Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, October 1, 2009

Indahnya Hari Lebaran



Masih lagi mood raya ditempat kerja. Masih lagi meneruskan sesi kunjung mengunjungi saudara mara dan handai taulan. Masih lagi mengumpul duit raya bagi pihak maira. Masih lagi sibuk menerima kunjungan orang sekeliling.

Last puasa berbuka kat Bandar Baru Uda. Keluar dari BBU sempat melepak jap kat Mc Donald sebelum melanjutkan perjalanan ke Bukit Besar. Tiba Bukit Besar sambung plak ke Bazar Kota Tinggi. Aku tak shopping just temankan kekanda membeli belah. Aku shopping makanan je dengan joy. Last2 dok membawa 6 tin longan. Berat gak dgn kenderaan yang diparking di hujung dunia.

Dipagi raya satu kemestian kepada anak, cucu dan cicit keluarga pak salleh.. semua nak kelihatan anggun menawan dan segak tampan. Aku cam biasa je. Paling low profile. Semuanya serba sederhana. Umairah lagi le... tak mahu bergambar plak tu. Frust le gak.. Anak dara orang lain semua posing maut.


Malam plak ada mini barbeque dan sesi pertukaran hadiah. Apa yang aku dapat??? Thanks ruby. Payah gak nak menghabiskan 1 ribu cucuk sate. Ayam bakar memang jadi rebutan. Maklum le terhad dan ayam kampung plak tu. Sedapppp u...
Raya ke 2 sesi meronda. Time ni le nak bermesra dengan saudara mara yang jarang berjumpa. Almaklum le... semuanya sibuk dengan tugasan. Rumah-rumah yang wajid dikunjungi... cik kiah karim, long jenab, pak unggal, busu milah n rumah 'my best fren' termasuk dalam agenda lawatan. Thanks kak ratna.. sedap sangat nasi goreng dan sambal tumis. Perut memang tengah lapar time tu. Desert akak memang class... pengat pisang + nangka. Lazat, manis dan berkrim. Resepi istana.. terasa cam permaisuri raja yang dihidangkan makanan. Sian joy tak dapat lagi gi rumah kak ratna. Sabar ye joy... jangan gaduh2... hiduplah rukun dan damai. Raya ke 3 still kunjung mengunjung. Arah yang berbeza... menuju ke utara. Gi rumah mak mertua kakak.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, Halalkan segala makan dan minum. Tahun ni takde open house sbab budget tak open.. budget close thun ni.

No comments: