Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Friday, July 26, 2013

Bajet di aidil fitri

Topic bajet diaidilfitri.. topic yang best gak untuk diperkatakan.. cuma untuk diri aku ada takut2 sikit bila sebut bajet.. takut tersasar.. dan biasanya cam tu le.. maklumlah orang yang tak berapa berwang cam aku ni mana boleh ambil mana suka.. beli mana berkenan.. capai mana selera.. kena banyak fikir.. tapi biasanya aku selalu tersasar dan tergelincir.. tercapai mana suka.. terambil walaupun tak berapa berkenan.. itu yang masalah bagi aku.

Tahun ni ada penambahan.. dapat duit raya rm500 dari kerajaan.. tapi perlu ingat.. tahun ni raya aku bukan setakat balik bukit besar yang takyah bertol tu.. tuang minyak penuh dah boleh raya ke rumah kiah,, balik kampung.. tuang lagi sekali dah boleh tiba benut.. raya kali ni lain sikit.. tuang penuh baru tiba tempat untuk beraya.. belum tol lagi.. tuang penuh lagi baru tiba rumah sendiri.. belum lagi ke benut.. belum lagi nak menyinggah-nyinggah masa dalam perjalanan balik yang hampir 400km tu.. balik bukit besar baru 45 km je..

Raya biasanya duit cam air.. pantas mengalir... sebelum raya kena ingat baju raya untuk anak-anak.. untuk diri sendiri.... kasut handbag dan segala persiapan diri.. semuanya sederhana.. untuk suami baju melayu dah ada.. yang lain u uruskan sendiri ya.... tahun ni kebanyakkannya baju raya import dari vietnam.. kecuali baju yang ranggi untuk anak-anak.. mr. z uruskan... aku uruskan baju kurung je.. mr. z... kasut amni yang baru berjalan terkedek-kedek kena tambah lagi satu ya..

Duit raya untuk anak sedara.. zati dah takyah bagi.. paling tua untuk diberi amar, azim, alak, jabar.. pastu nurul.. anak2 rosman (kalau diorang join beraya sama le).. agak2 tahun ni aku dapat tak duit raya.. dari mr. z dah pasti ya.

Bajet kat rumah plak kena masukkan gak dalam list.. kuih-muih raya.. makan minum tetamu.. bahan mentah kat dapur perlu gak disediakan..

Belum masuk bajet perhiasan rumah.. hehehe.. langsir raya aku.. 

Seronok agaknya jadi orang kaya yang takyah memikirkan bajet untuk berbuat apa.. tapi aku bersyukur dengan apa yang ada cuma perlu berusaha lagi.... usaha mengawal perasan dan usaha mencari rezeki lagi.....

bajet raya... selain sedekah.. untuk persiapan diri di aidilfitri

setahun sekali.. bergembira dengan pakaian baru .. dengan duit raya... tetapi secara sederhana sahaja
 

1 comment:

manjamaira said...

komen membina diperlukan