Diriku ini..

Dilahirkan dan dibesarkan di Kulai. Meneruskan kehidupan dengan mencari sesuap nasi di Universiti Teknologi Malaysia. Memperolehi tempat berteduh di Taman Universiti, Skudai, Johor. Memayungi dua orang puteri berusia 8 tahun yang bergelar ANIS UMAIRAH dan 3 tahun bernama AMNI QAIREEN. Amat gilerr membaca novel dan amat gemar berjalan-jalan mencari pengalaman dan makanan.



Thursday, December 16, 2010

Kinabalu tetap dihati

INI KISAH LAMA... 26 SEPTEMBER... HANYA BARI PUBLISH... SEBELUM NI DRAF JE..

hahaha... tergelak juga bila aku fikirkan yang aku akan menjadi salah seorang daripada ahli koir untuk konvokesyen... aku memang tak pandai menyanyi.. tone, nada, irama memang sentiasa tak tentu arah.  aku join pun sebab pak herman dah tak menyambung perkhidmatan di utm sebagai pegawai kebudayaan.  aku plak memang rapat gak ngan staf2 kat sana.. so aku menempel le.. cari side income sebenarnya. konvo hingga selasa dan aku hanya menghiburkan diorang hari sabtu aje... maaf ya sesape yang rindu suara aku ni... hehehe

ini bukan kisah negeri di bawah bayu????  sehari selepas aku menyanyi aku terus resign.. satu sesi je.. sebab esoknya aku dah ada jadual membawa seramai 18 orang ke sabah.

flight kami pagi.. dalam pukul 9.30am dan tiba di sana dalam kul 11.50.  aku ni memang bosan dengan penerbangan yang agak lama.. tapi nak buat camna.. takkan nak naik tongkang plak.. so terpaksa.  setiba di sana memang dah ada orang yang menunggu.. sape lagi kalo tak mr. david dengan anak pinaknya.. ini kali ke 3 aku gunakan khidmat dia.  kali ni anak dia douglas plak.. aku okey je..




perjalanan diteruskan dengan singgah di tamu gaya.. sebenarnya tamu gaya dah nak tutup, tu le yang best sebab kami yang pergi ni dapat dengan harga yang amat berpatutan.  selesai menyopping serba sikit aku terus makan.  biasalah makan kat sana.. bukan test aku sangat... tapi aku telan gak... barangan yang aku beli.. gelang, brooch n fridge magnet. 

2 buah van yang membawa aku dan kuncu  ke kundasang. aku suka tempat tu.. lebih2 lagi kat pine resort.  kitorang ke poring hot spring.. hahaha.. aku suka mengusik kak ratna.. goyangkan jambatan gantung.. pastu ke sungai untuk spa fish dan sabah tea. tiba di pine resort dah malam.  sabah... kul 6 dah seperti kul 8 kita.  kami check in bilik.. n pastilah view bilik leader lebih cantik dari bilik krew.  i like.. malam dinner kat pine resort cafe.. chinese food..

keesokkan harinya perjalanan diteruskan ke timpohan gate.. selamat mendaki.. teringat belasan tahun yang lalu waktu badan masih slim sikit... aku pernah gak mendaki gunung ni... teringat kenangan lama untuk mendaki gunung tu.. kitorang punya training.. semangat.. aduh.. dulu lain sekarang lain. diorang sibuk snap sini snap sana.  bila tengok diorang mendaki aku dengan lemah semangatnya mengaku yang aku tak seperti dulu.. namun aku suka melihat gunung yang berdiri teguh tu.. n suka lihat view kat situ.. pada aku sabah kaya dengan view yang cantik xspecially kat kaki2 gunung.. beza sikit ngan sarawak yang penuh dengan cerit etniknya.. selesai tu kami balik ke kota kinabalu.  aku puas sebab dapat tengok jambatan gantung tanparuli.. ingin melintasi jambatan tu tapi tak kesampaian lagi.

di kk tempat yang biasa dilawati.. ke pasar filipine, jamilah enterprise, coklat shop, tanjung aru, serta meronda di sekitar kk. malam pastilah pasar malam.  yang paling aku suka bab seafood kat sana... wahhh.. terujanya selera aku...

esok.. pulang ke johor bahru.. kul 10 pagi dah tiba.. aku rest je kat rumah... rindu kat umairah..
gambar tunggu nanti diupload...

akhirnya aku dapat publish cite ni pada 16 disember.. ini cite basi... gambar kat kamera kak ratna pun aku tak tahu save kat mana... sorryy



No comments: