Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, July 26, 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Salam ramadhan...

Hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan.. begitu cepat masa berlalu.. rasanya cam baru mengharungi bulan penuh barakah ini.

Alhamdullilah juga anis umairah berjaya melepasi dari sehari ke sehari ibadah puasa walaupun agak liat untuk bangun pagi waktu bersahur... kadang2 hilang gak kesabaran aku untuk mengejutkannya.

Alhamdullillah gak kami adik beradik dapat merasa berbuka beramai-ramai pada hari keempat berpuasa.. seronok gak.. wahhhh.. makin panjang barisan berbuka kita.. dari hujung tembok bilik hingga hujung tembok kat tempat motor... menu pun banyak.. aku cuma bawa pencuci mulut je... buah tembikai.. maklumlah aku pun terkenal dengan kemalasannya.. lagipun ada anak kecil... payah sikit.. heheheh.. tak boleh dijadikan alasan tu semua.

Alhamdullillah gak kami dapat kata sepakat untuk memeriahkan hari raya di putrajaya nanti dengan acara sukaneka salleh crew... tema 'syawal dirai hadiah menanti'.  Semoga majlis sukaneka dan bbq yang dirancang akan berjalan dengan lancar pada petang hari raya pertama... INSYALLAH..

Tak ada kata seindah zikir...
Tak ada bulan seindah Ramadhan..

Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang selalu berprasangka & 
sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf Zahir batin. Slamat menunaikan ibadah puasa.... :)
Moga Ramadhan kali ni lebih bererti buat kita......
Sama2 menginsafi diri atas segala kekhilafan....
sedar atau tanpa sedar......
Sama menyucikan hati & tingkah laku....AMINNN.. :)

No comments: