Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, August 11, 2016

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI

Sesi bercanda di pasiran pantai krabi pada 22-23 Mac 2016.

Macam biasa aku beli tiket dah lama... harga tiket agak murah.. dan aku pun jual dengan harga yang murah.  Setelah di tolak di campur di darab dan dibahagi.. aku jual tiket tu dengan harga rm150 untuk perjalanan beli dan balik.  Return tiket rm150.. kira gi rm75 dan balik rm75. Yang beli tiket ada 14 orang.. tapi 3 tarik diri.. 1 mungkin sebab sekolah.. walaupun cuti sehari jer.. sorang lagi nak kawin.. nak jaga kewangan.. nak jaga kulit.. sorang lagi.. faktor kewangan sebab nak gi korea 7-12 april ni... so total yang gi 11 orang.. 4 pasang suami isteri.. aku dengan umairah.. dan tambahan mirul.

PRA PENGEMBARAAN

So sebelum pergi aku dah start collect duit ground.. ground rm310.. untuk everythings.. camna.. murah tak?? Kami naik dari KL.. so sape yg join tu tunggu di KLIA2.  Aku kuar awal sikit dari ofis.. jam 3.00 petang aku kuar.. bukan nak gi kl petang tu.. tapi.. cara aku bila nak tinggalkan umah.. segalanya must be perfect.. camne tu... ?? aku kena tinggalkan rumah dalam keadaan rumah berstatus kemas, licin dan clear.. baru hati aku puas. So balik rumah tu aku clear le mana2 yang patut terutama bab baju.  Basuh sidai lipat memang keutamaan aku sebelum blah.  Kerja-kerja tu aku buat sampai malam.

PENGEMBARAANKU

Pagi tu aku kena flight ke kl.. so aku nak book awal en fadil untuk hantarkan ke airport.. that means.. aku kena bangun awal pagi.. kul 5.30 dah gerak.. tiba aku lambat sikit.. so.. 5.45 dari rumah.. dalam puku. 6.10 aku dah tiba tempat menunggu.. alhamdullillah rumah aku ni menang tak jauh sangat dari airport.. penerbangan ke kl macam biasa.. goyang2 lenggong mak limah sebab cuaca hari tu berawan.  Tiba kl pun berawan.. flight ke krabi jam 1.30.. so aku gi Putrajaya dulu.. gi breakfast dan borak2 jap kat sana.  Dari KLIA aku naik klia transit.. dalam 20++ dah selamat tiba putrajaya.  Tambang dalam 9.40 dan umairah kena 4.70 camtu.  Tiba En. Rashid ambil dan terus ke rumah dia kat presint 15.  Dalam pukul 11.45 dia dengan bmw dan mrs ruby dengan vellfire menghantar kami semua ke airport.  Tiba airport kena tunggu pn. dar plak.. nasib baik dia yang drive dari jb tiba on time di KLIA2.  Selamat urusan check in.. kami ke gate L11.. aku agak bosan kalau naik dari klia2 ni.. penat berjalan ke gate.  Tapi nak buat camna.. flight delay dalam 20minit camtu.. no hal..agak faham dengan cuaca yg agak kelam2 ni memang kejadian camni berlaku.

Penerbangan agak bergoyang sikit kerana faktor cuaca.. tapi alhamdulllillah selamat tiba di Krabi Airport.. urusan daftar masuk takde masalah.  Dari airport ke aonang aku telah membooking awal krabi shuttle.  Turun dari imegresen aje terus nampak RUZITA MOHAMED SALLEH.  Mudahnya rasa.. syukur alhamdullilah.. Dari airport kami terus ke Aonang.. dalam van yang amat selesa tu semua senyap dan semua melayari internet percuma yang tanpa sempadan.. wifi plak laju dalam van tu.. .. check in sini check in sana.. update status.. membalas whatsap.. kenderaan tu terus menghantar kami ke aonang.. aku dah menempah awal eazy room hotel awal.  Van betul2 hantarkan depan pintu.  Aku memang tak sangka yang eazy room tu betul2 kat deretan kedai depan jalan raya besar.. memula aku ingat macam masuk dalam sikit.. gembira.. buka tingkap.. nampak mcd.. nampak 7eleven.. kenderaan lalu lalang.. dalam 200m ke laut.. sangat dekat.. kalo gi lagi aku rasa senang le aku book eazy room hotel.

Aku bagi masa 45 minit je untuk diorang solat dan berehat sekejap.. sebab selepas tu aku nak bawa diorang pergi krabi town.. tengok apa yang ada disana.  So selepas turun tu.. kami terus mengambil tuk tuk dengan harga tb1200 dalam rm130 untuk ke bandar dan menunggu kami selesai beraktiviti.  Turun dari tuk tuk.. kami terus menuju ke pasar.. banyak buah2an.. dan makanan.  Yang paling best.. dapat teh ais kawww yang sedap.. puasnya hati.. lepas jenjalan.. beli gajus.. beli air yogurt strawberi plak hanya thb25.  Sedap gilerrrr le.. memang aku akan krabi untuk jjcm.  Selepas melintas dari pasar tu.. kami ke pasar malam.. wahhhh.. diorang dah beli mabuk tshirt krabi.. aku plak cuma beli beg,... bukan beg krabi.. tapi beg london.. suka suka suka.. sebelum tu membeli gaun frozen untuk anak dara yang tinggal kat rumah tu.. bagi dia semangat sikit.  Selesai segala urusan.. gi cari kedai souvenir jap.. shopping souvenir le.

Kemudian pusing balik ke aonang dengan tuk tuk yang sama.  Turun tuk tuk.. aku akan cari agent untuk program esok.. gi 4 buah pulau.  alhamdullillah kami dapat private long tail dan every cos dengan harga thb6800 untuk 10 dewasa dan 1 budak 9 tahun.. mungkin boleh dapat lagi murah.. tapi malas le nak survey.. plak tu kami nak gi awal pagi.. jam 6.30 waktu thai.. bersamaan 7.30 waktu malaysia.  biasa aku tengok gerak dalam jam 8.30.. sebab kami nak balik awal.. so.. tu yang nak gi pagi.

Selesai book untuk xtvt esok aku terus gi order untuk dinner.. dinner nak ya sedap2 sikit.. sebelum dinner aku dah berjaya menghabishkan teh ais yang super sedap dan nescafe yang sangat2 sedap... menu kami untuk dinner.. ikan 3 rasa, kangkong, kerabu mangga, sotong goreng dan tomyam seafood.. rugi gi thai tak merasa tomyam.  Air plak.. tembikai.. woowwww.. mabelesss... harga lebih kurang thb 4000.  Ok le.. aku makan kat bamboo.. tak jauh dari hotel.  Masakan satu2 dah terletak atas meja.. tapi diorang ni tak kunjung tiba.. sian zul tolong carikan diorang untuk suruh makan.. lepas tu boleh sambung shopping lagi..

Lepas makan diorang masih menyambung xtvt... dan aku n dar nak cari pancake yang paling popular pancake rotee yaminlah.  Ambil tuk tuk thb300.. nak suruh dia hantarkan.. tapi dia plak hantar ke pantai.. dan bila kat pantai tu tengok ombak yang kuat.. dia orang dah mula cuak nak gi pagi esok.. ombak kuat.. perkara2 negatif dah mula bermain di otak... doa le agar esok pagi air laut tenang.. dan nasib baik gak kami ambil awak pagi.  Pastu diorang ni terus le berjalan meronda kedai dengan niat nak cari pancake yaminlah.. aku plak dok menunggu kat depan 1 kedai souvenir. 



Agak lama gak menunggu.. baru nampak kelibat.. tak jumpa kedai pancake.. sian diorang.. patah balik.. dan jumpa semula tauke tuk tuk.. dia dok ketawa.. dah le aku geram dengan anak dia.. tak kasi dok depan.. dia yang nak duduk.. abang tuk tuk.. lain kali kalo keje jangan bawa anak.. aku memang kurang kalo bekerja bawa anak ni.. last2 dia hantar gak kat kedai yaminlah.. hujung kampung kedainya... beli pancake banana nutella.. tapi aku lagi suka pancake nutella ori... sedapppp.... garing..

Dah selesai dapat.. kami balik bilik n tido.. esok nak kuar jam 6.30 pagi.  

Pagi ni.. kami meneruskan xtvt di pulau.. (hahaha.. update 11/8.. dah lupa)... 1 pulau tu untuk snorkling.. yg snokling plak tu sorang jer.. yang lain tunggu dalam bot.. pulau kedua tu.. tengok ikan.. boleh snorkling gak.. tiba poda island.. aku turun.. wahhh.. kitorang mula mandi laut... syokkk.. dah lama tak mandi laut..

poda island





dah selesai... kitorang dibawa gi pulau yg boleh kayak.. ada massage.. cik li n zul berkayak.. mak dara 5 orang ni bermassage di tepi pantai.. tak pernah lagi aku bermassage macam ni.. first time di krabi. Selepas lunch di pulau.. kami dihantar balik..


Setiba di aonang.. diorang ni masih dengan xtvt menyopping.. aku jer balik n berehat... dalam jam 3.30 waktu thailand.. van datang untuk hantar ke airport.. 



settle le lawatan di krabi.. tiba kl... tumpang kereta dar.. terus balik jb... dalam jam 2.30 tiba rumah.. esok kojerrrrr...

No comments: