Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Monday, September 28, 2015

Syawal dirai hadiah menanti

 Gamitan mesra syawal pertama

Tahun ni salleh crew mengenakan baju warna pink untuk perempuan dan warna hijau untuk lelaki.

Berkumpul di pagi raya di rumah anak bongsu pak salleh di putrajaya.. orang sana semua balik kampung.. kami dari kampung plak yg ke sana.. baru first time.. cam terdengar permintaan salleh crew untuk beraya di kuching.. wahhh.. hebat tu.

Tahun ni shooting pagi raya outdoor.. thn lepas kami shooting untuk pra raya.. jadinya ambil gambar raya sblm pose.. begitu jugak tahun sebelumnya..  dan thn ni betul2 di pagi.  So ramai le anak cucu salleh crew ke pullman putrajaya untuk mengabadikan gambarnya.

Nak tengok gambar raya tahun tunggguuuu.. tuan dan puan photographer tak masukkan lagi.. gambar semua ahli salleh creww

nanti aku edit lagi post ni.. kena cri gambar dulu.. gambar 2013 tuuu... post september 2015.. giler tuu

akhirnya...

alhamdullillah...

akhirnya aku dapat semula blog aku ni..
blog ni bukannya best pun
tapi ada sentimental value
aku sayang ko blog
gambar2 byk dalam blog ni
memori kehidupan aku pun di sini
pendek kata alhamdullilah aku boleh menulis semula dalam blog ni..
i love u blog manjamaira.blogspot.com

Friday, November 15, 2013

Selamat Tinggal Tadika Indah Ria

Hari ini (Jumaat) 15 November 2013 merupakan hari terakhir Anis Umairah di Tadika Indah Ria.  Tadika yang rasanya sederhana dari segi bayarannya (tapi tetap mahal gak bagi aku.. tapi untuk kemajuan anak).. kira setahun untuk yuran lebih kurang rm1k... cuma bulanan lebih murah sikit.. RM140.00.  Bagi aku gak tadika ni agak bagus dari segi pembelajarannya.. (stail cina).. setiap hari ada homeworks.. biasanya 4 mata pelajaran yang homeworksnya setiap hari.. paling kurang 3 matapelajaran dan berhelai-helai.. Berkat menuntut ilmu di sana alhamdullillah anis umairah telah berjaya membaca buku dengan agak lancar.. tak berani plak nak kata 'dengan lancarnya'.. tapi so far so good.. setakat nak ambil order makanan.. nak reply sms.. dan suruh tulis atau bacakan apa-apa maklumat mmg takde masalah.

Minggu lepas aku gi ambil buku rekod.. menurut cikgu dia seorang yang bijak dan berani.. kalau nak gi office kat situ memang cikgu tu suruh dia.. dan kadang2 dia ambil kesempatan untuk meround2 plak tu.. yg tu tak berapa elok.. dia ramah n mesra. kelakar plak bila dia yg bertubuh kecil dan rendah itu dilantik menjadi penolong kelas.

Bab pelajaran.. aku tumpang seronok bila tengok dia sentiasa mengekalkan tempat terbaik.. sem. ni dia dapat tempat ke2.. markah penuh keseluruhan matapelajaran 498/500... satu salah iaitu matapelajaran matematik... itu pun aku rasa dia careless.. dia tak cek 2 kali.. yang lain semua 100/100.. kira yang tempat pertama 500/500.  Teruskan usaha ya umairah.  Untuk semester 1 pun alhamdullilah tetap dapat piala bawa balik.. masa umur 5 tahun pun camtu gak... kira 4 semester.. 4 hadiah gak le.. itu tak berapa penting.. yang penting.. dia boleh bawa dan memahami apa yang diajar... jadilah.. budak-budak.. pada aku dunia persekolahan untuk tadika.. dunia berkawan.. dunia mengenal ilmu asas.. abc.. dunia main-main secara berkumpulan.. bukan dunia kena belajar bersungguh-sungguh...

Dan pada aku gak... dia ni masih kecil untuk mengukur kebijaksanaannya.. dia kena terus belajar.. dan belajar.. tapi budak kecil.. bukan boleh dipaksa.. ada waktu dia nak tengok tv.. aku layan.. dia nak main-main aku layan.. tapi alhamdullillah.. dia memang rajin baca buku.. novel aku pun dia nak baca.. skrg. ni setiap bulan kena spent untuk dia beli bahan bacaan.. 'kembara ustaz', 'anis' 'upin ipin', 'poyonya syaitan'.. dan mcm2 lagi komik.. dah tu sekejap je dah habis baca.. balik rumah atau dalam kete dia start membaca.. 

Moga anak ibu bernama ANIS UMAIRAH MENJADI ANAK YANG MEMBAHAGIAKAN DAN MEMBANGGAKAN IBU DAN AYAH SERTA HIDUP BAHAGIA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT. AMIN.



Friday, August 23, 2013

Rezeki di pertengahan syawal

Terima kasih en. pengurus air tawar.  

Sedang berangan kat opis ni hp berbunyi dan melihat gerangan si pemanggil.  Call ingin mendapatkan quotation dan alhamdullilah terpilih.  Call yang pendek tapi memberikan seribu impak.  Alhamdullilah rezeki di bulan syawal.  Kota Bandung di awal bulan, Kota Padang di pertengahan bulan dan Pulau Langkawi di penghujung bulan.  Walaupun perjalanan en. pengurus hanya di dalam negara namun begitu sangat dihargai dengan bilangan pesertanya.  Alhamdullillah.  

Terima kasih Ya Allah yang memberi rezeki.


Friday, July 26, 2013

Bajet di aidil fitri

Topic bajet diaidilfitri.. topic yang best gak untuk diperkatakan.. cuma untuk diri aku ada takut2 sikit bila sebut bajet.. takut tersasar.. dan biasanya cam tu le.. maklumlah orang yang tak berapa berwang cam aku ni mana boleh ambil mana suka.. beli mana berkenan.. capai mana selera.. kena banyak fikir.. tapi biasanya aku selalu tersasar dan tergelincir.. tercapai mana suka.. terambil walaupun tak berapa berkenan.. itu yang masalah bagi aku.

Tahun ni ada penambahan.. dapat duit raya rm500 dari kerajaan.. tapi perlu ingat.. tahun ni raya aku bukan setakat balik bukit besar yang takyah bertol tu.. tuang minyak penuh dah boleh raya ke rumah kiah,, balik kampung.. tuang lagi sekali dah boleh tiba benut.. raya kali ni lain sikit.. tuang penuh baru tiba tempat untuk beraya.. belum tol lagi.. tuang penuh lagi baru tiba rumah sendiri.. belum lagi ke benut.. belum lagi nak menyinggah-nyinggah masa dalam perjalanan balik yang hampir 400km tu.. balik bukit besar baru 45 km je..

Raya biasanya duit cam air.. pantas mengalir... sebelum raya kena ingat baju raya untuk anak-anak.. untuk diri sendiri.... kasut handbag dan segala persiapan diri.. semuanya sederhana.. untuk suami baju melayu dah ada.. yang lain u uruskan sendiri ya.... tahun ni kebanyakkannya baju raya import dari vietnam.. kecuali baju yang ranggi untuk anak-anak.. mr. z uruskan... aku uruskan baju kurung je.. mr. z... kasut amni yang baru berjalan terkedek-kedek kena tambah lagi satu ya..

Duit raya untuk anak sedara.. zati dah takyah bagi.. paling tua untuk diberi amar, azim, alak, jabar.. pastu nurul.. anak2 rosman (kalau diorang join beraya sama le).. agak2 tahun ni aku dapat tak duit raya.. dari mr. z dah pasti ya.

Bajet kat rumah plak kena masukkan gak dalam list.. kuih-muih raya.. makan minum tetamu.. bahan mentah kat dapur perlu gak disediakan..

Belum masuk bajet perhiasan rumah.. hehehe.. langsir raya aku.. 

Seronok agaknya jadi orang kaya yang takyah memikirkan bajet untuk berbuat apa.. tapi aku bersyukur dengan apa yang ada cuma perlu berusaha lagi.... usaha mengawal perasan dan usaha mencari rezeki lagi.....

bajet raya... selain sedekah.. untuk persiapan diri di aidilfitri

setahun sekali.. bergembira dengan pakaian baru .. dengan duit raya... tetapi secara sederhana sahaja
 

PRA 'GAMITAN MESRA SALLEH CREW'

Cehhhh... itu nama sukaneka salleh crew yang dirancang pada 1 syawal ni... nak bagi nama 'Hari Keluarga Salleh Crew' cam dah biasa.. sukaneka salleh crew pun cam tak best.. so aku bagi nama 'GAMITAN MESRA SALLEH CREW' dengan tema 'syawal dirai hadiah menanti'.

Actually perancangan dah termaktub pada mesyuarat 4 ramadhan hari tu.. bayaran yang dipersetujui rm30 setiap keluarga dan wajib membawa hadiah maximun rm20.00.  Setiap group mesti ada tema (pakaian yang sama) - keluarga aku kelabu jerebu, kumpulan kak cik jersi harimau selatan, keluarga ucu jersi chelsea, keluaga iim pink kot... keluarga bojoy i love bali dll.. lu fikir le..  dan menamakan ahli kumpulan berdasarkan hari raya (menu atau sebagainya).

Kumpulan yang telah dikenalpasti:
a. Burasak kedebommm (manja)
b. Rendang basi chelsea (atan)
c. Lepat loi meletoppp (dar)
d. Ketupat selatan (orang tua sidah)
e. Seliat dodol (nonet)
f.  Minah lepat (kakak)
g. Kek lapis perantau sepi (cik li)
h. Sambal goreng de'cemara (bojoy)
i.  Rangsum army gojesss (ogy)

j.  Lemang sebatang (uda)
k. Ayam percik 5 dara (rosman)

perubahan nama sila beri kat fb

Acara yang dipertandingkan:


Acara umum (semua boleh masuk – tapi sorang 1 penyertaan sahaja)

1 Teka kacang 
    Bola ke sawang (golkan bola)



Kanak-kanak

4 – 6 tahun

1  Suara buluh perindu (kenal suara mak bapak dan pergi tempat mak bapak dia tu)

    Biar reput gigi (rebut gula-gula)

    Si gelojoh (sape yg cepat makan ¾ roti)



Kanak-kanak 6 – 13 tahun

     Tiupan kasih (tiup belon)

     Hilangkan dahagamu  (Isi air dalam botol)

     Serangup kacang (kutip kacang terbanyak)

     Berdua merebut hadiah (lari ikat kaki)

     Kerusi berirama (kalo ada kerusi kecik – letak 3 aje.. nasib le kalo masuk 20 orang..)

     Si gelojoh (sape yg cepat makan 1 roti)



Acara remaja

      Baju ajaib (siapa cepat pakai baju raya)

      Butakah mataku (cucuk benang kat jarum)

     Selipar bapa ku sayang (cari selipar bapa)



Acara orang tua

      Pancing ikan di lautan sepi

     Butakah mataku (cucuk benang kat jarum)



Acara pasangan (semua boleh cuba)

      Rangkaian kasih (pindahkan getah guna straw)

     Suara buluh perindu (kenal suara pasangan)

     Sambutlah sayang balingan ku ini
   
H
      Hadiah cabutan bertuah untuk grand prize akan di taja oleh anpec global corporation.. 3 pemenang utama dan kambing untuk BBQ

      Hadiah kecik akan ditaja oleh manjamaira travel n tours (syarikat buluh kasap)

      Penajaan yang ditunggu dari Zul worksyop dan min cookies

      Harap dapat lagi ramai penaja yang akan menaja program Gamitan Mesra Salleh Crew

padang tempat program gamitan mesra salleh crew

lokasi pertandingan memancing

pengadil import yang adil, saksama dan bijaksana

rumah tempat lepak salleh crew




Ramadhan Al-Mubarak

Salam ramadhan...

Hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan.. begitu cepat masa berlalu.. rasanya cam baru mengharungi bulan penuh barakah ini.

Alhamdullilah juga anis umairah berjaya melepasi dari sehari ke sehari ibadah puasa walaupun agak liat untuk bangun pagi waktu bersahur... kadang2 hilang gak kesabaran aku untuk mengejutkannya.

Alhamdullillah gak kami adik beradik dapat merasa berbuka beramai-ramai pada hari keempat berpuasa.. seronok gak.. wahhhh.. makin panjang barisan berbuka kita.. dari hujung tembok bilik hingga hujung tembok kat tempat motor... menu pun banyak.. aku cuma bawa pencuci mulut je... buah tembikai.. maklumlah aku pun terkenal dengan kemalasannya.. lagipun ada anak kecil... payah sikit.. heheheh.. tak boleh dijadikan alasan tu semua.

Alhamdullillah gak kami dapat kata sepakat untuk memeriahkan hari raya di putrajaya nanti dengan acara sukaneka salleh crew... tema 'syawal dirai hadiah menanti'.  Semoga majlis sukaneka dan bbq yang dirancang akan berjalan dengan lancar pada petang hari raya pertama... INSYALLAH..

Tak ada kata seindah zikir...
Tak ada bulan seindah Ramadhan..

Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang selalu berprasangka & 
sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf Zahir batin. Slamat menunaikan ibadah puasa.... :)
Moga Ramadhan kali ni lebih bererti buat kita......
Sama2 menginsafi diri atas segala kekhilafan....
sedar atau tanpa sedar......
Sama menyucikan hati & tingkah laku....AMINNN.. :)