Terima kasih ya ALLAH.. memberikan aku rezeki, kesihatan yang baik untuk aku mengembara ke tempat orang.
Kali
ni bukan untuk bershopping sangat kerana aku merasakan yang Bangkok
lebih advance dari segi pakaian dibandingkan dengan utara Thailand.
Matlamat utama aku dapat tengok golden triangle dan tengok tempat orang. Lagi
satu nak gak bergambar dengan orang leher panjang.. sebelum ni org cite
golden triangle.. tiga segi emas.. gabungan antara myammar, Laos dan Thailand.
utara thailand.. Doi Ithanon.. taman negara.. 2 jam perjalanan dari chiang mai.. akan datang teringin nak ke sana |
28 Julai 2016
Perjalanan
dari Johor ke KLIA2. Jam 10.30.. puan azura menjemput aku dirumah
untuk tolong hantarkan di UTM. Tq so much puan azura. Van datang jam
11.00 malam.. so kami meneruskan perjalanan ke kuala lumpur dengan 12
orang penumpang.. 4 orang dibawa oleh fadil dengan menaiki kete aku dan 2
orang lagi bergerak secara sendiri ke klia sbb dari seremban.. harga
diorang pun lain.. kurang sikit le. Driver india yang baik dan tak
banyak songeh tu pun agak smooth pemanduannya. Aku selesa dan tak rasa
ngeri.. sebenarnya aku ni jenis takut gak kalo orang memandu laju.. kalo
diri sendiri takde masalah. So tiba di KLIA dalam pukul 3.45-4.00
pagi. Urusan check in.. dan alhamdullillah sangat lancar. Cuma aku dan
dar menunggu uda n kawan dari Negeri Sembilan.
29 Julai 2016
Penerbangan
kami dipandu oleh Kapten Nadira n Co pilot Herlina.. Agak goyang masa
penerbangan pagi.. tapi cara dia mendarat smooth jer.. bangga gak dapat
naik dengan pilot pompuan. Setibanya di Chiang Mai disambut oleh New
(guide).. sangat membantu New ni.. aku puji le.. walaupun sepatah
diharam tak pandai cakap melayu.. terpaksa le kita ni pura2 pandai
bahasa inggeris. Tempat pertama yang dibawa ialah hotel.. hantar beg..
aku ambil Pornping Tower Hotel.. hotel 4**** yang sangat selesa..
berdekatan dengan halal street dan paling penting dengan dengan night
market kalare. High recommand le hotel ni. Antara tempat lawatan.. tempat pembuatan sutera, silver
dan madu. Cara promosi ala2 negara china.. tapi takde paksaan. Memang
tak membeli le aku. Aku lebih senang gi pasar. Selepas lawatan kat
tempat tu.. kitorang gi ngappp... tak tahu area mana.. tapi aku agak
cuak gak.. tak nampak any perkataan melambangkan islamic.. dan cuma kami
aje 2 meja kat situ.. tapi bila dah siap makan.. (aku kurangkan le
makan.. sbb cuak).. baru nampak surau kat ruang restoran tu.. keyakinan
naik semula.. kat tepi tu plak berderet kedai. Paling popular beg
gambar buruung hantu.. dapat rembat 2.. dgan harga tb100 untuk 1 beg .. lebih kurang
rm12 duit kita.. beli 2... kalo tahu beli lebih sbb kat tempat lain
semua lebih mahal dari harga kat situ. Selepas makan kitorang
meneruskan perjalanan menaiki van ke maesa elephant camp. Setibanya kat
sini.. dapat tengok gajah bermandi manda.. syoknya dia.. pastu terus ke
tempat show.. show sama macam yang pernah aku tengok masa kat bangkok..
gajah melukis.. gajah main bola, gajah angkat kayu.. telah dilatih..
jadilah pandai.. paling kelakar aku boleh terlelap kat situ.. dan lagi 1
orang tua sidah ingat durian.. rupanya tahi gajah. Malam aku uruskan
makan.. nasi goreng, telur dadar dan tomyam di restoran saffia di area
halal street.. lepas makan meronda di pasar malam... tengah meronda hujan turun dengan lebatnya... barangan kat pasar malam.. lebih kurang sama jer.. yang lain.. sabun bentuk2 buah dan bau berdasarkan bentuk buah tu.. ok gak tu
depan Pornping Hotel.. hotel yang selesa.. sgt dekat dengan halal street.. dekat dgn masjid.. dan paling dekat dengan kalare night market |
ulat untuk pembuatan kain sutera |
penearangan dari pihak kilang |
dipintu masuk.. kakak2, nana, abang nan, kak wie.. n darr |
honey bee.. lebih kurang sama jer kat negara china |
lunch time |
silver |
sabun pelbagai bentuk.. menarik |
gajah2 berarak untuk membuat pertunjukkan |
selepas elephant show |
yang gambar tu membesar macam gajah |
30 Julai 2016
Sarapan pagi disediakan... tapi biasalah.. tak semua halal.. kena pilih2.. aku macam biasa.. ambil roti, n buah.. n air.. air sedap. Jam
8.00 pagi semua dah selesai breakfast sebab nak meneruskan perjalanan
ke Chiang Rai. Perjalanan agak jauh dengan 4 jam perjalanan. Jalannya plak agak bahaya.. ada bengkang bengkongnya. Hujan
turun dalam perjalanan dan tempat pertama yang kami singgah ialah di Hot
Springs, Bukan tengok sangat air panas.. lebih tengok kedai. Aku pun
menambah beg burung hantu.. untuk ibu mertua ku. Selepas tu meneruskan
perjalanan ke White Temple. Cantik binaannya.. menurut new.. temple
dibina oleh seorang pelukis diraja.. dia kumpul duit dan bina temple
ni.. sgt cantik.. bukan temple je cantik.. toiletnya lagi le.. cantik
dan bersih.. kat situ aku beli air teh ais.. woowww manis n berkrim.
Sekarang ni plak musim buah longan kat sana.. harga longan ada yg sekg
rm2.. yang gred baik.. besar2 rm5. sedap.. diaorang plak kemaruk dengan
buah nenasnya.. kecik je.. tapi manis.. tak lidas n sedap. Kami
meneruskan perjalanan ke kampung suku kaum karen n Ahka. suku kaum
karen yang berleher panjang.. yg pakai gelung kat leher.. dan Ahka
yang bertopi.. diorg ni duduk dikampung dan hanya mendapat hasil dengan
lawatan tetamu.. tak dibenarkan sekolah n lain2.. sbb diorg ni pendatang
dari myammar. (tak silap le). Alamak.. dah banyak lawatan tu... perut pun dah kelaparan.. kita lunch dulu. Bila tenaga dah ada kami menyambung sesi shopping di sempadan myammar (burma).. nama tempat tu mae sai. Harga agak berpatutan.. katanya bedak thakara dari burma bagus.. ramai yang membeli termasuk aku dan boxer untuk anak gadis aku pun agak berpatutan harganya.. sambar le dengan baju tido i sekali. Seterusnya perjalanan di lanjutkan ke golden triangle.. aku pernah terbaca yang tiga segi emas kat thailand, laos n burma ni tempat pengedaran dadah.. rupanya ada sebuah pulau kat situ yang tidak diiktiraf oleh 3 negara tu kepunyaan mereka.. jadi bukan thailand punya, bukan burma punya dan bukan laos punya.. so takde polis yang berkuasa.. jadi pengedaran dadah dibuat disitu.. 1 gram dadah bersamaan dgn 1 gram emas.. gitu le harga. So tiba di sana.. kami dibawa menyusuri ke burma.. tapi tak dapat masuk ke negara tu sebab kena bayar visa tb1500.. kami dibawa ke laos.. kena bayar main land tag tb30. kat situ plak banyak jualan handbag copy.. kira gred aaa.. aku sambar 2.. jadilah.. ikut hati mahu 3.. tapi aku beristigfar.. duit pun tak banyak. Selesai shopping.. pulang semula ke thailand.. dan otw balik ke chiang mai.. singgah makan.. kedai makan halal ni memang menyakinkan.. makanan sedap.. restoran santai2.. yang selesa.. setiba dichiang mai dah hampir jam 12 waktu malaysia.. penat... tapi seronok dapat tengok tempat orang
white temple |
tengok atap |
peserta yang join trip chiangmai n chiang rai |
rebus telur di hot spring |
30 Julai 2016
Hari last... tentatif program sendiri.. so kumpulkan orang selepas breakfast.. naik red taxi (ala2 lori).. dgn bayaran tb20.. kami ke pasar warorot.. memacam ada kat sini.. aku kemaruk beli beg kecik.. lebih kurang rm2.. berbaloi.. dan beli buah2an.. giler tengok anggur tb50.. longan tb50.. shopping buah le.. 2kg aku bawa balik longan. Selepas menyopping menikmati makan tengahari (nasi ayam, spring roll) sedappp.. pastu tunggu van ambil untuk transfer ke airport.. 2 jam menunggu.. akhirnya penerbangan ke kuala lumpur. Tiba klia2 dalam jam 9.00 malam.. selesai urusan dalam jam 10 malam dan menaiki bas ke JB.
Selesai sudah.. misi kembara jelajah golden triangle
HARGA RM1200
29 Julai 2016 (Jumaat) AK854
0655 Lapangan
Terbang Kuala
Lumpur (KLIA2)
0840 Lapangan
Terbang Chiang
Mai
31 Julai 2016 (Ahad) AK857
1655 Lapangan Terbang Chiang
Mai
2045 Lapangan
Terbang Kuala
Lumpur (KLIA2)
Hari 1:
(Khamis)
Berkumpul
di FAB, UTM pada jam 10.00 malam dan van akan tiba pada jam 10.30 malam. Dijangka tiba di KLIA2 pada jam 4.00 pagi.
Hari 2:
(Jumaat) (MT/MM)
Sarapan pagi
didalam kapal terbang. Penerbangan ke
Chiang Mai pada jam 6.55 minit pagi dan jangka masa penerbangan adalah selama
2.45 minit. Setibanya disana pada jam
08.40 (waktu Thailand) peserta akan dibawa untuk melihat keindahan Utara
Thailand dan melawat ke
Kem Gajah. Anda akan dapat menyaksikan Persembahan Gajah, dimana gajah yang
terlatih bermain bolasepak, mengatur timbunan kayu dan pelbagai aksi-aksi
lain. Selepas menikmati makan tengahari
peserta akan dibawa lawatan ke perkampungan kraf tangan di Sankhampeang. Setelah check in hotel peserta akan dibawa
untuk menikmati makan malam dan aktiviti bebas di pasar malam.
Hari 3:
(Sabtu) (S/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu dibawa ke destinasi lawatan iaitu
di Wilayah Chiang Rai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang
3 jam. Dalam perjalanan singgah di Ban Pong Namron ‘HotSpring’ dan ke
White Temple. Makan tengahari di
restoran halal. Perjalanan diteruskan ke Segitiga Emas melalui kawasan bukit bukau sambil menikmati
keindahan alam semulajadi. Kawasan ini
menyambungkan sempadan tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Peserta akan dibawa menyusuri Sungai Mekong dengan menaiki bot.
Lawatan diteruskan ke Mae Sai
iaitu Sempadan Thailand dan Myanmar.
Seterusnya dibawa untuk lawatan ke perkampung Ahka Tribe Village untuk
melihat suku kaum Karen. Dijangka tiba
kembali ke Chiang Mai pada jam 10.00 malam.
Hari 4: (Ahad)
(S/MT)
Sarapan pagi di hotel dan selepas
itu, dibawa menaiki tut tut ke pasar Warorat dan aktiviti bebas hingga waktu
penerbangan pulang pada jam 1655 petang.
Penerbangan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 8.45 dan terus ke Johor
Bahru dengan bas. Dijangka tiba di UTM
Skudai pada jam 3.00 pagi.
Pakej termasuk:
-
Pengangkutan dari Johor ke Kuala
Lumpur pergi dan balik
-
Tiket penerbangan pergi dan pulang
dari KLIA2
-
2 malam Penginapan di hotel
Pormping Tower Hotel, Chiang Mai termasuk sarapan pagi
-
Kenderaan Berhawa Dingin (2 buah Van)
-
3 kali makan tengahari dan 2 kali
makan malam
-
Bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 15kg
-
Tiket berdasarkan tentative program
-
Insuran perjalanan kembara
·
Ini hanya
tentatif program dan sebarang pindaan tertakluk kepada masa
·
Mohon
kerjasama untuk menepati masa yang ditetapkan
PENGINAPAN:
46-48
Charoenprathet Road, Night Bazaar, Chiang Mai, Thailand 50100
Tel: 66 53 270 099
akan datang nak gi sini |
No comments:
Post a Comment