibanya disana pada jam 08.40 (waktu Thailand) peserta akan dibawa untuk melihat keindahan Utara Thailand dan melawat ke Kem Gajah.  Anda akan dapat menyaksikan Persembahan Gajah, dimana gajah yang terlatih bermain bolasepak, mengatur timbunan kayu dan pelbagai aksi-aksi lain.  Selepas menikmati makan tengahari peserta akan dibawa lawatan ke perkampungan kraf tangan di Sankhampeang.  Setelah check in hotel peserta akan dibawa untuk menikmati makan malam dan aktiviti bebas di pasar malam.

Hari 3: (Sabtu) (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel.  Selepas itu dibawa ke destinasi lawatan iaitu di Wilayah Chiang Rai.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Dalam perjalanan singgah di Ban Pong Namron ‘HotSpring’ dan ke White Temple.  Makan tengahari di restoran halal. Perjalanan diteruskan ke Segitiga Emas melalui kawasan bukit bukau sambil menikmati keindahan alam semulajadi.  Kawasan ini menyambungkan sempadan tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Peserta akan dibawa menyusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot. Lawatan diteruskan ke Mae Sai iaitu Sempadan Thailand dan Myanmar.  Seterusnya dibawa untuk lawatan ke perkampung Ahka Tribe Village untuk melihat suku kaum Karen.  Dijangka tiba kembali ke Chiang Mai pada jam 10.00 malam.

Hari 4: (Ahad) (S/MT)
Sarapan pagi di hotel dan selepas itu, dibawa menaiki tut tut ke pasar Warorat dan aktiviti bebas hingga waktu penerbangan pulang pada jam 1655 petang.   Penerbangan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 8.45 dan terus ke Johor Bahru dengan bas.  Dijangka tiba di UTM Skudai pada jam 3.00 pagi.

Pakej termasuk:

-             Pengangkutan dari Johor ke Kuala Lumpur pergi dan balik
-             Tiket penerbangan pergi dan pulang dari KLIA2
-             2 malam Penginapan di hotel Pormping Tower Hotel, Chiang Mai termasuk sarapan pagi
-             Kenderaan Berhawa Dingin (2 buah Van)
-             3 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam
-             Bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 15kg
-             Tiket berdasarkan tentative program
-             Insuran perjalanan kembara

·         Ini hanya tentatif program dan sebarang pindaan tertakluk kepada masa
·         Mohon kerjasama untuk menepati masa yang ditetapkan


PENGINAPAN:

46-48 Charoenprathet Road, Night Bazaar, Chiang Mai, Thailand 50100

akan datang nak gi sini


Monday, March 14, 2016

HO CHI MINH TETAP DIHATI

Alhamdullillah masih ada yang sudi nak ke Ho Chi Minh.
3-5 Mac 2016 seramai 30 orang peserta.
Peserta nampaknya semua happy.. terutama yang suka shopping.
Ho Chi Minh dah macam Bandung gak tempat shopping.
So apa lagi... kalau terbaca blog ni.. jom le gi bandung dgn saya.
Pakej rm870 all in (hanya bawa duit shopping) all in tu tiket, makan, tour, hotel, entrance fee, insuran dan bagasi untuk balik 15kg seorang termasuk dalam pakej.
Kalau nak ground aje pun boleh.. hanya rm510.. tiket boleh beli sendiri.
Puas le nanti meronda chu chi tunnel, mekong river dengan round pulau2 tu.. dah tu dapat makan buah, makan kepek, minum air kelapa. Muaii tau. Baju2 kat mekong pun murah gak.

Kisah aku plak.. ingatkan taknak beli apa2 sangat.
Yang dah set kat kepala nak cari kain untuk baju melayu Mr. Z.
Kain hijau untuk baju anak dara 2 beradik tu.
Last2 terjebak dengan pelbagai macam yang aku beli.
Madu kak ani panas pun memang masuk list.
Beg dueter pun masuk list.
Beg souvenir billa 100 pcs pun masuk list.
Tak masuk list.. tudung neelofarrrrrr
Telekung tak masuk list.
Baju gaun anak dara kecik tak masuk list
Alhamdullilah lepas di peringkat kastam.

peserta yang paling syok dengar penerangan.. peserta yang depan ni le....

apa ekk namanya.. lupa.. guide masa kat mekong

terteleng2 kepala mendengo




hati2 ye turun bot tu

antara peserta yang join trip ni

model paling gemuk dalam dunia.. dan paling pendek

pernah kerja kat yamauchi senai.. mak angkat kat taib andak.. lelong-lelonggggg

i like roti ni.. sedap.. rangup2 gitu.. rm4/pcs