Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, October 1, 2009

Lambaian Kota Jakarta


Pukauan tanah jajahan Belanda tu betul2 terkena kat aku. 1 kali dalam bulan Julai dan 2 kali dalam bulan ogos aku ke sana. Buat apa??? Jalan-jalan cari barang untuk hari raya. Bulan 7 kami pergi seramai 21 orang. Shopping sakan le kak cik, joy, ara, ruby, manis dan peserta lawatan. Sempat gak ke Bandung meninjau cibaduyut, FO dan pulang semula ke Jakarta untuk bermalam. 3 hari kat sana tapi barang mcm 3 bulan punya barang. Barang lebih muatan.. so kena bayar le kat airport untuk tambahan berat. Barang siapalah yang berat tu...??

Bulan 8 aku ke Jakarta lagi khusus untuk menemankan orang-orang kaya bershopping. 8 orang yang join dan aku naik van je untuk menjelajah kota jakarta. Aturcara free n easy... shopping untuk 2 hari. Seharian di Tanah Abang. Time ni le membolehkan aku untuk memahami lane2 yang berderet tu. Seronok tapi tetap tak puas.

Awal ramadhan sekali lagi pergi tanpa bermalam. Pemergian ke sana juga khusus untuk mengiringi ruby yang bershopping. Aku pergi dari LCCT baliknya terus ke JB. Sekadar shopping di Tanah Abang, Mangga 2 dan Pasar Ular. Insyaallah aku akan ke Pasar Ular lagi dengan membawa jutaan rupiah. Moga dimurahkan rezeki. Aminn.